Pages

Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

10 June 2015

Lelucon Hambar Dan Slapstik

Bentuk-Bentuk Gangguan Seksual
Antara bentuk gangguan seksual menurut Kod Amalan dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:
1. Gangguan Secara Lisan:
contohnya: kata-kata, komen, gurauan, usikan bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.
2. Gangguan Secara Isyarat/Bukan Lisan:
contohnya: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan.
3. Gangguan Visual:
contohnya: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian bahan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.
4. Gangguan Psikologi:
contohnya: mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.
5. Gangguan Fizikal:
contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual. 

[Kredit : Link]

Nop. Aku bukan nak cerita pasal gangguan seksual sebenarnya. Tapi, ada sedikit kaitan.
Sesuatu yang merengsa aku. Bold sket aku tu. Sbb pada orang lain mungkin tak rasa apa apa.
Ia berkaitan lawak lucah.
Biasa lah, office kan. Lawak lucah mmg jadi cam makanan ruji esp pada kaum Adam ni.
Tapi, tgk tempat dan keadaan lah kan.
Silap keadaan buleh jadi bentuk bentuk gangguan seperti yg digariskan di atas tu.
Atau silap keadaan orang kata dalam kepala hotak kau asyik ingat seks sahaja.
Yer, aku tahu ianya  sekadar lawak. Nanti orang kata "ko ni bongok kan, tu lawak je lah. Tu pun nak take serious"
Bongok tak bongok. Yang pasti aku menyampah.

Contoh macam dalam grup w.app ni ada sorang beritahu wife dia dah bersalin.
So, seme seme pun ucap tahniah.
Datang la pulak sorang makhluk Allah ni tetiba tulis "Tahniah dan selamat berpuasa".
Aku cam dah kenapa kau. Konon lawak lah tu. Biar lah orang lain suka, but not me.
Ye ye... aku lah jahil sbb menyampah ngan statement tu, orang lain anggap gurau.
Tapi.. entah la. Rasa cam tak sesuai. Kalau jumpa dedepan, tengah sesembang sesama lelaki tu okay lah kot. Ini .... 
Rengsa kot.
Tapi, dalam w.app tu, orang lain takde balas2 pun pasal puasa tu. Dia sorang je sebok kawan tu "berpuasa".
Kalau tanya orang psikologi, dia boleh wat analisa orang ni jenis cemana.

Nak kata aku takde sense of homour sebab tak suka lawak berbau lucah camtu, lantak lah.
Kalau orang kenal, tahu lah aku bukan jenis tak suka lawak2 ni. Aku idak lah serious doplohpatjam. Aku suka je orang lawak2 ke hapa.
Nak kata tak sporting pun ikut suka lah.
Tapi, aku mmg menyampah. Tu je.
Nak berlawak pun tgk kesesuaian. Napak nau ko nyer tahap kat mana je bila berlawak camtu. Boleh tu boleh, tapi keadaan tak sesuai.
Lain lagi, lawak malam Jumaat. Kalau kita lewat datang pagi Jumaat tu, kadang ada je le yang nyebok cakap tau lah malam tadi malam Jumaat. Cam bongok ja.

Tapi, tu aku kata, tgk keadaan. Dan masa. Dan tempat. Dan tahap latar belakang kau jugak lah.
Kalau mmg jenis berlawak selamba setiap masa, aku tak ambik hal pun.
Tapi, kalau kau bukan la jenis pak lawak sgt, bukan lah jenis bagi orang terhibur sangat, tetiba nak berlelucon camtu, aku anggap lawak hambar dan slapstik je. 
Rengsa.
Dan satu lagi aku anggap kau "kurang kasih sayang" ja. Aku taruk " " tu. Kalau palahotak ko asyik pikir "puasa" tu, kau boleh tafsir lah maksud "kurang kasih sayang" tu ya.
Tapi, kenapa lelucon seks dan lucah boleh diterima baik di kalangan masyarakat kita ya? Walau pun ianya amat slapstik dan hambar!



Link berkaitan gurauan :

11 March 2015

Ini Memang Lawak

Ni duk viral kt FB 2,3 hari lepas.
Anak sapa la luhur sangat bagi alasan datang lambat tu.
Tunjuk kat asben, dia pun gelak.
Sbb nya kiterang kalau g kerja tu selalu la nampak bebudak masuk lewat ke sekolah, pastu nampak cam depa ni ada tulis buku kan.
Tu yang macam kiterang ter - imagine ada budak tulis alasan camtu.


Mesti dia dah sesiap, pastu tunggu ayah dia lama sangat kat toilet.
Geram sangat. Sampai sekolah terus tulis alasan

"ayah berak lambat"


Muahahaha.

15 October 2011

I-Paid


Jumpa ni kat FB.
Jadi sesapa punya ni minta halal yer utk di masukkan dlm blog ini.

Sbb lawak.
Akhirnya bapak yg I-Paid.
Miahahaah.

Mujor Steve Job da takde.
Kut tak harus dia buat satu lagi gajet nama - IPAID.

Nota kaki :
*syukur Ya Allah, kerana diberi peluang utk aku dpt apa aku idamkan walo tgh sesak rasanya ni.

9 October 2011

Layan Edisi Khas

Petang2 Ahad yg permai. Kami laki bini layan ini. Haha. Paling sker yg kat workshop tu. Ta ya..ta ya...ta ya pa yau. Padahal da tgk masa kat tibi tu. Tp sker part Johan cakap cina tu. "Saya bukan bos, saya bis" Hahaha. And yg chandi nih. Chandi kida. Hahahha. Johan ni mmg pak lawak lah.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign