Pages

27 January 2015

#puanstoberikeKuching : Jalan-Jalan Hari Ketiga

Okay dah masuk hari ketiga - 11 Jan 2015.
Oh. Malam sebelum nya kami jalan2 di waterfront.

Eh. Meriah juga malam minggu di situ. Tgk orang busking. Tgk orang main apa tah yg ada cahaya bila campak kat atas langit tu. Pastu tgk orang beratur panjang beli keropok lekor. Memula kami pelik apa la orang jual ni yg ramai sgt orang ni. Rupanya keropok lekor. Pastu esuknya tnya kat Mirul tu - dia kata mmg orang sini suka keropok lekor. Sbb susah nak jumpa. Dia pun suka. Aku cakap, kalau camtu kami buleh jadi pengedar, then dia jual kat Kuching. Huhu.

Okeyh. Hari ketiga di Kuching.
Mirul sampai awal kat hotel. Kul 8.30 dah tunggu. Time tu kami tgh breakfast lagi.

Lps tu terus ke Semenggoh. Nak tgk orang utan katanya.
Agak jauh ke dalam juga tempat ni. Bayar kat depan, lepas tu kena naik kereta sampai atas. Jauh juga. Kalau jalan kaki mmg termengah dan peluh tiak la. Jadi, kalau dgn driver, suruh je depa antar sampai atas. Sbb kat atas tu nanti pun ada parking.
Dari parking kena jalan kaki sket pastu masuk trail dalam hutan untuk ke tempat yang nak tgk orang utan makan tu. Ada time dia. Pagi dan petang. Jadi, kalau nak gi sini tak yah high heel bagai lah.




Tapi, hampa kecewa dukalara sbb incik orang utan tak muncul. Muehehe. Rugi bayar RM5 tau. Skrg kat Sarawak musim buah. Dia if musim buah, mmg susah dia nak keluar. Jadi, bertabah lah. Jenuh la orang nak bagi makan tu panggil. Idak nya dia keluar. Orang tu kata buleh dtg lagi sekali petang. Eh. Idak la kuasa. Ai anggap sedekah je le tiket masuk RM5 per person tu yer.

Lps tu kami sebenarnya nak ke Rumah Panjang Annah Rais. 
Tapi, tak tahu pulak kat mana. Amirul tu kata tempat tu jauh. Plus tempat tu byk penduduk bukan muslim. Banyak "oink oink" katanya.
Aku plak cam baca blog2 orang takde pulak orang kata gitu.
Tgk kat web ni macam okay je kan [link : long house]. I don't know lah.
Jadi, tak pergi lah. Lagipun entah mana mana je kan.

Pastu terus ke Muzium Kucing. Ha. Ni baru betul muzium yang ada kucing2 tu. Bukan la kucing betul pun. Hal hal berkaitan dengan kucing lah. Letaknya di bawah DBKU. Dgn signage apa nya takde. Ingat masuk ofis dah tadi. Tp mmg bawah ofis tu lah. Masuk free. Just bayar duit kamera je RM3.

Lps tu pergi pasar pagi Kubah Ria (patut pergi sini dulu sbb dah tghari orang dah pack2 dah pun). Tp beli ikan masin kat dalam pasar tu je. Minum cendol jap kat food court situ.



Dari situ terus pergi Perkampungan Budaya. Pun buleh tahan jauh lah.
Hari ni tak lunch sbb dah breakfast kat hotel. Plus dah minum, makan sket2 kat Kubah Ria tu.
Bayaran masuk Sarawak Village Culture nih RM60/person. Mahal kan?. Mmg mahal. Aku memula tu ingat nak cakap aku outstation kat Cawangan je. Kot dapat la diskaun ke apa. Tapi, dak Mirul tu dah mintak duit sbb dia nak bayarkan kat kaunter. Aku suspect dia dapat tips la tu. Seolah bawa pelancong kan. Okay lah. Malas lah nak tanya lelebih. Ikut kan je lah. Lagipun budak Mirul ni okay.

Masuk situ, memula tak hujan - mendung je. Pastu hujan. Renyai2.
Pastu mula lah rasa panas giler. Haih. Ai is not selesa. 
Masuk setiap rumah kat situ. Boleh la. Takde la best ke apa.
Dia macam rumah Mini Malaysia kat Melaka tu. Pastu tempat pun cam tak terjaga je. Tgk orang ramai je, tapi takkan la tak boleh buat penyelenggaraan sket.

Orang kata datang sini mesti tgk show dia. Show dia dua kali. Pagi n petang. Pagi tu dalam kul 11 kot. Petang kul 3.30pm. 
Show menari2 kebudayaan Sarawak lah.



Best ke? Buleh la. Takde la "berahi' sgt pun. Sbb kami kan dah biasa tgk menari nari ni. Kata pun kerja office kebudayaan kan.. Kat ofis aku ni pun kalau ada perasmian apa2 sure la ada menari2 lebih kurang camni. Yang menyumpit tu je la yang takde kan. Huhu. Tapi, kalau dah masuk, tengok le.


Dia bagi passport ni, cop lah kat setiap rumah kita pergi. Ada berapa rumah tah. 10 kot. Tak ingat. Aku bukan fokus sgt sbb panas melengas lepas hujan tu. Rimas sungguh la rasa.






So, my review - if nak pergi, pergi lah. Kalau taknak pun, tak rugi. Itu bagi aku lah. Ada orang rasa seronok dan suka. Takde masalah pun kalau nak pergi. Okay je. Pengalaman kan naik rumah tinggi2 tu.
RM60 per person buleh katakan agak mahal. Kalau dua orang dah RM120. Buleh beli memacam lagi tu. Belanja kat Serikin, byk menda buleh dapat tau. Huhu.


Dari SVC tu kami balik ke Kuching. Dah petang pun.
Singgah minum kat Bimmers. Ini pun salah satu tempat makan yg glamer jugak.
Ingat nak try pisang cheese. Dah habis pulak. Oh. Ai is sedih. Jadi, makan kepak ayam n kuih apa entah. Macam kuih koci. Tp macam kuih tepung pelita pun ada. Minum air teh C sekali lagi.

Lepas tu Mirul hantar balik hotel. 
Lepak2 jap. Rehat solat apa semua keluar carik makan.
Pergi TopSpot lagi. Hiwhiw. 
Udang galah la lagi. Hiwhiw.
Lps tu balik hotel. Ambik kek lapis kat receptionist.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign