Pages

14 February 2013

Edisi Novel : Teduhan Kasih

Teduhan Kasih.
Buku yang paling latest aku beli dan paling sekejapan aku dah habiskan.
My comment??


Beli masa Pesta Buku 1Malaysia tu hari.
Katanya akan masuk slot Akasia ya. Oke, mari review jap.

Kenapa aku suka? Sbb dalam novel ni heroinnya digambarkan sebagai wanita yg kuat. Aku tak suka watak wanita cengeng, watak wanita lemah, asik menangis mengenang nasib. Tu mmg aku tak suka, baik drama mahupun novel. Dlm novel ni mmg ada la heroin dia tu suka menangis. Tp dia tak mudah menyerah kalah pada nasibnya. Tu aku suka tu.

Watak utama Ehsan dan Iffa. Iffa ni diceraikan suaminya - Ryzal; masa dia baru dpt tahu dia pregnant. Dia dah 5 tahun kawen tapi takde anak. Dah pregnant kena cerai plak. Owh.. aku buleh merasakan perasaan itu. Ceaa.. tetiba. Pulak tu suami dia kawen dgn kawan baik dia pulak. Kesian sungguh. Mak mertua pun tak suka. Mak ayah pun dah meninggal. Yg ada mak tiri yg kejam. Tinggallah sebatang kara. Mujo ada Ehsan yg membantu. 

Lagi aku suka, sbb citer ni cam nak bagi debaran je. Dgn watak2 tambahan cam Ayu (kawan baik yg kawen dgn bekas suami), Nurlisa, kakLong. Saja cam nak bagi kita cam rasa alaa...jangan la dia ada masalah lagi dgn Ayu, jangan la dia terjumpa Nurlisa. Ha.. begitu. Buat kita tak sabar nak tau apa seterusnya. Dan kerana itu lah aku buleh settle dalam masa 2 hari masa cuti tu ari. Hihi. Penangan betul.

Ending pun bes. Memasing dapat balasan. Mak tiri yg kejam kaki kena potong, Ayu jadi gile, Ryzal lak xciden. Eh. Aku dah potong stim kah?? Muahahahha.

Bagi aku bes. Bagi korang tatau lah. Aku ni kan pelik2. Kadang org suka, aku tak suka (contoh citer Nurkasih tu kan). Dan akan ada drama katanya. Antara pelakonnya adalah Adi Putra. Masa kat pesta buku tu pun derang dah promote dah. Selain novel ni, ada lagi novel Karyaseni ni yg akan didramakan.
kredit :EDTV

Rasa sapa jadi Iffa? Harus la Nabila kan. Ayu tu Sherry tu lah. Ehsan?? Shah Iskandar la. Ke dia jadi Ryzal. Tak sajak... kalo ikut novel Ehsan tu cam Shah Iskandar. Bes jugak.
Kena tgk la kalo ada kat tv nanti :)

p/s :  Biasa ler.. orang takde anak ni kan.. buleh la baca novel settle 2 hari ja.. Tapi.. ada gak orang takde anak yg tak suka baca novel (pandang Zana n Eida). Hikhik. Dan ada juga ibu ibu yg minat baca novel dan kumpul novel (pandang Izan Cikmot - dah habis baca novel ni Izan?? Bes?? Hiwhiwhiw)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign