Pages

22 January 2015

#puanstoberikeKuching : KL - Kuching

Hoih. Apsal buleh lupa nak update.
Selalu aku paling kencang update laju laju.
Dak Eida pun dah tnya kenapa tak sambung. Huhu.

Oh. Sbb lps balik dari Kuching terus bertapa dalam bilik interview.
Balik Isnin (12hb), pastu esuknya Selasa dan Rabu interview. Selasa tu interview start petang. Sampai kul 7.30petang ko. Ha. Pastu Rabu, mujo half day je. Okay lupakan pasal interview. Bukan ai kena interview. Ai cuma tukang jaga pintu ja (T____T).

KL to Kuching.
Outbound - Friday, 9 Jan 2015, 13:45 - MH 2520 .
Kali ni parking di Putrajaya Sentral - naik ERL - KLIA.


Perjalanan smooth. Alhamdulillah.
Keluar dari rumah macam nak pergi kerja tu. Kali ni sbb nak tinggal lama kereta kat parking, maka kami bawa kereta lama. Naik MEX je. Sampai Putrajaya Sentral dalam kul 9pg. Parking kat basement. Pastu cam lupa yg masa tu tgh heavy rain. Malam nya tu pun kan Sepang banjir. Risau pulak air masuk kat parking. Tapi, takde la kot. Banyak je kereta ada situ. Carik parking dekat2 dgn lif. Breakfast dulu jap kat kedai makan yang ada kat situ. Aku minum je. MyDH amik roti telur. 1st time being there. Not bad jugak kan. Takde la sesak sgt.

Tunggu ERL.
Tapi, macam tertanya eh, betul ke belah sini.
Ada chinese guy pun tanya aku, ini pergi KLIA2 ke?
Betul la tu sbb kat signage yang ada time tu tulis ke KLIA.
Tambang ERL dari PS ke KLIA : RM6.20
Kami yang dari KL ni mmg jimattt banyakkk sbb selalu kami naik ERL direct dari KL Sentral.
Takde rushing sgt sbb aku dah web check in. Cuma MAS ni tak macam AA. Kalau AA buleh web check in awal kan. MAS ni dia buka utk web check in 48hours before fly. So, aku check in pergi je lah. Balik tak boleh check in lagi. Yang best pulak. Buleh pilih2 seat. FOC. Takde bayar2 cam AA tu. Ai is suka. Dan dari dulu lagi pilihan hati ai tetap MAS lah. Cuma, tu lah..kalau AA murah, terpaksa jugak lah ai pilih AA. Tapi, kalau harga lebih sket je. Mmg ai amik MAS. Macam kali ni ke Kuching ni lah. MAS utk 2 orang - pergi balik - RM520 kalau tak silap. AA masa tu dalam 400++. Tp dgn beg segala lagi. Better lah amik MAS. Kan?

Sampai KLIA terus drop luggage je lah.
Lama jugak nak menunggu sebelum gate buka tu.
Tapi, Alhamdulillah, takde delay apa.


Tepat jam 1.45pm gerak meninggalkan KLIA.

Terus aku on tv. Nak tgk movie. Sbb tahu mesti tak sempat nak abiskan satu movie kan.
KL - Kch 1jam 45minit ja.
Wah. Sekarang MAS dah ada baca doa naik kenderaan. Keluar kat skrin dia.
Yer, aku dah lama tak naik MAS sejak kejadian MH370 tu.
Tu hari ke Perth naik AA.

Tu yang best naik MAS sbb buleh tgk movie.
Takde la rasa bosan giler ke apa.
Jumaat - orang pun tak ramai. Seat 3 orang - kami berdua je. Seleso. Tapi, sepatutnya kena elak travel hari Jumaat nih. Sbb ada kaitan dgn solat Jumaat tu. Takpe lah. Next time kita travel hari Khamis pulak. Huhu.
Aku tgk movie Annabelle sbb aku belum tgk lagi citer tu. MyDH tgk citer apa entah. Pastu dia tidur. Kejap je terus derang hantar lunch. Lauk apa tak ingat dah. Okay lah. Takde lah melapau bila dah turun kang.

Pastu dah announce dah nak sampai. Oh. Kejap nya rasa. Mungkin sbb tgk movie - makan - pastu eh, dah nak sampai.
Sejurus selepas announce nak turun - bergegar jap flight. Ha.. kau.. menjerit dah orang. Aku rasa orang dah over-paranoid bila flight bergegar nih. Dulu buleh rileks ja. Siap ada baby menangis. Wah.. kau.. kaget dibuatnya. Huhu. Dan ai pun dah hold hand dgn husband. Pucat jap 2 saat rasanya.
Kuat okay air turbulance tu. Sbb cuaca mmg lah tak baik. Nak hujan. Terlanggar awan agaknya. Ngeri. Terus teringat mereka2 mangsa QZ8501, MH17 dan MH370. Woho.. no..no.. jangan lah naik flight masa cuaca tak baik ni. 

Tapi, Alhamdulillah..smooth landing kat Kuching.

Sementara tunggu bag dah ada orang call. 
Aku stay kat 360 xpress citycenter satu malam. Jadi, dah deal dgn hotel tu untuk pick up kat airport. Booking hotel thro' Agoda, jadi kena bayar RM6 sorang. Kira 2 orang RM12 lah utk airport transfer. Kalau booking direct dgn hotel cuma kena RM2.95 je sorang kalau tak silap aku. Tapi, masa ni Agoda offer murah. RM97 je satu malam. Tu aku amik thro Agoda.

Oraits. Nanti citer pasal hotel yang weols stay plak. Weols stay sana 3 malam ja. Satu malam di 360 dan 2 malam lagi di Pullman.

Okay tu dulu ya. Nanti kita sambung lagi.

5 juta komen

air ms g kuching flight g balik rs pening..pening yg semcm..nk tgk luar pn xde mood..neves ke risau ke..sbaik la flight kejap kan..

wahh..xsbr tunggu smbung cte ni..

ok dah abis baca.. alaaa cmne nii cuaknyee ida ni kekda... nak fly minggu dpn.. tapi dak zana okay dah balik dari krabi tu haaa.. positif positiff huhuhu

tetiba baca komen kat atas tu ada nama saya.. hahaha.. lawak pulak rasanya dak eida tu..

masa zana gie krabi pergi ok.. cuma nak balik banyak kali langgar awan.. deborrrr sangat hati ni ha...

Assalamualaikum kekda. wahh bestnya. sheila tengah nak BW entri Kuching kekda ni. ehhee ehh risau tu mesti ada kan sejak air crush. hmm sheila baru beli tiket MAS, pergi langkawi je. hahaha oversea belum berani nak pergi. sebab dah anak kecil ni. susah nak jalan sikit hehehe

SHIELA :
Ye lah.. mmg susah ada anak kecil nak pergi jalan, tapi... akak ada ramaiiiiiiiii kawan yang ada anak kecil.. malah belum setahun pun ada.. yang dah pergi sampai Melbourne, Australia, Hongkong, Bandung (yang ni siap tak bawak husband tau.. pegi ngan akak n kengkawan lain je).. malah.. bawak anak kecil buat umrah pun ada tau.. ada anak bukan alasan ya sayang..!

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign