Pages

Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

19 April 2016

Ada Apa Dengan Cinta 2

Ku lari ke hutan 
Kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai 
Kemudian teriakku

Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Aku mahu bingar…aku mahu di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya 
Biar ramai..biar mengaduh sampai gaduh
Aihh..ada malaikat menyulam jaring labah-labah 
belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya 
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai?

****
Huwa... cam terimbau memori terus kalau dengar puisi atas tu kan.
Kenangan tahun 2002 - final sem degree.
Semua pun acah acah nak jadi Cinta masa tu. Haha.
Sampai aku pun terbeli la blouse yang Cinta pakai masa dia keluar ngan Rangga tu.
Aku tgk cam comel je blouse tu. 
(dan buat pesen rambut cam Cinta tu gak).
Haha. Alah, masa tu baru 23 tahun kot. 
Dah ada "relationship goal" kononnya.. (tapi lps tu tak masuk goal plak). Cia! Cia! Cia!

Eh. Siap beli lah CD Ada Apa Dengan Cinta.
Rasa pernah try pasang. Elok lagi.
Aku beli pasar malam je kot CD tu. Tapi tahan bertahun. Hua hua hua.

Now AADC 2.
Nak tgk, tapi macam tak la kot.
Semua wayang yg aku nak tgk, aku let it go je.
Dari Hunger Games, Munafik, Kung Fu Panda.
Rasa cam tak selesa je nak berlama lama dalam wayang tu.
Yang ni pun, lagi lah takde kot nya.
Tunggu je lah sesapa donlod kan. Pastu amik je lah nanti.
Tapi tatau lah kot myDH simpati lalu nak bawa. Mana lah tahu... hihi.

Sinopsis  AADC 2
Cerita film AADC 2 ini merupakan lanjutan dari AADC yang pertama, dimana pada akhir cerita di AADC yang pertama, Rangga berangkat ke luar negeri untuk melanjutkan studinya di New York.

Kala itu, hubungan Rangga dan Cinta sedang kurang begitu baik, mungkin bisa dibilang lagi marahan, Cinta yang memang sadar bahwa kekasih sejatinya adalah Rangga, kemudian mengejar Rangga yang sudah berada di Bandara untuk berangkat ke New York.

Sebelum berangkat, Cinta dan Rangga saling mengungkapkan isi hatinya satu sama lain. Cinta yang tak ingin Rangga pergi akhirnya di berikan sebuah buku yang dihalaman terakhirnya terdapat sebuah puisi yang berjudul “Ada Apa Dengan Cinta ?”.

Untuk Ada Apa Dengan Cinta 2 ini, berkisah tentang Rangga yang terpisah selama 14 tahun dengan Cinta, Kini Rangga dan Cinta mendapatkan kesempatan untuk kembali bertemu.

Akankah ini menjadi kesempatan kedua untuk mereka kembali bersama? Apalagi hidup mereka tidak lagi sesederhana dulu.

Ada apa lagi dengan Cinta, dan Rangga? Bagaimana kelanjutan kisah mereka?

Sinopsis AADC 2 Ada Apa Dengan Cinta 2 ini memang hanya seperti kutipan diatas, belum bisa didapatkan lebih banyak, mungkin biar para pecinta film ini penasaran dengan kelanjutannya :).

Kredit : [link]

3 December 2014

Tipah Tertipu Tau!

Apa perasaan anda, setelah sekian lama, baru lah anda tahu yang kekasih [bekas] anda pernah menduakan anda, tanpa pengetahun anda. Tetiba rasa tipah tertipu pula. Itu pun tahu lepas stalk FB bini nya. Giler saiko pulak rasanya jadi stalker. Eh. Sekali sekala lewww....
Hahaha.

Tu hari la. Lama dah la.. saja la ai scroll2 FB
Pastu ter stalk wife salah sorang ex ai neh. 
Ha.. kau.. salah sorang ex katanya. Haha. Kan ai dah selalu cakap, ai dengan ex ni semua berpisah secara baik ja. Dan kami terus berkawan. Takde masalah. Semua pun jadi "friend" kat FB. 

Haha. Choiii... 
Untuk kes yang ai rasa tipah tertipu ni kan, ai tak buleh la gitau ex yang mana satu kan. Sebabnya, semua ex ai adalah pembaca blog ni. Ai tahu, mereka adalah pengikut tegar walau tak jadi follower secara rasmi. Kalau tak baca rasa tak sah eh? Itu diakui oleh salah sorang ex ai juga. Haha. 
Okay, lambai2 sket pada ex ex ai.







Yang ai rasa tipah tertipu sbb ai baca si wife ex ai tulis "telah berkahwin selama X tahun, dan bercinta XX tahun"
(tak buleh tulis angka tu, sbb nati secara tak langsung ter tahu pula ex yang mana. Haha)
Lepas tu aku cam oo..lama giler depa kawan eh. Pastu aku kira; kalau XX tahun makna depa berkawan dari tahun XX. Eh.. jap.. tahun XX tu aku rasa kiterang masih lagi couple, masih belum clash lagi.
Whattt....!!!
Heyy....!! Choi sangat perangai kan. *baling meja*



Hahaha. Takde lah.
Sumpah, ai takde rasa apa pun masa discover tu. Memasing dah ada life sendiri pun kan.
Cumanya ai macam tak sangka pula dia pasang kekasih gelap ketika kami masih berkasih sayang. Amboi amboi you. Patut lah masa kita clash tu u macam tak kesah pun. Patut la.. patut la..  eiii.. sampai hati you tau.. kalau lah si dia tahu masa tu u ada ai, mesti dia takkan kira tahun tu sebagai telah 'bercinta'. Haha. Ai takpe.. ai takde tipu tipu ni ... ai jujur dalam perhubungan. Ai taknak, ai cakap je taknak. Kahkahkah. Ai mmg selamba ja.

Tapi takpe lah.
Cinta monyet pun masa tu kan. Lepas SPM. Pastu bercinta bagai nak giler masa kat Diploma. Pastu ai yang salah kan. Tetiba ai jadi cam lagu "kekasihku di menara" bila sambung degree. Entah angin apa entah ai yang nak clash. Kan? (tapi rupanya you pun dah ada orang lain.. kira keputusan ai tetiba nak clash tu adalah yang terbaik lah kan. Kira ai tak bersalah sangat lah. Lalalala.... ).
Eh. Dengan rentetan ini, makanya, salah sorang ex ai boleh agak lah yang diri nya lah yang diperkatakan. 
Dah..dah.. u takyah telan ailiyo sangat.
Ai pun dah tak kesah. Tak perlu buat confession ke apa ye.
Ai saja je ni. Takde entry apa nak buat.
Hahahahahaha.

19 June 2012

Edisi Menyusur Kenangan

10 thn lalu, hanya 4, skang dah jadi 9.. 
10 thn dah yer.. how's time flies...

Ok lah. Tak bleh nak citer panjang2 lagi. Ada seminar 2 hari kat Putrajaya. Pengurusan Rekod Awam. Huaaaa... *menguap la kengkononnya*

Nenati yer :)

8 March 2012

Perihal Bihun PaMa


Sapa suka???

Dulu...waktu kat Londu, sering oh makan bihun ni.
Tp lps abis blaja, jarang sgt. Tk penah dah pun kut.


Last week ke Care4, ternampak bihun ni.


"Abg penah makan tak ni?" Kata si isteri smbil tunjuk bungkusan bihun PAMA.

"Tak penah. Sedap ke?"
"Sedap la.."
"Isk. Tak suka lah"

Tah pehapa tah. Tapi tak penah makan, tapi dah kata tak sedap.

Tak sedap lagi bagus, aku sorang ngap nati. Hahah.


Smlm masa buat, bau perencah2 tu mengingatkan memori aku dgn rakan baik aku nan sorang tu, Juwita. Ekceli ada je gmbr kami makan bihun tu sesama dlm bilik. Tp tak perlu la ditempekkan. Zaman2 jahiliah memasing kan. 

Rindunya momen itu (T____T)

Hulur sket pada my dear. Takde di hendaknya. Oke, takpe, ai belasah sorang2.
Potong cili padi sket. Dan prrrrrrrrr.......sedap banget.


Makan dgn penuh kasih sayang sebuah persahabatan, sambil ditemani hujan,kilat sabung menyabung. Dan selepas itu, dgn rasminya, Kuala Lumpur is banjir. Hahahhahha.



26 December 2011

Wrap Up 2011 : Blogger

Owh. Agak terlewat pula tahun ni memulakan entry Wrap Up. Nak ujung2 ni, biasa la kan. Tahun lps pun ada aku buat entry wrap up. Tapi bila tgk2 semula, tahun ni cam tak byk menda nak di wrap up kan.


So, kita start wrap up dengan citer2 pahit manis as a blogger.


Kredit : Here
Gambar sekadar hiasan. Takde kena mengena. Dan jauh dari panggang dari api la kata aku dah jadi famous blogger utk tahun ni. Motip?? Hahaha. Tp mana tau satu hari nati perkataan 'pnstoberi' menjadi top ten dalam pencarian google. Kah.. perasan sgt tu. Hahahhahahaha..... mengong.. takde ke hingin la plak menda2 camtu, padahal blog tahap blog sampah sarap ja kot. Muahahahhaha.

Tahun ni mmg takde apa2 pun kenangan bersama Nuffnang. Selain dari byk contest dia aku tak join, tiket2 pree pun haram tak napak. Tahun lps mmg bes. Byk menda dpt dari Nuffnang. Tahun ni nan hado. Huhu. Eh... cop... yg Konsert Hore Hore bersama Aznil tu tahun ni kot kan. Jap nak carik. Ya...mmg btul. Bulan 3. Itu je la yg dpt dari Nuffnang tahun ni. Link : Konsert Hore Hore Aznil

Lagi pasal apa berkaitan blogger.

Oh. Tahun ni aku ada buat satu blog khas. Sapa yg tahu tu tahu lah kan. Dan dari situ lagi ramai kawan2 baru aku kenal. Yang sama berusaha, yg sama tak pernah kenal putus asa. Saling memberi semangat antara satu sama lain. Sempat la aku buat mini gathering dgn derang dlm bln Okt tu ari.
Kisah nya di link ini : Wetland

Kerana satu persamaan, maka ikatan persahabatan makin erat. Sungguh, aku bersyukur kerna dipertemukan dengan mereka ini.

Rasanya utk tahun ni, itu je lah pahit manis as blogger. Alhamdulillah... kebanyakannya manis la kan. Yg pahit2 tu letak tepi dulu lah. Malas nak ulas. Huhu.

So, moga tahun hadapan, masih ada la kekuatan nak terus menulis. Dan azamnya moga entry tak la terlalu banyak yang sampah. Huhu.

20 October 2011

Fotobook Saya : Ecazstudio

MOoooooddd ada hepi menjelang tghari dan petang.
Hihik.
Smlm dpt emel dari Ecazstudio.
Ala hok aku beli deal dari Groupon tu dulu.
Katanya fotobook aku da siap.
Yey!.
Akhirnya.
Walo aku tgk ramai je bising2 marah kat page derang kat FB tu, aku ilek je.
Sbb aku pun antar da lewat kan. Org lain seme antar sblm raya.
Aku anta 22hb September (sbln sblm due dia)
So, last week je aku tanya status fotobook aku tu kat FB derang.
Derang reply tgh binding.
Sokay la. Tggu je. Tak perlu rush rush. Walo kalo bleh mmg la nak cpt.

Dan minggu ni dia emel bleh collect.
Dah bleh collect mmg hati tak keruan la.
Igt nak gi sendiri, tp my dear kata dia nak kuar area Damansara.
Apa lagi, pucuk dicita la.
Kut tak aku da siap nak install GPS Papago dah. Huhu.

So, beliau je amik.
Maka ini lah hasilnya.

Himpunan gambar Cuti Cuti Cinta kami dari Jan - Julai 2011. Memang setiap bulan tu ada xtvt jalan-jalan. Maka bleh la buh gambar beserta date setiap bulan.
Dimulai dengan percutian di Kundasang hinggalah ke Cameron Highland.


Hihik.

Sbb awal2 tu aku pakai camera biasa je, maka tak berapa nak clear.
Tp ujung2 tu da pakai kamera oke sket (tp bkn tahap DSLR la), napak oke la gambar walo gelap jugak. Itu tukang  amik gambo tak reti nak bajet penataan cahaya tu. Hahah.
Tp kalo ada DSLR lagi lumayan.

Bes oi. Berbaloi2 buat ni dgn rega RM58.

Now ada lagi satu.
KIV lps balik HK baru design. Ni dari syarikat lain lak.
Itu mmg dia sediakan software dia sendiri.
Yg aku dah dpt ni derang suh guna Photoscape je.

Buleh la beli lagi ni.
Eh. Bkn pagi tadi macam da tobat nasuha taknak beli apa2 deal lagi kah???
Agagagaa.... tweheeheee....

13 June 2011

~Pasal Cemana Leh Ada Kat Sini~

Err... menggeletar jap tangan.
Hihi.

Oke. Rilek. Rilek.

Leh lak aku terserempak ngan x-bf  aku kat kafe opis ni.
Haha.
Ex masa aku kat UiTM dulu.
Dia skang keja MARA.

Katanya dia ada keja kat DDEC (which mmg dkt ngan opis aku). Tu trus bos dia ajak makan kat sini.

Haha.

Alah, tade apa2 pun. Rasa cam terjumpa kawan lama jer.
Dia pun da beranak pinak dah. Aku pun da ada life sendiri.
Kenangan lama tu biar la tersemat di sanubari memasing.

Mujo dia dtg ngan bos, kut tak mesti dia kata 'eh, gemuk nya awak'.

Hahahaha.

p/s: daku mmg baik je ngan seme ex-ex daku. Utk my dear yg ter baca entry ini. Dun wori, takkan berubah hati ini dan ianya hanya utk mu. Wahahaha.... jiwanggg... karatzzz... muntahh... ijoo.. hahahah

4 January 2011

~Pasal X Saya~

Huhu. Baru tgk FB tadi. Ek eh. Tak abis lagi citer FB? Ap ko da takde citer lain kah che puanstoberi?. Hihi.
Oke. Oke. Bkan citer FB. Ni citer lain. Tp sbb dapat ilham dari FB kan.

Last week tgk status salah sorang ex aku (ha...byk nya ex ko yer che puanstoberi dlm FB tu. Ngeh ngeh ngeh :D ). Dia tulis dia da selamat menimang cahaya mata-putera ke3.
Lps tu dlm 2 ari lps dia update lagi kata tatau nak buh nama apa. Dan dlm komen tu ada la dia letak nama anak dia beserta bin skali. Nama dia la kan.

Aku mcm 'oh..da 3 anak dia. Tatau pun. Igt baru sorang'. Sbb mmg aku tak penah update dgn dia la status anak2 dia. Dia tak penah citer, aku pun tak penah tnya. Kira mcm tu la.

Then takde terasa apa apa ke? Entah ek. Mcm nak komen kat status dia tp tak terkomen lak. Bukan la kata jeles ke apa. Tidak la kan.

Tp nak kata takde apa tu tipu gak kan. Kadang terlintas gak kat minda ni 'umm...kalo aku jadi ngan dia sure ada anak dah'. Dan terpikir gak kadang, tentah dia pun bersyukur kut tak kawen dgn aku sbb aku pun takde anak lagi.

Dah la selama ni dia jarang update status. Skali 2,3 ari ni asik update pasal anak je. Isk.

Tak la...seriyes tak rasa apa pun. Cuma tu la. Kadang ada 'terusik' gak la sket. 

Dlm FB tu ada 2 org la ex aku. Yg aku mmg anggap kawan pun sbb tu aku friend ngan derang. Aku oke je ngan ex aku. Takde nak sumpah menyumpah ke menyampah ke. Yang sorang tu mmg suma org (kawan) tau la seopis pun ha. Laki aku pun tau (eh, laki aku pun ex nya di opis ni gak. Miahahahaha.... giler kan. Mcm takde org lain dah. Pusing2 situ gak. teheheheh)

Owh. Ex aku yg update status pasal anak ni, ex masa buat degree. Pandai giler oih ini org. Geram aku sbb tak terlawan (kann...bagus per kalo bercinta masa belajar, saling bersaing utk dapatkan result terbaik. Sbb  sesapa yg dpt result tak elok sure malu. Huhu). 1st class degree tu. Satu2 nya kawan kiterang yg dpt 1st class degree. Tp tu lah. Jodoh takde. Dlm blog lama aku dulu ada la tulis kenapa aku tolak proposal dia. Ummmm. Mmg tersurat bkn utk aku bila mana aku tolak tu, masa tu aku da mula nak kawan dgn ex aku yg seopis tu. Ummmm. Dah la. Malas nak ingat lah. 

Tak baik!

Apa pun, kini aku pun da bahagia dgn apa yg telah ditentukan Allah ini. Alhamdulillah :)
Gambar hiasan je. Bila type ex boyfriend kat imej dia kuar ni. Source here

24 December 2010

~2010 Wrap Up~

Kita semakin ke penghujung 2010. Terasa cpt masa berlalu. So, mulai hari ini akan ada entry entry melibatkan kenangan suka duka thn 2010. Ada suka, duka, semuanya berbaur utk tahun 2010 neh.
Kira mcm summarize utk thn 2010 lah. Tgk tercapai ke tak azam retu.
Jadik...jgn boring kalo ada entry or gambar macam siaran ulangan. teheheheheh...

Setiap wrap up tersebut juga akan ada link2 entry terlibat. Jadi as tuan punya blog, saya mohon pengertian sekiranya ada yg membaca blog ini, tidak memanipulasi kan setiap entry 'wrap up' tersebut sebagai tpt tuan punya blog utk terhegeh hegeh nak menunjuk nunjuk. Jika masih rasa tak selesa dan jelak, maafkan saya. Tawon depan saya tukar konsep eh.
Just utk kemudahan empunya blog shj. Peace..!!  \m/


Bye 2010


Welcome 2011.

21 October 2010

~Pasal Outdoor Photoshot~

Kengkawan...nak mintak tolong lagi nih..
Ceh..smlm da mintak pendapat pasal sponsor.
Reni nak mintak tolong lagi. Adeh...ada je pnstoberi ni kan.
Hihihi..

Ini adalah terpesona melihat gmbr2 wedding Sheikh Muzaffar retu lah kan.
Sapa tak terpesona tgk gmbr2 camtu kan. Mmg bagai di kayangan lah. Terbang2 gitew. Kalo kamu seorang photo freak mesti kamu suka lah.

Ekceli aku penah plan nak outdoor p.shot ni masa wedding annivesary last year.
Amik gmbr outdoor bertemakan santai-ceria.
Teringin sgt. Sbb masa kawen kan formal.
Ini aku nak buat mcm kat tepi tasik. Bentang tikar petak2. Bawak bakul ada makanan. Piknik di situ. Bes kan. 

Buat gmbr mcm ni ke kan. 

Dari : sini


Atau camni ke. Mmg lomantik lah kan. Ai like. Ai like. (Smbil tunjuk 'like')

gmbr : sini
Tapi tidak sebegini. Huhu.
Gmbr : sini
So, thn ni aku ada sajes kat my dear. But then biasa lah dia. Sure akan kata "haishh..tak payah la".
Tp aku rasa nak buat gak.
Nak amik gmbr2 santai. Mcm kat tepi tasik (ttwangsa la kut..leh napak KLCC. Haha. Motip??). Atau gi kat UPM tu. UPM kan mcm ada bukit rumput2 hijau ada pokok sebatang tu kan. Dapat kat Taiping pun jugak. Taman tasek tu kan. Wahhh....cemna nih..tetiba mcm terliur. (eh..giler ke hapa..ko mengidam ke hapa pnstoberi oi).

Tp aku terpikir gak utk hold dulu sementara umah aku nak siap. Nati leh amik gmbr kat swimming pool je sambil pakai bikini. Haaaa..haaa...apa ko nak mampus nak pakai bikini je. Nak masuk majalah Mangga ke hapa?

Tp kalo within bajet, utk thn ni nak buat ok jugak.
Tidak lah aku nak cari mcm saiful nang atau otai2 photographer ni kan.
Utk ini aku nak carik PG yg biasa2 je.
Tk perlu lah mempunyai tahap tggi nyer ilmu PG nyer tu.

Ada tak korang kenal sesapa leh tgkp gmbr dgn cunh?
Yg salu tgkp outdoor p.shot santai.
Saya mahu tempah. Sbb kalo nak buat mebi dlm bln 12. Mebi masa cuti awal Muharam ke . Bulan 12 adalah bulan yg PG suma tak menang tgn kan. So,mmg tau fully booked dah mereka itu.

Ada tak sedara mara or kawan2 korang yg baru nak berjinak2 dgn xtvt PG neh. Mau lah buat. 

Owh. aku mmg sker bergambar (tp kamera sendiri lah dan kamera org2 yg aku kenal lah..hihi..tak sker ah gmbr aku yg gemuk giler ada merata kat kamera yg aku tak kenal..malu oih). Dan sker nak buat cecantik gmbr tu mcm buat photobook ke kan. Suka. (pastu tak bukak2 photobook, pastu semut bersarang. haha.. itu la terjadi kat album kawen aku retu wess...giler..seb bek yg album biasa..bukan pada photobook. Tu pun tatau la tu. Lama dah tk bukak tu..)

So, aku plan nak book PG lah utk tu. Mebi dlm bln 12. Mungkin nak skali pakej ngan buat photobook. Bajet? Aku lum search lagi lah sbb dulu 2 thn lps aku leh agak la berapa bajet utk buat menda2 ni, skang aku blum survey lagi. Kalo ada..sila suggest kan yer.

Lokasi tu kalo ada PG area KL pun buleh. Area Perak pun di consider. (PG aku masa kawen dulu?? hah..kuwasa mak nokss..)

Terima kasih. Kerjasama anda amat dihargai. Hi Hi Hi.

6 July 2010

~Pasal Porem~

Dulu kita kan giler berporem. Aku rasa suma org ada register dgn memana porem.
Aku ada la 2,3 porem yg aku join. Cam cari dot com, mesra dot net dan menyempit kat IG dot net. Dan rasa ada la kut lelain jugak. Tp lupa dah.
Yg paling aku aktip - mesra dot net. Lelain tu aku jadi SR je. Menjadi ahli semenjak 11 Jun 2003. Dan sgt aktip dalam thn 2004 onwards tp langsung tak aktif dari thn 2008-2009 camtu.
Masa thn 2003 tu kan manade lagi myspace, frenster suma.
Lps tu da naik myspace (ni aku mmg takde la), pehtu friendster (pun masa memula takde jugak, dek kerana Zawi nak kumpul kan kawan2 aku pun register la..then skang aku nak closed a/c dia, tp aku da tak ingat p.word. Lagi pulak mmg aku tak master pun natang friendster tu. Maklum la masa tu da masuk kategori bkn bdk sekolah. Kalo masa tu student ke apa mmg laju je la). Lps tu masuk twitter, FB lagi la tenggelam porem ni. Nak2 pulak porem mesra dot net tu asik 'hang' je kalo masuk trus buat aku tak semangat nak masuk.
So, smlm aku gugel samting, dia link kan pada porem mesra dot net.
So, mcm rasa nak terai masuk. Masuk je rasa mcm newbie pun ada. Ingat da kena lucut jawatan moderator dah (Haha. Ok..mod la pulak eh), sbb da berthn aku tak log in dah. Rupanya ada lagi. En. Edirossa..saya nak mohon letak jawatan la..bleh?? Hehe.

Tp ok la porem ni. Aku jumpa ramai kawan. Dan antaranya da jadi kawan rapat..rapat smpai leh share citer luar dalam. Wahhh...smpai gitu la plak. Lantakkk...!!
Antara memula yg aku kenal adalah geng lunch aku. Itu kiterang bagi nama geng lunch sbb aku bkk topik tpt lunch yg bes, lelama jadi lubuk tpt lepak kiterang bersembang. Geng aku masa tu Disember Dee, Hana Amira ngan Misdodol. Eh. Cop..derang ni aku kenal dr topik Matta Fair then membawa ke Geng Lunch. Merata dah aku pi ngan derang ni. Gi Cameron lah, gi Melaka lah, gi Penang lah, gi makan kat Port Kelang lah, gi makan kat Bagan Lalang je tak jejadi. Dari Misdodol tu anak dara smpai da ada anak dara skang. Hehe. Coming nak gi Bandung sesama.

So, slalu kuar ngan derang ni. Karaoke, tgk wayang. Aku sker kawan ngan derang sbb beza yer kawan opis ke, kawan sekolah ke, kawan U ke. Ada lain. Tah..tu aku la rasa.

Lps tu datang la wedding suma. Hana nyer wedding datang, misdodol nyer wedding datang. Disember Dee tu smpai jadi pengapit aku lah. Kiterang ni mmg suma kat porem nama lain2, panggil nama pun guna nama kat porem. Tp yg klaka bila nak pi rumah, contoh macam Hana kawen. Dia tak bagi ckp nama Hana kat mak dia. Dia suh sebut nama btul dia. Yg kiterang ni kadang2 da terlajak sebut nama kat porem. Siap ada 'eh.. eh..' Hehe.

Lps tu aku kenal lagi Xyn (apa ah nombor kat blakang no ko ni Ryn?), Shahbaik, Angel, Azriani, Thiaki, Has_Fiza, Hasta, Jedi_Bongsu, Escada Gurl, T-Rex, Lyn76, Alan, Devilicious, Anggerik Rimba, (sekadar menyebut beberapa nama). Ini antara yg aku penah jumpa dan mmg rasa kamcing.

Aku jugak penah join gathering. Kat KK thn 2006 kalo tak silap.

Kami yg masih muda ketika itu. Huhu. Masa ni konvoi berapa keta tah.

Ni masa wedding Jedi. Tu suma bebudak porem lah tu.

Apa pun aku rasa ada kebaikan lah porem nih. Naseb tak bertemu jodoh je kat porem. Ewahh... Dan bila bkk porem ni pun rasa ada kenangan jugak lah. Huhu.

Korang?? ada memori porem tak??

PnStoberi : mesra selalu.... !!!

20 May 2010

~PnStoberi & Buku Biodata~

Sapa ada angkat tangan laju-laju.
Aku rasa mcm suma org penah buat buku biodata nih or else penah tulis la buku biodata kawan2.
Apa-apa aja lah dlm buku tu.
Me myself ada buku ni sejak sekolah rendah lagik.
Tp rasa yg rajin buat buku biodata ni budak pompuan.
Lelaki idak la rasanya.
Selain buku otograp, buku biodata ni pun semacam buku wajib ada.
Beli buku tebal2, balut cantik2, lps tu pas sorang demi sorang.
Nak2 yg tahun2 akhir sekolah tu kan [tak tahun akhir pun adooo...].
Aku ada simpan ni buku biodata ni. Tp kat mana aku letak dah. Harus balik kg ni aku nak carik balik. Sayang oih.
Antara buku biodata paling aku sayang adalah yg berbalut pembalut adiah garfield dan satu lagi pembalut kaler kelabu ada love-love [waaa..byk ghopanya buku biodata aku yer].

Selain gmbr comot kat sekolah, buku biodata ni pun salah satu menda yg memorable lah.
Kalo tgk buku ni otomatik tingat zaman sekolah.
Raya 2 thn lepas gi umah Azfa, skulmet dari form 1 - form 5.
Dia bwk kuar buku biodata dia. Hahaha...berair2 mata bila baca balik.
Artis kegemaran : Yusry KRU. Kira abis best tu. Kadang ada yg tulis penyanyi omputih, dgn harapan org akan kata 'wow! terer english dia nih' . Haha.
Lps tu ada makanan kegemaran. yg paling tak buleh blah bila ada yg tulis - yang halal. Seyes aku mencik tau sapa tulis camni. Cam malas je nak tulis. Kalo aku sure tulis Laksa la. Dulu kini dan selamanya.
Masa form 5 tu mmg stok suma buat lah buku ni kat aspuri tu. Bersusun buku nak ditulis. Mana nak baca buku, mana nak buat add maths yg tk penah2 dpt jalan penyelesaiannya tu, mana nak tulis buku biodata lagik.
Kalo yg stok rajin tu mmg lawa la buku biodata org jadinya. Dgn tampal2 nyer. Dgn gambo artis2 kesayangan, siap lirik bagai. Haha. Ok..aku nak tergelak bila bayangkan.
So, sapa nak buat buku biodata saya..silakan..
Nama :
Nama gelaran :
Nama Ibu : Nama Bapa:
Hobi :
Cita-cita :
Makanan Kegemaran :
Minuman Kegemaran :
Artis kegemaran :
Drama kesukaan :
Motto : [ok..ini lagi tak buleh blah..mcm2 motto kuar].
Lagi apa tah..tak ingat dah aku. Rasa skang ada lagi budak sekolah wat camni di zaman2 facebook nih.

PnStoberi : tetiba teringat buku biodata.

5 May 2010

~PnStoberi ke nih?~

Sebagaimana aku da komen pada org meng tag gmbr ni yg aku nak lemas-pitam tgk gmbr ni. Mmg nak pitam sbb aku takde dlm simpanan gmbr yg ni. So, bila tgk balik rasa nak pitam. Haha. Udah berair2 mata la tgk.
Kan slalu skang ni ramai yg buat entry gmbr lelama kat blog kan. Sbb ada kengkawan yg rajin scan-aplod gmbr so..buleh la jadi bahan ketawa beramai2. Lepas tu tak senyum plak tu. Hua hua hua.
Ini aku rasa masa form 1 yakni 17 tahun yg lampau. Dlm thn 1992 la kalo tak silap. Buleh katakan suma dalam gmbr tu da berkeluarga pun masing-masing. Da berjaya dlm karier masing-masing.
Che Sue.... ko da buat aku dan rakan2 aku ketawa bagai nak rak. Hahaha.
Giler ah. Ngan muka berminyak2, ngan baju berkilau2 dia. Tp tetappp dgn kaler feveret dia. Purple. [aku rasa masa tu ada tema purple ngan merah kut].Tudung pun kemain lagi berikat camtu. *pitam*. Aku izinkan kalo korang nak gelakkan gmbr aku ni sbb aku pun smpai berair mata ketawa tgk diri aku sndiri. Muahahahaha.
Tp adakah 17 thn lagi gmbr ini pun akan jadi bahan gelak tawa???. Mungkin.. huhu. Ok, lps ni kalo nak amik gmbr ramai2 kena pastikan muka tak berminyak2. Baju yg buleh in bila2 thn pun. Hua hua hua.

PnStoberi : itulah keistimewaan fb.

16 March 2010

~PnStoberi gi Melaka~

Atas urusan kerja.
Bukan p bercuti.
Kerap lah gi otsetesen [hancus bahasa] Melaka nih.
Asal gi Melaka je aku, asal aku je gi Melaka. Ha. Gitu.

Tp..tidak mengapa. Aku sokaa ajerk.
Sbbnya....
Aku pernah menumpang di bumi Hang Tuah itu selama 5 tahun.
Menimba ilmu di situ. Owh.. Miss u so much UiTM Londu!!

http://www.abuseman.com.my/pendidikan.htm

Aku google gmbr ini sedaya upaya sbb skang keadaan hdpn ni sudah berubah. Ada mcm tangga tradisi umah Melaka tu. Udah cantik. Tp masa aku duk kat situ, gitu lah gayanya. Ada gmbr aku kat dpn pintu masuk tu. Tp idak la aku rajin nak men scan bagai. Bia situ dia duk dediam dlm album.

Kalo gi Melaka je haros aku nak pi Alor Gajah. Lagi pun mmg cawangan kiterang kat situ.
Hehe. Nostalgic lah kalo p pekan AG tu. Skang ada KFC dah..dulu kalo nak makan KFC nun kena pi Masjid Tanah. Lps tu tau jelah KFC pekan kecik2 ni, ayam dia pun kecik je. Tak pun kalo da kuar bandar tu, makan KFC kat MP lah [ceaa.. MP katanya..Mahkota Parade lah]. Masa tu manade kebesaran lain da kat Melaka tu. Gi Banda Melaka yg ada The Store tu then Banda Hilir. Haishh.. memori tul kalo ingat.

Masa dip mmg kemana2 gi naik bas lah. Sanggup tu tukar bas 2,3 kali nak p Bandar Hilir tu. Aku mmg sker outing dan peneman setia ialah Juwita. Tp kami idak la minat main bowling ke tgk wayang ke. Just outing window shopping. Selain tu kdg pi Jusco Ayer Keroh.

Tp bila wat degree n final sem tu ku sudah ada boipren yg ber kereta. Cecewah.. Haha. So, mcm berlagak namo naik bas dah. Gi memana pun naik kereta lah. Bes bila ada bf berkereta ni sbb masa degree kiterang duk umah sewa kat taman..taman..udah lupa la plak nama taman tu. Ha..Taman Dimensi. Dkt je. Jalan kaki je pi kelas. Tp kalo kelas kul 2 tu kan panas thp berpeluh tiak kan..so, bila time aku mengadas tu suh la bf aku amik. Hikss...Lepas tu pulak guard situ tegas amat. Tak buleh naik keta ber2 laki pompuan je. Pehtu ada sekali tu kena tahan.. pehtu bf aku sound balik guard tu 'abis..takkan saya nak bawak 1 kelas dlm keta nih'. Hehe. Guard UiTM ni mmg ada kuasa beso la kan nak tahan2 org nih. Salah je.."saman". Penah gak aku n bf aku tu kena tegur sbb duk sebelah menyebelah dlm library. Sehhh..org nak blaja lah..bkn nak buat apa2. Ceh.Ceh. Ceh!

Lepas tu da blaja2 kat library sambung lak belaja kat pantai Klebang tu. Eh..ye ke..bukan. Bukan.. kat Pengkalan Balak. Tp ye ke belajar. Nan ado..duk tgk matahari terbenam. Giler.. tp situ aku mmg tak pegi dah la. Eh. Ada skali. Masa tu ngan adik2 porem mesra aku. Thiaki, Ani n apa tah nama lagi sorang tu.


http://www.mkstreet.com/2009_04_01_archive.html

Ini la mercu tanda Alor Gajah. Kat keris ni aku penah bergambar ni. Dulu kat situ siap ada mini zoo. Ada la burung merak seko 2. Ke skang ni pun ada lagik zoo mini tu.

Dulu kalo pi Alor Gajah tu..abis kelas kul 12 slalu pi makan nasik ayam Nadia. Tatau la kedai tu ada dak lagi sbb tadi aku tak lalu dpn tu. Kedai dia kecik je. Dpn stesen bas. Sedap nasik ayam dia. Itu pun time menumpang keto bf aku tu lah. Ajak suma osmet2 ku lain. Hik hik. Bekpas pun kadang pi Alor Gajah jugak. Dkt dgn post opis tu. Makan roti canai. Heii...syok ah bila pikir balik. Tu yg aku suka je tu kalo nak p Melaka. Mmg memorial lah kata org.

Tp dulu..masa blaja dulu kan..kalo da kuar Hway Simpang Ampat tu..mmg da terbau je UiTM tu..rasa malas giler nak balik. Tambah lagik masa dip [yelah..ms degree kan da ada sumber semangat katanya..masa dip sumber semangat aku kat KL..so..mmg tak sker la nak balik Melaka].

Skang ni kalo kuar je hway tu macam ada satu "perasaan" lain. Entah..tatau nak describe cemana, tp aku tau korang2 pun sama camtu. Mesti tetiba feeling mcm dalam ati ada taman {kuii..ini ayat che sue slalu guna nih}

Byk lagi memori kat Melaka nih. Yelah 5 thn kan. Dulu aku rasa Melaka tu jauhhhhhhh sangat dari Perak. Tp bila da duk situ..Eh. Mcm dekat. Siap leh balik ttiap bulan tu. Hehe. Nati lenkali aku citer lagik.

Aku rindu lah zaman belajar tu. Rindu sesangat. Rindu keadaan duduk blok Balqis tu. Rindu time belajar kat library. Rindu masa dating-dating tu. Hahahahhaa.. takde lah..sesekali tu tingat tak ngapa la kan. Lagipun bf aku tu pun dah jadi ex aku skang kan. Masih keep in touch. Masih jadi kawan. Tkde masalah [ya..aku takde masalah berkawan dgn suma ex aku]. Dia pun da ada family sendiri. So..takde la apa pun. Cuma..kadang kalo da pegi tpt2 memorable tu dia otomatik la tingat kan. Tskkk.. hik hik hik.

PnStoberi : sempat beli gula melaka..buleh buat cendol cam kat blog maria tu. Ngeh. Ngeh. Ngeh

1 December 2009

~BFF~

Best Friend Forever.

Google for definition of friend.
And got so many from here.

So, I take 1 simple definition :

1.friend - a person you know well and regard with affection and trust;

And for best friend, it goes:

1.best friend - the one friend who is closest to you

Jadi bukan mudah utk men 'title' kan seseorg itu sbg 'friend'.
Aku suka berkawan. Dan aku suka utk bertemu kawan2 baru. Aku ada ramai kawan dari forum dan ada 2,3 nya da mmg rapat seperti rakan lama.
Tp nyer..tak semua kawan buleh "in" dgn perangai aku nih. Dan aku pun tak mudah utk "in" dgn certain org. Entah ek. Mungkin kerana aku ni tak buleh hipokrit. [Eh! apahal citer hipokrit2 lak ni..lari tajuk nih. Cpt kejar tajuk itu kembali]

Entry ni aku nak citer pasal BFF aku yg sorang tu. Yang last week, before raya aji dia dtg umah aku tu. Bila jumpa dia ni masa berlalu pun tak sedar. Smpai dkt kul 1 gak la dia lepak umah aku. Gelak ketawa tak ingat org lain [sehinggakan para suami membawa diri melepak di luar umah].

Apa yg miracle dlm hub BFF kami ni, kami ni mcm buleh bc mind antara satu sama lain. Lepas tu kami ketawa tetiba secara berjemaah dan mengambil masa juga utk kembali normal.

[Rasa aku penah citer] Menda ni di sedari bila kami masih blaja kat uitm dulu. Masa tu da nak balik Lendu lps mid-term semester break. Jumpa dulu kat KLCC. Dgn bf memasing lah. Tau2 je bila aku napak muka kau, kau napak muka aku, berdedai ketawa kat situ smpai nak putus urut saraf pipi. Dkt nak setgh jam gak lah. BF kami [ketika itu] da kemana lari sbb kami ni dah ketawa tak berenti. Aku pun tak tahu cemna kami leh pecah ketawa masa tu. Tnpa bercakap sepatah kata, kami leh ketawa smpai merah2 muka [dia lah..sbb dia putih..aku ni kan sawo2 matang ajek]. Macam la berthn tak jumpa kan. Walhal seminggu je. Tpt kejadian, tu lah kat stesen putra KLCC, tpt yg bila kita da touch tiket kita nak kuar tu. Tak menghirau sekeliling kami leh ketawa kat situ. Tp satu sbb la aku rs, k'org berbaju kurung on dat day. Tp apsal nak ketawa smpai nak putus urat kentut aku pun tatau. Itu satu.

Satu lagi ms kami sembang2 kat bilik [kami ni mmg cukup kuat bersembang. Nak2 bila 2 lg room-mate kami balik kg ujung minggu, kami tak balik..ha..siap la ko..tido 4 pg pun penah] Tp aku tak ingat sembang apa, kami pause sekejap, tup2 kami leh tersebut "kelab dangdut" sesama. Oh! ini aku nak cerita pasal miracle dia pun susah..tp kami ingat la menda tu smpai skang.

Mungkin keserasian sbb ada aura dan chemistry tu lah. Wahh..mcm couple plak ada chemist, chemist nih.

Satu lagi habit kami ni, suka nak bergambar. Tp ko tau lah time tu. Mana ado kamera digital2 nih. Siap carik ni sapa yg pandai tgkp gmbr. Yelah..kalo panggil je sesapa kang, ada la bila da cuci, kuar gmbr sekerat, tak centre, atau paling sadis gmbr blur bergego. Kan tpt fokus tu cinonet je..kena la pepandai. Pastu plak kodak [pilem] tu bahagi2 kan. Kalo ada 36 tu, bhgi la dua org tak pun kalo nak cukupkan satu bilik bhgi la 4. Fuh..bila da tgkp2 gmbr tu kan..mula tak sabau nak gi cuci. Kat uitm tu ada satu kedai gmbr dia tptkan bwh blok k'org, jd senang la. Turun je anta cuci. Huhu.

Ini antara gmbr kami berdua. [sori le..aku tkde scanner, sbb tu la aku gigih tgkp gmbr ni balik. Haha. Sian kan aku..ada sesapa nak sodaqah scanner kat aku tak?? nak la gak scan gmbr masuk pesbuk. Kalo nak scan kat opis mana la ada masa. Lg satu malas lah. Aku namo gunakan harta pejabat utk kegunaan peribadi [maaf yer..mmg kedengaran agak poyo yer]. Huhu. Eh. Bc blog org waktu opis pun kira guna harta pejabat utk kegunaan peribadi la kan..hikss..ok, pasni aku usung cik ceri aku. Blueekkkk]
Adakah kami ke kelas begini rupa?? Haha. Ni saja je wat giler buat amik gmbr ala2 nak pi ngaji nih [baju ni le kami pakai masa kami pecah ketawa kat KLCC tu..tah pehapa la tah]

Tak clear. Ah..gasak lah. Memcm aksi ada. Kat tangga katil pun ado. Tu gmbr tu kalo ko takde gmbr passport ko buleh gunting ikut petak tangga tu. Haha.



Gmbr yg 4 org tu kami double date lah tu. BF2 kami dtg ke Melaka. Derang yg nak dtg Melaka, tp kami yg malamnya tu tak leh tido. Xcited ke apa tatau la. Yg pasti nyembang tak renti2.

Lps tu kan..ada sekali tu kami jd pasangan utk nari lagu chili cha-cha. Haha. Lawak giler la aku rasa. Masa ni diner ujung sem tu kan. Takde angin takde ribut, tkde org suruh, ttiba kami grup DPA part 5 blok balqis ni volunteer nak menari cha-cha plak. Siap carik skirt leh kembang2. Aku jd pompuan, BFF aku tu jd laki. Huii..mmg lawak la. Ini la buktinyer.. [err..gmbr agak censored..apsal mcm lesb*** jer aku nengoknya]


Gmbr kami makan megi [bihun PAMA], baju serupa pun ada [oh! benarnya baju tu ada 2 org lagi yg sama]

Lepas tu BFF aku ni mmg la jd peneman setia aku waktu aku carik adiah utk bf [ketika itu]. Ttiap thn dia neman. Penah satu thn tu, dia period pain ni..tp teman gak aku mencarik adiah kat Banda Melaka sanun. Hehe. Tu sbb aku sayangggg sgt kat dia.

Penah jugak kami buat gilew dgn membeli t-shirt yg sebijik sejibon utk BF kami. Dh la baju sama, wrapper, paper bag pun sama. Apakah???

Ni apa nih?? Surat berantai??
Haha. Ini masa kami boring kat dlm dewan kuliah [DK]. Ala..korang mesti penah buat lah. Koyakkan note book lecture kita tu, pastu main tulis2 dlm ketas tu. Passing2 la ketas tu. Lepas ko tulis, aku lak tulis, pastu aku,pastu kau. Yg dakwat pink tu dia nyer tulisan, aku hok biru tu. Ha..smpai 2 mukasurat kitaorg main. Kira mcm abis satu masa kat DK tu la. Masa ni lecture apa ek. Hj..alah aku lupa lak nama Tuan Hj ni [yg nyata bukan Hj Ilias]

Kira tulis2 mcm tu masa kat DK ok la lagi kan. Ada lagi kes kami siap makan biskut katebang [kapal terbang]. Ini bkn kat DK yer..ini masa kelas. Byg kan la..kelas bkn nya ramai. Buleh plak makan biskut. Nak lagi bes kami pass2 kan jugak kat org lain. Ini masa kelas che mad noh. Subject dia pun da mcm ala2 bosan. Sket2 kasitah gadam..sket2 kasitah gadam..dari kasitah-kasitah tu baik kita kasik makan dulu. Erk..ttiba aku rasa "jahat gak aku yer". Tkpe, nakal buleh kata Dr. Fadzley, tp berpada2 lah. Yg penting result mesti maintain DL..tak DL pun mesti 3pointer above. Huhu.

Biasa kalo balik kelas ptg kami mesti nak makan2. Aku slalu ajak [paksa] BFF aku tu beli makanan kat cafe [masa tu ada satu tpt je kafe dia..bkn mcm skang da ber food court bagai kat Lendu tu] Tkpun beli ABC ke. Nyaman nyer makan ABC dgn twisties kat koridor tgkt 3 tu smbil bergosip [ah! selalu tukar2 citer pasal bf jek.hua.hua.hua]. Kadang ada kopok2 kami beli dari RS blok A. Dia mmg ada jual kopok2 jenis roda, kacang2 ke kan.

Yang menambahkan chemistry dan membuat kami trus akrab adalah sbb kami ni jenis "ah! lantak la apa org nak kata" dlm erti kata lain maleh nak kecoh2. Contoh mcm kalo blok kami takde air [slalu gak takde air woh kat blok tu]. Kelas kul 10, biasa dlm kul 8 lebey atau kul 9 baru nak gi mandi kan. Jd kalo tkde air tu dgr la org kecoh2 kat luar [oh! bilik kami paling ujung berhampiran bilik air]. Org lain da sibuk angkat baldi nak carik air. Kami bangun terpisat2 bukak pintu. Pastu nati ada la classmate yg tgh kecoh akan kata "korang..takde air ni..taknak amik air?" [mungkin org tu berharap kami akan kecoh juga dan kuar kecoh2 smbil bawak baldi dan tuala]. Oh! kami tidak begitu. Slow n steady je amik baldi, pehtu ikut la mana org carik air tu. Atau penah skali kami bukak je paip bomba tu. Ha...jahat! jahat! Kalo bukak paip bomba ni air yg memula kuar tu mmg kotor giler..ko tggu la lama sket bagi dia jernih. Lps k'org amik air tu maka beratur yg lain turut memenuhkan baldi dgn air paip bomba tu. Oh ya! paip bomba juga disebelah bilik kami.

Kadang2 kerana tidak ketidak kecohan kami ni, kami slalu terlepas la menda2 yg org lain da lama tahu. Terutama gosip hangat. Mcm org tu couple ngan sapa, baru lepas clash ngan sapa. Haha. Tp masa tu kami dah amalkan konsep "ada aku kesah" Haha. Lebey baik layan bf sendiri kan. [Tp kalo kelas batal, lecturer takde tu kami cpt je dpt tahu. Huhu.].

Lps tu masa nak last2 part 6 tu kami ada buat buku ala2 scrap book. Dlm tu bebas la tulis memacam ttg persahabatan k'org tu. Lepas tu, ari last kami kat uitm kami pun tukar2 la buku tu. Oh! bercerita pasal ari last kat uitm, mmg la sedey giler. Aku tk penah nangis smpai bengkak2 mata la nak berpisah ngan kawan tp dgn BFF aku sorang ni mmg la aku menangis smpai bengkak mata. Dlm keta pun nanges lagik. Sbb aku tau aku takkan dpt lalui lagi momen2 manis dgn dia. Dia pun tak smbg wat degree. Sedih giler rasanya..

Dan lps tu walo kami jarang berjumpa tp kami ttp keep in touch. Cumanya ada sedikit terkilan sbb masa aku kawen dia tak dpt attend sbb kad jemputan aku pos tak smpai kat dia. Pastu plak aku lak buleh tk msg tak call..tah..apa la kena masa tu aku pun tatau. Padahal dia la antara nama2 yg aku awal2 dh reserve utk kad. Bongok sungguh! Apsal la aku tk terpikir utk antar sendiri by-hand. Apsal?? Apsal??? Apsal?? Menyesal giler aku rasa. Tp nak wat cemana?? Menda da lepas kan.

Apa pun aku sayang banget sama dia. Aku tau dia tak baca pun blog aku [sbb opis dia block byk aplikasi2 kat internet nih], Lepas ni kami plan nak pi holiday sesama. Nak nyembang smpai lobam. Haha. Mana tak nya..sbb kalo jumpa pun kami nyembang tak berenti berejam2. Smpai membawa diri la incik asben kami tu [pepandai la bawak diri yo] Seb bek la anak dia jenis tak meragam.

Utk sahabat BFF ku itu..i love you lah Juwita! Moga persahabatan kita ini akan kekal utk selamanya.

p/s: akan ada entry utk BFF yg lain pula menyusul nati.

Puanstoberi : kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar sekali.

29 September 2009

~Raya-Chap.4~

Dah.
Rasa mcm final chapter citer beraya di kg utk thn ni.
Lps ni kalo ada citer2 raya mebi citer area2 sini lah.
[owh...aku memblog sementera menonton final epi. Senandung Si Dayang. Aku follow gak citer ni walo kdg2 ada tk tgk. Bes gak. Citer org itam. Hehe]

Chapter ni Syawal ke3 punya citer.
Sila ambil maklum..gmbr mungkin byk sket dlm ini chapter.
Sesudah perbincangan semasa majlis bbq tu, akhirnya ini lah yg pergi ke Teluk Batik.

Yeahaa...5 bijik keta konvoi ke sana. Kesemua kami pergi ke Teluk Batik.
Mulanya mcm nak share2 keta je tp utk keselesaan kami naik keta memasing lah.
Seawal jam 6.00pg kami da dikejut oleh Abg Cik. Owh..kena q utk masuk bilik air. Bebudak tk mandi pun. Suma sebuk nak mandi laut trus. My dear,abg Nyah, Asyraf dan sapa tah lagi gosok gigi kat luar je. Dah tu..bilik air penuh jer. Org yg nak membuang pun tak puas sbb baru je masuk da kena panggil suh kuar.

Ini masa suma sesibuk nak kuar umah. See..itu lah Abg Cik ku a.k.a Cikgu Badrol yg garang.. Haha..Ani kat bakang tu saja je interframe.

Dlm 7.30pg gerak. Ha..mmg subuh da kuar. Abis ko ingat pantai itu bakang umah ko. Ini suma bajet mau bekpas di tepi pantai saja. Tp..jarak antara umah ke T. Batik tu lebey kuang kalo gi KL lalu kut hway. Maka bayangkan saja lah.

Ekceli kami tk berkonvoi secara ramai2 pun. Abg Cho yg tak penah pi sana follow Abg Cik [sbb dia tak sesabau nak gerak dulu]. Aku lak konvoi ngan sorang anak buah aku yg tak biasa drive area sana [anak akak aku..kakak aku mmg tak drive la lps anak dia tu da pandai drive]. Abg Nyah solo..derang bekpas makan roti canai dulu dan tapaukan utk kami gak.

Ini kami di dalam keta. My mom and Fatin ikut naik keta aku [itu budak xcited nak mandi laut]

Kami smpai T. Batik dlm kul 10. Ku pikirkan takde la ramai org. Raya ke3 kan. Tp..ada satu paking tu da penuh pun. Kat tepi pantai pun da ramai org. La..ramai rupanya beraya di tepi pantai.

Sampai je apa lagi...makan time..lapau da memasing tu.


Lepas tu aku ngan dua anak dara ni berjalan2 amik gmbr.

Masa tu act anak dara la gak. Haha. Yg pakai spek tu, Ani, anak buah sulung aku. Dia la yg gunting2 rambut aku masa sblm raya tu. da 25 da umo dia. Then sorang lagi tu Farah..form 1. Sgt pendiam ini anak dara. Dia mmg tak berckp ngan kami2 kat umah tu. Pemalu abis lah.
My dear ms tu da control 'mancho' la..takmo amik gmbr ngan aku dah. Tau2 dia da berendam dulu. Tgh jln2 kami jumpa ini.


Apa tu??jelly fish???

K'org sempat gak naik banana boat. Wuihhh..ini 1st time aku naik mendalah tu. Yelah...selama ni kan kalo pi laut tak ramai2 kan. Mana la leh naik banana boat tu. Tp kali ni reramai. Smpai ada yg tk dpt naik. Kami naik smpai 9 org. Ani mmg surrender dari awal dah walo dipujuk berkali2. Aku, My Dear, Abg Cik, Abg Nyah, Farhan, Zahir, Asyraf, Boy n Farah. Aku naik no. 3 dari depan. Ngeri aku naik menatang ni. Dh la ada 2,3 grup sblm tu jatuh masa boat tu nak pusing. Tp tu sbb yg org yg duk blakang tu "mengelenya-ngelenya" cam monyet kena belacan jek. Sbb tu la banana tu tk dpt imbang.
Aku menjerit tak sudah2 aku rasa. Smpai Farah kat dpn aku siap ckp "Ucu, jgn la jerit" Haha. Bingit gamaknya tinger dia. Sowi ek Farah.

Part paling menggerunkan adalah bila dia jatuhkan kita masa last tu. Tp lawak gak sbb dia da stop dan try jatuhkan kami tp kami ttp tak jatuh. Aku plak nak gelak masa tu. Then dia kasik la aksi kejam sket. Tenggelam wes kami..air masuk tinge.. Ah..tk sker...takmo naik da menatang pisang tu. My dear duk ulang.."ha..tu la nak naik sgt kan" Uhuk. Uhuk. Aku nak mencuba je. Lepas ni malas da aku. Buatnya terjatuh tetgh laut tu camana?? Owh..ngeri...

Dlm kul 1pm tu kami sesiap nak balik.

Menunggu bilik air nak mandi pun adalah ramai. Uih..masuk utk mandi adalah mahal. RM1 utk mandi. 40sen utk kencing buang air kecil. Tp ok la gak sbb bilik air dia tak la kotor sgt.

Gmbr ni aku sj amik sbb ms duduk2 tu mak aku kata "tu sapa tu main ngan Fatin ngan Lukman tu?"
Memasing mcm carik2 la sapa [ekceli ramai yg pakai baju merah masa mandi tu]
Ada yg ckp.."Paksu.."
Laki aku lah..rajin lak dia melayan bebudak tu ngorek pasir. Aku pun snap la..mcm sweet je ttiba dia ada duk ngan bebudak tu.


Ini lak aku bersama "flower gal" aku dulu tu.


Owh..mereka ini mandi tak ingat nak naik..seronok sgt..

Dlm kul 2 gerak la. Singgah pekan Lumut kejap. Beli2 menda satay ikan suma tu then balik. Singgah beraya umah sedara kami kat Tronoh jap. Makan laksa kat situ. Memula dia ajak makan nasik..tp mak aku siap kata kami da kenyang. Tp..bila dia jamu je laksa trus memasing cam piranha. Haha. Tobatt....kata kenyang.

Lps tu trus la balik..non stop smpai umah. Smpai umah tido...eh tidak..masak utk suami ku dulu. Sbb nak makan nasik kan. Tp..masak simple2 ajek. Abg Cik ada beli gak KFC bucket..tp tak makan pun. Tk lalu lah. KFC ajek.

Then lps tu memasing penat. Titon lah. Muka ku adalah merah truk dan menggelupas. Huuuu...

Pnstoberi : Penat..tp seronok!

28 September 2009

~Raya-Chap.3~

Terlalu pjg kalo nak diceritakan. Jd let's picture do tell d story..cewah!
Chapter ini mengisahkan Syawal ke2 keluarga kami. Mengadakan BBQ pd mlm harinya. Berdoa agar mlm tu tak ujan.

Dimulakan dgn memerap bhn2 utk dibbq. Ada yg diperap sejak mlm raya pertama tu lagi. Ada juga diperap pagi tu. Ini lagi sotong yg ku perap bersama rempah perap segera yg dibeli masa Hari Peladang retu. Campo madu n chili flakes sket...
2 gmbr kat bwh tu anak2 buah n kak ipo ku tgh bertungkus lumus mencucuk bhn2 BBQ tu.


Aku lak sukarela membuat makaroni goreng [zawi..aku buat sebijik resepi ko, suma kata sedappp..] Anak buah aku si Ani tu plak buat nasi goreng kg yg pedas meletup..tp laku nasik goweng dia. Abis licin..makaroni tu byk giler. Memula nak wat stgh je. Tp kak cik kata abiskan je suma. Makanya byk giler la sbb abis sepeket makaroni San Remo tu.



Kami memulakan operasi slps solat maghrib. Owh..my dear bertungkus lumus bersama abg iparnya. Kali ni abg cik take part sekali sekali shj. Mungkin takut kejadian lemang hangus berulang kembali . Haha. On duty mengipas dan membakar mlm itu adalah my dear, abg cho n anak buah aku; Zahir. Aku itu mensibuk sahaja.

Ini antara makanan. Apsal aku leh lupa nak snap gmbr udang dan sotong yg besar dan sedap itu. Caiss...!! Tugas aku adalah menyusun makanan yg da siap bakar ni masuk dlm pinggan dan jaga supaya tkde yg ci ngelat makan dulu. Haha. Aku kan Mak Usu yg garang [bila tgk video yg anak buah aku amik..muka ku adalah serius giler..patut la org takut ngan aku..my dear je berani kan my dear kan..kan..kan]. Gmbr ayam jd tk cantik sbb guna kamera hp. Aku pun tatau apsal aku tk guna che biru eh..kan dia ada mod utk amik gmbr makanan. Lupa lah dh sibuk2 tu.



Lps masak suma segala kami makan. Makanan penuh 2 meja. Keluarga kami tak la ramai. Emakku tersayang, adik beradik aku suma 5 org didarab dgn pasangan memasing jadilah 10. Ditambah anak buah seramai 12 org. Serta panggil jiran dpn umah. Jadi makanan adalah mengenyangkan suma org :) Owh..air pada mlm itu adalah air nenas yg dibuat sendiri. Sbb abg cho bwk balik nenas madu dr Johor. Tp aku tak makan pun nenas itu, minum pun sket aje. Bkn tk suka tp..sejak kawen mmg aku tk minum air tebu n nenas. Tajam katanya kan..Haha.


Bwh ini gmbr2 makan shj. Lps tu ada sessi perbincangan plan ad hoc. Tgh da rilek2 makan tu abg cik tnya my dear.
"Lan, balik KL ari Ahad la..kita g Teluk Batik dulu ari Sabtu"
Haha. Abg Chik da tnya aku dulu ptg tu, tp aku kata tanya Lan [sbb aku da janji ngan my dear balik ari Jumaat, dia takmo extend2 da]
Bila abg ipar dia tnya tetgh org ramai tu, my dear stuck..nak kata apa lagi..dia ok kan je la. Kesian lak aku nengok dia.
Tp ttiba aku dpt idea..
"kita gi esuk je lah..reramai ada nih'
Makanya..terjadi la sessi ajak mengajak dan pujuk memujuk utk suma pegi. Kakcik beria pujuk abg cho pegi. Kak Yang on ajek...tp nak ajak Abg Cho tu kemain payah.

Tu gmbr abg chik atas buaian tu masa sessi ajak mengajak la tu. Akhirnya....opss...cerita di nxt chapter lah sapa yg pegi ke Teluk Batik tu.

Dan lps penat makan..kami pun lepak2 tgk tibi citer cili padi cili kering. Bes gak cerita tu kan.


Ok..dah siap..jum tido..

Pnstoberi : it's hv been long time tak buat bbq nih..seronok rasanya kan esp anak2 buah suma da membesar dan senang menolong dah.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign