Pages

14 February 2013

KSU Deco : 2nd Stage

Kat sidebar aku dah buat tajuk khas utk KSU Deco KSU Reno.

Napaknya entry utk KSU Reno lagi byk since mmg sblm ni aku tumpukan renovate rumah tu. Deco deco masih tak banyak lagi.
So, dah masuk new year ni, aku rasa aku perlu start balik usaha men deco deco mansion atas kayangan aku yg sekangkang kera itu. Kira 2nd stage lah kan.

Itu hari dah tempek segala jam frame seme. Tu pun satu hal. Oleh kerana (ceaa.. cam ayat buku kauu...) kami dibenarkan utk mendrill hanya dari Isnin - Jumaat sehingga jam 5pm sahaja. Sabtu tu pun kalo ikutkan half day je, tp kami buat ja smpai petang, maka, mmg xtvt nak men drill amatlah limited. Mana masa?

Skrg tgh berpikir2 apa lagi aku buleh deco dgn ruang yg terhad itu.
Memula kat ruang dapo. Actually (cea.. buleh pun eja bebtul. Selalu tu ekceli..ekceli). Oke, actually aku plan nak tempek mirror kat dinding. Bukan la keseluruhan nak taruk cermin. Hanya dpn hob tu saja. Jadi, sbb tu lah aku ke Ikea tu. Beli ini. Byk pilihan. Haih. Tak tahu nak pilih mana satu. Haih. Ini pun myDH cam dah jeling2. Haih. Hahahah. Oke la kut kan. Buleh susun2 ikut kekretipan memasing. 
Maaf. Kelihatan orang buncit-tapi-bukan-mengandung
di dalam biasan kaca itu.

Lps tu dah la tu kut kat dapo. Tp retu masa beli window dressing, aku dah beli gak something yg nak letak kat pintu dapo (bukan pintu sgt pun - cam ruang antara dapur n hall). Apa ke namanya. Yang jurai jurai lembut tu. Tapi retu masa suh org yg pasang langsir tu buatkan dia kata tak buleh. Jadi, aku perlu kretipkan palahotak ni napaknya utk membubuh gak mendalah tu. Rugi la woi dah beli.

Kemudian. Ruang menonton. Cea... bahasa majalah Apartment sgt nih. Sebenarnya ada project tak siap di situ. Aku ada beli 3D Board utk di DIY kan. Yang begini. Beli masa homedec ke apa last year. Lama sgt dah smpai tp aku tak sentuh langsung. Nak cat lagi bagai kan. Tak cat pun takpe. Tp rasanya kalo cat lagi cantik.
kredit : here
Tp aku mendapat idea lain. Ting! (muka cam budak kecik iklan susu nak beli roti tu)
Iaitu, buat panel dan tempek atas panel tu.
Tapi.... sapa lak aku nak suh buat ni... hurm..tgk lah nati. Kalo tak, board tu terus buleh tempek atas dinding. Tapi sayang plak rasanya.

Lagi. Langsir. Ada kat akak ipar aku. Belum siap. Tak mengapa. Aku beli je lain dan tempah terus lah. Tengok kat Nilai tu katanya dlm 1jam buleh siap. Ada benarkah itu? Nati pas HKK buleh try p tgk. Sbb target aku, utk deco deco ni aku nak settle kan before hari raya tahun ni. Insyaallah, kalo ada rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah. Almaklum la, ini kan raya pertama di mansion sendiri. Eh. Macam la beraya di situ kan hari raya pertama tu kan. Mmg tak la kan.

Dan lelain lagi. Haha. Malas nak tulis dah. Jadi, skang ni mari kita cari cari dan pikir pikir apa lagi nak dibuat.  Utk itu, keinginan melebihi keperluan pada budak taichi sudah tidak masuk dalam senarai. Deco rumah lagi best kot. Haha.

p/s : Tiada anak kan.. begini lah. Menumpahkan kasih pada rumah sendiri lah. Lain lah ada anak yg boleh di deco deco kan. Yer. Aku sebak bila memikirkannya :(

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign