Pages

20 January 2015

Koleksi Shadow Iris

Corelle fan's tahu la menda apa lah Shadow Iris ni kan.
1st collection yang aku ada, adalah shadow iris dinner set.
Set ini. Setiap satu ada 6 pieces.



Why shadow iris?
Satu sbb shadow iris pinggan petak. Aku mmg suka pinggan petak. Tak tau napa. Tapi, mmg suka pinggan petak nih.

Lps tu sbb aku suka purple. Shadow Iris ni ada bunga purple.
Tapi, Jacaranda pun bunga purple, Warm Pansies pun ada purple.
Tapi, ai suka design shadow iris. Simple yet elegant. Cea. Tetiba nak elegant dah kenapa....?

Lepas dah dpt set ni aku mengimpikan stovetop set pulak. Rasa cam nak pergi Langkawi je semata mata nak beli set nih. Tapi, tak berbaloi. Lain lah kalau outstation. Tapi, dah duk HR ni, jarang amat lah nak ke Langkawi. Lain lah masa duk kat unit Aset dulu kan.
Jadi, bagaimana?
Follow IG orang yang jual corelle online.
Dan amik keputusan berani untuk order.
Ye lah, berani lah. Dah la barang buleh tahan harganya.
Lepas tu kira macam barang fragile kot kan.

Tapi, serik kot.
Sbb orang jual online ni, harga kurang lebih sama je dengan jual kat mall tu.

Kurang sket la. Sket je, dalam 2,3 puluh ringgit lah. Tapi, nak di compare kan dengan perasaan libang libu sbb tetiba seller bagi notis nak hantar lambat lah - barang memula kata ready stock, ada kat dia kat Shah Alam, pastu kata bila kita kata nak gi amik tup tup dan dan kata barang kat dealer pulak - oh. Tobat lahum dah rasanya. Kalau nak pun, yg aku buleh amik sendiri. 
Itu hari aku beli corningware shadow iris stove top set.

3 biji cukup lah. Yang saiz kecik.  Sesuai utk hidangan makan kami berdua.
Cewah.



Masa kat Perth tu ari, beli jugak corelle, tapi bukan design shadow iris.
Tu lah, kalau kat mall tu cam susah la sket kita nak carik yang set yang sama.

Aku goggle set shadow iris ni, menarik jugak lah.
Bermacam set ada.
Rasa macam nak kumpul je.. hish! impian yang berbahaya nih.




Takpe. Skrg ni target nak beli fry plate shadow iris ja. Sebijik dua je. Nak buh ikan goreng dalam tu (ikan kukus tak muat sbb kecik plate tu).
Tu hari nampak dah kat Sogo. Design shadow iris pun ada.
Beli situ je lah. Sama je pun if beli online. Dengan kos pos nya, dah sama.

Makcik makcik sangat lah kan.
Dulu giler kat Tupperware. Dah penuh kabinet, pastu tukar pulak minat. Hie.. bahaya..bahaya. 

2 juta komen

KITA NGAH KUMPUL SET SAKURA..BELI KT PERNAMA JER...SENANG, BOLEH BYR 10 KALI..NGEHNGEHNGEH

iduraz : pernama tu asia design ke ada semua?
Untung lah awak buleh 10kali bayar. buleh la kumpul semua set set yang ada.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign