Pages

5 January 2015

Bercuti Ke Kuching Sarawak

Wah. Tajuk konfiden gitew.
Haha.
Orang sebok cerita persiapan anak sekolah, aku pula sebok nak cerita pergi bercuti lagi.

Takpe lah. Yang anak sekolah, pergi la sekolah.
Yang takde anak sekolah, boleh la pergi bercuti. Gitu.
(dan yang antar anak masuk darjah satu tu, jangan lah bagi hashtag yang mengecik kan hati kami yang masih tak berupaya nak hantar anak sekolah ni. Tau lah gembira, muda2 dah hantar anak sekolah. Tapi pandang lah kiri kanan, ada insan dah tua ni, yang masih struggle ni. Sedih tau bila buat # camtu.. tapi takpe lah. Sukahati kau lah. kaupunyahashtagakuyangpanaspulakkan )

Dulu, lepas balik Perth tu kan ai ada ciwi kan tiket flight.
Yang ini lah.

Belum pergi lagi. Baru nak pergi.
Tapi tu lah. Dengan keadaan cuaca camni. Dengan pelbagai cerita yang membabitkan pesawat ni, kini menaiki kapal terbang bukan lagi satu yg menggembirakan. Malah, mungkin sedikit menggentarkan perasaan. Tapi, itu tidak lah bermakna semangat ku untuk berjalan jalan menikmati keindahan alam ciptaan Allah ni luntur juga. Tidak. Masih bersemangat. Hihi.

Cuma sekarang ni, kalau nak kemana mana, ambik gambar dulu kat airport tu dan hantar kat grup w.app family. Ye lah, senang lah famili tahu kita pakai baju kaler apa semua kan. Kan nahas QZ8501 camtu kan, family depa tahu yg baju depa pakai kaler apa. Memudahkan proses pengecaman.

Eh. Bukan lah meminta pengakhirannya begitu. Cuma, tipu lah kalau takde rasa debar kan. Mohon dijauhkan lah Allah dari semua bala bencana kan.

Kuching lah saja. Bukan Dubai mahupun Istanbul apatah lagi Maldives dan tak juga Amsterdam [ini adalah tempat2 berangan nak pergi tahun 2016. Moga termakbul salah satu. Amin.Amin. Hihi]

Masa beli tu harga tiket Air Asia lebih kurang je dengan MAS, so, aiols pilih MAS lah (dan ada hikmah rupanya.. kalau naik AA, mungkin berpikir 2,3x juga sbb lately ni byk plak berita yang melibatkan AA ni. Ada yg berpatah balik lah, apa lah. Tskkk. Debo tau. Eh. MAS pun sama jugak. Alaa....).
MAS ni senang, harga bag, harga makan semua dah ada dalam tu.
Aiols dapat harga "not bad" jugak lah.
RM520. Dua orang. Pergi balik. Ye lah. Beli pun kira cam dah lewat tu kan. Bulan 10, nak pergi bulan 1 (itu dah jadi habit lah rasanya, balik dari bercuti sure gatal gedik carik tiket tempat lain pulak. Mmg biasa dah. Kalau yg ni, after balik Perth tu lah ku carik tempat bercuti lagi. Huhu).

Why January?
Sbb biasalah. Sambutan post-wedding-anniversary. Haha. Dan ada satu lagi sebab musabab aku suka berjalan bulan Januari. Yang ni, biarlah aku simpan dalam lubuk hati paling dalam. Haha. Poyo!.

Tapi, bengong jugak lah sbb patutnya boleh beli pakej2 ni masa kat Matta Fair yang pergi bulan 9 tu. Tu lah. Nxt time, pergi Matta Fair tu beli jugak. Sbb dah tahu, mmg akan pergi dalam bulan 1. 

Sebenar nak pergi cam Bali ke, Lombok ke (Lombok ni lawa lah tempat dia). Pastu rasa cam takyah la, dalam negara sudah. Buleh rilek2 je. Mana? Penang? Melaka? PD? Cam bosan je. Tahun ni berapa kali dah ke Melaka tu. PD dah p course tu hari. Penang awal tahun dah pergi. Cameron Highland? Pun dah pergi tu hari. Jadi, mana lagi? Manaaaaa? Ha..cam gitu lah aku berpikir masa nak carik tempat tu. Kalau ikut rasa hati mmg nak pergi Mabul je. Teringin sgt dari dulu. Tapi tu lah. Mustahil lah family nak lepaskan. Jangan kata famili, kita sendiri pun tak berani kan. Sayang lah tempat tu. Cantik sangat sangat. Entah bila la nak dapat jejak.
Then, Sarawak lah pilihannya. Tgk tiket pun harga okay, myDH pun kata okay. Sokay lah. Beli sajork.

Lepas tu baru cam terpikir, pergi Bandung lagi best. Buleh carik kain buat baju raya. Terus cam ala.. naper tak terpikir. Tak..sebenarnya, masa nak carik tempat tu, weols nak carik tempat yg buleh rehat puas puas. Mean, takde kejar2 masa, kejar2 sana sini. Nak rest n relax je. Nak santai2. Gitu lah. Tapi, boleh lah. Sarawak pun best apa. Aku mmg ada lah outstation cawangan sana 3,4 kali dah. MyDH dia belum pernah pergi dia kata. Lepas tu kalau kerja pun, manade pergi jalan2 sgt. Abis2 bermudik ke seberang sungai je dari hotel. Hihi. Jadi, okay lah kot. Kali ni pergi utk jalan2 pulak. Acah acah pelancong sket.

Persiapan pun ala kadar je nih. Aci redah je. Tiket flight, hotel settle. Itinerary pun buat gitu2 je. Tgk blog2 orang dah pernah pergi.
Ingat kat sana nanti nak sewa kereta sekali dgn driver je lah. Kan dah kata, nak rest n relax. Malas nak sesat barat bagai. Atau pun sehari sewa sekali dgn driver, sehari lagi bawa sendiri. Tengok lah cemna nanti. Dah call dan dah dapat harga. Nanti myDH komfem kan. Aku serahkan ke dia bab contact2 orang ni sbb dia mmg pakar sket contact orang ni. Huhu.

Oh. Kena bawa payung. Kena beli payung lipat lipat tu lah nampaknya. Takkan nak bawak payung panjang tu. Buat nyusah je. Mohon2 tidak lah hujan petus masa tu.

9 juta komen

slmt terbang ke Sarawak kak..heheh..

g Borneo Highlands x??sibuk lak kte kan..ngee

huwaa nebes la ida kekda.. ida kan fly akhir bulan ni dgn AA pulak tu. huhuhuhuhuhu

sonoknya.. have fun kak! selamat bercuti...
tu la salah satu hikmahnya, dpt pi tgk tmpt org, dpt rehatka minda.. klu anak dah berderet, memikir gak total 1 famili lg, tggu cuti skolah la, bla bla bla..
apa2pun moga dipermudahkan segala urusan akak n hubby :)

Hujung tahun hari tu gi kuching. 3 hari dok sana, petang hujan yg agak lebat. So bersiap sedia dengan payung tak pun baju hujan.

ANN :
Tak pergi.. takut.. sbb musim hujan. Huhu.

EIDA :
Takpe.. kita berserah pada Allah je.. takde apa2 lah tu. Have fun there..

NAD :
Kalau buleh tetiap bulan nak pergi rehatkan minda. Aci tak?
Haha.

CPT :
Tu lah. Nanti nak pergi beli payung kecik tu. Kena bawa jugak. Kang hujan petus macam kat Perth, langsung tak jadi apa.

Wah..ke Sarawak pula KekDa awal tahun ni....Yani pun teringin nak pergi tp mungkin pertengahan atau hujung tahun kot...tahun ni x fikir nak bercuti lagi, setakat dekat-dekat tu ada la. Maybe nak rehatkan badan untuk treatment la kot. Have a best holiday kak!

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign