Pages

19 January 2015

Saya Suka Pedas

Yerp. Ai is suka pedas. Pedas itu Sedap (tgk, sama kan je huruf nya).
Ai tahan pedas. Dan buleh dikatakan kuat pedas.
Ai buleh makan cili padi kampung itu begitu saja. Bukan lah makan macam epal tu.
Tapi, kalau masuk dalam mi ke bihun ke, ai potong2 dan gigit je.
Dalam laksa pun gitu.
Kata orang tu macam buat ulam je lah.
Yang pedas ni lah menaikkan selera ai. Kalau tak pedas, mesti "potong" punya.

Kalau buat maggi pun, dah siap masak semua maggi tu, ai mesti potong2 cili dan taburkan. Kalau ter gigit tu - pergh! best!

But, beza dgn my other half. Beliau tak boleh nak makan pedas.
Dia suka pedas. Tapi tak tahan.
Tapi, yang peliknya, kalau cili padi ai buh dalam masakan, macam dalam tomyam ke kan, sure dia yang terambik. Pelik betul. Lepas tu lagi haru kalau dia tergigit.
Eh. Kita yang suka ni elok je takde tergigit pun. Dia mmg selalu camtu. Taktau kenapa.

Jadi, cili padi is a must have item dalam peti ais.




Kalau diikutkan Birdseye itu adalah cili padi kampung lah kan. Kami kat kampung panggil "cabai burung" - kira ada la kena mengena dgn "bird" kan. Hiks.
Tahap nya ada lah very hot.
Dan habanero pula extreme hot.
Habanero ni rasanya macam cili yang ada kat Sarawak nih.
Kat pasar Kubah Ria tu byk je orang jual.
Cili ni dikatakan paling pedas. Ada yang panggil cili hantu. Ada yang kata namanya "gonorong". Tengok rupa macam tak kompiden je dia tu pedas kan. Sbb nampak cam comel comel je kan.
Auntie cina yang jual ni kata, amik sebelah saja kalau nak makan. Sbb pedas sampai berdengung telinga.
Ai beli lah tu ari. Nak rasa.
Semalam try buat sambal tomato guna cili ni. Guna sebelah je. Tak la rasa pedas sgt sbb dah campur dengan sebiji tomato kan. Tapi, bila masuk perut tu, terasa panas jugak la. 

Ada lagi tu. Nak jerukkan, atau pun nak buat cili goreng ala ala sambal letop tu ke. 


1 juta komen:

sejak kawin ngan org n9 ni, memang dah pandai makan pedas2 gila... kalo dulu berpeluh peluh kepedasan, la ni relax2 je... hehehhe...

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign