Satu lagi drama adaptasi novel.
Musim uols. Musim. Semua drama pun adaptasi.Drama sekarang cliche sangat kan uols.
Semua pun kawen terpaksa. Memula benci - dah kawen - duduk bilik asing - pastu suka.
Ada lagi yang lebih tak bermoral. Dah kawen - tapi pergi kat lelaki lain - pastu terlanjur sbb takut kat kilat - tapi suami boleh cool terima lagi. Eh. Macam kenal je cerita apa. Haha.
Bosan tau. Yang slot akasia tu lagi lah samaaaa jee... tapi myDH suka nak tgk. Ai is tak suka. Mmg tak follow pun. Yang sekarang ni lagi lah. Suami ni suka kat isteri orang ni, bekas isteri nak kat bekas suami, suami orang tu suka isteri orang tu. Hey. Apa ke menda kau cuba sampai kan ni?
Okey. Asam Pedas Untuk Dia.
Cliche ke tak cliche kita tgk sesama ya
Cliche ke tak cliche kita tgk sesama ya
Novel ni ai ada. Kalau tak silap ai beli kat Popular. Lama dah.
Jadi, ai dah baca la. Satu hari je zup zup zup ai habiskan.
Hiwhiwhiw.
Mmg best. Dan ai suka. Ai pernah review tak? Jap eh, nak tgk.
Oh. Pernah [link : Review novel asam pedas untuk dia]
Sepatut drama ni start tayang last week, tapi di tangguh ke minggu ini.
Memang rasa nak follow, but why TV3, why?
Why suka sangat ambil waktu maghrib tu.
Sama macam tayang slot Akasia ni. Start 7pm.
Tak tahu lah sejam ke setgh jam tayangannya.
Tayangannya setiap Sabtu dan Ahad jam 7pm.
Aku start tahu novel ni nak jadi drama bila aku tgk kat IG salah sorang pelakon dia.
Ingat kut masuk slot Akasia ke. Tup2 bukan Akasia, tp tetap tayangan waktu maghrib.
Pelakon idak la yang glamer dan grand.
Dayana Roza (aku panggil dia Yaya Selipar sbb ada drama yang dia sayang nau selipar dia tu). Pastu hero - Shukri Yahya. Siapa ni? Tak kenal.
Takpe lah. At least orang muda dan sesuai. Takde la tetiba Fahrin jadi menantu Amy Mastura kan. Atau tetiba Sharifah Shahora jadi wife Que Haidar.
Boleh la follow kot. Start Sabtu ni.
Tapi weekend biasanya ada je aktiviti kan.
Dan minggu ni pun takde kat rumah.
Nasib baik buleh rekod. Harap tidak bengong lah mendalah PVR tu. Sbb kengkadang bila rekod dia suka jadi macam2.
kredit : Here |
kredit : Here |
6 juta komen
hahahaha...! tergelak saya baca entri akak ni kekekekekek... que haidar n sharifah shahora, fahrin n amy mastura :P
sependapat la kite..
apa la buat wat waktu maghrib ni...
best jugak novel die...yg ni xtau lak ade adaptasi rpnye..ok...blh mark, tgk online je la nnti..heheh..
hahahha...drama skrg semua jns yg dok kejar x tp xkawin dgn x..eh..kte cuci mata la skit2..heheh..
Nad :
Kan.. menyampah btul kalau tgk yang muda dah jadi mak pada yang ptt jadi adik. Eh, bebtul lah. Cam tu hari, fahrin jadi ayah pada shafie naswip. agak2 la sket kan. kut kawen muda sgt ke nak ada tetiba dah masuk U kan..
ANN :
Iyer, citer ni best sket lah dari encik sotong ke apa tu. Tp kita tgk..drama ni sama tak dgn novel. Harus tak sama.
Akk tk berapa suka tgk online sbb rasa tak puas. Nak tgk kat tv jugak. Huhu
HAHHAHA kelakar lah kekda ni. tapi tepat ahh. eh kekda syukri yahya tu ida minta tau! macam jericho sikit hahahahhahaha
EIDA :
Dia belakon citer apa eh?
Akak tak pasan lah..
Terima kasih atas komen anda :)