Pages

26 January 2015

Baju Raya 2015

Ehehe..
Dah masuk Rabiulakhir, jadi boleh kot sembang pasal baju raya.
Giler awal. Haha.
Eh. Okay apa. Persediaan awal.
Lagi pun ai dah lama settle ganti puasa *libas tudung bawal ruffle*

Jap jap.. before tu.
Ai google color trend tahun ni.
Yang ni boleh kot jadikan idea if nak buat color combination.



Lepas tu ada kalau nak pakai warna terang2 pun takpe.
Sbb ada fashion fall/winter tahun 2015 gitu.
Antaranya



Kredit gambar [link : Dorly Design]

Ambik contoh kaler sudah lah kan. Jangan kau tiru pulak fashion gitu untuk buat baju raya.
Jadi, rasa rasanya fesyen apa tahun ni ya?
Rasanya dress mmg paling trend lah.
Ai mcm dah surrender nak buat dress tapi  masih belum rasa serik nak buat. Cuma, susah pula nak carik tailor yang buleh buat dress. Tu hari, nak tempah dah, tapi tailor yang biasa buat baju tu tak buleh nak buat dress. Ai biasa hantar baju kat Medan Mara - Nusy Clothier. Baju melayu myDH pun sememangnya tempah situ je. Baju kawen, baju tunang semua pun disitu. 

Jadi, ai ingat buat kurung moden lagi lah nampaknya.
kredit : Deep Shoppe
Atau buat leher style gini
kredit : seri anggun
Ni cam best pulak style leher dia tu.
Kredit : democart


Utk baju melayu, nak try suh tailor buat baju myDH gini.
Wah. Tetiba Dafi kan. Dafi okay lah perut flat. Kalau PJD - perut jalan dahulu, cemna?
Hahahaha.


Sebenarnya last year pun dah buat baju kurung moden.
Kain buat ala potongan A sket.

Saja bagi gmbr candid. Yang ni je jelas nampak style nya.
Eh. Ada Mai lah situ. Hye Mai. Hihi.

Tahun lepas tema weols purple gelap. Kami dua je le.. kalo raya kg myDH takde konsep baju sekayu nih. Konsep dia suka hati je.
Tahun ni beraya di kampung aiols. InsyaAllah.
Bila di kampung aiols, sejak tahun 2009 kami semua akan pakai kaler sama. Kaler je lah sama. Baju idak la sekayu.
Jadi, kami dah bincang kaler apa. 
Tema kaler apa ya...

Apa ya.. apa ya.. (gaya cam Fara Quin - juri MLM nak bagi markah tu)
Haha.

Okeh. Sebenarnya nak beli baju kosong ja. Bagi sama ngan baju melayu myDH. Tapi, tetiba ternampak adik ai sorang ni ada menjual tu hari. Jadi, ai lelaju w.app beliau - dan terus bank in dan last week - taraa.. dah dapat.
Nak tgk kain cemna leh g blog nadia nih.
Ada lah tema kaler ai pada salah satu baju tu. Hiwhiw.
Yey. Dah buleh tempah baju raya. Hiwhiwhiwhiw.. :P

**
Info :
1 Ramadhan : 18 Jun 2015 (Khamis)
1 Syawal : 17 Julai 2015 (Jumaat)

7 juta komen

kekda kita dah tempah da...hahahahah semangat x???? ihihihhihihi kalau kekda nk try tempah dress kita ade satu tempat..kat equine park..kakak ni indon tp dia jahit mmg superb n cantik...dia lg cerewet dr kita..org dah 2tahun tempah ngn dia.....hahahaha..

Mak oi...kemain awal buka entri pasal baju raya 2015!! Hahahah.....semangat betul KekDa ni...Yani dah pasang niat start tahun lepas 2014 memang nak berjubah je setiap kali raya, nak kurang2kan beli/buat baju ikut potongan badan ni...baju kurung maybe ada tapi better jubah la..

kali ni tak pk lg kaler apa huhu..

MISSK:
Equine..? Aiyo..jauh tu. Huhu.

BATIKPINK :
Alhamdulilah.. mudah lah kalau berjubah je kan. Tapi, badan sedang2 okay lah. Dapat ke akak yang tak cukup inci nih, mmg terus suram lah jadi hari raya kalau berjubah yang menyapu lantai tu. Muahahaa.

NAD :
Sbb bersalin kan masa tu.. jadi, tak payah pikir. Jimat takyah buat baju raya. Mueheheh :P

tetiba laju2 otak ni berfikir nak tema warna apa.. x fikir pun lagi sebenarnya tp bila baca entry ni rasa nak start cari baju raya lak.. hahaha..

tema apa ya... apa ya....

berkenan sgt pepel tua tu.. org kata pepel nila eh.. tp somi x berkenan pulak x sesuai dgn kulit dia pftttt ... iye ke?? sampai skrg confuse hahahaha ...

Assalamualaikum kekda. wahh awal gila. mujur la mak sheila tukang jahit. tinggal cari kain pasang je hantar kat mak. hehehe lawa2 trend warna tahun ni. taktahu nak pilih apa. ekekkeee

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign