Pages

21 January 2015

Astro : Downgrade atau Terminate.

Lama dah aku pikir2 ni. Dari masa dapat surat yang kata bil bulanan naik 5hinggit tu
Sebulan 5hinggit, setahun 60hinggit.
Wah. Lepas tu Astro bagi pemenang rancangan dia ratus2 ribu.
Kan??

Tapi, tu lah, suppose Astro ni bukan lah "keperluan". Lebih kepada "kehendak". Bukan dia paksa pun kita guna. Ye, mungkin tv kita senget benget gambar nya if pakai arial biasa tu, tapi ada je option utk ambik paling murah kalau langgan Astro ni. Atau amik njoi. Kan? Tapi, takde nya nak. Nak jugak superpack segala. Macam yang viral orang call kutip hutang bil Astro tu. Dah sampai berhutang hutang, lambat bayar segala tu, aku rasa better lah di tamatkan je. Itu namanya dah bukan keperluan asasi dah tu.

Okay, now kami langgan superpack. Ni sejak pindah tu ari lah. Dah abis pun kontrak 2 tahun. Ambik sbb nak ambik PVR. Masa tu cam ada promosi PVR lah. Tapi, PVR ni pun hampeh jugak. Kadang rancangan kita tak record pun dia record. Yang kita record, entah pergi mana. Menyampah pulak. Cuma yang aku suka PVR ni dia buleh pause tu, so kalau tgk citer apa ke, nak gi toilet, pause lah dulu. Pastu kalau kita rekod tu, masa iklan buleh la laju kan. Itu je lah kelebihan yang aku suka.

Superpack dulu RM141.00 (eh, ke RM140.40 ah, aku biasa bayar maybank2u jadikan RM141.00 ja) . Now dah jadi RM146.30.  

Kalau ikutkan banyak tu. RM146.30 per month. Purata tengok tv kat rumah kalau weekday dari jam 6.00pm - 12.00am. Lebih kurang lah kan. Kadang ada balik lewat. Kadang tidur awal. Katalah 6jam per day. Kalau weekend tu lama sket lah tgk tv. Tapi, kalau weekend pulak jarang ada kat rumah. Biasanya weekend harus merambu ke mana mana. Dalam sebulan, purata takde kat rumah dalam 3 hari. So, 146.30 tak buleh bahagi dengan 30 hari, bahagikan dengan lebih kurang 27 hari saja. Jadi - dalam RM5.42 sehari. Ha. 5 ringgit lebih utk tengok tv saja. 
Aku bayar bil elektrik kat rumah pun tak sampai RM100 sebulan.


Lps tu kalau hujan pun mmg hazab lah kan. Tengah syok syok tgk citer hindustan, tetiba gelap.. konghajo sgt kan. Cis. Cis.

Harus kena review balik ni.
Nak tamatkan macam akak surirumah yang terminate lepas tu pakai Njoi yang citer dia dah viral tu, macam I can't pulak. Huhu. Ye lah, rugi lah tv HD ai khen... hiwhiwhiw.

Yang buat berkira kira nak tamatkan superpack ni adalah sbb Sukan n Movie. Hey, sukan tu myDH bukan tgk sangat pun sebenarnya. Lps tu movie. Tu ai lah punya feveret sbb kan kalau takde citer best, boleh la tgk channel tu. Tapi tu lah. Bukan hehari tengok pun. Lagi la yang beratus2 channel lain. Dalam learning / kids bagai tu mmg jarang amat lah tgk.

Jadi, rasanya nak downgrade ke Value Pack. Cumanya nyampah pula ada Indo Pek dalam tu. Tapi, lantak kan situ lah. Nak tgk, tgk, taknak sudah. Harga RM80. Termasuk tax segala - RM84.80. Ada HD. Tapi kat Mustika je lah tgk HD. Huhu
Kalau downgrade kan, penjimatan dalam RM65.90.
Wah. Lumayan. Boleh buat duit tabung ke Holland nih *tetiba*

Rasa, mmg have to lah.
Kena jugak sbb melampau lampau Astro ni.
Kerap sgt dia naikkan harga.
Lps tu iklan pun dah banyak. Qu puteh la, terlajak laris lah. Rimas.
Tp kalau lepas ni dia naikkan lagi, harus aku terpaksa ikut jejak akak surirumah tu. Guna njoi. Takde HD pun takde lah. Lantak. Huhuhu.

2 juta komen

saya pun tgh berkira nak terminate trus je ni.. asek tgk kartunnnnn je bebudak ni, xleh jadi.. tp tu la, kene la plak tggu 2thn ke berapa tahun ntah tu kontraknya.. abes je kontrak, trus zasss!

ahahahaha alamak tersame plak plan we ollss haha.. memamng sakit ati sesangat sbb suke hati atuk nenek die jek nak naik kan bil kann.. tapi still nak astro gak sbb layan drama korea kt oneHD.. monthly 150++ gak.. tp end up nengok tv lps blk kje jek bape jam jela sehari, weekend pn mlepak kluar aje..
so i n hubs decide terminate aje.. tapi amik unifi. so nk tgk movie ke drama ke sports ke nnt dolod jek kat tenet.
plus bil hpn pun boleh downgrade sbb nanti pakai wifi kat umah jek.. kira2 balik saving 100++ gak la monthly kalo cmtu hehe..
so gud bye astro hehe

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign