Pages

Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

19 August 2011

~TAG : Lagu Raya Kegemaran Saya~

Lama tak dpt tag kan. So, sempena nak raya, dan juga lagu lagu raya dah riang berkumandang di corong corong radio, apa kata kita main Tag Lagu Raya Kegemaran Saya.

Caranya mudah saja.
  •  Pilih satu lagu raya yang paling digemari.

  •  Tempek liriknya

  •  Dan kalo rajin tepek skali video nya.

  •  Dan tag lah kengkawan yang lain.

So, ini tag saya sendiri - Lagu feveret saya. Tatau kenapa, tapi lagu ini mmg jadi kegemaran saya. Tp jarang la dimainkan di radio smpai my dear kata 'lagu apa tu' bila saya sebut tajuknya.

Sepasang Kurung Biru - Khairil Johari Johar
Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...

( ulang korus )



Saya mau tag semua yang membaca blog ini

Especially 10 kawan saya ini (yg ni wajib buat tau) :
  • Mekchu

  •  Zana Adieyza

  •  Eka

  •  Su- Pnsusu

  •  Ejamaria

  •  Anita - Shahadatina

  •  Myfara FLK

  •  Amira - Firzmira

  •  Yan Nur Ma Yan Ty

  •  Yob D_08

23 December 2010

~Tag : Segmen Jom Berkenalan~

Awas! Anda di tag! Mieheheheh. Again, from adek comey-Deqdeq. Idea asal tag ini adalah dari catatan luqman hakim. Sudah terjah itu blog dan akan diterjah lagi nati. TEheheeh.

Sekali ada due date tag ini- 3 Jan 2011. Macam contest daaa..so, masih ada masa lagi. Ayuh, kita selesaikan. Err.. tajuknya pun da Jom Berkenalan. So, mari lah berkenalan :

-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)
Seorang isteri tp belum menjadi ibu (waa..complete set gitew)

-Ceritakan tentang diri anda  (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)
Ala, takde menda pun yg bes ttg budak hampagas minat stoberi yg sker membebel berjela jela entah apa2 ni.
Tp aku dulu penah kuarkan 25perkara masa kena tag ngan brader HH kita tu. Mls lak rasa nak carik dan nak link kan. Hik hik..tehehehehe

 -Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)
-tempat meluahkan kegembiraan
-tempat meluahkan kesedihan
-tempat meluahkan perasaan yg tak boleh diluahkan kat alam nyata
-semua utk diri sendiri, tp aku paham ada yg membaca. Jadi harap sgt org tak annoy dgn apa yg ditulis. Kalo annoy jugak, feel free to tell my directly (or indirectly). Saya akan perbetulkan.

 -Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Macam macam hal, macam macam kerenah, macam macam manusia, macam macam ragam dan bukan macam macam Aznil. Hohohoho


 -Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
Err...saya rasa saya bukan pemberi nasihat yang baik. Nxt question.

 -Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
Unik kah? Takde unik pun sbb asik tgk aku bebel bebel mcm hampagas dlm blog. Smpai org naik jelak membaca bahan yg tak bermutu dlm ni. Mmg rasa tak unik lah. Bkn ada pun dlm blog ni, tp ye lah, aku menulis blog ni pun sbb aku nak jadikan reference aku sendiri. Mcm citer thn 6 thn lps. Mcm giler kalo aku baca balik. Hohoho.
Tp kalo saya rasa blog ni unik sbb ke stoberi an nih, rasa2 menyampah tak? ahahahhaha.

 -Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Insyaallah, semuanya ditentukan oleh Tuhan. Tp utk aku meninggalkan dunia blog ni rasa tak mudah kut. Sbb sejak zaman blogdrive yg mana time aku blum frust nonggeng lagi dah  till now aku ber blog. Kalo aku tau la dari masa tu blog ni buleh buat duit...hemmmm.....

 Akhir sekali, kena tag org yg anda nak kenal sgt :
1. Adialuze
*aku rajin le ni smpai buat link ni...kalo tak, gitew je aku tulis. Teheheheh.

20 December 2010

~Tag : Award~

Dapat award. Yeh! Yeh! dapat award


Dapat dari adik yg bernama comel iaitu DeQdEq. Comey kan nama dia. Bkn je nama comey, org nyer pun comey. Lama da Deqdeq ni kasik, tp baru skang kak reen nak buat. Sori eh. 
Cam biasa, dpt award sure kena jawab soklan. Meh jawab soklan.

1. Apa pendapat anda tentang blog DeQdEq?
-paparan yg mudah dibaca - tidak lambat loading -dan suka berkawan-kawan

2. Tempat yang paling nak lawati?
-Tpt yg adik Eka pegi retu. Teheheheh. Takpun Universal Studio Sgpore. Takpun Phuket. Takpun Bali. Takpun Pulau Perhatian. Ya Ampunnn...byk tul tpt nak di lawati ya. tehehehhehe

3. Berikan 3 perkara tentang diri anda.
-perempuan
-isteri
-anak

4. Tag 5 bloggers
-ummm...ummm...nak kasik sapa ya.. okeh, saya tag pada suma rakan blogger saya yg friendly friendly. Teheheheh


p/s : itu shj. Da siap deqdeq. Dan akak da jadi follower deqdeq juga. sori lambat follow..tp mmg follow walo dulu tak follow..eh...:))

2 December 2010

~Award : Blog Cantik dan Menarik~

Cantik Menarik Kau Mmg Da Bomb.
Imej : google

Huhu. Ok, tepek award dari incik HH plak.
Award ni lebey kuang award Ekin. Udah la itam putih juga kan.
Sebelum menempek award tersebut, saya harus menjawab beberapa soalan iaitu

# Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag blog anda untuk terima award ini?
Pandangan saya terhadap blog incik HH-Bangku Kosong adalah saya rasa blog beliau best dan unik juga sbb tak ramai blogger lelaki yg rajin apdet hari hari dan byk byk.

# Kenangan manis dalam hidup anda?

Berjaya mendapatkan apa yg saya impikan.

# Kenangan pahit dalam hidup anda?
Masih belum dapat apa yg saya impikan. Haha. Too cliche is it??

# Adakah anda puas hati dengan kehidupan anda sekarang?
Alhamdulillah...nak kata puas ati tu tak la sgt, tp kalo kata tak puas ati tu mcm tak bersyukur pulak.

# Nyatakan 3 impian anda yang belum tercapai?

1. Smbg Master.
2. Menimang Cahaya Mata
3. Masuk umah baru. Tk sabar dah ni.. Insyaallah..thn dpn kut.

# Tag 5 org utk award ni. 


Haha. Kali ni saya mmg kedekut. Namo bagi sapa sapa. Hik hik

Ok, skang leh tempek award itu. Segera....

Terima kasih incik HH :D

~Award : Beautiful Blogger~

Smlm dpt award ni dari Ekin. Ari ni pun dpt award dari incik HH. Yg lebih kurang sama. Aku pun mati mati igt sama. Rupanya lain. So, kita setelkan award dari Ekin dulu ya. Simple sajork ne.

Memula tempek award ni.

And then, thanks the person who gave you this award and the link of the person :
Thanks to Ekin coz kasik pnstoberi award ini yer. Beautiful Blogger lagik. 

Selepas itu katanya spread the award to 15 blogger who you like and you think their blog are awesome :
Aku memula rasa mcm taknak bagi sesapa. Lps tu rasa mcm eh..tak baek kedekut, tp lps tu rasa mcm kalo bagi pun ada org tak amik, lps tu aku rasa lagi, baek aku bagi je, tp tak perlu 15 la kut.. ramai nau tu.
So, aku pass award ni pada mereka ini pula dgn ucapan moga perkenalan di alam blog ini akan berkekalan selamanya..
>> AdiaLuze
>>Irtiyah
>>Incik HH
>>Azi Mama Aizara
>>Linda Appledia

Itu saja. Sekian Terima Kasih.

27 November 2010

~Lovely Blog Award~

Oleh kerana percutian mggu ini juga aku takmo usung lappy bagai, so aku da auto publishkan entry. Kasik tak sunyi....mana tau kut dpt BE lagik.. kahhh...perasan la lu amoi.. eh..amoi ke?? da thp ah so dah ni.. hahahhaha...gelak besau.

Ok, ari ni entry award plak. Aku amik kat blog cik adik comey kita tu- cik miza yusof. Dia tak la bagi direct dgn kata 'nah kak stoberi, amek award nih'. Tp dia kata pada follower sila amik la award ni. So, aku follower, dia aku amik lah.

Aku tgk mcm cantik je award ni, so dgn muka tak malu aku amik. Hihi. Mizaa..akak amik eh.. :P 
*update* pehtu dia reply kat komen, dia kata amek la..bagi sis katanya. Hihi. Tenkiu cutey. hihiikkk.

Cantik kan award ni. Aku sker menda menda ada love love nih (alamak..terkantoi yg aku ni ala ala dalam ati ada taman lak pangai nyer)

Soalan yg perlu dijawab adalah 5 perkara indah.

So, pada masa ini apa yg saya boleh pikir ttg 5 perkara indah ini adalah :
1. Akhirnya bertemu soul mate yg membahagiakan saya.
2. Berjaya membawa mak dan ayah tgk saya amik ijazah.
3. Dpt bercuti cuti, rehat rehat dgn org tersayang.
4. Dpt apa yg saya impi kan.
5. Dan dpt menggembirakan hati org lain :))

Jadi saya tag org ini. Silakan amik award ini sekiranya kamu merasakan berkawan dgn saya adalah indah juga. Sekiranya tak.. ok, tak perlu amik.. hihihi... (ok, i'm just joking)
1. Puan melekat dan melekit kita - Abby @ Suria
2. Puan EKA. Owh..beliau sedang berhanimun..mungkin lmbt baru tau dpt award
3. Puan cikbedahlaser.
4. Puan Hezesuze
5. Cik Anitadahahs.
6. Puan AitotYati
7. Puan CikMOt Izan.

Owh..mereka ini adalah antara pengkomen terbyk setakat ini, based on  widget top commentators tu  la. Tp apsal eik..len mcm je aku rasa..mcm dia kira tak betul je...aku kena godek godek balik ni. Aku rasa ada org yg da komen byk byk, tp dia letak 3 je..abes..camno tu??

17 November 2010

~Award : Blog is So Cantik~

Ok Farah, baru reni kak reen sempat nak tepek award Farah. Thanks eh Farah. Ailebiu lah sis sbb ingat juga ke Kak Reen ne walo Kak Reen tak bagi2 lagi adiah contest Farah.

Sebelum tepek award sila jawab soklan dulu :

1. Berikan satu nickname utk pemberi award - Farah Khan. Ini olang minat SRK okeh.
2. Ucapan utk pemberi award - bila nak jumpa ni Farah. Nak bg adiah neee...sila elo elo akak  lelaju bila pree okeh (>,<).
3. Artis yang korang  minat? 6 org - haaa....mcm rasa zaman berlalu dah minat2 artis ni. Tatau la minat sapa dah. Mcm tak buleh jawab je soklan ni.. next q please.
4. Beri award ni kpd 10 org blogger.
Err...sempena ari raya Aidiladha ni saya tak mahu mengorbankan award ni pada sesapa. Saya nak simpan sendiri sbb saya kudukut kali ne....tehehehheheh

Last skali..nah amekk...tempek award ni kat dahi.. hihihihihi

4 November 2010

~Tag : Mencari Identiti Blogger Yang Hilang~

Waaa...tgk tajuk pun dah gerun. Mencari Identiti Blogger Yang Hilang katanya. 
Pnstoberi telah di tag oleh incik HasrulHassan. Terima kasih diucapkan kepada beliau.  Tag kali ni mcm simple tapi... cuba tgk ayat terakhir dlm syarat yg diberikan ini.

"Once you have been tag, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, or goal about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more."
Ini bermakna..org yg men ge tag anda adalah ikhlas untuk mengenali anda lebih dekat. Jadi mari tgk 25 perkara yg saya sedia berkongsi dgn semarang (semua org).
1. Saya anak bongsu dari 5 adik beradik.
2. Saya ada sorang kakak (sulung) dan 3 abang. Ini bermakna susunan adik beradik saya adalah - P,L,L,L,P
3. Suami saya juga ada 5 adik beradik.
4. Tapi beliau adalah anak ke 3. Terbalik dgn saya, adik beradik dia 3 perempuan dan 2 lelaki. Susunan adik beradiknya adalah- P,P,L,P,L. 
5. Saya ada 12 org anak buah (belah family saya) yg mana setiap satu family ada 3 org anak sahaja.
6. Asal Perak. Mmg purely Perakian. Mak Pak pun org Perak (sama ngan abg HH kita napaknya).
7. Saya pernah menimba ilmu di UiTM Lendu (Melaka) selama 5 thn iaitu course DPA dan BCA.
8. Masa kat U saya paling minat subject Law.
9. Pernah mengajar selama setahun di sekolah saya belajar selama 6 thn. Belajar dan mengajar. Satu pengalaman yang bes!
10. Alhamdulillah, kini sy bekerja di sektor kerajaan (badan berkanun Persekutuan) dan baru berkhidmat selama 6 thn.
11. Sebagai PEE.
12.Masih rasa tak mencapai kepuasan dlm hidup selagi satu impian tak tercapai.
13. Iaitu untuk mendapatkan Master dan PhD.
14. Untuk mencapai cita-cita sebenar saya iaitu lecturer. Tp kalo tak dpt pun takpe la..saya bersyukur je dgn apa yg ada.
15. Saya rasa saya seorang yg extrovert dan boleh memulakan perbualan dgn org yg baru dikenali.
16.Sbb tu saya dilabel sbg peramah walo ada yg baru jumpa sekali je dgn saya. Yang tak penah jumpa pun kata ramah juga. Cena tu? Tehehehehe.
17.  Sebenarnya dulu saya ni berat mulut smpai mak saya kata dlm mulut saya ada emas! Mana taknya, org tanya nama pun saya diam. Haha.
18. Tp berubah bila saya buat DPA yg byk memerlukan saya bercakap- presentation sesaja oih course nih.
19. Kengkadang saya boleh jadi introvert jugak. Lebih2 lagi bila suma org extrovert.
20.  Tak sabar-sabar nak tggu mansion atas kayangan saya siap. Nati saya jemput suma kawan2 utk "rumah-suam" saya tu yer. Umah saya bebetul di tepi hway DUKE.
21. Saya start ber bloggin dari thn 2005 which dimulakan dgn blogdrive. Alamat blog lama saya ada link list kat sebelah ni. Saya mula dgn blogspot sebaik shj saya memulakan hidup baru lps berkahwin. Hidup baru, blog baru. Gitu yer temanya.
22. Peminat fanatik purple. Tp tup tup kawen temanya kuning. Cena tu?
23. Juga tak lupa, peminat stoberi jugak. Itu lah sbb blog ni penuh dgn stoberi. Saya bukan je suka kan buah stoberi, tp juga suka aksesori stoberi. Dulu keta saya mmg penuh dgn  aksesori stoberi, tp skang dah kurang. Masih ada, cuma kurang la sbb my dear yg bawak. Mampus dia taknak bawak kalo kat stereng pun ada stoberi. Ngeh ehehehe.
24. Tak berapa suka nak ber bisnes.
25. Semua rakan2 dah tau saya masih menantikan kehadiran cahaya mata pertama.

Ni  nak bagi 30 pun sebenarnya boleh. Haha. Tp saya rasa ini adalah citer yg mmg rakan2 yg follow saya dari awal tahu ni. Tp takpe la.. itu saja la yg saya boleh bagi tau takat ni.

Lepas tu tag pula 25 org rakan. Mangaiii..25 tuh. Saya tag yang ini dulu yer.

1. cikbedahlaser yg suka menangkap gambar
2. ain -hakikat kehidupan
3. Haszuraidah belle belle (hihi..cam kiut2 je nak sebut belle belle tu..teheheheh)
4. Axelida yg adiahnya belum saya bagi lagi neh..ate biler la nak jumpa ni yer.
5. Anitadahah - songeh cik Anita yg da lama sunyi neh..mana adik aku sorang ni yer.
6. Nama saya Azimah - azimahanuar- ini blog saya.
7. ChentaHati yg suka baca novel mcm saya jugak.
8. HezeSuze yg riang gembira org nyer.
9. Kinakoya Mama Adam
10. Follower paling latest - AitotYati (ai sker la nama u ni, tetiba ai tingat 'ai tot ai taw a puticat, i did i did, it puti cat'..) teheheheh

Errr...saya tag 10 ni dulu ya.. sila silakan buat yer.. saya ingin mengenali anda lebih dkt. :))

Incik HH, asainment saya sudah siap?? ada asainment lain tak??? wahhh...gitewww

2 November 2010

~Tag : Adakah Anda Hot~

Kena tag dgn EjaMaria plak ha. (maria..tag aku pun ko kena buat..yg mana?? sila carik sendiri. Hoho)
Aku dah buat tag ni ekceli. Carik punya carik rupanya kat blog lama.
Lps tu aku da tatau cena nak hyperlink kat blog tu je. Ada kat sini - blog lama. Date tag tu adalah
Friday, December 19, 2008. Hoho. Dkt 2 thn.
Tetiba mcm rindu kat blog lama tu. Aku tak ingat dah p.word dia neh. Cena eh? Aku nak buang suma gmbr2 dlm tu. Nati lah..aku godek2 jugak.
So, oleh kerana tkde dlm blog ni. Aku buat jugak. Tp aku ada setgh nya aku amik dari yg lama eh. Sbb ada soklan dah terbalik2. Dulu tu soklan dia soklan omputih

1. gambar kesukaan anda?

2. adakah anda rasa anda HOT
Tak besh la hot-hot nih, cold la bes..sejuk je..muekekekek..
Ok, jwpn sebenar..hot ke aku.. jap nak tnya my dear..hoho

3. cerita pasal gambar
gmbr percutian yg amat me release tension bersama adik2 opis aku. bes woh. 

4. bila kali terakhir makan pizza
Baru je lagi. Rabu last week. Aku belanja juri2 contest aku tu. Ada citer nyer pun kan. (tak kose nak link). Di my feveret pizza outlet nowadays - Papa John's.

5. lagu terakhir anda dengar
Entah..tetiba ilang ingatan..cemana?

6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
Tgk FB

7. selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
Reen. Mmg nama itu takde kaitan langsung dgn nama sebenar. Cena leh dpt nama Reen, nenati kalo dah tkde idea nak buat entry aku citer.

8. tag lagi 8 orang
1. Angel
2. Irtiyah
3. Cik Cha
4. HezeSuze
5. CuteMum
6. Incik Hasrul Hassan
7. Safinaz Hanum Ahmad
8. Eka Yg Jauh di Sarawak

9. siapakah orang no. 1 kepada anda
-rakan se porem mesra dot net saya. Lama dah kenal beliau ini. Angel, sila buat tag ini segera ya.

10. kata sesuatu mengenai org no. 5
-Seronoknya dia bercuti dengan family di Padang ya.

11. no. 3 ada hubungan dengan siapa?
-Hubungan dengan asben beliau lah.

12. bagaimana pula dgn no. 4
-Aiols penah jumpa sheols ni.. ramah jugak macam aiols..dan cute jugak. tehehehehe..

13. pesanan kpd org no. 6
- Good luck (hehehe...tatau la apa motip nak ucap camtu)

14. kata-kata cinta utk no. 2
Usaha Tangga Kejayaan

15. adakah no. 7 dan 8 punya persamaan
Persamaannya adalah mereka perempuan. Lelain, rasa mcm takde je.. teheheheh...

16. berikan 5 yg anda tahu tentang org yang men-tag anda
**beliau ada anak 3 org
**anak beliau 2 pompuan 1 lelaki
**anak beliau yg kedua (nayli..betul kan?) birthday nya 14 Disember.
**beliau keja gomen sama ngan saya juga.
**beliau sukakan barang2 kraf ni.

17. persamaan antara kambing dengan lembu
"Mereka" adalah binatang.

18. GAY or LESS?
Gay pun tidak. Less= lesbian pun tidak. Saya adalah wanita normal. Sekian. Terima Kasih.

Maria, tugasan anda telah disiapkan. Skang nak buat tugasan incik HH pulak.

23 October 2010

~Tag : Award : Dari EKA~

Ngeh he he. Terima award dari kawan baru lagi. Retu dapat award blog hebat (ceaaa...). skang dpt award 'online best friend award'.
Dapat dr cikgu EKA kita ni. Mekasih yer dik..igt juga Eka ke akak yer. Ngeh he he.

Ok. cam biasa, dpt award harus ada assignment. Meh kita buat.

1) Write 5 interesting facts about the person who gave u this
  • Eka ni Cikgu.
  • Eka ni suka posing-posing. Memacam gmbr ada kat blog dia ni.
  • Eka ni cikgu kat Sarawak sanun. Lama2 pandai ckp bhsa Iban dia nih. "auk indaii..." hihi
  • Eka ni kawen sama bln ngan saya, bln 12. Anniv dia 6/12, saya lak 14/12 (ek eh..ni citer pasal Eka ke pasal saya)
  • Eka ni asal Penang. Anak Mami ka Eka?? bukan noo... tak mcm anak mami pun dia nih. Lawa. Putih je. Cute juga. :))

2) Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby...
Auk Eka.. ngeh he he..ini soklan feveret kalo kena tag kan. So, nak carik yg dulu2 dah malas. Jawab semula lah.
  • Keja govt ღღღ
  • Suka pegi ber holiday holiday ღღღ
  • Umo lagi 2 bln masuk 31tahun ღღღ
  • Giler ber blog tp tidak la tegar sgt  ღღღ
  • Tak suka sgt tgk tivi tp lebih sker surf internet ღღღ
  • Paling obses dgn bhn bacaan. Sker giler membaca. ღღღ
  • Sempoi je orangnya tp jgn la stress kan saya, harus jadi tak sempoi ღღღ
  • Saya rasa saya seorang yang extrovert, tp kadang2 introvert jugak. Hihi ღღღ
  • Kawen lagi 2 bln masuk 2 thn tp masih takde rezeki utk menimang cahaya mata. ღღღ
  • Suka jugak karoke tp dgn org tertentu sahaja. Malu oih. Suara mcm katak pggl ujan je. ღღღ
3) Pick your most 10 deserving recipients and describe them.

Cam biasa..saya malas link..but u noe hu u r kan...
♪♫♬ - Kawan yg saya br 1st time saya jumpa last week - Hezesuze - uols buat yer tag award ni..
♪♫♬ - Sorang lagi kawan yg saya jumpa last week. Ejamaria - nati ada promosi dtg lah lagi yer
♪♫♬ - Sorang lagi kawan yg saya jumpa Ahad lepas di LRT Kg Baru - Erin - sila amik award ini yer.
♪♫♬ - Rakan sedari porem mesra dot net dulu - Ryn / Xyn1428 - buat lelaju..lama dah tak update tu.
♪♫♬ - Kawan se UiTM Lendu, tau pun dlm blog ni - Safinaz - silakan amik award ini dan tepekkan di blog.
♪♫♬ - Adik yang sker ijau (eh, ye ke..belasah je lah) - Ejaa - sila amik yer yunk. Award khas tuk awak.
♪♫♬ - Tak lupa rakan yg juga cikgu - Irtiyah-  Kalo berkesempatan terima lah award ni yer cikgu. Hihi.
♪♫♬ - Adik yg juga keja gomen - cikbedahlaser - amik award ni cepattt
♪♫♬ - Adik cute sy yg saya rasa masih bersedih atas sesuatu dugaan yg baru menimpanya - Anitadahah - amik award ni..jgn sedih2 ye yunk.. kami2 kan ada..
♪♫♬ - Kawan yg dah tak lama lagi nak melahirkan 1st baby, didoakan moga selamat. Blog beliau adalah di private kan. Silakan amik award ni cikcha..

Ok..da siap assignment Eka. Pada sapa yg dpt award tu, kalo rajin buat la tag ni..tak rajin pun takpe..saya tak kecik ati.. :))

18 October 2010

~Pasal Tag : Contest~

Kena tag contest plak nih.
Ni che puan hezesuze la tag nih.
Tp buleh tak kalo aiols buat je entry pasal contest ni tp tak join.
Buleh lah yer. Hiks hiks

Mana uols taw aiols sker karaoke nih.
Ni pun dah lama tak karoke nih..bkn buleh..lebih sebulan je nati dia jadi gatal2 lidah.

Ok, sblm tu. Contest ni dianjurkan oleh beliau ini. Mesti suka karaoke nih - Farah Liyana.
Tarikh tutupnya 30 Oktober 2010. Sapa menang leh dpt adiah ber karoke di tpt karoke pilihan sendiri. Wahh..bes kan. Cpt sesapa rajin karoke..sila join contest ini

Aku benarnya baru je berjinak2 dgn xtvt karoke nih. Pegi pun ngan geng2 porem mesra dot net aku lah. Start dalam thn 2005 camtu lah. Masa tu suma berstatus anak dara lagi. Geng yg salu pegi adalah Kak Julie, Hana n Dee. Kadang2 terselit gak HasFiza dan ada la seketul 2 lagi yg join jugak.
Dan bila Kak Julie kawen tinggallah Hana, Dee n aku.
Lps tu bila Hana kawen, dh ada anak, tinggal la aku n Dee je.
Tpt pilihan kami.. sure la Kotak Merah kat Sogo sanun. Situ je yg mmg bes dan easy access
Biasa kiterang amik yg kul 11-1.00pm nyer. Dulu ada smpai kul 2pm. Tp dia dah rugi gaknya trus buat 2 jam. Terkocoh2 ko..mana nak telan nasik lagi, mana nak nyanyi lagi. haha.

Aku bkn la tergolong dlm suara buluh perindu. Tp sker je nyanyi kat karoke. Buleh release tension weh. Seriyes (wahh..kan ada khutbah aku..nak release tension baik ngaji..ini nyanyi.) Ok, ngaji pun ngaji juga la.. nyanyi ni kira xtvt ber sosial ngan kawan la. Selain dpt jumpa kawan, dpt gak menyanyi..ha gitu.

Lagu wajib adalah Faradhiya-Bertakhta Di Hati. Mmg minat giler dan mesti nyanyi lagu nih kalo pegi karoke. Selain tu lagu2 Francisca Peter ke lagu2 80-an pun ok gak. Kalo ber duet ngan Dee, lagu wajib adalah Hail Amir n Uji Rashid tu - Gelora. Huhu.

Ok. Ini gmbr kami berkaroke. Kalo karoke je sure aku citer. Ada kat sini, sini, sini, sini, sini dan sini. Hoho
So, sesapa ada gmbr sdg karoke sila lah join contest ini. Sila sila....

14 October 2010

~Pasal Tag Award~

Award dari kawan baru nih. Nurul Uyun a.k.a Cute Mum. Mmg cute pongg.. hik hikk.
Thank you lah yer cute mum coz sudi kasik ke akak stoberi Award Blog Hebat ni. Dgn soklan "haibat kewww blog pnstoberi neh? ke propa lebih...??" Mueheheh...

Sebelum tu kena tau la serba sedikit pasal pemberi award nih. Beliau adalah ibu yg cute kepada anak yg super cute. Pertama kali kenal masa masuk contest sedondon retu la. Nama anaknya pulak Dania Alisha. Nama Dania tu yg paling pnstoberi suka dan plan nak letak pada anak nati. Haha. Berangan. Berangan.

Ok..dun waste time..takde org nak baca pepanjang ko membebel haih.. hehe. Amik award ni dulu.

Thank you cute mom !!!!


Pastu jawab suma soklan nih.

1- Nama blog anda buat masa ini?
Satu ni jelah -pnstoberi dot blogspot dot com. Dulu ada la lagi satu, tp biarlah ia menjadi kenangan. Cewahh...

2- Anda rasa blog anda hebat?
Hebat? Haha. Memang takde yg hebat lah dlm ni selain aku menceceh entah hapa2 smpai follower pun lari. Hiiii hiiiiiii... So, mmg aku tak rasa la blog aku hebat. Byk lagi yg hebat di luar sana. Tp bila da terima award dari Cute Mum ni....buleh bangan haibat lah. Hiiii... awwww...waka waka

3- Benda apa yang anda sayang?
Benda ?? Suma benda saya sayang. Pasti!

4- Anda tengok waktu dekat mana?

Waktu tu tgk jam la kan. Haha. So, tgk jam kat jam lah. Tp buat masa skang saya tak pakai jam dah. Nak tggu bln doblas nih. Kut2 ada org adiahkan jam. Hahahah...

5- Laman Web sesawang yang anda selalu jenguk?
Kalo kat umah sure on FB dulu, baru blog then innit then lelain lagik.
Kalo kat opis sure on Gmail dulu (sbb FB kena block, so jawap komen dari situ je..tp msg tak leh balas la dari situ), emel opis, blog, radio online then lelain yg rasa perlu lah.

6- Letakkan 3 hingga 5 blog yang anda rasa "Blog hebat". Tag kan blog tersebut utk award ini :
Suma blog ada kehebatan memasing. Tp yg ini saya perlu tag mereka. Hahaha. Padan muka mereka kena buat assignment nih. Hahahaha (sy malas nak link...u know who r u lah kan..hoho)
1- Sue di Algeria
2- Lynluvein yang nak kena pindah ke luar negara jugak.
3- Zawidatul Kema yg susah tul nak wat tag
4- Cakap kosong AinilAzwa yang hebat la sbb penah masuk featured post kat innit. Hebat tu..hebat..
5-Akma yg menang sedondon sesuci hari tu.
dan nak tambah satu lagi lah iaitu blog kak ipar ku- Syarasin yg tetiap hari ada entry masakan. Hoho. Buat kak Long tag ni..buattt......

7 September 2010

~Tag - Award~

Dapat award 'kaki blog' ni dari Cikgu Irtiyah. Terima Kasih Cikgu...

 Spti biasa kalo ada award sure ada soklan2 yg perlu dijawab.

Soalan 1- Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?
Betul ke raya ari Khamis. Hihi. Aku lak yg susah ati. Hik hik hik

Soalan 2 - Apakah nama samaran anda?
Pergh..seb bek tnya nama samaran. Kalo tak lagi sng la org google nama aku trus masuk blog ni. Hehe. Baik..nama samaran saya ialah R to double E to N. Nak panggil puanstoberi pun takpe. Ai loike je.

Soalan 3 - Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
3 org ke? Harus mak, arwah ayah n my dear.. love them so much..!!

Soalan 4 - Panggilan untuk si dia?
Siapakah dia?? huhu..aku pang jugak kang.. ok..ai panggil si dia adalah abang or awak awak. Buleh???

Soalan 5 - Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
Sesuatu yg saya idam2 kan pastu tetiba org istimewa tu bagi je tanpa mengetahui yg saya mmg idamkan menda tu. Eh, amenda tah aku tulis ni. Kira ok la kan.

Soalan 6 - Blog mana yang anda selalu lawat?
Bykkk....mcm cikgu Irtiyah gak. Ada blog yg sy jd SR je n ada yg mmg saya follow.

Soalan 7 - Tag 15 orang blogger
Puh..puh..ini byk giler ni.
So, saya tag 15 follower baru saya (ini yg dkt profile dia sertakan link blog, so that sy buleh link. Ada gak follower yg tak include link blog. So, sy tak dpt masukkan. Apa pun..saya hargai suma yg jadi follower blog saya ni. Mekasih..mekasih..)
7 - Cikserai
10 - Masjuju
13 - Mrsecam
15 - Manzryn


Dan ini lah award nya..... sila amik dan tepek di blog anda juga yaa...

13 July 2010

~tag - Award~


Terima tag ini dari ryn.
Trus lelaju kena buat sbb kalo aku tak buat harus aku terlupa, langsung kang aku tak buat, langsung org taknak bagi aku award. Huhu.
Si ryn a.k.a xyn1428 ni kasik award persahabatan ke aku.
Mekasih yer..mak terharu noks.. wah..terharu halanya. Apa hey?? org kasik award trus terharu. Huhu.
Biasa la, kalo ada award ke tag sure kena ada syarat2 dia kan.
Syaratnya adalah (weh..ryn aku tak leh nak kopipes kat blog ko sbb ko da disable right click. So, kono la aku kejap2 klik, kejap2 klik)

Pertama - sila bagi award ni kepada 5 blogger lain yg mempunyai nilai2 persahabatan.
In this case (eceh..tetiba omputih) aku tak rasa org takde nilai2 persahabatan. Suma org dalam dunia ni ada nilai persahabatannya. So.. aku bagi award ni pada semua yg sedang membaca blog ni. Tak kira la u're kak naps versi lelaki dan wanita juga. Tak kira la bc blog ni utk nak tau kesah2 aku ke kan. Tak kesah..amik je la award ni... Love u all.

Tapi kalo aku tak list kan 5 blogger aku takleh jawab soklan ke dua. So, kena lah yer. Ok lah. Aku nak kasik kepada 5 follower yg latest dlm blog aku ni iaitu :

1) Mrsecam - tenkiu follow blog ai yg merapu2 ni eh. Mebi u da dpt award ni dari blog org lain. Tp takpe..ai kasik ni..ikhlas.. Nati ai pegi blog 'apa cer' u tu okey..ai loikee..

2) Jivebumz - tenkiu folo blog Kekda ni Ila. Dia ni pengantin baru yg sgt2 baru. Baru reni masuk keja. Eh..cam tetau je. Tentu lah sbb suami nyer seopis dgn den ha.. Dulu aku jd SR dia je. Bebaru ni aku kasik komen trus dia nak tau sapa puanstoberi terus la kami jadi follower antara blog kami. Eceh. Ila pun rasanya dapat da award ni dari blog2 lain sbb Ila kan glamer. Hik hik. Tp takpe..sama cam mrsecam jugak.. Amik la..Kekda kasik ikhlas ni.
Psstt..nak tau perkembangan Encik Bob kat opis leh tnya Kekda okeh.. (huwaa..mampuih aku kena hempok dgn dak Ijat nih)

3) Eh..ada ke Ryn jadi follower aku yg latest.. ok..tak terpakai..nextttt..

3) Mia Liana - Smile..smile..smile.. bes jugak ni, citer dgn anak dia cute mute tu. Amik yer Mia.. ni pun rasa da dapat jugak ni sbb follower dia pun tahap ribu2. Huhu. Tp sama cam MrsEcam n Ila, sila amik..Pnstoberi kasik ikhlas ni.

4) Asma - Kami ada persamaan. So, masa blogwalking trus tertarik dan kasik komen dan seterusnya terus la kami bertukar2 follow. Dia pun keep on trying mcm me jugak. So, Asma.. semoga semuanya akan berjalan lancar. Reen doakan yg terbaik utk Asma. Amik award ni eh. Ikhlas dari Reen.

5) Mizz Sue - yg ni aku tak berapa pasti betulkah yg aku link kan tu blog dia. Rasa betul. Betul tak Sue? Kalo tak betul pun takpe lah. Sbb blog adik sue ni pun sweet juga. Sila amik award dari Kekda ni yer Sue. Nati kalo nak jalan2 kita leh roger2 sbb kita ni pegi tpt yg sama dan masa pun lebih kurang sama (Floria dan Muzium Negara).

Dan seterusnya aku jawab soklan ke 2 utk tag ni iaitu "apakah nilai persahabatan yg ada pada kelima2 rakan2 diatas?"
-Aku rangkumkan skali jawapan utk kelima2 tu iaitu - kelima2 ni tak kenal aku pun secara direct tp derang ikhlas utk follow aku tanpa ada msg yg tulis "saya da folo awak..sila folo saya balik" Makanya mereka ikhlas follow aku. dan itu lah nilai persahabatan utk kelima2 rakan2 di atas. Keikhlasan...
Utk kelima2 mereka.. terima kasih.. i love u'ol.. muahhhh...... Mana yg blum follow, i'll follow u. Ai ni bkn taknak follow, ai baca tau blog u'ol tu. Ai act SR je.. Leh dapat 'unique visitor' kan. Hehe.

Soklan ke 3 - Sila gitau apa yg aku penah buat (perkara paling hebat) sbg sahabat utk sahabat aku.
Ummmm.... kena pikir nih. Tp yg paling mudah aku nak ingat adalah - aku trus berenti sekolah form 6 bila bes fren aku dpt UiTM (ITM ketika itu). Eh. Itu utk sahabat ke? Lantakkkk... My dear friend, i know u read this. Utk dia, aku sayang sgt kat dia walo pun skang kami da makin 'jauh'. Dia la my 1st bes pren (eh..naper tetiba aku cam sebak). Lps aku da benti sekolah tu aku kena 'basuh' dgn ayah (arwah) aku. Yelah..semlm nyer kawan aku benti sekolah sbb dpt ITM, esuknya aku nangis2 call ayah suh amik (masa tu duk hostel). Aku trus benti sekolah tnpa meninggalkan apa2 amanat kepada sekolah tu pun. Sng kata - aku lari. Keheheheh.
Kata ayah aku..kalo nak kawan..kawan la dgn suma org..jgn rapat sgt-sgt supaya tak jadi camni lagi. Dan lps tu aku masuk unibesiti (UiTM jugak..tp 2nd batch la kan. Maklum..org bijak mmg kena masuk 2nd batch. Huhu), aku kawan ngan suma org tp ada jugak dapat bes pren. Ha..ini aku tatau la dia baca ke tak blog aku. FB dia pun laki dia yg create kan. Ini pun super special bes pren nih. Sayang gilak jugak ni. Dia ni pun da 'jauh' dgn aku. Tsskk..sebak lagi.. Dah la..asik sebak je.. nyampah haih aku ni..sememeh apsal??

Dan yg lelain pun sahabat aku jugak. Aku sayang jugak.. love u all..muahhh...

Dah abis. Owhh..dia kata jugak..pada yg dapat award sila la gigih buat entry cam aku ni ha. Tetiba terpanjang. Siap ter emo bagai. Lempang jugak ni kang..

1 June 2010

~Haiyak...gua kena tag~


Sebijik, bijik aku tiru ayat che sue.
Moekekekke..

1. Thanks dan link the person that gave you the cow (jangan lupa copy picture sekali)
- Thanks la che sue. Sudi juga kome' kasi mike lembu nih. Buleh la mike' buat korban tahun ni nampaknya. Bela dulu bagi gemuks. Oh..kena link pd kamu yg memberi yer. Ha..ini la link nya.
http://lilreddevil79.blogspot.com/

2. Bagi balik wasiat ini kat 7 bloggers yang paling active atau 7 paling tak active.
-Uit...mao bagi sapa ini lombu??
Aku nak bagi 2 org je buleh?? aci?? ini sohabat yg ku kenal di alam maya je. Sorang dari porem mesra dot net dulu dan sorang mmg knl dlm alam blogger je. Mereka adalah :
a) Puan AiShahRull; dan
b) Puan EjaMaria.

3. Bagi tau diaorg ini yang diaorg dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat.
Wah..kaya tu nak la..tp sepening lalat tu namo la kan.
Ha..kedua mereka yg baca tu sila tempek gmbo lombu ini di blog kome yer.

4. Cerita 3 perkara apa yang anda selalu buat sambil tengok tv
a) Baca sokkaba
b) Baca majalah
c) Baca novel
Hobi saya adalah membaca.

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan.
Pelik?? Aku tak penah masuk fear factor so, tkde makanan pelik seperti zakar kambing jantan yg pernah aku makan.
Tp aku penah rasa yg nasi kerabu itu makanan pelik. Hoho.

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
Tak ramai..ada 15,234 org. Haha. Ingat aku PM ke nak ada kawan seramai itu. Nak tgk kawan2 aku sila tgk di fesbuk ku shj.

7. Feveret soalan ni....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe.
Simple je jawapan dia - di pejabat. Dah abis.

So, Che Sue, pinggan ko dah balas kan?? nati aku antar ketupat plak yer..buat makan ngan rendang lombu ko tuh. Moekekekek.

Pening aku pikir, apa motip kena tempek gmbr lembu tp takde soklan berkaitan lembu. Anyone...explain pleaseee....

29 April 2010

~Tag : Senyum~



Semangat nih.. trus wat tag dari kawan sorang ni iaitu Alang Zawi yakni geng masa aku saiz kecik [ha..ni dia yg tulis kat blog dia. Nak gelak masa aku baca ni. Napaknya saiz aku da membesar la tu. Dulu mmg aku halus giler gamaknya].

Eh. Tag dari Maria lum buat. Alooo [sambil tepuk dahi]. Jap eh Maria. Aku ingat tu. Nati aku buat. Buat tag senyum ni kejap.

Panas lagi tag ni sbb baru je dia tag aku trus buat. Ai kan rajinnn.. hihowww...

Sng bai je tag dia kali ni iaitu tunjukkan gmbr senyum. Tp jenuh juga nak carik sbb aku ni senyum jenih napak gg. Masa kawen retu pun jenuh PG suh senyum sbb dia kata bila aku senyum tatap napak mcm tak senyum. So, masa aku kawen byk la gmbr aku menyeringai..atau pun org Kedah kata "renyih". Huhu. Napak mcm hepi sokmo.
So, dpt gmbr ni. Aku da p/scape kan. Lama da aku buat ni. Ada pun kegunaan dia. Ni masa lum kawen lagi ni. Gi Pameran Lanskap kat Tasik Perdana tu.

Lepas itu, sila jawab Kenapa saya suka senyum?

- Muka sy napak garang kalo tak senyum
- Dpt menyembunyikan wajah yang ada masalah. Tp senyum ada masalah ni pun org leh kenal.
- Napak mesraaaa.....
- Senyum itu kan sedekah. So, senyum je.. apa ada hal. Ngeh..

Dah tu je. Tp kena tag org semula ya. Empat org yg sy rasa mereka ini suka tersenyum iaitu :
1) Puan Itayanin - lama da tak meng tag beliau
2) Cik Ejaa yg sdg berusaha mendapatkan lesen P - sila senyum ketika mendapat tag ini
3) Cik Aja-Mieja kita - akak tau Aja mesti tak susah nak carik gmbr senyum nih
4) Puan Maria - ni pun jarang napak gmbr dia dlm blog. Gmbr anak dia slalu. So, kasik dia suh senyummmm.. huhu

Ada contest ni. Kat sini-SENYUM. Sapa nak masuk..leh la. Me namo la..blum mao lagi join2 contest. Ai ni pemalu org nyer. Huwaaaa....

PnStoberi : Senyum seindah suria

22 April 2010

~Engagement Anniv. Award~

Memula nak ucapkan terima kasih pada E-Na yg kasik award nih.
Rasa mcm Kak E-Na kut.. tkpe lah kan..yg penting dapat kawan baru di alam maya nih.
Dia bagi award ni sempena Engagement Anniv. dia. Dan secara kebetulan engagement anniv PnStoberi pun bulan empat juga yakni 28 April 2008. Ha..gitu.

Eh. Mesti link blog E-Na ni.
Blog beliau adalah E-Na Zarina-Lovely Kitchen.
Bes sbb ada masak2.
PnStoberi kenal ngan E-Na sbb dia masuk blog ni n kata mcm masuk blog dia lak. Huhu.
Rupanya kami pakai lay-out yg sama. Tkpe. Bes! Bes! Suka stoberi.

Tp dia takde kat Mesia. Nun jauh kat Jepun. [bes nya...bila la dpt merasa duk negara org nih].
So, kasik tepek la award tu. Cantik ni gmbr ni. Dia amik sendiri nih.

Once again, tenkiu very much. Akan ditempek di side bar sebentar lagi.

PnStoberi : Jauh perjalanan, luas pengalaman

6 April 2010

~tAG - aWaRd~


Wahh..dpt award lagi lah. Kali ni dari kawan blogger 2010 saya iaitu PnMaria.
Blog dia nama EjaMaria ekceli. Tau tak dlm thn 2010 ni sy dpt 3 rakan blogger baru yg nama lebey kuang iaitu Ejamaria, then cik Ejaa kita pehtu Mieja. Dess..kadang bila tgk kat new entry kat dashboard tu terkompius pun ada. Tkpe..tkpe..lupakan pasal itu.

Then bila terima anugerah kena la ada syarat yakni kena ucapkan terima kasih pada pemberi. Dan cam biasa aku sker nak alter syarat. Selain terima kasih kena la citer serba sedikit mengenai pemberi tersebut. Secara ringkas dlm satu ayat shj. Ngeh..

Ok..terima kasih pada Pn Maria sbb sudi lah memberi award ni kepada saya. Interesting katanya. Hikss..
Ok. Maria ini sudah berkeluarga, punyai 3 org anak yg comei2, 2 gal's n 1 boy dan seorang tu befdaynya sama dgn saya pula.

Lagi syarat menerima award ni kena citer pasal 7 perkara ttg diri si penerima. .

Ok, thn lepas ada tulis dah cenggini tp maleh la nak semak2 balik then nak link2 balik kan. So, tulis semula lah. 7 je ke?? 17 pun buleh nih [velagak la pulekkk..ngehh]
1. Mudah ketawa
2. Suka berkawan
3. Tak suka la org kepoh2 nih.
4. Suka hang out
5. Suka gi laut [owh..Perhentian..bila nak menjadi realisasi ni]
6. Suka stoberi
7. Tak kesah pun dgn ranc tibi tp mmg leka dgn internet.

See..SSS saja.. [wess..geng SRC, igt tak Mr GOh yg ajar kita Add Maths tu. SSS katanya. Hehe].

Then serahkan award kepada 7 penerima seterusnya dan ceritakan serba ringkas ttg penerima dlm satu ayat jugak. Haha. Aku kan slalu ci ngelat bab nak pass pada org ni. Tp kali ni serahkan je la. Kepada mereka ini, terima lah award ini. Blog anda mmg interesting lah! [aci tak kalo aku tak link, u know who u're kan? Cheersss :)) ]

1. Che Sue : beliau sdg di posting ke Algeria sanun [aku tau ko mesti maleh. Amik je lah.. tepek je kat blog]
2. Shahbaik : beliau adalah seorang yg bekerja di KL tp menetap di Seremban dan sedang mengandung bb pertama. Tahniah buat beliau [eh. sudah 2 ayat]
3. PuanPurple : beliau ini juga sedang mengandung anak pertama.
4. PuanAyangKoji : beliau adalah ibu kepada 2 anak lelaki yg kiut miut.
5. Puan..eh..blum Pn. Hehe. Cik Esca a.k.a Riena : beliau akan mengahwini..eh..berkahwin pada bulan Jun nati [jgn lupa jemput tauu...hikss].
6. Puan Irtiyah : beliau adalah seorang pendidik [blog anda mmg interesting..byk ilmu yg sy perolehi]
7. Last but not least : Puan Zatul : beliau adalah my BFF [sila tempek kat blog-yg-masih-rahsia anda].
8. Aku tk kira..nak kasik jugak lagi sorang iaitu PnItaYanin. Dh lama aku tak 'sembang2' ngan dia ni : Beliau keja di tpt mengeluarkan wang.
9. Ala..nak juga bg award ni khas utk pembaca-rahsia-baca-dlm-diam aku tu. Sian beliau tk dpt award. Amik lah. Tepek la kat memana. Susah2 sgt tepek kat dahi je. Lalalalalala :P

Ok. Dah abis. Aku ni kalo org bagi assigment mmg laju2 je buat. Kut tak kang aku lupa sbb aku mmg tk sker wat draft entry. Sekali harung naik pastu otopublish kan jer.

PnStoberi : Blog2 lain pun interesting jugak..so, sy bg juga award ni.

25 March 2010

~taG : Award 2010~


Waahhh...dpt award lah utk tahun nih.. Tahniah! Tahniah! Ngeee...
Ok..di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemberi award ni iaitu Cik Ejaa yang kiut miut ni, yang sdg berhempas pulas mendapatkan lesen P nye, yg berhempas pulas menghabiskan praktikalnya [err..betul kaa chek???] dan belajar di USM, yg sudah ada kekasih hati, yg juga senegeri dgn kak reen nyer nih. Ngeh. Ngeh. Ngeh.
[Ate' betoi ke apa tulis ni ejaa..akak nulih dari pembacaan akak je ni..betoi la gamaknya tu kan.. hehehe].

So, kalo dpt award mesti ada term n condition dia kan..ingat pree gitu leh dpt..ni buat nih syarat2 dia nih..

Syarat dia :

a) Thank & link the person that gave you the award.
Owh..tadi udah ckp terima kasih. Tp tkpe nak cakap lagi sekali. Thanks eh ejaa. Pehtu kena link kan yer. Ok..namo wat link camni- EJAA. tp nak link kan camni : http://cik-ejaa.blogspot.com. Ngehh..ok dak Ejaa??

b) Pass this award onto 20 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.
Alamak!! banyaknya 20..aku nyer rerakan blogger pun tak seramai mana. Cena nih?? Tak pass tak buleh ke Ejaa?? Ok lah..oklah..ai terai ok.
-Dgn ini saya memberi award ini pada kesemua kengkawan saya yg sedang membaca blog ini tak kira dimana anda berada.


c) Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
-Errk..mcm tak relevan plak bila bagi jawapan sebagaimana di atas. So..kita tambah satu lagi term n condition leh ejaa??


d) Please paste this award in your sidebar and also put the name of the person that gave you d award.

Hik hik..aci tak??

PnStoberi : award pertama dua kosong satu kosong.

28 January 2010

~TaG : 30 soalan~

Bosan. Taktau nak citer apa dah kat blog.
[ada je ekceli nak citer..tp blum ada mood, lgpun rmai lak kengkawan blog yg lain cam sunyi je]
Jadi saja la google perkataan ini "TAG" dan google di blog [maklum lah, tk ramai kawan blogger, tkde la org nak tag ke apa ke kan. Tp skang ni pun bukan musim tag ek]
Makanya kuar la beberapa tag. Ada satu ni cam bes.

Jum buat nak.

1) Orang yang baik adalah
-Adalah org yang sempurna dari segi perangai, akhlak dan budi bahasa [yeah..i know takde org yg sempurna dlm dunia ni..tp takpe lah]

2) Sahabat selalunya
Yang sentiasa bersama dalam susah dan senang

3) Mencintai adalah
Bila kita ikhlas menyayangi seseorang

4)Putus cinta bila
kita rasa kita frust nonggeng [aku penah rasa weh]

5) Duit buat saya tiba-tiba jadi
nak beli semua menda yg saya idam-idamkan selama ini.

6) Saya rindu
Arwah ayahnda saya. Tskkk... Mak pun rindu jugak, Sabtu nati nak balik kg

7) Cara saya menunjukkan kasih sayang
Lain individu lain cara utk saya menunjukkan kasih sayang

8) Bila saya dikhianati
Saya mmg rasa 'sakittt' sangat.

9) Saya pilih bunga apabila
Saya ke Cameron Highland.

10) 3 org yg ingin saya katakan i love u setiap hari adalah
Of koz lah my husband, my mother [2 jer]

11) Waktu saya 13 tahun, saat paling tak dapat dilupakan
Menangis setiap petang lepas sekolah sbb kena duk hostel. Then mak ngan ayah laju2 datang sbb derang pun rindu saya.

12) Waktu saya 21 tahun, saat paling tak dapat dilupakan.
Err..tahun bila yer saya 21 tahun. Owh..tahun 2000, yg tk dpt dilupakan adalah waktu2 bersama shbt terbaekkk saya-Juwita

13) Saya menangis bila
Saya benar2 sedih [saya seorg yg sukar menangis]

14) cantik pada kacamata saya
Rujuk jawapan no. 1

15)Tak ada yang paling menggembirakan saya kecuali
Berada di samping insan2 tersayang

16) Jika saya boleh ubah sesuatu, ia adalah
Pekerjaan saya!

17)Jika saya sentiasa tersenyum, itu tandanya
Saya dapat apa yang saya hajati

18) 3 org penting dalam hidup saya
Rujuk jawapan no. 6 dan no. 10

19) Jika saya ada RM1 juta, saya berikan kepada (selain dari yang 3 di atas)
sedekah pada insan2 yang memerlukan, dan selebihnya pada mall2 di sekitar KL nih. Hua...

20)Jika saya ingin berjaya
Saya mesti berusaha!

21)Warna yang memberikan inspirasi
Kuning! [tetiba..padahal aku sker purple]

22) Duit bukan segala-galanya tetapi
Segala-galanya perlukan duit

23)Saat paling menyedihkan pernah saya lalui adalah
Ketika menerima berita kehilangan ayahanda. [Al-Fatihah..]

24) Saya gembira kerana
Rujuk no. 17

25) Dan saya bersedih kerana
Saya tak dapat apa yg saya hajati [vice versa to jawapan no. 17]

26) Jika saya tk dapat cinta si dia, maka saya
Redha jer..nak wat cemna

27) Perkara yang paling indah telah saya lakukan semalam adalah
Semalam?? Ada ke?? Owh! ada. ada. saya buat bubur jagung dan my dear tunjukkan tanda "good" pada suapan pertama lagik.

28) Jika saya boleh menulis sebuah buku, tajuknya adalah
"Kenapa kita gemuk lepas kahwin"

29) Sebelum saya pergi buat selama-lamanya, saya ingin
katakan pada suami "duit pencen tu jgn buat duit kawen lain plak" mueheheheheh :p

30)Selepas melakukan 30 soalan ini saya rasa
Gigih giler aku buat mendalah ni. Tak memasal je kan. So, aku nak kawan2 lain gigih jugak buat soalan2 ni. Kawan2 tersebut adalah :
A) Cik Cha [buat tau..lama da ko tak apdet blog]
B) Zatul [boleh buat di facebook]
C) Kak Lyn -Salina Sally Ted [juga boleh buat di facebook]
D) PuanPurple [kalo rajin lerr..kita tgk lama da awak tk apdet blog]
E) Che Sue [ buat wes...ko buat la sehari satu, sebulan dpt suma jawapan. ho ho]

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign