Pages

6 February 2013

RM64.60 Punya Hal

Igt nak buat WW je. Tapi hangin punya pasal. Langgar pantang. Ada entry gini. Utk reference aku gak masa depan. 
Apa yang RM64.60? Cam biasa dengar je kan. Haaa... itu lah dia nyer... Astro la.. Astro punya hal.

Skali lagi aku hamukan puaka ke Astro.
Kemain RM64.60 punya hal smpai ber surat2 lawyer yer.

Pelik kan. Dari bulan 9 tahun 2012, smpai bulan 1, 2013, tak buleh nak trace kita, tup2 sampai surat lawyer. Lps tu tahu pulak call carik kita di mana. Selama tu, smpai 3 bulan tu, tak reti2 nak trace pulak.

Kisahnya begini.
Masa rumah lama aku guna yg 64.60 tu. Akaun tu mmg pakai nama abang aku, cuma bil nya di alamat ke ofis aku. Lps tu aku terminate bila aku nak pindah bulan 9 (silapnya, aku tak trace rekod aku call Astro utk terminate tu berapa haribulan. Rasa ada aku tulis kat somewhere. Tkpe nati carik). So, aku jugak dah update alamat (rumah baru) kalo ada apa2 hal derang nak hantar bil ke hapa. Kami pindah bulan 9. Dalam 7hb. Maka, start dari situ lah Astro dah tak pakai. Oke lah situ. Settle bab itu.

Then, smpai la bulan lepas- Januari 2013. Sampai surat lawyer. Yang dialamatkan ke rumah baru aku. Katanya ada bil tertunggak berjumlah RM64.60, perlu bayar dlm masa 14 hari dari tarikh surat yakni sblm 31 Jan. MyDH call Astro pada 29 Jan. Bagitau itu ini. Dah terminate segala. Aku suh laki aku tanya juga no telefon yg ada dalam rekod Astro. Tp ye lah, bila bukan kita yg berhubung, jadi communication tu mungkin ada 'lari' sket. Tak tahu apa kesudahan yg laki aku simpulkan bila dia berhubung dgn Astro. Call no ofis lawyer yang kononnya sila hubungi sekiranya terdapat keraguan berhubung perkara ini, pun tak dapat.

Dalam pada dingdong dari hujung Januari tu, tetiba hari ni tadi, kak ipar aku call. Dia kata org Astro call bagitau ada akaun tertunggak RM64.60 atas nama abg aku. Phew... laki aku kata jgn bagitau abg aku dulu hal ni. Dalam pada taknak bagitahu derang call rumah. 

Woho! Ini mmg mendatangkan hangin. Mmg tak buleh harapkan suami ku yg lemah berlembut tu lah. Ha.. mari sini..... mmg nak kena nih.

Terus aku call. Aku terus je mintak cust service tu check no akaun. Aku tanya apa masalah nya ni. Selama ni  tak pandai pulak nak call, tup2 hari ni smpai trace ke no kampung apa kes? Aku tanya no apa yg ada. Siap dia kata tak buleh nak bagi tahu.. ini mmg confidential. Ada 2 no katanya. Rumah n ofis. Aku pun sebut la no rumah tu - betul no rumah yg kat kg. Satu lagi no ofis, aku sebut no ofis aku dia kata bukan. Oh. Aku mintak no tu jenuh2 dia tak bagi. Ya Allah hai... aku siap bagi no IC, nama penuh seme dah. Takkan la aku nak jual no tu. Mmg bebtul s.u.c.k! Oh. Kalo kita yang nak tahu nombor mmg payah nak bagi. Sulit la apa la. Tp kalo dia dapat no kita, tak kira la Astro ke Celcom ke Digi ke Umobile ke apa ke, ha.. merata no kita, org insurans tau la, org kad kredit lah apa lah. 

Tapi, lagi ko buat camtu, lagi la ko kena kan. Aku bukan masalah RM64.60 tu, yg aku masalah kan mengapa ko tak cuba trace utk bagitahu ada tertunggak tu. Dan knpa skrg baru tau nak call ke kampung hapa semua. Dan hari tu, laki aku ada call tu kenapa dia tak update no tipon laki aku. 

Dan aku nak tahu kenapa Astro tak buleh nak terminate service dia ikut mana yg kita tak pakai dah. Kira pro-rate. Tp mmg tak la kan. Mustahil lah dia nak rugi. Harus dia nak untung. Kira, walo aku tak pakai dah berkuatkuasa 7 Sept tu, tapi mmg kena bayar full hingga biling date iaitu pada 19hb. Maknanya dalam 12 hari aku tak pakai tu Astro dah untung RM25.84. Derang guna sistem. Suppose dia buleh detect kita dah tak guna service tu. Kata pakai smart card. Takkan sistem tak buleh detect kan. 

Jadi, dalam pada marah2 tu aku tanya jugak cemana cara sebenar nak terminate ni. Aku bagitahu akaun yg aku guna skrg ni. Jadi, dia pun cerita2. Panjang cerita pun tak guna, aku kata suppose 1 month notice la kan. Takk... dia citer pjg2 lagik. Sudahnya aku yg simple kan. Dan aku kata, mmg 1 month notice la. Yg dia g citer2 panjang buat apa. Katakan kita nak terminate bulan Mac, biling date 19hb. Jadi, jgn lah ko call 20hb Feb kata nak terminate bulan Mac (1 Mac ke apa) sbb biling bulan Mac tu dia dah buat. Maka, notis lah dia bulan Jan/awal Feb. Kalo kita dah buat, tapi dia kata masih ada tunggakan lagi, ha, boleh la kita pula hantar surat lawyer ke dia. Dia tau dia nyer surat lawyer je. Aku cakap aku pun buat keja hantar surat lawyer ni, tp biasa didahulukan dgn surat peringatan dulu dari sykt tu sendiri kalo ada orang tak bayar hutang. Misti dia ingat aku tipu la tu. Heh! Mari sini check. Dah mmg dulu uruskan hal sewaan, antara keja aku pun kutip hutang, deal legal matters bagai. Salunya sebelum kuar Letter of Demand (LOD) dari lawyer, kami akan kuarkan surat peringatan. Bagi tempoh 30 hari utk jelaskan. Ataupun call by phone. If not, baru la LOD kuar. Ini tau2 surat lawyer. 

Aku tanya jugak ni aku bayar terus ni apa jaminan dia takkan kacau, call, surat mahkamah, surat lawyer, hakim peguam segala. Dia kata takde dah. Aku kata, aku taknak call2 dah lps ni. Aku tau, aku bayar thro maybank2u hari ni, bil tu settle. Katanya amik masa 3 hari bekerja pulak. Pulak... Lantak kau lah, amik la berapa hari pun, tp kalo ko call lagi abang aku, call lagi rumah kampung aku, call lagi aku, kata aku ada tunggakan lagi, mmg aku terminate SuperPack skrg tu. Lantak la langgar kontrak pun. 

Sekarang ni aku berdoa agar ada syarikat yg jadi pesaing Astro ni supaya tidak sewenang-wenangnya buat customer camni. Oh. Aku nak emel pada CFM juga. 

Cuma, aku nak dpt kan balik rekod aku call utk terminate tu bila. Itu paling penting dalam setiap urusan.

Utk adik cust service yg nama Hamizah tu - akak minta maaf yer.. biasa lah.. kerja cust service mmg lah kena hadap dan telan cust yg hamukan puaka cam haku ni kan. Abis.. dah sykt ko telan dkt nak RM30 gitu ja.. harus la kena telan ni seme. Sabo yer.. kalo tak sabo juga pasni meh mintak keja kat ofis akak ni ha.. :P

Ho. Terima kasih pada yg membaca sehingga ke perenggan ini. Elok skip ja entry ni kerana ini hanya entry aku nak buat reference kemudian hari. Dan utk itu- disable comment :)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign