Pages

Showing posts with label bonus. Show all posts
Showing posts with label bonus. Show all posts

24 November 2016

PP Bil 10 Tahun 2016 : Bayaran Khas Tahun 2016




Saja nak tempek sini.
Sama macam yang lepas2 juga TnC nya.
Yang penting nak tahu tarikh pembayaran, kan?
Dibayar pada 3 Januari 2017.

*belum dapat, tapi da advance beli barang dulu. Hihi.

19 June 2015

Bantuan Khas Kewangan 2015

Ada pekeliling baru kita boleh cerita.
Ceee.. mementang duk HR kan. 
Mmg la kena tunggu Pekeliling, baru leh cerita.


Sebenarnya aku pun terlibat secara langsung gak lah. Hari ni cam hectic sket sbb mendalah ni lah.
Lelagi sbb ada staff baru masuk pada 15.6.2015 tu ari.
Jadi, kita kena trace depa ni sambung service ke tidak.
Sbb katakan depa pernah kerja sebagai N17 di jabatan lama depa, then dia masuk sini as E27, jadi, agensi baru, which is jabatan kami lah yang kena bayar.
Sbb dia dah tulis sesiap dalam Pekeliling :
"Pembayaran BKK ini adalah menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada bulan pembayaran."
Wah, setiba tiba jimat jabatan lama orang tu. Ngeee.
Takpe lah. Duit kerajaan jugok. Ye dop...

So, ini lah bonus raya kita nampaknya.
As expected. Dgn keadaan ekonomi kita yang macam ala ala je kan.
Mmg takdok lah nak bermewah mewah bagai.
Itu pun, dapat banyak ni pun ramai cong ceng cong ceng.
Ada ke kata "apasal org gomen je dapat bonus raya? GST tu pun semua bayar"
Dah kenapa kau? Sebelum ni takde GST pun kami dapat juga. Malahan terkadang setgh bulan gaji. Dah ingat GST tu je satu satunya medium bayaran bonus pulak.
Abis camtu, buleh la jugak orang tak dapat BRIM claim camtu gak kan?
Apsal semua orang bayar GST tapi ada orang pendapatan sampai beribu ribu sebulan tapi sbb takde slip gaji, takde nama dalam LHDN, tup tup dapat gak BRIM? 
Elleehhhhh.....
Depa untung takpe.. kita tak boleh.. nak biar orang lain rugi je.. 

Rezeki la yob, yong.
Rezqi ni (bulan Ramadhan, kena eja ala ala Arob sket), datang pelbagai bentuk.
Kali ni rezqi penjawat awam. Rezqi uols pulak nanti ada la dalam bentuk lain pula.
Takyah nak pertikai kata kami penjawat awam pemalas la apa ala, tapi dapat jugak bonus. Uols kena baca pekeliling tu baru tahu sapa yang layak sapa tak. 
Sapa yang kena tindakan tatatertib mmg tak dapat.
Apakebenda la melarat2 camtu. Kata je penjawat awam pemalas, tapi bila buka iklan jawatan kosong mintak beribu jugak mohon.. 
Ellleeehhhhhh....

Okay lah. Aku nak up Pekeliling ni je.
Tetengok aku pulak yang melarat larat.
Full pekeliling : Link [Bantuan Khas Kewangan Tahun 2015]

kredit : Mrjocko

6 January 2015

Troll Bonus

Haha.
Member hantar kat w.app grup semalam.
Dah jadi troll menda ni.
"harap maaf, sistem mendapati anda telah login ke dalam sistem sebanyak 51kali untuk menyemak bonus. Harap bersabar, takkan lari gunung dikejar"

Adey... kelakar la sapa buat nih.
Aku fwd ke grup family. Anak buah aku innocent plak tetiba "ni ucu punya ke? Ucu ke check 51kali?"
Muahahaha. Adey, anak buah ku ini.. 

Kami tak guna e-Penyata ni. Badan berkanun uols.. gaji kami direct dari perbadanan. Tak melalui Jabatan Akauntan Negara ni semua.

Gitu lah jugak cerita kenapa ada sesetgh state dapat awal. PBT, Perbadanan, Badan Berkanun ada sistem sendiri. Peruntukan mmg diuruskan sendiri. Namun begitu, masih la dibawah kawalan JPA. Masih lah menggunakan pekeliling yang dikeluarkan JPA. Kalau state tu lagi lah, boleh je dapat lebih dari apa persekutuan bagi (State tu bermaksud pentadbiran di bawah kerajaan negeri ya)

One more, jangan lah percaya rumours kat FB, kat w.app ke apa selagi takde sebarang pekeliling dikeluarkan. Sebab segala yang diuruskan oleh kerajaan ni berdasarkan pekeliling. Lelebih lagi yang melibatkan pembayaran. Masa yang kononnya bonus masuk 5hb tu, aku tgk jugak web JPA, takde pun SPP ke, PP ke keluar, that's mean, mmg takde la masuk 5hb kan (utk kerajaan penuh lah - persekutuan). Kalau baca kat memana berita tu, pergi lah carik pekeliling berkaitan. Betul ke tak. Atau tanya lah HR memasing, betul ke berita tu. Sah kan dulu. Kalau tidak nanti, frust pula dikemudian hari. Hihi. 
So, utk pembayaran 15hb ni mmg dah ada Surat Pekeliling.
Boleh tgk web jpa [link : pindaan tarikh bayaran imbuhan]


So, dah ada Surat  Pekeliling Perkhidmatan ni, baru lah confirm. 
Jadi, sabar tau. Takkan lari gunung dikejar.
Hikhikhik.. adeyy.. 
15hb buleh buka balik e-penyata tu.
Muehehehehe.

17 July 2013

Berita Baik Untuk Penjawat Awam?

Bonus ke? Hahaha.
Tapi lagi nak hahahaha awal2 minggu tu ari.
Tetiba ber terbangan di ruangan FB sokkaba tahun lepas. Yg bonus masuk 9 Ogos tu. Hahahhaaha.
Lawak oih..nak bonus punya pasal, sokkaba tahun lepas pun jadi.
Dulu tahun lepas pun camtu lah. Sokkaba Metro jadi mangsa.

Skang ni kan... kalo ada apa2 berita, harus la kat FB tu kuar dulu. Takkan nak pakai artikel sokkaba lagi. Kalo bonus umum, time2 tu jugak la berita bertebaran. 

Takpe.. 

Kita tgk apa kata PM nih.
Katanya "Nanti...kita akan melihat perkara ini...Ada masa lagi"
Berita penuh : Utusan n Berita Harian

Takpe lah. Ada rezeki, ada.. takde takpe..
Yg penting, mggu depan kita gaji. Dgn KGT baru lagi. Itu pun da syukur Alhamdulillah kan. Dari orang lain yg dengarnya bonus 8bulan. Wah..siapa lah kan..?? Hihi.

25 June 2013

Edisi Bonus Tahun 2013

PM Akan Tentukan Bonus Penjawat Awam 25 Oktober Ini - KSN

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membuat keputusan berhubung pemberian bonus untuk penjawat awam tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata keputusan itu akan dibuat Najib selaku Menteri Kewangan sempena pembentangan Belanjawan 2014 yang dijadual 25 Oktober ini.

"Saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet(pembentangan Belanjawan 2014), PM sendiri akan buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Isnin.

Seramai 1,374 petugas dari 42 Jabatan/Agensi/Bahagian Jabatan Perdana Menteri menerima anugerah itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada kira-kira 1.4 juta penjawat awam.

Pada Ahad, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam dengan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.

Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji dengan pembayaran dibuat sebanyak tiga kali; sebelum perayaan Aidilfitri, bulan Disember dan pada Januari tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN, meminta penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam.

"Penjawat awam (menerusi program itu) akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka.

"Ini adalah satu pendekatan baharu di mana kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka tetapi sebaliknya kita mendekati mereka," katanya.

Beliau juga mengalu-alukan maklum balas, pandangan dan cadangan membina daripada seluruh penjawat awam demi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam.

"Kita semua (penjawat awam) perlu senang dihubungi dan didekati. Saya berharap agar sebarang maklum balas yang ingin disampaikan dapat disalurkan melalui saluran yang bersesuaian," katanya. - BERNAMA

Sumber : Mstar

*****
Saja nak tempek. Mesti ada yg tertunggu bonus raya tahun 2013 ni kan? Takpe kot kalau tak dapat sebelum raya kan.... Lagipun kita ada kenaikan gaji tahunan lagi bulan Julai ni. Anggap la itu pun bonus/rezeki raya. Kan dapat 2x kenaikan tahun ni. Jadi, takpe la tggu smpai hujung tahun kot. Insyaallah ada tu. Banyak mana tu tak tau la kan.
Apa pun, bersyukur la dengan setiap rezeki yg ada. Yg penting bukan banyak mana yg dapat, tapi keberkatan dari punca rezeki itu sendiri. Kalau berkat, yang sedikit pun akan seperti bukit, gunung ganang lautan luas. Hihi. Insyaallah :)

p/s : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2013 - Pemberian Pemindahan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign