Pages

15 January 2015

Parking Atau Cara Paling Jimat Untuk Ke KLIA/KLIA2

***Disclaimer :
Harga yang dipaparkan adalah pada masa entry ini ditulis (tahun 2015).
Berkemungkinan harga adalah berbeza dan makin naik.
Mohon semakan semula dengan web2 berkaitan untuk mengetahui harga dan info berkaitan.
Terima kasih.


*****

Selalunya kalau nak ke KLIA/KLIA2 kami akan naik ERL dari KL Sentral. KLIA Ekpress tu. Tapi, bila dah duk agak jauh dari stesen LRT ni dia macam costly sket lah. Jadi, kami kena carik alternatif lain.

Bermacam pilihan yang ada nak KLIA/KLIA2 nih.. Takpe, nanti kat bawah2 kita cerita apa pilihan yang ada.
Now, talking about parking atau cara paling jimat nak ke KLIA/KLIA2.
Setakat yang aku tahu lah. If ada cara lagi jimat buleh la kita share kan.

Paling mudah dan ekonomi adalah parking di Putraya Sentral (Park n Ride).
Tu hari masa gi Sarawak, kami try parking situ.
Utk 3 hari kami kena cuma RM14. Iyer. Sungguh. Secara tepatnya RM14 utk tempoh 78jam50minit. Parking berbumbung dan InsyaAllah selamat.

Kalau dari KL ke KLIA, total cost untuk kami berdua adalah lebih kurang begini :
Tol MEX : RM8
Minyak : RM20 (ni pun terlebih ni)
ERL (Putrajaya to KLIA) : RM24.80
Parking : RM14
Total : RM66.80
Jimat banyak sangat berbanding kalau kami amik KLIA Ekpress dari KL Sentral tu. Kalau itu, RM35/person. Pergi balik 2 orang pun dah RM140. Tak masuk teksi to n fro rumah lagi kan.

Okay, kat sini meh ai share cara2 lain nak ke KLIA/KLIA2. Bawak kereta sendiri - parking. Atau pun guna public transport.

ERL
Ini mmg pilihan utama kami lah kalau nak ke KLIA and vice versa. Rasa cam kofiden sket. Esp kalau naik MAS la kan. Sebab boleh check in sesiap kat kaunter situ. Termasuk lah check in luggage sekali.
Sekarang dah ada direct ke KLIA2. Jadi, mudah juga lah. Masa pergi Perth tu hari, first time kami naik ERL direct ke KLIA2. Tambang still sama dengan KLIA - RM35 seorang utk satu hala. [link : ERL]
Tapi ERL ni, waktu balik leceh sket kot. Ye lah, dulu kan last stop kat KLIA. Sekarang ada KLIA2. Jadi, dari KLIA2 tu dah penuh sesiap. Kalau kita dari KLIA tu mmg susah jugak lah. Tu hari yang masa aku naik tu, bila tiba kat KLIA, dah penuh giler jadi nya. Tu hari kerja tu. Kalau weekend dan cuti sekolah lagi lah penuh agaknya. Sesilap kena berdiri smpai KL Sentral pula. Ni kan ekpress. Aku rasa, kalau dari KLIA tu, naik yang berhenti2 tu lagi bagus kot.

Bas
Dulu masa naik flight kat LCCT, pernah lah juga naik bas. Dari KL Sentral ke LCCT. Sekarang pun ada bas dari KL Sentral ke KLIA2.
Kalau tak silap, dari KL ni ada 3 bas.
*Skybus : KL Sentral to KLIA2 (kalau naik Skybus boleh add on dengan tiket flight Air Asia - dapat murah sket kan) - [link : Skybus]
*Star Shuttle : Dari Puduraya. Tp tak pernah try. Tengok dalam web, dari Ipoh, Teluk Intan, Setiawan pun ada bas ni. Yang ni boleh ke KLIA atau KLIA2 [link : Star Shuttle]
*Aerobus : KL Sentral to KLIA2. RM10. Ke KLIA pun ada tapi naik tempat lain [link : Aerobus]

Parking di KLIA2
Kalau parking di KLIA2 mmg sah sah lah mahal. Takat ni kadar parking RM46 sehari. Tak tahu la esok2 kadar naik pulak. Best mmg best la kan. Mmg elok terletak je kat situ. Berbumbung apa semua. dan tak pikir apa dah. Terus je masuk terminal. [link : Parking KLIA2]
Kredit : Web KLIA2

Parking LTCP
Ni murah sket dari parking di KLIA2. RM32/day. Tp jauh sket dari airport. Then kena naik shuttle bus ke airport (free). Shuttle bus ni katanya ada 24jam and every 15minit. Tapi, ada yg kata bas tak tepat masa pun. Entah la kan. Tak pernah lagi try, jd aku tak berani nak komen apa. Kalau tak seperti yg dijanjikan, mmg kecewa lah kan. Masa nak ke Perth kami consider juga parking ni, tapi kira-kira dalam 6 hari kami tinggalkan kereta dah jadi RM192. Maka, kita abaikan je lah option ni. Huhu.
[link : LTCP]

Parking Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Parking kat TBS mmg murah. RM3/day. Cuma lepas tu kena naik bas/ERL ke airport (naik bas JetBus - harga RM10 [link : Jetbus]. Pun worth jugak kan [link : Parking TBS]. Kalau naik ERL mahal sket lah dari situ. RM26.50. Baik naik dari KL Sentral je kan.

Parking di Putrajaya Sentral
Ni baru discover. Dan mmg ini lah option paling ekonomi. Cara dia caj lain sket. Malam lain, siang lain caj dia. Dan yang menarik adalah - naik ERL ke KLIA/KLIA2 tambangnya RM6.20 sahaja. Jimat banyak kan.

Teksi
Yang ini aku tak berapa pasti berapa harga. Kalau tgk chart, dari area KL dalam RM85 [link : rate chart] Tapi, better confirm kan balik lah kan harga. Tapi lebih kurang itu lah kan. Atau boleh jugak try kat web ni. Masukkan kat mana area rumah kita, then calculate [link : taxi fare]
Biasanya, kalau naik ERL tu, kami akan ambik teksi lah balik rumah dari KL Sentral. Kalau naik kat KL Sentral dia cam teratur sket, sbb kita dah bayar sesiap kat kaunter kan. Kita bayar, dia bagi token je. So, selamat lah dari kena tipu harga ke apa. Itu aku konfiden. Ye, aku agak skeptikal sket kalau naik teksi ni. Huhu. Kat negara orang buleh rileks je kan. Tapi kat negara sendiri tak konfiden. Tah hapa hapa.
Tu hari dari KL Sentral ke rumah kami RM15.
*Sebab tu bila kira kira balik, sebenarnya sama lebih kurang je kalau bawa kereta dan parking kat memana parking tu.
Kalau naik ERL RM35x2 = RM70. Pergi balik 2 orang dah RM140. Tambah pulak tambang teksi pergi dan balik rumah dalam RM15sehala. Pergi balik RM30. Dah jadi RM170. Macam nak sama je dgn parking kereta.

Option lain -
Suruh member hantar, then bayar. Huhu.

12 juta komen

byk pilihan...ikut selesa kita la kan nak yg mana.. saya suka option yg bawah skali tu, haha! bagi duit rokok/minyak je kekekeekek

ramai orang kata park kat putrajaya sentral tu murah giler. tapi ktorang park kat airport je hari tu masa travel coz malas nak jalan jauh kan..

NAD :
Kalau dari KL, mmg byk je pilihan. Worries not.


CIKLILYPUTIH :
Paling best mmg lah parking di airport.. tp mikirkan cost tu.. terus sanggup naik tren segala. Huhu.

last naik flight 7/8 thn lepas kot. huhuhu. . klu kena naik flight mybe suh org hntr.

ida dah set nak paking dkt putrajaya sentral tu jek nnti hehehehe..... xmo parking KLIA2 seminggu tu mau pengsan kos HAHHAHHA

first train dari putrajaya ke klia pukul berapa??

PUSAT BAHASA IDAMAN :

Kalau tgk kat website ERL - Putrajaya ke KLIA first train - 4.52 pagi
Boleh tgk kat web ni... takut ada perubahan kan
http://www.kliaekspres.com/plan-buy/schedule/

Kalau parking kat TBS memang bagus tapi susah nak dapat parking kosong.Kecuali jam 3.00 pg.mungkin ada.satu lagi tempat parking free di Charter Field dekat dgn concord inn.Ambil teksi boleh bincang harga nya antara rm 10 -rm 25.Banyak teksi lepak kat situ walau pun tengah malam.Bila balik ambil teksi terus ke situ ikut meter dalam rm 12.00.Letak lah kereta ditempat yang ramai org lalu lalang.Untuk keselamatan..

Thanks guys for sharing.
Saya ni stay Seremban. 6/5 ni flight.
Tgh fenin jugak pk transport ke KLIA2 awal pagi sblm subuh. Dulu pi sana sekeluarga so ayah awal-awal dah sewa van besar kawan dia.kali ni xtau le. Erkk..
~ drshikinzainal.blogspot.com ~

Nurashikin :

U're welkam.
Boleh kot consider parking di Putrajaya Sentral tu :)

assalamualaikum...
saya pun tengah ushar2 ni.... sebab nak balik sabah disember/2016 ni...
dari hasil carian saya pakir di TBS Rm4 sehari... lepas tu ambil jetbus ke klia/klia2 hanya rm11...
sekian :)

(adam sharko)

Encik Adam :
Better cari info terkini sbb sy dengar macam dah naik harga parking2 ni.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign