Pages

31 December 2010

~Pasal Saya Suka Start Cuti Ari Ahad~

Entry ke 679 dlm blog ini. Entry sblm ni cantik no dia-678.  Dan sepanjang thn 2010, bln Disember lah entry terbanyak aku da buat. Igt bln Oktober retu paling banyak. Rupanya ini lagi byk. Tkpe. Nxt year nak cuba minimakan setiap entry. Atau pun byk entry tp celoteh tu kurang kan? Boleh gitu? Ah. Wateva lah. Kuwasa lah aku nak 'procedure' kan blog aku ni. Sukati lah kan. 

So, skang nak bebel pasal cuti lagik. Ya lah. Tak lama lagi kan nak pegi cuti cuti Malaysia. 
Kenapa aku sker pegi bercuti start ari Ahad? Ini utk tpt yg memerlukan penginapan 3 ari 2 mlm lah. Kalo 1 ari 2 mlm tu tak termasuk yer.

Dulu masa pi Bandung pun aku pegi ari Ahad n balik ari Selasa. Aku rasa bes je pegi ari Ahad sbb hotel pun tak caj as weekend (Malaysia lah). Lps tu ari Sabtu tu aku leh standby apa apa yg patut. 

Let say mcm ari Jumaat tu ada keja tak siap, so, kita takde la kelam kabut ptg Jumaat tu smbil mulut tak henti menceceh 'alamak, baju tak kemas lagi ni, kain tak basuh, bos lak suh stayback, dh la meting smpai maghrib'. 

Hoh! tak buleh woh! Stress nak pegi bercuti tu nati. 

So, kalo pegi ari Ahad, Sabtu tu leh la dtg opis kalo ada kerja tak siap. Boleh siapkan dulu. Then tinggal je atas meja bos dgn meletakkan memo kuning tu dan bertulis "Salam bos, saya da siapkan sebagaimana bos nak. Kalo ada apa2 hal, saya da tinggalkan pada assisstant saya. Dan boleh call saya jugak nati". Ha, gitu. Eh. Mcm sempoi je aku dgn bos ek. Tehehehe. Takde la. Perkataan bos tu tukar la dgn puan/ tuan. So, kita ada masa utk masukkan keja-keja kita dlm satu folder and ckp pada staff kita 'Abu (bkn nama sebenar), nati kalo incik (atau Puan) XXX nak edit pasal keja bla bla bla tu amik kat desktop akak, folder bla bla bla. Password PC akak tu nati mintak pada ZZZ". Ha..gitu.
Source : Here
Tp staff aku sorang tu bukan buleh tu, sure dia call jugak tu nati. Alangkan aku outstation dekat pun dia dah call call. Aiseh! Cena nak hanimun dgn tenang neh. Bos call aku tak kesah sbb derang akan call bila menda tu mmg URGENT. Tp staff aku sorang ni mmg 'kawai' dia je. Takde la dia rasa menggangu ke hapa. Padahal menda leh settle in a second je. Ceh!

Tutup hp? Mana buleh...kut kut ada emergency dari kg. Tp seboleh boleh aku tak mahu la dia call kalo takde urgent sgt. Aku benarnya nak suh jugak dia berpikir dlm buat keja, tak buleh harap aku je suma.  Dia pun dilantik as pegawai (tak kira la walo pen. peg. ke, tetap la pegawai ). Takkan menda enteng pun tak leh pikir. Masuk 8 bln dah. Patut tak buleh bergantung harap sgt dgn aku. Kadang dia call semata-mata nak tnya 'kak ida, ari tu ada tak penyewa UUU ni bagi surat bla bla bla'. Eh.. keja aku plak nak check surat kuar masuk. Menda camtu aku rasa dia boleh settle kan. Carik dulu dlm fail. Or else tgk kat tray in out aku. Dah urgent sgt baru la call. Haiyaa....!

Upsieee...bkn itu aku nak cerita. Nak citer pasal holiday amik ari Ahad kan. Ha. Tu lah. Pastu kalo ada menda tk cukup mcm bateri kamera abis ke, pad abis ke buleh la beli. Cool je suma da ready, Ahad pagi gerak. Mudah kan. So, aku sker bercuti start Ahad.

Tp yg tak bes kena amik cuti lebih sket la. Mungkin kalo balik Selasa kita kena amik cuti smpai Rabu. Takut penat ke apa ke kan. Tp tkpe la. Cuti manyak. Tp tu lah. Tetap tk sng duduk kalo asik no opis kuar kat screen hp. Baek la masuk keja.

Oh ya. LCCT tu boleh ke tinggal keta semalaman. I mean, kalo nak tggl 3,4 ari tu buleh ke? berapa ringgit eh? Ni tnya kat Dee sure tau nih. Oke, nati karoke ari Ahad nak tnya lah.

Oke la. Ari ni duk mem blog walking je. Seharian.  Teheheheh. Nak siap2 nih. Pas maghrib kang nak jimba jumba dgn adik2 aku plak. Tehehehehe. Bak kata Mazmadi rakan seopis aku tu, nak jd geng PATI plak yer. Iyer la gamaknya Maz oii..tak PATI kita jadi la PETA jer. Huwa huwa huwa....

~Pasal Esuk Tahun Baru~

Wah. Bes btul kan? Cuti. Melepak kat umah smbil BW, Facebooking dsbnya.
Heaven!
Mlm nati nak tgk bunga api (kut). Kat mana tatau lagi. KLCC mungkin walo thn lps aku dah rasa 'penderitaan' kena balik jln kaki smpai umah tp thn ni gedik nak pegi lagi. Kali ni mungkin tukar lah. Balik jalan kaki smpai opis lak kut. Sbb jarak dari opis pun lebey kuang jarak ke umah juga. Tgk la cena nati. Tp kali ni sbb plan ngan adik2 unit aku tu. Kalo aku je laki bini mmg maleh dah aku. Kuwasa haih. Dah la byk Indon, PATI segala. 

Org pun tak ramai update blog reni. Cuti. Ada yg masih berholiday bersama kuarga.

Aku smlm da kena warning dgn TKP "ha..siap kan keja sblm nak gi cuti ni"
Baek bossss...! Tehehehe. Ha..beliau tau aku  nak holiday. Harus la gitau awal. Buatnya tak dpt cuti , tak menangis dibuatnya mak nokss.

Utk holiday buleh katakan da ready nak pi. Hotel da booked. Keta kat sana pun da contact ngan member yg duk cawangan sana. My dear call jugak akhirnya (after didesak desak la kan). Member tu kata sewa kancil dia pun oke. Tp tu lah. Tgk cena nati. Kakak kirim pearl Sabah lak. Tgk la kalo singgah KK buleh la, sbb mmg tak intend pun nak soping utk percutian ni (ye ker???).

Cumanya cuti la. Tp da apply la. Bos baru kan, 3hb baru suma berkuatkuasa. Cuti 2011 pun tak tmbh dlm HRMIS lagi. So, tak leh nak apply thro HRMIS. So, isi la borang dulu. Dpt tu dpt. Cuma tu lah. Memcam sket la kan sbb ada pertukaran nih. 

Apa pun hopefully everything will be fine. Dlm seminggu ni mmg kena pulun la sbb manyak menda nak kena setel. Balik je bercuti pun da terbentang keja. Tkpe lah. Nak wat lagu mana kan. Dah nama pun kerja. Malas malas bising bising, jadi surirumah sepenuh masa abis cerita. Haahaahaahaaa...

~Wrap Up 2010 : Tercapaikah Azammu~

Heaven kan? Dpt cuti pree ari ni. Kalo tak becinta nak iron baju suma. Pastu mlm ni sure sendat org kat merata tpt sbb sumorang dpt cuti. Kat dashboard keta blog pun sendat gak citer khairul fahmi dan awek's nya oleh suma blogger. Kira mcm aku ni tak up-to-date eh kalo tak citer gak. Tkpe lah. 

Dan utk wrap terakhir, mari kita selak semula kain azam Puanstoberi utk tahun 2010. Hahahaha.
Source : Here
Nak tau apa azamnya. Hahaha. Aku sendiri segan nak gitau. Hahahahaha. Siap ada masuk kategori mungkin di capai la apa la. Ada ke tah yg tercapai. Hahahahaha. Boleh ke link sini-azam 2010. Awal tu buat tu. Thn 2009 da pasang azam. Hahahahhaaha.
Yelah, nati tak berazam mcm tak bukak buku baru plak kan.

Yg bahagian boleh dicapai tu..Ah..poyo je nak joging suma. Mmg poyo. Hasilnya..berapa kali ek aku joging tahun ni. Okeh..carry forward suma azam tu utk tahun 2011. Hahahahaha. Dah kata.

Then bahagian mungkin akan dicapai. Ummm...ini berat sket la. Ada yg perlu carry forward. Ada yg perlu di list out. Utk yg carik keja lain tu aku kena list out. Sbb? Sbb aku da capai lah yg ni. Walo keja tpt yg sama tp post dah lain. Kira mcm tercapai la kut. Huhu... So, utk smbg study n dapatkan anak tu juga carry forward thn 2011. Hahahaha.

Jadi utk tahun 2011, azam adalah selesaikan azam tak lepas thn 2010 neh. Hahaha. Nxt year check balik samada KPI ni capai ke tak. Hahahahhaa. Tp aku ada satu je azam yg pasti akan memukul rata semua azam yg lain. Apa dia. Just one!

Utk mensucikan hati. That's it.  Skang pun dlm proses ke arah itu juga. Moga dipermudahkan Allah kerana yg hati yang suci akan menjadikan semua azam lain akan tercapai (tetiba tingat tagline iklan Top ke apa ke tu-yg jumpa anak kucing pastu basuh jadi putih tu-basuh dgn sabun basuh kain ke hapa???).

Insyaallah.

Untuk semua, selamat tahun baru- langkah lah dgn hati hati ke angka 11 esuk neh :))
p/s : Mlm ni da ada plan ngan adik2 opis. Then esuk plan karoke ngan Dee kansel. So, duk umah je lah esuk. Umm...masak laksa pun besh nih. teheheeheh :P

30 December 2010

~Pasal Makan Di Penoreh Getah~

Ce gugel - Tapper tu apa? Penoreh Getah kan? Ke ada maksud lain?
Jadi smlm makan kat Penoreh Getah. Atau pun makan sambil jadi penoreh getah. Atau pun wat eva la. Yg pasti ada tempat makan yg bes namanya Tappers Cafe di Cap Square
Oke, mmg 1st time being there (Cap Square). Sblm ni tatau celah bedah mana tah nak paking kat situ. Skang da tau. Ada org kata tgk wyg kat situ bes. Tp masa aku nak redeem tiket pree tu aku tgk kat web TGV tak byk pun citer bes situ. Citer Tamil byk la. Tkpe, nati kut ada boleh tgk sbb mmg dkt nak mampus amat ngan umah aku. 

Ptg smlm pegi Ariani jap. Kul 5 je berdesup kuar ngan 3 org lagi adik unit aku. Nak beli adiah pada yg nak pindah la benti la ni kan. So, ke Ariani kita. Beli tudung utk bos. Takde la sale sgt mcm bln 11 ni yg dia kata utk members je tu (padahal suma leh pegi). Masa tu aku pegi yg kat Ipoh. Yg  tu mmg sale sbb platinum pun dpt rega giler giler. So, dah beli utk bos masuk lak Jakel. Beli kain lak utk lagi sorang staff aku yg kontrak SPS da benti. 

Dah abis tu masuk Hajra pulak. Tehehehehe. Mula takde apa nak beli. Sekali ter beli lak sesuatu. Ahahahaha. Aku pun tatau bila thn aku nak pakai tudung gaya gitu. Dah la beli sekali 3. Lantak. Gi kenduri buleh la kut pakai. Gi opis rasa cam tak sesuai. Mujur la incik asben tak marah. Tehehehehehe.

Lps da abis tu ajak bebudak tu gi makan Sany CKT kat IB. Derang pun oke lah. Lagi pun leh la si Fara ni nengok bola kan. So, balik la nak amik keta yg paking kat Cap Square tu. Singgah beli kek sikeret resipi cekelat indalgen jap. Pehtu terlalu la kedai penoreh getah nih.  Belek2 menu kat luar. Cam bes je. Dah la kedai pun cantik je kan. Bajet cam mahal la sbb kedai pun putih je suma. Tp rega oke  la. Kopitiam nyer konsep la kan. So, dah belek2 tu aku kata jum masuk. Kang org igt kita tak de duit duk belek2 resepi tapi tak masuk. Tehehehehe. Lagipun tak ramai. Then ada tibi kan. Boley la tgk tibi. 

So, memasing order. Harus menda menda lain sbb nak rasa kan.
Tatau apa motip neh.

Aku makan chicken snitzel ke apa ke tah nama dia. Tp cam ciken chop yg rangup tu la- bleh tahan la rasa dia. Then Fara amik chicken paramagiana ke apa ke tah- dia mcm ciken cordon blue tp cheese tu tak mengalir la dr dlm ayam tu. Rinie amik mee gulai ayam- sedap ayam dia sbb pedas kan. Rendang la dia buat. Kalo dpt pulut kuning bes nih. Eta amik spegeti meatball- biasa biasa je la.


Air ni besh. Aku ngan Rinie minum Soda Go Le Ping. Tah.. cam gitu la nama dia. Yg nyata dia adalah air bandung. Tp sedap oih. Tak rasa sgt susu dia. Suka!

Apa hal nak membongkok mcm kekura tu aku pun tatau.
Smbil makan smbil tgk bola. Sbb tu aku tulis kat status FB aku yg laki aku tgk bola kat umah, aku tgk kat Cap Square. Teheheheh. Ni kalo mak mentua baca harus kata menantu hantu. Teheheheh. Tp idak la aku sengaja tgk bola kat luar kan. Dah menyambil nyambil.

Lps tu da 2nd half bola kiterang pun kuar. Tp nyer baru je masukkan tiket nak bayar paking terdengar org jerit "golll!" teheheheh...kuangjo tauu...leklok kiterang lepak dlm tu takde plak nak gol. Nak tgk smpai abis tak buleh la. 2 org tu statusnya 'puan'. Suami pula tgk bola di rumah. Tak seswai konsepnya tu. Huhu.

Jap eh..nak tepek gmbr resit bagi harga makanan neh... hik hikssss.... teheheheheh.... miahahahahah... awww...

Hahahaha... takde de aku nak tepek resit lah. Tp harga makanan di sini berpatutan. Mcm rega Old Town suma tu gak.

Tp oke. Best jugak makan kat Penoreh Getah ni. Sapa nak terai buleh la. Dia sblh je ngan SR and Starbucks tu. Org pun tak ramai. Kut nak dating dating ke nak celebrate anniversary pun oke la. Nati nak repeat lah. Nak minum Soda Go Le Ping tu. Teheheheh.
Ha...kan dah berjela aku citer. Seriyes la weh. Aku kalo menulis mesti panjang. Dah habit la wes. Cannot do anything. Miahahahahaha. Oke. 

Err...nak celebrate new year kat ner eh??? jum kita plan...

~Pasal Aum! Aum! Aum!~

Hiarggggh..ghh..ghh.... aum! aum! aum.

Comey tak munyik rimau Malaya tu? Tak comey? Tak pe abaikan. Sakit kepala neh. Aku rasa gastrik la. Smlm tetiba perut macam angin je. Sakittt gileerrr... aku da salu skip makan nasik. Tah! Smlm tak makan nasik, smlm pun asik makan ayam. Lunch ada kawan opis blanja kehepci. Makan. Mlm tu makan sambil menoreh getah. Hahaha. Itu jap gi lain entry. Nati berjela plak. Haha.

'Ketat' tul rasa ari ni. Ye lah tetiba dpt cuti lak kan esuk. Bkn tak suka. Pagi tadi masa tgk tv tau cuti tu da joget joget sker. Tup tup masuk opis 'ketatttt'. Byk nya menda rasa dihumban atas pala. Sat tadi baru abis jadi panel intebiu. Ah! bkn intebiu org nak masuk keja. Intebiu org yg nak sewa kafe. Ha...nak sewa kafe pun harus la kena intebiu. Sok tak mampu bayau sewa sapa susah. Ahkak jugak yg susah. Kena pung pang pung pang pun ahkak jugekkk.

Plak tu nak siapkan Pengarah nya serahan tugas. Apa keja2 yg tak siap lagi bawah unit aku. Last day beliau hari ni. Thn dpn/mggu dpn da ada Pengarah baru. KPP pun  baru. Ramai ni dept aku yg bertukar. Mujur tak dgn aku aku sekali kena tukar. Adiah dah beli ptg smlm. Ni la yg menyebabkan aku terpaksa berperang dgn masa. Tkpe, balik lewat sket kang pun takpe.

So, da abis tu ada keja lain plak. Bla bla bla bla
Bla bla bla bla Bla bla bla bla Bla bla bla bla Bla bla bla bla
Bla bla bla bla
Bla bla bla bla  
Bla bla bla bla
Bla bla bla bla
Arrggghhh.... aku malas nak tulis apa dah. Ada byk keja. Tp aku sakit kepala. Sbb tu aku nak release kan dgn menulis blog.  Release gak la. Ok dah. 
Source : Here

~Wrap Up 2010 - Karier~

Source : Here
Bercakap soal karier, kerja, kerjaya, pejabat, opis adalah menda yg sama. Tik tok tik tok nxt year thn ke7 aku di sini.
Tp tahun 2010 agak memberi impak sket pada karier aku. Alhamdulillah.
Aku penah rasa down bila aku rasa ketinggalan. Aku penah rasa iri pada rezeki org yg aku anggap lebih 'murah' dari aku. Tp Allah itu Maha Mengetahui. Sedikit demi sedikit aku dapat jawapan dari apa yg aku rasa.
 
Source : Here
I didn't say it as being promote, just being to the new post as my offer letter state 'lantikan baru'. Tp suma org kata 'wah..naik pangkat eh'. Biasanya kalo govt ni naik pangkat is when u get 'kanan'. Gred jawatan dia jadi genap. Kalo nombor ganjil tu lantikan baru lah. But then, apa pun syukur Alhamdulillah. 
Link : Kini Pasti

So, utk karier ini, aku berazam utk memperbaiki segala kekurangan sbb tanggungjawab makin bertambah. Ini rezeki yg Allah berikan dan aku tak boleh persiakan juga. Mohon disucikan hati aku dalam menghadapi kerja seharian ini. Dlm tempoh 7 bln aku dlm jawatan ni aku da rasa 'keberatan' dia tu. Tp harus bijak utk mem balance kan.

Apa yg aku belajar dr ini adalah rezeki itu memang Allah tentukan. Kita sbg manusia jgn sekali kali mempertikaikannya kerana Allah lebih mengetahui apa terbaik utk kita. Itu pasti!

Di samping tu aku nak tmbh jugak perihal kejayaan ahli keluarga aku utk thn ni. Tak di sangka anak buah aku yg amek UPSR thn ni leh score 5A plak. Suma ahli keluarga ter kezut sbb dia ni kategori biasa biasa je. Sekali ko. Hamikk... dan paling terkezut adalah aku sbb aku da janji ke dia adiah PSP kalo dpt 5A. So, janji tetap janji la. Udah pun ditunaikan. Apa pun sejarah family aku la sbb blum ada sejarah kuarga yg dpt straight A dlm suma subjek dlm exam utama. Tehehehehe. Tahniah! Tahniah!
Link : Tahniah Am

****
Tahniah utk pasukan bola sepak Malaysia dan terima kasih juga kerana kehebatan korang kami dapat cuti esuk. Bes! Bes!

29 December 2010

~Pasal Giant dan Bau Keti~

Best tak kalo tetiba kita ter dampar di tepian pantai yg dihuni oleh little tiny tiny man?
Dan lps tu kita di gelar 'giant' di kingdom mereka.
Pastu kerana ke giant nan kita tu, kita dianggap oleh wira oleh mereka.
Sedangkan sebenarnya kalo kat tpt kita sendiri, kita adalah seorang yg introvert. Mcm seorang lelaki yg nak ajak pompuan yg dia minat kuar utk dinner, tp tak terajak, tak tercakap.

Tp takut tak kalo tetiba kita terdampar di pulau yang dihuni oleh big biggest giant man?
Elok je dia masukkan kita dalam rumah permainan dia. Buat kita mcm anak patung.
Eii..seram lah yg ni.

Dan.

Lebih seram kalo sepanjang duduk menonton wayang kita terpaksa tutup idung. Sejam setengah tu. Tak bernapas rasanya.
Sebabnya org di sebelah kepada sebelah anda ada BO / BB atau bau 'keti' yg perghhh... sebatu leh bau. Giler ko! Tak sanggup rasanya. Lebey baik aku duk umah big big giant tu dari duk dkt ngan org yg ada BB nih.

Source : Here
Berkesempatan menonton Gulliver's Travel semalam. Bes mmg bes. Tp tu lah. Kena tutup idung sepanjang movie tu. Lawak la sebenarnya sbb masa kiterang duk tggu nak masuk wayang tetiba lalu dua sekawan ni yg rasanya mmg bukan org Malaysia lah. Arab ke Iran ke tatau lah. My dear kata 'mangaiii...berbau'. Maksudnya bila dua org tu lalu ada bau.

Pehtu bila bkk je wayang kiterang, tgk yg dua org tu pun masuk skali. Aku da gelak gelak. Ckp kat my dear "ha..ni mesti duk sebelah awak nih''. Skali betul ko. Hahahaha. Lagi seksa sbb bukan duk sebelah je. Yg sorang duk sebelah my dear, sorang lagi duk atas yakni blkg kawan dia tu. Bila sekali dia bercakap ngan kawan dia, badan ngan tangan mesti ke depan kan. Perghhhh... mmg tutup idung lah. Apa la derang makan neh. Mengganggu kosentrasi tul tau. Caissss...!

Dah la sblm tu kiterang ada beli brg kat Watson. My dear beli 'ubat keti' (deodaran) dia. Tu yg dia buat lawak "awak pi bagi deodorant ni ke dia." Hahaha. Ye lah..nak je aku bagi ke org tu dan kata "U should try this one sir". Sambil tunjuk deodarant rexona tu. Teheheheheh. 

Bila da kuar tu my dear kata 'apsal org sebelah2 derang takde pun tutup idung'. Aku kata mungkin sbb kita da tau dia berbau maka kita akan terbau bau kuat. Yelah kan, minda dah mentafsirkan bahwa org tu 'ada bau'. Kahhh...mujur la bawak sweater. Dapat la sebelah sorang utk ttup idung.  Da abis masuk keta pun still terbau bau. Haha. Kira dah mcm bau taik kucin tu kan. Ce kalo terpijak kat sliper, masuk keta. Perghh..walo da sental cemana pun, bau dia tetappp ada kat idung rasanya. Hahaha.

Apa pun. Bes citer tu. Mesti dpt maksud tersirat. Tak perlu lah nak promo kata ada pengajaran ke apa, (mcm citer pilem Melayu kita) tp pasti ada maksud tersirat yg cuba disampaikan dan perlu ditafsir sendiri oleh penonton.

Tenkiu to IRIS - Follower ke 244. Will visit ur 'house' soon :))

~Wrap Up 2010 : Kehilangan~

Di kala kita bergembira pasti ada yg berduka.
Thn ni byk 'kehilangan' yg tak disangka.

Bermula pada bln June
Ini mmg tak sangka. Walau arwah bkn lah family kami tapi kehilangan arwah mmg amat dirasai. Dah la pemergian dgn cara yg tak sepatutnya.
Arwah bekas anak murid aku (masa aku GSTT thn 2003), salu dtg umah aku sbb kawan dgn anak buah aku. 
Seorang yg patut jadi harapan ibu bapa akhirnya hilang begitu shj akibat dari sesuatu yg boleh dielakkan.
Aku tatau apa status terkini kes tu sbb parents arwah pun dah pindah dr kg aku. Derang tak boleh tahan nak duk situ sbb byk sgt kenangan arwah. 
Al-Fatihah utk arwah Naim.

Kemudian dikejutkan juga dgn berita tak disangka juga pada hari semua umat Islam menyambut 1 Syawal. Masa tu aku kat Raub. Adik kakak ipar aku pulak tetiba jatuh pengsan. Tak tau sbb apa. Tak sedarkan diri genap sebulan dan akhirnya pergi mengadap Ilahi. Meninggalkan 2 anak perempuan yg masih kecil. 
Aku sendiri mcm tak percaya. Akhir kami berjumpa dgn dia masa ke rumah dia kat Perlis masa bln 4. Aku tau kakcik mmg terkesan dgn peristiwa ni, tp yakinlah, Tuhan itu tahu yg terbaik utk kita.
Link : Al-Fatihah

Dan utk semua yg pergi lebih dahulu, mari sedekahkan Al-Fatihah
Source : Here

28 December 2010

~Pasal Facebook : Wajah Cinta~

Sapa dah beli In-Trend bulan Januari 2011 yang covernya Ziana Zain sure dah baca artikel  bertajuk "Wajah Cinta Di 'Facebook' ". Aku sgt sker artikel tu. Kalo ada kotak 'like', aku da like patploh kali. Hihi.
Suma apa yg ditulis pasal FB adalah benar dan realiti. Hihi. 

Aku paling sker perenggan ini :
Ramai facebooker masa kini kalau baru kahwin tu tidak cukup sekadar kemaskini status. Gambar mereka dalam pakaian pengantin mesti dimuatnaik dan menjadi gambar profil  
(aku rasa yg ni hampir suma org buat. Hahaha. Includes me. Hahahah. Sapa yg kawen masa lum ada FB tu mungkin la kut tak buat kan. Huhu). 

Kemudian apabila sudah mengandung, siap muatnaik gambar imbasan janin dan apabila bersalin, ada pula video ada memotong tali pusat di wad bersalin. 
(ini masih no komen. Mana tau kut aku ter xcited lebey masa peknen nati kut nak buh gmbr imbasan janin tu. Hohohoho). 

Tidak cukup dgn itu, setiap hari ada sahaja Friends anda yang akan ditag dengan gambar/video si bayi. Bukan semua org fikir bayi anda comel. Lama-lama orang pun naik jelak dan menyampah dengan anda lalu tujuan untuk bersilaturahim melalui Facebook itu bersepai ke batu 
(aku jarang dpt gmbr tak berkenaan yg ditag ni-maksudnya kalo takde gmbr aku dlm tu. Tp tu lah..kita kena pikir perasaan org gak bila nak tag tag gmbr ni. Mungkin boleh mengannoyingkan org)

Dan ada lagi yang best jugak :

Apa lagi cara memberi 'amaran tsunami' kepada semua rakan bahawa anda sedang melalui satu perhubungan yang sangat bahagia (atau sangat tak bahagia?). 
Pertama : nama profil anda digabungkan dengan nama pasangan, sehingga naik celaru orang lain.
Kedua, gambar profil juga anda tempek gambar anda dan pasangan. Kalau sudah sah bernikah itu wajarlah juga, walau bukan semuanya molek dipandang. Tetapi kalo masih In A Relationship With sudah muatnaik gambar laga-laga pipi...hai, apa cerita dik? Semua orang atas muka bumi ini mesti tahu yang anda berdua pasangan sejati, walaupun tahap mengada-ngadanya lebih 10 kati.

Sgt 'like' tau statement di atas tu. Err..nama aku mungkin mengelirukan tp aku bkn gabungkan nama pasangan tu. Aku mmg sengaja sbb malas aku nak buh nama sebenar. 
Sbb tu la aku jarang boh gmbr kiterang laki bini dlm tu. Gambar2 berdua pun aku buh dlm album pvte. Takut org ter meluat lalu ter meluek plak. Haha. Mcm penulis tu kata la, yg da kawen oke jugak lah, tp yg masih 'dlm perhubungan' pun kadang lebih dari  yg 'sudah berkahwin dengan...'. Tp yelah kan. Nati mesti ada yang kata 'sukati aku lah FB aku'. Oke. Oke. Buat je lah. Tp kena pikir jugak, nati ada yang annoying lalu terus takmo 'friend' nati trus jadi tak friend jugak kat luar kan.

Hihi. Memacam lagi penulis ni tulis dalam artikel dia yg satu muka setgh. Best woh. Sila lah beli utk baca. Eh. Aku bkn promo. Saja berkongsi artikel yg best dalam majalah yg mmg aku tak pernah miss beli setiap bln ini. Hihikkk...

P/S : adakah ini plagiat? Harap tidak dikategorikan sbg plagiat sbb aku da sertakan dari mana datangnya artikel tu. Malah mempromote lagi suh org beli dan baca. Huhuhu.

~Wrap Up 2010 : Pertunangan/Perkahwinan~

Source : Here
Tahun ni berkesempatan menghadiri beberapa kenduri. Ekceli da tak ramai dah rakan sebaya yg kawen sbb suma skang ni pakat tggu anak plak yg kawen kan. Teheheheh. Tp ada gak la. Mana yg takde aral melintang, aku dtg je. Antara yg aku pegi thn ni  :

Selamat Pengantin Baru untuk
# Epol - kawan My Dear - April 2010
# Firdaus - Adik kakak ipar aku - May 2010
# Kak Mas - room mate masa DPA - July 2010
# Sara - adik se opis - Oktober 2010
# Zana - rakan se opis - November 2010
# Rina - adik se unit - November 2010
# Fiza - rakan se porem - Disember 2010

Dan selamat Bertunang utk akak ipo ku. Insyaallah bln 6 tahun 2011 nih beliau akan melangsungkan perkahwinan.
Kak Nisah - June 2010

Utk mereka suma, semuga hubungan berkekalan hingga ke akhir hayat!

27 December 2010

~Pasal Bak Kut Teh~

Bak kut teh. Suma org tau kan. Mesti berkaitan dgn ba alif ba ya kan. Tp ada yg kata mendalah tu bukan ada kaitan dgn ba alif ba ya. 
Aku gugel dan tanya pada incik wiki. Jawapan beliau di sini - wikipedia
Aku kerat sket eh.
The name literally translates as "meat bone tea", and, at its simplest, consists of meaty pork ribs simmered in a complex broth of herbs and spices (including star anise, cinnamon, cloves, dang gui, fennel seeds and garlic) for hours.[1]

So, kalo ada pork tu apa maknanya. Err..nak ter belahak plak dah sambil nulis neh. So, apa hal plak aku timbulkan hal neh. 

Smlm la. Masa pi Care4 jalan Peel tu. Ternapak la paste bak kut teh duk lepak sama sama geng paste kari, paste sambal tumis dan segala macam paste yg kita anggap halal.

My dear kata 'amik la gmbr'. Ouch. Aku tak bwk kamera lak smlm. Tp patut kalo camni tak leh amik ngan kamera. Senang amik hp je. Tp hp aku tu 'canggih' nau. Nak dia tak mesra pengguna nak transfer kan gmbr. Sgt geram. Aku carik gak la kut ada pekerja kat situ. Takde plak. Abis?.

Aku nak angkat plastik tu nak baca ingredient dia kat blakang plastik tu. Kut la ada 'bak kut teh' yg sama mcm paste kari, sambal suma tu. Tp tak terangkat weh. Aku rasa mcm kang kena samak lak tgn ni. Padahal oke je kan.

Aku penah baca gak kat blog blog lain pasal ni. Yg menda tak halal dicampurkan di rak barangan halal. Aku rasa sgt tak sensitif la meke neh. Cena nak buat? Call mgt derang dan adukan hal nih. Umm..kalo tak ditunjuk secara fizikal sure derang buat tak tahu jer. Lupa plak aku brand nya. Tp plastiknya adalah biru. Saiz dia beso paste kari/gulai lemak/ayam madu dll yg segera tu lah.

Entah la. Mungkin pada sesetengah org yg 'urban' rasa menda ni biasa je. Pada aku  yg masih ortodoks bab pemakanan ni aku rasa menda tak halal ni tak boleh la duk melepak sekali ngan paste yg halal tu. It's not about takut kita tersalah amek (dgn mengandaikan suma pandai baca la kan), tp mmg rasa tak sensitif. Bayangkan ini : Daging babi duk sebelah daging lembu. Tp nati ada yg kata, ala, dlm plastik je pun.  Pehtu kalo dlm kotak tu pun kita tatau. Tentah dia duk skali. Umm.. tkpe lah, pendapat masing masing. Nak pamerkan takpe, tp letak rak lain lah. 

Aku ada lagi nak citer pasal halal haram. Akan naik entry yang tahap berkajang penulisannya. Lantak kan. Aku sker je. Hahaha.

~Pasal Weekend Bersama Family~

Di  hujung hujung Disember baru dpt menjalankan xtvt bersama pamili. Cool mmg kewl.

Dimulai dgn malam Christmas Eve. Hohoho. Motip la sgt nak tulis malam krismas kan. Saja la..sbb Jumaat malam tu jalan sesakkkk amat. Nak ke Cheras pun hazabbb...it took 1 hour oke. Da menggelegak prut aku dlm keta. Pedih. Pedih. Mmg sengaja tak makan sbb akak aku nak belanja. Sbb mak kami ada di sini kan. So, akak aku mau belanja belanja la. Hoho. Igt kut nak belanja sekitar umah dia jer. Nun trus smpai ke Kajang. Huk aloh. Jauhnya org KL makan di Kajang. Pulak tu da la terjumpa kazen my dear yg mmg duduk di Kajang tu. Persoalan : kalo org terjumpa kita kat tpt yg agak jauh dari rumah kita, di Carefour Wangsa Maju misalnya, mesti ada yg kat 'eh, jauhnya shopping'. Hek ele. Tak boleh ke aku nak pegi situ. Igt tpt ko sorang. Abis aku layak shopping di kedai Pak Mat tepi umah aku je lah. Sukati la nak pegi mana eventho aku nak shopping kat Parit Raja sekali pun. Pegi pagi, tghari balik. Oke. Tetiba nak emo, apa kes? Nak period??

Makan kat dpn hosp KPJ tu. Apa tah nama kedai dia. Tp daging masak merah dia mmg Mantop beb! Anak buah aku pompuan tu lambat sket smpai nya. Dia skang praktikal kat kedai saloon apa tah kat Bangi. Dia aperantis usahawan PUNB. Sapa nak buat facial bley la nati yer. Dia da berapa kali da nak buat facial kat aku, tp aku asik takde masa je. Bila tah nak pegi nyer.

Dlm gambar : My mom, my anak2 buah, my dear n ikan siakap 3 rasa. Huhu

Setelah hampir sejam. Ini hasilnya. Terima kasih kak Yong. Tehehehe
Org nya ada 7 tp gelas ada 9. Cena tu?? Bukan sbb ada yg kuat minum air tp sebab nak tgkp gmbr punya pasal. Huhu. Air telah tumpah. Huhu. 2 gelas plak tu. Huhu. Mula cukup risau si adik yg umur 5 thn yg tumpahkan air, tp abangnya yg umo 21 lak yg tumpahkan. Huhu.

Then aku bagi idea nak bawak mak jalan2 ke Putrajaya trus. Derang pun nak ikut. So, ke Putrajaya kita. Aku pun lama giler dah rasanya tak ke Putrajaya neh. Dulu mmg la selalu kan. Ate' nyer deting deting kat sana. Huhu.
Riang ria bersama famili

Aku pun tatau motip apa amek gmbr kat batang pokok kemboja neh.
Kul 1 pagi baru smpai umah. Phew.. tertido tido dlm keta. Lalu kut MEX trus. Kejap je smpai umah. Dpt la diskaun tol sempena Hari Natal. Huhu.

Ari Sabtu plak dimulai dgn membawa mak ke umah MIL. Maka sessi berjumpa jumpaan sesama besan namanya. Sempat la mak aku urut kaki kat mak mentua aku. Umm...mak mentua aku boleh gak la urut urut. Tp aku tak penah la plak mintak mak  mentua aku urut urut. Segan plak rasanya.

Lps tu bawak plak mak pi umah besan lagi satu. Umah mak kakcik. Kebetulan mmg derang ada buat kenduri arwah sket. So, anta mak dulu kat situ. Then kiterang balik umah dulu utk mandi, salin baju, online dulu. Teheheheh. Then pas Maghrib zup pegi balik umah mak kakcik. Baca yasin, makan makan then decide nak pi Downtown Danau Kota (ke Uptown??). Ajak suma anak buah aku tmasuk yg duk Cheras tu. Tp derang kena balik dulu la anta mak derang. 

So, derang balik, kiterang tggu je kat umah. Sempat la tgk citer KASUT tu. Bes plak hai citer tu. Cena ending dia eh? Kuar balik dlm kul 11.45 camtu. Naek satu keta je. Kang hazab plak nak paking. Tp mmg hazab pun lah. Seb bek bwk keta kecik je. Sng sket selit tepi tepi konar.

Lama benar aku rasa tak ke sini. Memacam menda dah jual kat sini ek. Baek keta, binatang, pokok pun suma ada. Nyaris jual org takde. Ke ada?? hihi. Jadi beli beli beli. Seploh inggit sana, seploh inggit sini. Tp aku just beli bag sandang, brooch, selendang ngan gmbr 3D . Setiap satu mmg seploh inggit  dan kurang. Tp selendang tu 13 inggit. Tkpe, asal tak lebih 20inggit. Aku kalo dtg sini, kalo menda tu lebih 20inggit mmg aku tak beli la. Sbb aku rasa kalo da 20inggit better aku p beli trus kat mall je. Sama gak kan. Huhu.

Kul 2.30 baru abis round. Igt nak makan cucuk2, tp kaki da sakit. Nak duduk dgn selesa. So, mamak la jawabnya. Igt nak gi Malis. Tp tak larat nak jalan dahhh. Seblum makanan mamak naek rega ni mari lah kita makan dulu. Huhu. Beli gak cucuk2 tu. Hihi. Aku mmg tak penah makan tau cucuk2 ni. Kalo pasar malam yong tau foo tu adala, tp menyambil nyambil ni blum penah. So, nak la terai. Hihi. Mujur sedap kuah dia. Ok, lenkali beli kat situ je. Kat org yg jual dpn kedai mamak siti zubaidah (ye ke nama dia tu).
Gmbr blur pun masuk lah. Lebih lak kotak tu. Hihi

Us-mak pak sedara dan anak anak sedara
Then antar Acap balik, baru blk umah. Tpt kul 3am. Tu pun kalo tak, nak pusing2 KL lagi, tp seb bek mak derang da call, tak jadi la kan. Tp mak derang pun tak kesah. Ate', kuar dgn mak sedara sendiri. Idak la riso kan.

So, wiken penutup 2010 yg bes. Semuanya dgn pamili. Aku pun jarang2 citer xtvt dgn pamili kat sini. Salu ngan friend je kan. Hihi. Tp aku tatap sayang kan pamili aku.

~Wrap Up 2010 : Percutian~

Alhamdulillah, thn ni ada gak rezeki utk bercuti. Dan thn ni tercapai gak hajat nak bercuti di luar Malaysia. Kahh..kecoh.. mcm gi Ostolia kekdahnya. Tehehehe. Kira ada impian tercapai la kan.
Cuti kali ni merangkumi dgn pamili, dgn rakan-rakan seopis, dgn rakan-rakan se alam maya juga hanya berdua dgn my dear.. aawww....
Tapi perlu diingatkan ya..ini bukan nak tunjuk tunjuk kata aku sorang je boleh pegi bercuti. Ini namanya 'wrap up'. Sudah ku bilang dari awal duluh. Aku sudah sekalikan semua xtvt yg sama dlm satu entry. Utk kemudahan aku sendiri jer., nati mahu dicari semula kan mudah itu. Kalo rasa tidak selesa tidak mengapa. Tidak perlu annoying dan jengkel. Berhenti saja di sini bacaannya ya. Tenkiu ya dong ah! (",)
Source : Here
Percutian pertama : Bersama famili. Sekeluarga ke Utara sanun. Bes! Gi jalan2 di Perlis adalah tidak termasuk dlm plan utk thn ni. Tp rupanya ini lah terakhir kami berjumpa adik kakcik aku.
Date : April 2010.
Ahli terlibat : Mak, pamili Abg Nyah, pamili Abg Cik.
Host : Allahyarhamah Kak Norli (adik kak ipar aku)
Penginapan : 2 ari 1 malam - Umah adik kak cik.
Jalan-jalan : Padang Besar, Gua Kelam, Wang Klian.
Komen : Best! Sbb lama da tak jalan jauh dgn pamili.

Seterusnya dlm perjalanan pulang kami sempat singgah Alor Setar, Kedah.
Date : April 2010
Ahli terlibat : Me n my dear only
Penginapan : Tidak berkaitan
Jalan-jalan : Muzium Padi, Pusat Sains.
Komen : 1st time lps kawen kiterang jalan jauh, travel 2 org ngan keta. Sgt best!
Link : Alor Setar

Percutian kedua : Bersama adik adik opis. Kami ke Pahang pula. Ber bbq di tepi air terjun. Berendam dari pagi smpai kecut petang. Happening walo ramai yg tak join dan ada pula peristiwa berdarah di situ. Ngehehe. Jadi memori utk kami. Kami ber bbq di air terjun Pulau Chekas Ulu Dong, Raub Pahang. Kampung my dear
Date : April 2010
Ahli terlibat : Rini n asben, Eta, Fara, Faizullah
Penginapan : Umah nenek my dear
Aktiviti : Bakar ayam, sotong n ikan.
Komen : Memang bes sgt. Enjoy je suma. Konker waterfall tu mcm kiterang yg punya. Teheehehe

Seterusnya pada keesokkan hari kami ke Bukit Fraser.
Date : April 2010.
Ahli terlibat : Still yg sama
Penginapan : Tidak berkaitan. Pegi pagi balik petang.
Jalan-jalan : Horse Riding, sekitar2 situ je.
Komen : naik turun Bukit Fraser adalah pening. Pegi naik kut Bentong, turun kut KKB.
Link : Bukit Fraser

Percutian ketiga : Bandung-Jakarta Indonesia. Grup adalah bersama rakan BFF ku dari porem mesra dot net which smpai skang jadi kawan rapat.
Date : Ogos 2010
Ahli terlibat : Pamili Jedi, Pamili Kak Julie, Dee.
Penginapan : 3d 1n - Hotel Cemerlang Bandung.
Jalan-jalan : Sekitar Bandung n Jakarta. Shopping shopping shopping
Komen : Naik AA. Waktu balik frust sbb makanan da abis sbb mungkin flight malam. Lapar giler. Tpt soping bes di Bandung - Pasar Baru, Factory Outlet - Heritage. Jakarta - Tanah Abang
Link : Bandung, Bandung-Hotel, Bandung 3-makanan, Bandung 4-shopping, Jakarta

Percutian keempat : Port Dickson. Yang ku anggap pre-anniversary. Hihi.
Date : 13 & 14 November
Ahli terlibat : Me n My dear only
Penginapan : 2d 1n at Avillion Admiral Cove
Jalan-jalan : tiada
Komen : Mmg rasa nak repeat lagi sbb da terpesona ngan view dia yg cantik dan harga pun berbaloi baloi.
Link : Avillion 1, Avillion 2

Percutian kelima : Melaka
Date : 27 & 28 November
Ahli terlibat : Rinie n asben, Eta n Fara, Me, My dear n my anak buah yg pot pet pot pet-Fatin
Penginapan : Damar Suria Resort Kuala Sg. Baru
Jalan-jalan : Makan Ikan Bakar, gi lepak2 Bandar Hilir
Komen : Bes stay di KSB ni, dkt sgt dgn pantai, tp tu lah..waktu malam tu, bau dia Masyaallah...
Link : Kuala Sg Baru, Bandar Hilir

So, itu saja percutian utk tahun ini. Jumpa lagi utk tahun hadapan. Insyaallah.....

26 December 2010

~Pasal Ahad Ini~

Ari Ahad. Heaven dpt rehat rehat, rileks rileks. Tp tak tido pun walo mlm tadi tido kul 3 pagi. Esuk citer pasai pa tido smpai kul 3 pagi. Huhu.

Pagi tadi mak da balik kg wif family Abg Cik. Umm... tak sabar rasa nak bawak mak duk umah baru nati. Selesa la sket kan. Kat sini air pun kecik giler, giler kecik. Geram rasa!

So, tghari tak lunch pun. Malas. Just goreng chicken finger ke apa ke tah nama dia tu. Pehtu rilek rilek jap, mandi then gi JJ Maluri lak. Nak beli bawang kecik. Hoho. Iyer... aku kalo nak beli bawang sure sker je nak beli kat Care4 ke Tesco ke. Sbb sng je, dia da siap pek dlm bekas jaring jaring tu kan (padahal nak jalan jalan). Ajak my dear ke Sogo, tp aku tau dia keberatan.

Urgh! kat Maluri ni pun ramai org. Last minit shopping tuk beli baju sekolah anak kut. Umm..da tau lagi mau menyesakkan keadaan. Makan dulu kat food court dia yg kecik amat tu. Lps round2 baru dpt tpt duduk kat food court neh. Eh. Lupa....igt nak beli kek cekelat indalgen kat sekiret resepi tadi. Pehtu langsung tak ingat. Uwaaa....esuk kena beli nih. Tingin la pulokkk.

Kerana org ramai sgt, tkde selera langsung nak membeli. Terbantut momentum nak mengeluarkan duit dari wallet. Huhu. Bagus. Igt nak beli la bekas plastik ke apa. Juga takde mood.

Pegi tpt groceries. Bawang plak takde. Dah abis. Yg ada bawang besau je. Huk aloh. Kuwasa lah kan.  So, jalan jalan je lah. Masuk tpt main game tu. Tukar token 4 inggit main la menda dlm tu. Termasuk yg gendang ketuk ketuk tu. Haha. Aku tak penah weh main mendalah dlm ni. My dear la sker. Tkpe..nati kita p yg kat Sogo tu. (tapi..dari abih duit kat situ, baek gi nyanyi kat Red Box tu. Sama je floor nya. Lagi bes. Udah la bln ni kepingin tak karoke. Caisss).

Then nak bayar paking pun q panjang. Uih. Awat la aku tingin sgt pegi time ni. Kut pegi pas budak da masuk sekolah idak la padat gini. 

Ate' mana nak carik bawang ni. Trus menuju ke care4 Jalan Peel. 
Wahhh..kat sini heaven rupanya nak carik paking. Easy mezi jer. Org tak ramai plak tu. Ha..amek la ko nak berapa pack bawang pun. Sekali terjumpa lak si pelakon Linda Hashim. Kenai dak? Tak kenai? Ni ha beliau. 
Source : Here
Aku pun memula jenuh nak recall nama dia. Yg aku igt dia belakon jadi mak muda dlm citer apa tah. My dear kata pi la amek gmbr. Hah! kuwasa lah. Amek gmbr pehtu (erghh...my dear menjerit plak... Gol Kedua dari Malaysia. Uh. Satu flat juga menjerit gol!) masuk FB ek. Huhu. Muntooohhh.....!

Ok la care4 jln Peel nih. Sng. Org pun tak ramai. Lenkali kalo pi ari Ahad ke dtg sini je lah. Dpt jumpa artis lagik. Teheheheheh. gilers.

Lps tu balik laju laju masak kari daging sbb bawang da ada. Pastu laju laju makan (lorh..terkejut aku tau. Gol lagi- 3 bijik sudah). Dan skang di sini lah aku. Byk giler entry aku update reni. Lantakkk... 
Ok, nak join my dear tgk bola lah. Tau entry yg ni mmg entry ala-ala sampah dan menyampah. Aku pun rasa menyampah buat entry yg citer-apa-buat-seharian nih. Tp lantak lah. Rasa rajin lak nak masukkan.  Takpun ada yg kata 'hek eleh, jumpa Linda Hashim pun nak kecoh, bkn jumpa Lindsay Lohan'. Nak annoy, annoy la. Maleh aku nak pikir dah. Asik nak mikir masalah org yg tak puas ati, masalah aku sendiri yg tak selesai nanti. Yg penting suci hati sudaaaa... :))

~Pasal PTPTN~

191,262 ingkar bayar pinjaman PTPTN

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

KUALA KRAU 25 Dis. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya menerima bayaran balik pinjaman RM2.1 bilion berbanding RM5 bilion yang sepatutnya diterima sehingga bulan lalu.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, RM2.9 bilion lagi gagal dikutip daripada 191,262 peminjam yang telah tamat pengajian.

"Pembayaran secara sukarela oleh peminjam tidak berkesan apabila 191,262 daripada keseluruhan peminjam tidak pernah membayar balik pinjaman," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penganugerahan pakaian dan beg sekolah, meraikan pelajar cemerlang dan miskin peringkat Parlimen Kuala Krau di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar dan ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau kesal dengan tindakan segelintir peminjam terbabit yang liat untuk membayar balik pinjaman.

Sehubungan itu, tegasnya, mulai Jun tahun depan, semua peminjam PTPTN akan diwajibkan membayar balik pinjaman secara potongan gaji bagi menangani masalah hutang tertunggak.

"PTPTN akan membentangkan cadangan meminda Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan," katanya.

Sambung baca di sini : Utusan Online

**
Haha. Ari ni nak tempek news dari sokkaba je. Maklum lah. Ari Ahad je lah dpt ber rilek rilek baca sokkaba, hari lain harapkan berita kat tibi je lah. Kut tak mmg katak bawah tempurung. Tu pun kadang ter katak jugak. Tau citer bila citer tu da nak 'masam'. Haha.

Aku rasa rata2 yg grad sama dgn aku dan abis bayar PTPTN ni. Aku harap la kan. Cam aku retu, masa wat Dip mmg tak guna PTPTN sbb aku on loan ngan Yayasan Perak. Walo tak byk mana, tp boleh la. Lelain guna akaun FA-MA la (father - mother). So, ngan Yayasan Perak, da setel. Alhamdulillah. Tp PTPTN blum. 

Ya...saya mmg akui kelalain saya. Ouch. Agak ter abai t/jawab awal2 retu. Bkn per, aku nyer loan tu ada something sket. Sbb ms wat degree tu, sem 2 ke sem 3 tah, tetiba aku dpt biasiswa JPA. Pastu PTPTN stop. Lpas tu dia suh bayar segedebuk suma camtu. Mana nak cekau duit kan. So, ter drag lah. Dan pastu thn 2006 baru aku start bayar. Dan kesannya, mmg menyesal giler lah.

Mana tak nya, interest 3% tu buat loan tu makin bertambah. So, aku advise pada yg amik loan PTPTN, abis belajar tu cepat2 la mulakan bayar. Byr la 50inggit sebulan dulu pun takpe, kut tak interest tu yg tak tahan. Eh. Tp skang interest just 1% eh. Ok la kan. Tp knpa kita pinjam lain, bayar lain eh? Owh. Itu namanya caj perkhidmatan. Owhhhh... tp kalo buat loan ngan Yayasan Negeri bayar apa yg kamu pinjam shj. MARA pun camtu kan? Ke ada caj perkhidmatan gak. Tp kalo taknak byr bley. Dapatkan 1st Class Degree. Owh. Aku penah buat surat pengecualian ni dulu. Tp bkn utk aku la, utk bf aku (ketika itu, skang udah xbf. Huhu). Dia dpt la pengecualian. Hukss..

Dulu masa awal2, proses dpt loan ni amat mudah. Tk mintak pun, tau tau dimasukkan 2K dlm akaun masa daftar awal sem. Apa ke nama nya tah duit tu. Lps tu tak perlu penjamin segala. Mudah amat. Suma org dapat tak kira kaya miskin. Ummm...tu dulu la. Masa tu baru org nak berkenalan apa itu PTPTN. Skang aku tatau la cena prosedur dia.

Aku cdg nak setelkan lah baki PTPTN ni. Kuwasa dah aku nak bayar sket sket nih. Berapa lagi tah. Nati nak tgk statement aku tu. Online je kan. Gi pun aku byr pun online thro Maybank2U.  Aku kena kumpul kan semua statement yg ada agar tak terjadi menda2 tak sepatutnya nati. Mau kang ada adegan chase meng chase plak kat  Chase Perdana tu. Huhu. Satu hal gak nak pi sana tu. Harus kena amik cuti tu. Yg pasti kena call dulu. Kut tak mau aku di'lambung' dari sana ke sini kembali ke sana. Tp ada ke duit 'terselit' nak setelkan neh?? Jap...nak check bawah tilam. Hahahhaha.

So, pada yg meminjam, bayar jgn tak bayar ya. Kalo mcm keja kat opis aku ni, derang check sapa yg pinjam dan derang terus buat potongan gaji. Huhu. Iye lah, kut tak payah plak kalo nak anta gi luar negara.

~Pasal Pakaian Seksi~

Pagi Ahad, cam biasa la. Harus la gedik santai smbil baca paper. Tgk gosip2 sepanjang minggu (baca paper utk tgk gosip???). Tertarik pada satu artikel utk di share bersama. Sbb ianya adalah teguran dari pak menteri kementerian aku kan. Huhu. Meh baca sket :

Rais tegur artis berpakaian seksi

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.

"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir.

"Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Krismas 1Malaysia anjuran ahli perniagaan, Datuk Seri Vanatiah Anthony, di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu.

Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Bacaan selanjutnya : Klik sini

Ha...kan Pak Rais kite yg kaya dgn bahasa yang cantik tu dah keluarkan peribahasa. Tp mungkin jugak ada yg buat buat kononnya tak makan pedas kan. 

Nak cakap lelebih pun aku tak reti. Anugerah Skrin tu pun aku tak tgk sgt. Sbb masa tu tgh makan2 ngan pamili kat Kajang. Tp buley bayang la sbb setiap kali ada anugerah, itu jugak la gaya mereka. Lagipun takpe, nati ada la memana mag akan kuarkan gmbr derang dgn tajuk pakaian terbaik, pakaian tercantik, pakaian yg jelak dsb. So, sendiri paham la. Mana yg elok kita jadi kan tauladan, mana yg buruk kita tolak ke sempadan.

~Wrap Up 2010 : Nuffnang~

Image : google

Wrap up kedua adalah berkaitan Nuffnang plak. Aku agak lewat jugak la dlm xtvt meng nuffies kan diri ni. Memula aku register. Lps tu tak hirau apa. Tp bila aku da terlibat dgn innit, aku mula rasa perlu utk buat sesuatu dgn nuffnang. Aku makin tau pasal BE, ME. Mula nak amek tahu cena nak dptkan BE suma.

Mula lah rajin nak join contest by nuffnang. Contest dgn Nuffnang yg aku join thn ni :

Contest Pertama
My Water Moments. Contest sulung bersama NN. Saja try luck. Grand Prize is Sony TX5
Result : tak menang lorhh.. tp di invite utk bergumbira at Mali Cove Sunway Lagoon.
Bes! Sket lagi time tu nak berjaya bawak balik TX5. Huhu..takpe la, dpt beg pun jadi lah kan.

Contest Kedua
Digi iPhone. Kali ni tatau angin apa merasuk. Rajin lak join. Padahal 4 task tu kena setelkan. Phew. Kalo aku terpikir skang aku rasa mmg aku tak rajin. Hadiah adalah iPhone4.
Result : Pun tak menang. Tp di invite utk join party Digi Angel Internet kat Grand Modesto. Tp aku tak pegi sbb masa tu aku rasa tak cukup extrovert utk pegi secara solo. Hukss...

Contest Ketiga
Celcom Blackberry Torch. Angin giler nak join nuffies contest je. Padahal tau tu bkn mudah nak menang. Tp tak kesah lah kan. Hadiah dia for sure BB Torch lah.
Result : Mmg tau tak menang. Entry aku pun sempoi amat. Kali ni tak dpt invitation memana, just katanya masuk lagi satu contest berkaitan, tp aku da malas hoho.
Link : BB Torch

Contest ke empat
Rapunzel. Yg ni sempoi sket. Contest utk dptkan 2 tiket wayang tgk Rapunzel 3D, premiere screening. Tp adiah grand prize dia adalah nintendo n perfume Nina Ricci.
Result : Tk dpt la grand prize tu, tp dpt la 2 tiket wayang. Oh..masa ni hot hot hot ya. Smpai tetiba aku dpt BE la sbb hot hot hot tersebut. Hahahaa. Lawak tau...cam citer P.Ramlee tu 'pasal taik pun mau gado ka'. Yg ni 'pasai tiket 2 keping pun mau bising ka..'. Ok. Stop stop..lupakan. Tehehhehhe.

Hadiah Hari Lahir
Seterusnya dapat lak 4 tiket pree dari Nuffnang sempena bulan bufday. Yg ni Nuffnang bagi pada 250 blogger yg duk area KL. So, jadi la jugak kan. Igt tak terpilih dah. Hihi.

Then atas segala keazaman nak jugak dptkan BE, aku usaha betul betul. Dptkan info dan dpt gak la merasa apa itu BE. Idak la byk benau. Ada la gak. Skang pun ada lagi sisa2 BE tu 3 ketoi lagi. Hihi.

Apa pun thanks Nuffnang. Walo takde la dpt adiah grand prize, takde la dpt BE ribu ribu, tp at least nuffnang sedar gak yg aku salah seorg dari beribu ribu members derang.

Source : Here

25 December 2010

~Wrap Up 2010 : Pahit Manis as Blogger~

Mulakan entry wrap up dgn Pahit Manis Sebagai Blogger Tahun 2010 Ini.
Source : Here
Dimulakan dgn yg pahit pada bulan 3. Mmg pahit la utk diingatkan. Bak status seorang teman di FB smlm-easy to forgive but not to forget. Rasa hak diceroboh tp bodoh la aku kalo anggap mcm tu sbb blog ni dah open for all. Tp tindakan org tu mmg amat amat aku kesali. Kalo dia masih baca (which aku rasa mmg dia sedang baca), aku harap dia tak ulang lah perbuatan tu pada mana2 org. Kesan nya mmg tak baek. Mujur aku taknak pjg citer je. Mungkin ada silap phm di situ tp org tu da buat menda tu makin teruk. Mujur satu lagi persahabatan tak terjejas. Penangan dia cukup hebat. Aku rasa down, depressed. Trus pvte kan blog. Tp Allah Maha Adil. Bila aku tau siapa yg berusaha sebarkan citer tu, aku rasa aku perlu bagi pengajaran pada org tu. Dan, Alhamdulillah, sesuatu yang pahit akan ada manisnya.

Aku harap sgt perkara tu tak berulang lagi. Aku pun dah jadikan pengajaran .Kalo pun aku ikut rasa hati nak menulis tnpa pikirkan perasaan org, aku ada blog lain utk meluahkannya. Yg mana takde seorg pun org opis aku jemput utk masuk. Maaf, aku mmg tak percaya. Sbb kesah tu lah. Org yg dulunya baek dgn aku, tetiba buat mcm tu. Tp takpe lah. Nasi dah jadi bubur. Cuma org tu lah rugi, dia dah reveal kan perangai sebenar dia.

Manis plak bila tetiba takde angin takde ribut aku nak buat contest plak. Haha.  Aku sebeno nya nak carik idea utk baju raya thn 2011. Nak bagi semua se pamili napak sedondon. Dan pastu plak ada kain pasang silk yg da sethn aku peram tak anta kedai lagi. So, nak bagi kat org camtu je mcm tak bes plak. Maka terjadilah Sedondon Raya Contest. Aku mmg bajet takde sambutan sbb aku tak ramai kawan. Sekali mcm..awww...sker sker..teheheheh

Seyes masa tu tatau plak mmg ada team yg mmg sker join contest montest ni. Maka dari sini lah aku kenal lebih ramai kawan. Teheeehehehe. Seronok gak buat contest ni. Mcm2 faedah dpt. Dapat kawan, dpt kenal mcm2 perangai, dan dpt BE. Hehee.
Link berkaitan contest Sedondon Raya tu :

(Aku tulis ni rasa bersalah pun ada. Sbb adiah kedua n ketiga tu smpai skang lum smpai ke tgn pemenang. Nak jumpa, tak jumpa jumpa smpai skang)

Yang manis lagi bila jumpa beberapa rakan2 baru yg juga pemenang contest aku mcm Ejamaria, Hezesuze, Erin. Best la sbb dulu tak penah kenal pun kawan2 dari blog. Abis pun dari porem. Harap2 suma persahabatan di blog ni baek dah penah jumpa mahupun belum akan kekal hingga ke akhirnya. Utk korang suma baik yg menyokong secara direct or indirect (silent reader la tu), aku ucapkan..
image : goggle.

24 December 2010

~2010 Wrap Up~

Kita semakin ke penghujung 2010. Terasa cpt masa berlalu. So, mulai hari ini akan ada entry entry melibatkan kenangan suka duka thn 2010. Ada suka, duka, semuanya berbaur utk tahun 2010 neh.
Kira mcm summarize utk thn 2010 lah. Tgk tercapai ke tak azam retu.
Jadik...jgn boring kalo ada entry or gambar macam siaran ulangan. teheheheheh...

Setiap wrap up tersebut juga akan ada link2 entry terlibat. Jadi as tuan punya blog, saya mohon pengertian sekiranya ada yg membaca blog ini, tidak memanipulasi kan setiap entry 'wrap up' tersebut sebagai tpt tuan punya blog utk terhegeh hegeh nak menunjuk nunjuk. Jika masih rasa tak selesa dan jelak, maafkan saya. Tawon depan saya tukar konsep eh.
Just utk kemudahan empunya blog shj. Peace..!!  \m/


Bye 2010


Welcome 2011.

~Pasal Cuti Tahun 2011~

Mari plan cuti utk tahun 2011. Yg dikaler merah adalah cuti yg aku terlibat. Paling bes adalah bulan Februari sbb org yg keja KL pukul abis suma cuti tu. Pulak tu dpt cuti straight tu. Kena cuti awal awal sbb nati ujung bln 2 dah Hari Kraf (tak silap aku 23 Feb - 8 Mac *akan disemak semula). Cuti mmg kena freeze tu.

Cuti sekolah akhir tahun sgt bes sbb sebulan setgh. Ke sama mcm thn ni gak. Lama tul cikgu cuti. So, suma cuti kena plan before 19 November itu. Kalo nak pi holiday paling bes bln 4,7, 9 dan 10. Lps tu biarkan cikgu cikgi dan suma org ada anak lak bercuti. Huhuhu.

Raya plak combine cuti ngan ari Merdeka (err..sapa lak yg kena celebrate Merdeka di raya kedua nih. Nama sapa plak yg naek neh?).  Byk gak cuti jatuh ari Sabtu, which mmg tak cuti la jawabnya. Tp ada gak yg jatuh ari Ahad dan otomatik dpt cuti Isnin.

Wahh..kira cuti je kamu ya..ya lah..sapa tak suka cuti oiii... meh kita tgk dan lihat Jadual Cuti Am dan Cuti Sekolah Tahun 2011. Hik Hik

✩ ✫ ✬ ✭ ✮JANUARI
 1 Jan (Sat) New Year All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu *tak cuti sbb ari Sabtu*
 11 Jan (Tue) Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor only
 14 Jan (Fri) Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan's Birthday Negeri Sembilan only
16 Jan (Sun) Sultan of Kedah's Birthday Kedah only
20 Jan (Thu) Thaipusam * Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only 

✩ ✫ ✬ ✭ ✮FEBRUARI
1 Feb (Tue) Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
3 Feb (Thu) Chinese New Year
4 Feb (Fri) Chinese New Year (2nd Day) except Kelantan and Terengganu
15 Feb (Tue) Prophet Muhammad's Birthday (Maulidur Rasul) 
*wahh..ini bes. Utk yg CNY tu cuma amek cuti pada 31 Januari dan 2 Feb. sahaja and u'll get 9 days straight. Hehehehe. Tp plan cuti 31hb Januari lah. Balik kg 4 ari. Rabu keja. Khamis, Jumaat tu carik plan lain. Teheheheh


✩ ✫ ✬ ✭ ✮MAC
4 Mar (Fri) Anniversary of Installation of Sultan of Terengganu
30 Mar (Wed) Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
31 Mar (Thu) Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
Cuti sekolah :
12 March 2011 until  20 March 2011

✩ ✫ ✬ ✭ ✮APRIL
15 Apr (Fri) Declaration of Malacca as a Historical City Malacca only
19 Apr (Tue) Sultan of Perak's Birthday Perak only
22 Apr (Fri) Good Friday Sabah & Sarawak only

✩ ✫ ✬ ✭ ✮MEI
1 May (Sun) Labour Day National *cuti pada hari Isnin*
7 May (Sat) Hari Hol Pahang Pahang only
17 May (Tue) Vesak Day National
17 May (Tue) Raja Perlis' Birthday Perlis only
30 May (Mon) Harvest Festival Sabah & Labuan only
31 May (Tue) Harvest Festival Sabah & Labuan only
Cuti Sekolah :
28 Mei - 12 Jun

✩ ✫ ✬ ✭ ✮JUN1 Jun (Wed) Hari Gawai Sarawak only
2 Jun (Thu) Hari Gawai Sarawak only
4 Jun (Sat) Agong's Birthday National *tak cuti sbb ari Sabtu*
29 Jun (Wed) Israk  Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only

✩ ✫ ✬ ✭ ✮JULAI7 Jul (Thu) Georgetown World Heritage City Day Penang only
9 Jul (Sat) Penang Governor's Birthday Penang only
20 Jul (Wed) Sultan of Terengganu's Birthday Terengganu only

✩ ✫ ✬ ✭ ✮OGOS1 Aug (Mon) Awal Ramadan * Johor, Kedah & Malacca only
17 Aug (Wed) Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
30 Aug (Tue) Hari Raya Puasa * National
31 Aug (Wed) Hari Raya Puasa * National
31 Aug (Wed) National Day National- ganti pada 1 Sept
Cuti Sekolah :
27 Ogos - 4 September

✩ ✫ ✬ ✭ ✮SEPTEMBER10 Sep (Sat) Sarawak Governor's Birthday Sarawak only
16 Sep (Fri) Malaysia Day -National 

✩ ✫ ✬ ✭ ✮OKTOBER1 Oct (Sat) Sabah Governor's Birthday Sabah only
8 Oct (Sat) Malacca Governor's Birthday Malacca only
24 Oct (Mon) Sultan of Pahang's Birthday Pahang only
26 Oct (Wed) Deepavali National 

✩ ✫ ✬ ✭ ✮NOVEMBER
6 Nov (Sun) Hari Raya Haji * National *dapat cuti ari Isnin*
7 Nov (Mon) Hari Raya Haji (2nd Day) * Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
22 Nov (Tue) Sultan of Johor's Birthday Johor only
27 Nov (Sun) Awal Muharram (Maal Hijrah) National *dapat cuti ari Isnin*

✩ ✫ ✬ ✭ ✮DISEMBER11 Dec (Sun) Sultan of Selangor's Birthday Selangor only
25 Dec (Sun) Christmas National *dapat cuti ari Isnin*

Cuti sekolah :
19 November - 1 Januari 2012. Humang aih...sebulan lebih cuti. syok giler ini!

23 December 2010

~Pasal Pakaian Di Hari Khamis~

Skang mmg internet lembap eh? Nak kata bband tu mmg senantiasa la (smlm je laju..mcm pelik di situ). Kat opis ni pun lembap. Salu zass zass..laju je. Apsal? Suma org online HRMIS kah nak masukkan LNPT. Teheheheh. Mujur opis kiterang kumpul suma pakai manual then ada team akan masukkan. Tp tu tahun ni je yer. Thn dpn sila masukkan sendiri ya. Siap dpt emel dah utk nak adakan course thn dpn bagi penilai utk nilai melalui HRMIS. Tkpe lah. Ikut kan jer lah.

Ni apa kes ni, tetiba ada entry. Hoho. Saja. Kejap je ni. Tingat satu topik. Sbb setiap mggu sebelum hari Khamis sure dpt emel dari Kementerian yg berbunyi gaya gini :

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Perkara : PEMAKAIAN BAJU BATIK PADA HARI KHAMIS :

Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pada Khamis adalah Hari Pemakaian Baju Batik Bagi Pegawai Awam seperti yang diwartakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 01/2008 “Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis.

Sekian, terima kasih.

*****
Sapa sama kementerian ngan aku sure dpt emel camni setiap ari Rabu. Mcm nak ingat kan kita la kena pakai batik ari Khamis.
For us yg keja di agensi peneraju kraf ni mmg dari dulu da amalkan. Igt lagi masa aku baru masuk keja, thn 2004, masa tu gomen keja half day ari Sabtu. So, ari Sabtu la ari pemakaian batik. Kira lelaki leh la pakai yg santai santai tu kan. Dan kalo ari Jumaat pun, suma staff kena pakai pakaian bermotifkan kraf. Mean batik/tenun/songket. Yg lelaki smpai skang mmg kena pakai baju melayu bersampin songket buatan Malaysia (sbb mmg ada yg India punya songket). Tp pompuan da takde. Tp aku sker je kalo camtu. Kira mcm ari Jumaat tu pakai baju agak melawa lawa la sket dari hari biasa. Tehehehehe.

Tp pas govt tak keja da ari Sabtu, maka digantikan la ari Khamis pakai batik. Dan seterusnya jadi arahan utk semua govt pakai batik hari Khamis. So, as peneraju, kiterang mmg kena ikut la. Mmg hari Khamis mmg suma ikut arahan (dulu smpai dpt memo kena tunjuk sebab tak pakai batik, tp aku tak penah kena la. Ingat saja nak pakai. Hihi). Macam reni, semua batik dan mmg Malaysian product lah. Bkn tipu tipu yg bersepah kat jln Tar tu. Tp nyer, aku tnya kengkawan aku opis lain, derang tak pakai pun. So, mcm ni la kan, antar emel then sapa nak pantau pakai tak pakai kan. Hihi. Tp ada yg sker dan mmg pakai. Sbb aku salu gak di kirim baju batik ni bila aku ada promosi. Makna derang sker gak.

So, aku nak tnya la pada korang2 yg keja govt tu, pakai ke tak batik hari Khamis? Rasa menyusahkan ke apa? Kalo tak pakai tu kenapa?. Saja la aku nak tnya neh. Mana tau leh jadi paperwork or bhn research kut aku nak buat Master nati. Hahahahha... motip nak smbg Master nak buat thesis pasal kraf?? bidang nak amek pun lain kan? Hahahahah.. gelak gelak.. 

"Cintai tiap masa kraf Malaysia
Emas kain kayu atau apa saja
Beli guna pakailah kraf Malaysia
Dengan penuh kebanggaan

Cintai selamanya kraf Malaysia
Nilai seni tinggi tiada bandingan
Sayangilah warisan kraf Malaysia
Lambang jati diri bangsa"

 _edited_
Oh. Pelik pulak entry tanpa gambar. Gi pun Hezesuze komen kata taruk la gmbr pakai baju batik. Ok, aiols letak oke. Tp ini bukan niat nak menunjuk ke apa. Takutttt.... skang nak letak apa pun takut org kata nak menunjuk. Ini antara gmbr kami2 berbaju batik (masa aku kurus lagik ni). Bkn nak menunjukkan. Takat baju batik je lah, bukan pakai baju buatan Bill Keith pun. Alamak aii..sodap nya bauuu... bebudak dept aku tgh wat stimboat la plak. Ada majlis pisah pisah reni. Huhuhu...sedihhh...bos nak pindah..sobss :(

~Tag : Segmen Jom Berkenalan~

Awas! Anda di tag! Mieheheheh. Again, from adek comey-Deqdeq. Idea asal tag ini adalah dari catatan luqman hakim. Sudah terjah itu blog dan akan diterjah lagi nati. TEheheeh.

Sekali ada due date tag ini- 3 Jan 2011. Macam contest daaa..so, masih ada masa lagi. Ayuh, kita selesaikan. Err.. tajuknya pun da Jom Berkenalan. So, mari lah berkenalan :

-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)
Seorang isteri tp belum menjadi ibu (waa..complete set gitew)

-Ceritakan tentang diri anda  (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)
Ala, takde menda pun yg bes ttg budak hampagas minat stoberi yg sker membebel berjela jela entah apa2 ni.
Tp aku dulu penah kuarkan 25perkara masa kena tag ngan brader HH kita tu. Mls lak rasa nak carik dan nak link kan. Hik hik..tehehehehe

 -Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)
-tempat meluahkan kegembiraan
-tempat meluahkan kesedihan
-tempat meluahkan perasaan yg tak boleh diluahkan kat alam nyata
-semua utk diri sendiri, tp aku paham ada yg membaca. Jadi harap sgt org tak annoy dgn apa yg ditulis. Kalo annoy jugak, feel free to tell my directly (or indirectly). Saya akan perbetulkan.

 -Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Macam macam hal, macam macam kerenah, macam macam manusia, macam macam ragam dan bukan macam macam Aznil. Hohohoho


 -Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
Err...saya rasa saya bukan pemberi nasihat yang baik. Nxt question.

 -Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
Unik kah? Takde unik pun sbb asik tgk aku bebel bebel mcm hampagas dlm blog. Smpai org naik jelak membaca bahan yg tak bermutu dlm ni. Mmg rasa tak unik lah. Bkn ada pun dlm blog ni, tp ye lah, aku menulis blog ni pun sbb aku nak jadikan reference aku sendiri. Mcm citer thn 6 thn lps. Mcm giler kalo aku baca balik. Hohoho.
Tp kalo saya rasa blog ni unik sbb ke stoberi an nih, rasa2 menyampah tak? ahahahhaha.

 -Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Insyaallah, semuanya ditentukan oleh Tuhan. Tp utk aku meninggalkan dunia blog ni rasa tak mudah kut. Sbb sejak zaman blogdrive yg mana time aku blum frust nonggeng lagi dah  till now aku ber blog. Kalo aku tau la dari masa tu blog ni buleh buat duit...hemmmm.....

 Akhir sekali, kena tag org yg anda nak kenal sgt :
1. Adialuze
*aku rajin le ni smpai buat link ni...kalo tak, gitew je aku tulis. Teheheheh.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign