Pages

13 February 2013

Edisi Cuti 4 Hari : Masak - Masak

Ini la orangnya yg jarang masak. Sekali dia masak, berkokok kat instagram FB bagai kan. Muahaha. Maafkan  beliau..bagi laluan yer. Kalo tak entah bila lagi nak masaknya. Haha.

Pagi Sabtu. Semangat uols g pasau yang last aku pegi pun aku dah takde ingat bila. Haha.
Beli ketam. Beli sotong. Beli ikan. Beli sayur. Dan. Beli buah.
Lps tu nak beli bawang. Tak suka beli bawang kat pasar. 
Zuppp.... terus g Tesco. Naseb la yer. Gi Tesco pkai track je. Tak mengapa. Pagi. Orang tak kesah pun. Hoho.
Situ beli ayam lak. Ngan bawang (tp rasa cam beli ini je, yg berabis smpai 70 apa kes?) Hei.. menyampah sampah tau jadinya. Udah le barang kat pasau pun rega cam nak pitam. Ikan sardin sekilo RM9. Apakah?? Mujo aku makan berdua ja. 5 eko ja beli. RM6. Mentang la cuti perayaan kan. Mmg kaw kaw rega barang kat pasar. Sayur cendawan yg pek kecik ada 6,7 helai tu pun dah singgit setgh. Haih. Tapi aku suka je gi pasar. Sbb aku buleh tau rega barang2 ni mengikut pasaran. So, bila beli lauk yang dah siap masak cam kat kafe tu kita boleh la agak menda tu reasonable or not. Sbb tu kalo aku tingin makan ketam mmg jarang amat mat mat aku beli dah siap masak. Sbb aku tau, mmg aku akan rasa mahal. Better beli kat pasar then masak sendiri. Itu pun sekilo dah RM20. Aku beli 2 eko ja-RM16. So, ko tau la kan mengapa org jual ketam tu RM10 seekor kalo dah masak. Jadi, baik beli dan masak sendiri. Puas pun puas makan. 

Jadi, hari Sabtu malam baru masak. Sbb petang tu gi Jalan TAR jap. Tghari tak makan sbb late breakfast kat Tesco. G Jakel jap. Plannya nak gi anta tempah baju skali. Tp da lewat plak. Tkpe. Next week. Jadi, balik tu baru masak.
Ketam goreng cili ngan telur (carik resipi..terjumpa blog sendiri. Muahaha), ikan sardin goreng, sup cendawan (skali masak abis sepeket tu. Mmg tak banyak).

Seterusnya ari Ahad.
Sambal sotong (myDH kata next time buat pekat sket kuahnya. Baeekkkk...). Daging yang entah bila ada dlm freezer tu. Rasa mak bagi masa raya haji dulu kot. Muahahah. Buat masak kicap (eh...1st time rasa daging kicap ni menjadi. Selalu ntah apa rasa dia) then sayur campur sos tiram. Simple. Late lunch. Lps makan terus ke umah mentua lak.

Isnin - takde. Gi beronggeng. Balik makan megi goreng ja. Tiada gambar diambil.

Selasa. Late lunch jugak. Sbb pagi dah breakfast nasik lemak. Padahal dah plan nak buat mihun pagi tu. Tapi cam... aha.. tu malas la tu. Ahaha.. jadi myDH beli je lah breakfast.
Sotong goreng tepung, ayam masak merah (req by myDH) and goreng sawi n tauge.
Angin kuat sesangat time masak ni. Tak buleh langsung nak masak kat luar. Terpaksa masak kat dalam. Dan hasilnya sotong tu macam ter liat. Haaa.... patut masak guna dapo gas baru dia tak keras camtu. Tapi tu lah.. dapo gas kat luar, angin kuat..lagi lambat masaknya. Mmg stok angin bunyi keta lumba F1 lah petang tu. Kuat giler. Kalo malam harus scary dah. Tapi oke ja sotong tu..habis gak di telan. Muahaha.

Jadi, begitu lah hari2 cuti saya. Datang roh memasak ni tak buleh ditahan-tahan. Ikut kan ja. Lagipun lama sgt tak masak camni. Takkan hari cuti panjang, yg tk buat apa-apa, yg tak pegi memana pun nak makan kat luar/beli kan.. sesekali, masak la utk suami.. puas hati tgk dia makan apa yg kita hidangkan. Cewah..! Poyo! Ini semua poooyoooo!!

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign