Okey, sebenarnya weols tak banyak jalan2 sangat.
Cuaca tak berapa baik. Jadi, nak berjalan tu macam terhad sket.
Okay, citer pasal sewa kereta dulu ya.
Kami sewa kereta dari team Cikgu Haludin. Yang ada kat blog Nadia ni [link : kereta sewa murah Kuching]
Mmg kami ada buat comparison jugak la sblm booking. Yang ni ku serah pada myDH sbb dia biasa bab bab call orang nih. Jadi, ada yang caj mahal sket, tapi kereta besar sket. Camtu lah.
Kami sewa kereta dengan driver skali.
Malas nak sesat barat. Lagipun nak rest n rilek. Ada driver pun rasa penat, apatah lagi bawa sendiri.
Kami sewa Viva je. Dgn driver. RM160/day. Amik 2 days. Jadi, RM320.
Cikgu Haludin bagi kat adik dia - Alan, Alan bagi kat anak buah dia - Ameerul. Mmg family business la kiranya. Kalau nak deal, deal dengan cikgu Haludin tu.
Jadi, Amirul ni lah yg drive. Baik budak nih.
Hari pertama - 9 Jan 2015.
Hari yang sampai ke Kuching. Takde jalan mana pun. Lepas check in, solat apa semua, gi jejalan ke Waterfront. Ambik2 gambar kat situ. Cuaca pun tak berapa baik. Macam nak ujan. Oh. Harus tangkap gambar kat tugu kucing kan. Tapi, gemok. Takmo letak. Letak gambar kucing ni ja. Haha.
Okey lah. Takpe lah. Yang ni letak lah. |
Hari pertama kedua tu - 10 Jan 2015 - kami terus check out pepagi lagi. Janji ngan driver tu ambik kul 8.30 tapi entah dia berpusing carik entrance hotel 360 tu - jadi dkt2 kul 9pg baru sampai.
Hangkut beg semua pastu suruh driver tu antar kami ke Pullman jap.
Ingat nak tinggal beg kat situ je. Tup tup, eh, buleh check in dah.. wah.. ini cukup bagus. C.in kul 9pagi uols. Okeh, ni kita citer kemudian ya. Kat entry khas pasal hotel.
Kami ke Kampung Serikin dulu atau orang panggil Pasar Serikin.
Tempat ni buka hari Sabtu dan Ahad sahaja. Kalau Ahad sekerat hari je kalau tak silap. Hari Sabtu sampai petang.
Jauh juga dari Kuching. Ada sejam lebih gak la.
Dah la cuaca kejap mendung kejap okey. Berdebar rasa sbb takut hujan.
Tapi, sampai sana Alhamdulillah tak hujan, tapi... panas...panass dan panasss.
Ketibas - peluhtiak semua ada lah. Ah, bukan ketibas je lah. Semua pun "bas" lah.
Betul lah orang kata tempat ni panas. Katanya sbb berada di garisan khatulistiwa. Ye ke? Entah la. Tapi seriyes panas. Sila lah bawak topi, payung, sunglasses, sapu tangan dsbnya.
Ha.
Sempadan Indonesia - Malaysia kan. Macam kan dekat Wang klian/ Padang Besar tu lah. Tapi, sini byk barang dari Indonesia. Ada telekung, kain sulam, kain batik camtu lah. Dia gerai kecik2 kiri dan kanan. Aku pun tak borong byk sgt. Beli telekung kain cotton utk mak n utk diri sendiri, pastu kain batik corak etnik utk in law, ada lah dalam 11 pasang. Huhu. Pastu skirt labuh. Tu je lah. Oh ada ayat al-Quran atas kulit kambing (katanya). Tp murah melampau. Yang saiz sederhana tu baru RM5. Kami beli yang besar sket - RM10. Nak tawar lagi pun macam tak sampai hati. Dah siap gantung pun. Eh. Tetiba myDH beli jubah. Teringin la tu. Dapat RM50 saja. Murah mmg murah la sana. Tapi, kena tawar menawar. And harga berbeza2 walau barang sama.
Lps dari Serikin, driver bawak kami lunch.
Kat mana ke? BAU kot. Lupa la plak.
Pasal makan2 ni pun ai buat satu entry khas lah. Yang nyata hehari ai makan udang galah. (T____T)
Dari Serikin sebenar kami nak ke Perkampungan Budaya terus.
Tapi tak sempat. Ha.. tak sempat uols. Sbb nanti sampai macam rugi sbb dah petang. Jadi, Amirul tu kata tak yah la kak, kita pergi esuk buleh? Dia nak cakap tu pun takut2. Takut kita cam marah ke apa kan. Kiterang kata takpe lah. Esuk ada lagi. Jadi, dia bawak pergi pesan kek lapis dulu. Dia bawa ke kek Lapis Dayang Salhah je. Takde plak aku tanya dia tahu ke kek lapis Zaharah ke apa. Kalau outstation biasa kami ke kek Lapis Mira. So, aku order dulu, nanti derang hantar ke hotel. Ha, yang ni pun ada cerita nya. Nanti lah ai cerita satu entry khas. Wah.. semua la pulak ada entry khas.
Pastu sempat singgah Muzium Kuching. Actually nak pergi Muzium "kucing". Tapi Amirul tu rasa macam kami nak ke muzium "kuching". Apa je nak tgk nih? Ingat aku ni walau kerja kat kementerian berunsurkan kebudayaan, warisan bagai ni minat ke nak tgk. Huhu. Minat lah jugak sejarah, tapi kalau takde apa, takyah masuk pun takpe lah.
Dari muzium Amirul bawak gi minum. Kami pergi COC- coffee o corner. Minum Teh C Special. Budak Mirul tu suka sgt ngan Teh C. Jadi, kami pun try. MyDH makan mi kolok sapi. Sbb dari KL dia mmg nak try mi kolok. Ai is don't want. Sbb tahu dia ala ala megi tu je. Megi sup. So, ai amik laksa Swak. Ai dah tahu rasa cemna laksa Swak nih. Sbb outstation pernah try dah. Takde la terkejut ke apa dgn rasa berempah tu. In fact pernah bawak balik pes kuah dia tu. Buat kat kg - pastu takde sambutan (T____T).
Lepas tu balik hotel. Rehat la wey. Sakittt kaki dah... Masuk bilik nampak ni.
Hihiw. I request masa nak booking tu. Aku cakap nak celebrate 6th anniversary. Pagi tu masa check in hantar beg tu takde lagi. Petang tgk ada. Hiwhiw.
Okay. Next entry harikedua ketiga pulak.
Lepas tu balik hotel. Rehat la wey. Sakittt kaki dah... Masuk bilik nampak ni.
Hihiw. I request masa nak booking tu. Aku cakap nak celebrate 6th anniversary. Pagi tu masa check in hantar beg tu takde lagi. Petang tgk ada. Hiwhiw.
Okay. Next entry hari
5 juta komen
bestnya dapat ke sarawak..rin merasa dok sarawak lama jugak..sempatla tadika kat sana..tp masa kecikla..apa pun tak ingat dah..hahahah
pasar serikin memang panas sesangat! kalau teringat serikin teringat betapa panasnya tempat tu. tiba tiba rindu kuching, teringin nak makan mi kolok and laksa sarawaknya..
gambar last tu memang buat mood romantik terus.. hehehe..
ramai gak kawan2 dh sampai ke Kuching ni.. boleh masuk dlm list utk pergi bercuti ni.. :)
bilalah dapat pg kuching ni ermmmm dah lama masuk utk list cuti² naik kapal terbang katanya .. tp sampai kesudah x pg²... :((
laksa sarawak tu sedaplah jugak.. sebab adik ipar pernah buat dia cam kuah lemakkan.. kt org mkn dgn bikhun ngeee ... da rempah² jugak.. siap ada ayam siat dah cam soto pulak.
Assalamualaikum kekda. wahh bestnya. bilik jadi romantik.. cepat update entri2 khas tu. hehehe nak bookmark. boleh rujuk bila terbang ke sana nanti hihiii
Terima kasih atas komen anda :)