Pages

Showing posts with label KLIA2. Show all posts
Showing posts with label KLIA2. Show all posts

15 January 2015

Parking Atau Cara Paling Jimat Untuk Ke KLIA/KLIA2

***Disclaimer :
Harga yang dipaparkan adalah pada masa entry ini ditulis (tahun 2015).
Berkemungkinan harga adalah berbeza dan makin naik.
Mohon semakan semula dengan web2 berkaitan untuk mengetahui harga dan info berkaitan.
Terima kasih.


*****

Selalunya kalau nak ke KLIA/KLIA2 kami akan naik ERL dari KL Sentral. KLIA Ekpress tu. Tapi, bila dah duk agak jauh dari stesen LRT ni dia macam costly sket lah. Jadi, kami kena carik alternatif lain.

Bermacam pilihan yang ada nak KLIA/KLIA2 nih.. Takpe, nanti kat bawah2 kita cerita apa pilihan yang ada.
Now, talking about parking atau cara paling jimat nak ke KLIA/KLIA2.
Setakat yang aku tahu lah. If ada cara lagi jimat buleh la kita share kan.

Paling mudah dan ekonomi adalah parking di Putraya Sentral (Park n Ride).
Tu hari masa gi Sarawak, kami try parking situ.
Utk 3 hari kami kena cuma RM14. Iyer. Sungguh. Secara tepatnya RM14 utk tempoh 78jam50minit. Parking berbumbung dan InsyaAllah selamat.

Kalau dari KL ke KLIA, total cost untuk kami berdua adalah lebih kurang begini :
Tol MEX : RM8
Minyak : RM20 (ni pun terlebih ni)
ERL (Putrajaya to KLIA) : RM24.80
Parking : RM14
Total : RM66.80
Jimat banyak sangat berbanding kalau kami amik KLIA Ekpress dari KL Sentral tu. Kalau itu, RM35/person. Pergi balik 2 orang pun dah RM140. Tak masuk teksi to n fro rumah lagi kan.

Okay, kat sini meh ai share cara2 lain nak ke KLIA/KLIA2. Bawak kereta sendiri - parking. Atau pun guna public transport.

ERL
Ini mmg pilihan utama kami lah kalau nak ke KLIA and vice versa. Rasa cam kofiden sket. Esp kalau naik MAS la kan. Sebab boleh check in sesiap kat kaunter situ. Termasuk lah check in luggage sekali.
Sekarang dah ada direct ke KLIA2. Jadi, mudah juga lah. Masa pergi Perth tu hari, first time kami naik ERL direct ke KLIA2. Tambang still sama dengan KLIA - RM35 seorang utk satu hala. [link : ERL]
Tapi ERL ni, waktu balik leceh sket kot. Ye lah, dulu kan last stop kat KLIA. Sekarang ada KLIA2. Jadi, dari KLIA2 tu dah penuh sesiap. Kalau kita dari KLIA tu mmg susah jugak lah. Tu hari yang masa aku naik tu, bila tiba kat KLIA, dah penuh giler jadi nya. Tu hari kerja tu. Kalau weekend dan cuti sekolah lagi lah penuh agaknya. Sesilap kena berdiri smpai KL Sentral pula. Ni kan ekpress. Aku rasa, kalau dari KLIA tu, naik yang berhenti2 tu lagi bagus kot.

Bas
Dulu masa naik flight kat LCCT, pernah lah juga naik bas. Dari KL Sentral ke LCCT. Sekarang pun ada bas dari KL Sentral ke KLIA2.
Kalau tak silap, dari KL ni ada 3 bas.
*Skybus : KL Sentral to KLIA2 (kalau naik Skybus boleh add on dengan tiket flight Air Asia - dapat murah sket kan) - [link : Skybus]
*Star Shuttle : Dari Puduraya. Tp tak pernah try. Tengok dalam web, dari Ipoh, Teluk Intan, Setiawan pun ada bas ni. Yang ni boleh ke KLIA atau KLIA2 [link : Star Shuttle]
*Aerobus : KL Sentral to KLIA2. RM10. Ke KLIA pun ada tapi naik tempat lain [link : Aerobus]

Parking di KLIA2
Kalau parking di KLIA2 mmg sah sah lah mahal. Takat ni kadar parking RM46 sehari. Tak tahu la esok2 kadar naik pulak. Best mmg best la kan. Mmg elok terletak je kat situ. Berbumbung apa semua. dan tak pikir apa dah. Terus je masuk terminal. [link : Parking KLIA2]
Kredit : Web KLIA2

Parking LTCP
Ni murah sket dari parking di KLIA2. RM32/day. Tp jauh sket dari airport. Then kena naik shuttle bus ke airport (free). Shuttle bus ni katanya ada 24jam and every 15minit. Tapi, ada yg kata bas tak tepat masa pun. Entah la kan. Tak pernah lagi try, jd aku tak berani nak komen apa. Kalau tak seperti yg dijanjikan, mmg kecewa lah kan. Masa nak ke Perth kami consider juga parking ni, tapi kira-kira dalam 6 hari kami tinggalkan kereta dah jadi RM192. Maka, kita abaikan je lah option ni. Huhu.
[link : LTCP]

Parking Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Parking kat TBS mmg murah. RM3/day. Cuma lepas tu kena naik bas/ERL ke airport (naik bas JetBus - harga RM10 [link : Jetbus]. Pun worth jugak kan [link : Parking TBS]. Kalau naik ERL mahal sket lah dari situ. RM26.50. Baik naik dari KL Sentral je kan.

Parking di Putrajaya Sentral
Ni baru discover. Dan mmg ini lah option paling ekonomi. Cara dia caj lain sket. Malam lain, siang lain caj dia. Dan yang menarik adalah - naik ERL ke KLIA/KLIA2 tambangnya RM6.20 sahaja. Jimat banyak kan.

Teksi
Yang ini aku tak berapa pasti berapa harga. Kalau tgk chart, dari area KL dalam RM85 [link : rate chart] Tapi, better confirm kan balik lah kan harga. Tapi lebih kurang itu lah kan. Atau boleh jugak try kat web ni. Masukkan kat mana area rumah kita, then calculate [link : taxi fare]
Biasanya, kalau naik ERL tu, kami akan ambik teksi lah balik rumah dari KL Sentral. Kalau naik kat KL Sentral dia cam teratur sket, sbb kita dah bayar sesiap kat kaunter kan. Kita bayar, dia bagi token je. So, selamat lah dari kena tipu harga ke apa. Itu aku konfiden. Ye, aku agak skeptikal sket kalau naik teksi ni. Huhu. Kat negara orang buleh rileks je kan. Tapi kat negara sendiri tak konfiden. Tah hapa hapa.
Tu hari dari KL Sentral ke rumah kami RM15.
*Sebab tu bila kira kira balik, sebenarnya sama lebih kurang je kalau bawa kereta dan parking kat memana parking tu.
Kalau naik ERL RM35x2 = RM70. Pergi balik 2 orang dah RM140. Tambah pulak tambang teksi pergi dan balik rumah dalam RM15sehala. Pergi balik RM30. Dah jadi RM170. Macam nak sama je dgn parking kereta.

Option lain -
Suruh member hantar, then bayar. Huhu.

2 October 2014

KLIA2, Buah Naga Dan Incik Krab

Last Saturday.
Jalan2 melawat kawasan.
Hihi.
Tak pernah lagi pergi KLIA2 nih.
Jadi, mari kita pergi. Memula plan cam nak naik bas.
Tapi bila pikir buat kiraan untung rugi, better lah naik kereta.



Oh. Begini rupanya KLIA2. Hihi.
Syok kan. Siap ada mall lagik. Banyak kedai kasut. Best kot.
Tapi, parking la hazab nak membayo. Aku parking dalam sejam lebih kot. Kena RM8.80. Tapi, guna Touch N Go sahaja. Hihi.

Lps tu, dah alang2 ke KLIA, mari lah kita mencarik incik krab.
Teringin pula nak meratah ketam.
Nak masak, malas. So, ke Bagan Lalang lah kita.

Jem sket masa kat pekan Sepang tu. Tp biasa kot situ. Kat simpang trafic lite nak pergi PD tu. Pastu skali lagi jem kat kawasan kg mana tah. Orang buat jalan.

Singgah beli ni jap.
Lama tak makan. Buat air sedap!

Lps tu teruskan misi mencari incik Krab.

Yey!
3 ekor incik krab masak pedas.
Pepahat cili telur.
And sotong goreng tepung.

Kedai biasa lah - Senandung Malam.
Giler ramai orang kedai nih.
Kiterang terus makan je dalam kul 6 tu. Lps tu mmg ramai. Bila dah habis makan, jalan2 tgk kedai lain, tak ramai pun. Semua orang suka kedai nih lah.

Tapi, mmg sedap pun. Pepahat n sotong mmg kedai ni win. Aku dah try 2,3 kedai lain area situ gak. Pepahat n sotong mmg kedai ni sedap.

Meratah sotong, ketam n pepahat.
Panas. Pastu berkipas tangan halau lalat lagi. Dulu tak byk sgt lalat ni. Musim agaknya.

Jadi, begitu lah.
Keluar rumah 11.30pagi.
Smpai rumah balik - 9.30malam.

Phew...

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign