Pages

25 June 2015

Puasa Day 1 - Day 7

Puasa tahun ni, hajat hati konon macam tak mo lah pi jaja gambar masakan sebelum berbuka kat IG. Tapi, tak boleh jugak.  Kadang update, kadang tak.
Takpe lah. Meh kita share apa ai masak untuk berbuka (dan sahur) 1st week Ramadhan ni yerp.


Daging masak kicap.

Ini untuk sahur hari pertama - hari Khamis tu.
Masak sedari malam. Pagi tu panaskan je.
Simple sangat daging masak kicap ni. Ai mmg sker daging kicap pekat2 camni.
Tak suka jenis berkuah tu.
Cara dia :
Blend bawang besar, bawang putih, halia. Tumiskan. Masuklah bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih (taknak pun takpe). Pastu masuk cili blender. Masakkan seketika, masuk kicap pekat, kicap manis, sos tiram. Kalau nampak pekat sangat, tambah air. Masuk daging. Biar sampai daging empuk. Letak garam, gula sesedap rasa (sbb kicap tu dah ada rasa masin n manis).

Kalau malas nak tunggu daging empuk lama sgt, beli lah bahagian "daging lembut" atau kalau nak lagi best bahagian "batang pinang". Aku selalu beli daging kat pasar tani dan beli bahagian daging lembut tu ja. Lembut, senang empuk dan still rasa fresh.

Seterusnya buka puasa hari pertama.
Malas nak masak beria. Ku masak bihun goreng ja.
Iftar Day 1 (Khamis 18.6.2015)

Buka puasa hari kedua.
Malas masak. Beli nasi kerabu. Dan kuih muih.
Ku pangkah dah ni. Kuih melampau mahal.
Agar2 tu alahai. Malas nak kata lah. Dulu 5 RM2 besar lah gak. Boleh potong dua. Now, 6 RM2 tapi sedeyhhh. Popia 70sen. Memang pangkah.

Iftar Day 2 (Jumaat 19.6.2015)
Buka puasa hari ketiga.
Kemain masak nasi tomato bagai.
Tapi, kali ni ai buat puree tomato sendiri. Nanti bebilah ai share resepi buat tomato puree ni.
Pastu buat puding jagung. Ha. Puas makan. Takyah nak merungut kecik la apa la.
Lama dah tak buat puding jagung ni. Bukan apa, malas nak kacau bila dia dah sampai tahap likat tu. Pastu nak basuh periuk dia pun payah jugak.
But, now aku try guna induction cooker, set kan agak slow kepanasan dia, pastu guna corningware. Takde lah teruk sgt nak kacau since kepanasan sekata tak macam dapur gas, pastu senang nak cuci guna corningware. Bagus. Berbaloi beli.


Iftar Day 3 (Sabtu - 20.6.2015)
Buka puasa keempat.
Ketam cili bertelur, petola tumis air, daging goreng kunyit. Tapi ketam tak berapa fresh. Tak sedap jadinya. Tapi,buleh ja makan. Rezeki Allah. Alhamdulillah :)
Pagi tu pergi pasar tani, jadi terus beli kuih frozen.
Goreng otak otak frozen. Sedap.

Iftar Day 4 (Ahad - 21.6.2015)

Buka puasa kelima.
Simple. 
Cencaru sumbat, sup sawi.
Kuih - karipap frozen. Pun beli dari pasar tani. Puas hati sbb isi penuh padat.

Iftar Day 5 (Isnin - 22.6.2015)

Buka puasa keenam.
Kobis masak lemak, ikan kembong bakar.
Ada murtabak. Ada orang bagi ke MyDH.
Now, ofis kiterang ada buka bazar gak jual jual makanan berbuka ni.
So, ada la jual lauk, kuih, murtabak.
Rajin la bebudak seunit aku ni turun. Tapi, aku cam biasa. Malas. Kang turun jadi taktau nak beli apa.
Better balik rumah dan masak. Sementara rajin ni kannnn....

Iftar Day 6 (Selasa - 23.6.2015)
Buka puasa ketujuh.
Nasi lomak buah bidara, daun selasih ku lurut kan.
Gitu.
Up dengan ayam goreng serai. Kuih frozen otak otak.
Simple. Dan sonang.

Iftar Day 7 (Rabu - 24.6.2015)
Jadi, begitu lah masakan dan menu buka puasa untuk minggu pertama. Kot buleh dapat idea kat uols utk buat menu iftar kan.

Seminggu dah berlalu. Ada lagi 3 minggu di bulan yang mulia ini.
Moga kita makin istiqamah dalam memperbaiki amalan kita di bulan Ramadhan ini sehingga lah bulan seterusnya.

4 juta komen

rajinnye kekda masak..kite nie tak mampu nak masak ari-ari..

mak aih...0.70 sen sebiji popia? mahai sungguh...
mmg berbaloi la buat kuih sendiri or beli frozen je kan reen...

Wah, baru perasan menu berbuka Yani sepanjang minggu ni takde ikan la! Kena gi beli kat pasar hujung minggu ni nampaknya...

akak ketam telur bercili tuuu nyummy..tak pernah try buat lagik..takder resepi ke kak? guna telur masin ker?

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign