Pages

21 January 2015

Mencangkung Atas Toilet Bowl

Ha. Gitu tajuk nya.
Direct to the point.

Kalau tidak aku nak tulis "mencangkung atas jamban duduk"
Tapi, kelihatan agak biadap pula bunyi nya.

Okay lah.
Last few days aku ada up status berkaitan perkara ni kat FB.
Uols rasa cemna?
Ada yang pernah melakukannya?

Jangan lah buat wey. Buruk tau buruk. Buruk perangai.
Takyah la kgvillage sangat sampai nak mencangkung atas toilet duduk tu.
Jangan pulak kata aku menghina orang kampung. Aku pun asal kampung.
Tapi takde la ter fikir nak cangkung atas toilet bowl kalau nak berak kencing semua.

Bukan lah apa, kalau cangkung atas toilet bowl ni, kat public toilet pulak tu, mesti ada kesan2 tapak kasut. Kesian lah pada orang yang tak buat perangai cangkung atas toilet duduk ni.
Sebab perangai anda yang kononnya geli nak duduk atas tu, kami pula kena cuci.
Toilet duduk tu mmg dicipta untuk "diduduki". Bukan untuk "dicangkungi"

Dan aku tak boleh bayang ada orang berusaha memanjat jamban duduk tu untuk mencangkung!
Mmg cannot imagine.
Cuba lah google imej. Taip "standing on the toilet bowl"
Akan jumpa gmbr orang yg cedera tau. Takmo la aku tempek sini gambar tu. Ngeri.

Jadi, tak perlu lah gigih sangat mencangkung atas toilet bowl tu.
Selain mmg tak sesuai dan sangat buruk rupa anda mencangkung atas tempat tu (esp kalau berat anda dah lebih 30kg), ianya juga satu perbuatan yang boleh mengundang kecederaan.


Come on people.

Kata kita ni dah masyarakat moden. Dah menuju negara maju. Dah urban sangat.
Takkan nak buat perangai camni lagi.
Dah minat KPOP segala, makanan favourite pun western semuanya, tapi boleh pi mencangkung atas toilet duduk.

Keji tahu tak?

Yer, aku dulu pun tak suka toilet duduk nih. Esp kalau public toilet kan. Lagi lah rasa eii..eii geli, bekas bontot orang duk melekap situ, kita pulak nak duduk kan. Tah dia ada kurap ke apa. Nak nak pulak jenis yang main lap lap je tu kan. 

Semua orang pun sama, bukan korang yang jenis cangkung atas toilet bowl je rasa. Semua pun rasa geli. Tapi, idak la sampai nak kotorkan bowl tu. Itu namanya 'selfish' - rasa cam takpe,  lantak biar ada bekas tapak kasut situ - peduliklah - asal aku dapat berak (berak cangkung atas toilet bowl - biar benar nih - tinggi sangat tu. Huhu).

Tapi, kat Malaysia ni, aku rasa ada je pilihan toilet cangkung feveret korang tu.
Okay, mmg ada la 2,3 tempat takde toilet cangkung. Tapi rata rata kalau masih dalam Msia - InsyaAllah, ada, selalunya kat hujung2. Ada la 1 atau 2.
Tapi kalau kau pergi negara luar, mmg susah la kau nak jumpa toilet cangkung.

Jadi, cemna? 
Mencangkung atas toilet bowl jugak? Buat nya pecah - lagi la memalukan rakyat Msia. Jangan dibuat weh.. jangan...

Tapi, kadang kat negara luar ni, ada tempat yang dia sediakan tisu and sabun untuk cuci toilet bowl tu. Contohnya, kat Disneyland, HongKong ada. 

Tapi, agaknya mmg ada je masyarakat yang habitnya cangkung atas toilet bowl. Artikel ni berkaitan orang UK nak kena ajar foreign worker - how to use toilet. Kira depa ingat orang luar ni suka cangkung atas toilet duduk. Tu korang la tu - yg suka buat pangai camtu tu. Huhu. Baca artikel nih [how to use British loos].

Okay lah, meh kita ubah sket perangai tu. Geli mmg geli. Tapi, ada solutionnya.
What I'm doing is - everytime aku travel. Tak kira dalam or luar Malaysia, aku mmg bawak menda ni. Wajib ada.

Takkan la korang2 yang dah urban tak tahu wujudnya tisu anti bacteria nih.
Menda ni mmg wajib ada dalam handbag aku.
Wajib. Kalau brand dettol ni kadang hazab jugak nak carik.
Kadang kat Watson pun takde.
Sbb tu kalau jumpa aku beli sekali banyak.
Ada yang besar, ada yg jenis besar pocket tisu tu.

Beli lah dan bawa ke mana-mana.

Bila kau rasa geli, lap lah toilet bowl tu dulu. Kalau wet tissue anak kau kang, takde pulak bau2 anti bacteria tu. Carik yang anti bacteria -kata penggeli sangat kan.
Guna lah 2,3 keping kalau berkeladak sgt tu kan (berkeledak tu biasanya bekas tapak kasut engkorang yg pi pijak tu jugak). Mmg la agak mahal wet tissue ni, tapi, dah geli, habiskan satu pek pun takde hal.

Jadi, hentikan lah habit pijak dan mencangkung atas toilet bowl nih.
"darat" sangat tu.
Kalau mmg tak lalu sgt, kau buat camni lah.



p/s : Aku toilet duduk ni tak masalah sgt. Tapi, kalau toilet takde paip tu mmg aku tak buleh terima. Esp kalau kat Msia la kan. If negara luar - tak bule buat apa la. Motip sangat la nak buat toilet kering. Tetiba. Yang ni mmg aku seboleh boleh taknak masuk. Lagi menyampah jenis air keluar dari bowl dan direct terus keluar tu. Itu bahaya tu. Sesilap target - basah satu badan. Haha.

3 juta komen

tisu basah dettol ada je kat opis ida ni. ida beli sbb akhir2 ni ada keasan tapak kasut or selipar atas tandas duduk. dah sapa pulak yang mencangkung kan? pelik. sebelum ni xde. ni mesti pempuan2 baru masuk HAHAHA sesuka je tuduh HHHAHA dah tak psal2 kene beli si tisu basah dettol ni nak lap... choii sangatttt..... kalau taknak geli sangat, kau bawak toilet kau sendiri! HAHHAHHAHAHA

reen, silap target pon bleh jadi sakit wooo.... huhuhu...

hahahaha kampung village sgt ye kekda..yeeeahh setuju kita pon sama mst standby wet tissu sbb kadang2 toilet x dok pili wayar..lagi naye hahahahahaa

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign