Haha.
Member hantar kat w.app grup semalam.
Dah jadi troll menda ni.
"harap maaf, sistem mendapati anda telah login ke dalam sistem sebanyak 51kali untuk menyemak bonus. Harap bersabar, takkan lari gunung dikejar"
Adey... kelakar la sapa buat nih.
Aku fwd ke grup family. Anak buah aku innocent plak tetiba "ni ucu punya ke? Ucu ke check 51kali?"
Muahahaha. Adey, anak buah ku ini..
Kami tak guna e-Penyata ni. Badan berkanun uols.. gaji kami direct dari perbadanan. Tak melalui Jabatan Akauntan Negara ni semua.
Gitu lah jugak cerita kenapa ada sesetgh state dapat awal. PBT, Perbadanan, Badan Berkanun ada sistem sendiri. Peruntukan mmg diuruskan sendiri. Namun begitu, masih la dibawah kawalan JPA. Masih lah menggunakan pekeliling yang dikeluarkan JPA. Kalau state tu lagi lah, boleh je dapat lebih dari apa persekutuan bagi (State tu bermaksud pentadbiran di bawah kerajaan negeri ya)
One more, jangan lah percaya rumours kat FB, kat w.app ke apa selagi takde sebarang pekeliling dikeluarkan. Sebab segala yang diuruskan oleh kerajaan ni berdasarkan pekeliling. Lelebih lagi yang melibatkan pembayaran. Masa yang kononnya bonus masuk 5hb tu, aku tgk jugak web JPA, takde pun SPP ke, PP ke keluar, that's mean, mmg takde la masuk 5hb kan (utk kerajaan penuh lah - persekutuan). Kalau baca kat memana berita tu, pergi lah carik pekeliling berkaitan. Betul ke tak. Atau tanya lah HR memasing, betul ke berita tu. Sah kan dulu. Kalau tidak nanti, frust pula dikemudian hari. Hihi.
So, utk pembayaran 15hb ni mmg dah ada Surat Pekeliling.
Boleh tgk web jpa [link : pindaan tarikh bayaran imbuhan]
So, dah ada Surat Pekeliling Perkhidmatan ni, baru lah confirm.
Jadi, sabar tau. Takkan lari gunung dikejar.
Hikhikhik.. adeyy..
15hb buleh buka balik e-penyata tu.
Muehehehehe.
4 juta komen
State Melaka dah tersenyum awal semalam....hehhe.....JKPNM dah uruskan awal-awal, jadi kami dah merasa bonus dulu sebelum 15hb tu....
Untung la senyum semalam..
ada orang dah senyum dari hari minggu lagi sbb check balance kat bank..eh, dah bertambah.. siapakan gerangannya.. rahsia.. nati orang dengki lak sbb dpt awal. kihkihkih :D
kelakar pun ada, mesti dia berharap sgt tu kekDa, tu yg setiap minit check tu.
CHA :
Kesian.. tapi okay what, lambat dapat, lambat abis. Kan?
Terima kasih atas komen anda :)