Pages

7 January 2015

Night At The Museum Di Quill City Mall

First time being there.
Quill City Mall. Baru buka je Mall ni. Dalam hujung tahun lepas kot.

Ada yang tak tahu kat mana? Quill City Mall ni letaknya di Jalan Sultan Ismail.
Dekat dgn station Monorail Medan Tuanku.
Sebelah UniKL yang sebelah bangunan DBKL tu. Yang dekat Kg Baru tu.
Berhadapan juga dengan Sheraton Hotel.
Alah, siapa biasa area KL misti tahu lah kan. 

Sebelum review filem Night At The Museum, meh ai review dulu Quill City Mall ni.
Best jugak lah Quill ni. Cuma, tak seperti IOI City Mall Putrajaya, orang kat sini tak ramai lagi. Tapi okay lah. Seleso sket nak makan ke, nak jalan2 ke.
Bangunan ni actually lama terbiar. Sepanjang aku duk Kg Baru 8 tahun tu, mmg tak nampak la macam bangunan ni nak disiapkan. Tup tup tu hari, lalu depan situ dah nampak AEON. Eh, bila masa siap entah bangunan ni. Lagipun lps pindah KSU, mmg aku jarang2 dah lalu situ. 
Anchor tenant - AEON. Best pulak aku tgk AEON sini. First impression, aku nampak dia buat cam ala ala supermarket oversea. Cea.. macam la selalu sgt ke oversea kan. Tapi, ada la iras2 la dgn pasaraya aku tgk kat Perth tu. Nampak cam "moden" la supermarket AEON kat sini. Pastu ada 3,4 tgkt AEON lelain. Ada banyak jual Corelle, Corningware. Eh. Best la pulak.
Tempat baru, mmg la best kan. Toilet pun bersih. Sanitary bin pun guna sensor je. Amboi. Ni tahan lama ke ni. Kejap je kang jahanam. Huhu.
Food court belum ada, tapi restoran banyak je. Burger Bakar Kaw Kaw (kalau tak silap) pun ada. Suka. Mungkin boleh dijadikan tempat jalan2 kami kalau tak kemana-mana.

Wayang GSC - pun besar jugak. Tempat baru - orang pun tak ramai. Seleso beli tiket semua. Huhu. Pastu masuk je bau baru je kerusi semua. Huhu. Best. Best. Pasni takyah la pergi Wangsa Walk lagi dah kalau nak tgk wayang (sejak pindah aku tgk wayang kat Wangsa Walk. Situ TGV. TGV ada couple seat, tapi tak kesah la. Seat biasa murah sket kan).

Tu hari lepas keluar wayang, ingat nak jalan2 dulu. Tapi, keluar wayang, buka w.app, tgk ada berita ayah salah sorang staff kat unit aku meninggal. Dekat dgn rumah lak tu. Jadi, tak patut sgt kalau tak pergi. So, cecepat balik dan terus gi ziarah. Next time lah kita jalan2 lagi kat situ.


Okay Night At The Museum - Secret Of The Tomb.
Overall okay je lah cerita ni.
Sbb mmg yang 1 and 2 aku tgk wayang. So, ini pun kena lah tgk wayang.
Kali ni depa gi museum kat London.
Sbb tablet yang boleh hidupkan menda2 dalam museum tu dah rosak.
Kena pi carik pulak Firaun (bapak Ahkmenrah) kat muzium London utk bagitahu cemana cara nak pulihkan balik tablet tu. 
Kat sini depa jumpa Lancelot.
Kelakar jugak Sir Lancelot ni. Nak mencari Guinevere dia. Ni kena tahu sejarah pasal King Arthur la pulak kan. 

Ada watak caveman baru.
Caveman nama Laa. Muka cam Larry. Dia ingat Larry bapak dia.
Ini kelakar.


Cuma, ada part tak best cam kisah Pompeii tu.
Ada pulak si monyet Capucin tu kencingkan lahar gunung berapi tu.
Kuang hajau je kan. Tu kan salah satu petunjuk dan azab dari Allah pada kaum Pompeii ni.
Depa ni kan, ada je nak selit menda2 camtu kan.
Dan ada juga dia sebut kaum Yahudi kaum terbaik.

Selain dari tu, okay. Kelakar.
Lepas ni takde dah kot sequel dia.
Sbb si Larry pun dah berhenti kerja.
Tak jaga muzium dah.
Dah jadi cikgu.

1 juta komen:

Rin mmg dh lana tak tgk wayang..kesiankan..hubs xberapa suka kot..hahahha

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign