Pages

20 June 2015

Panduan Membeli Dress

Hehe. Tajuk takde kaitan ngan entry sebenarnya.
Taktau nak buh tajuk apa. Hehe.
Takde aih orang nak berpandu pandu if nak beli dress nih.

Panduannya - beli ikut saiz, sudehh.

Takde lah kan. Tergolong dalam saiz katik mmg lah sukar nak beli dress/jubah homemade ready made nih. Okay. Takmo lah sebut katik kan. Cam sadis nau. Teringat ayam katik.
kredit : mykeledek.com. Pinjam ye mykeledek.
Okay, kita sebut bahasa international sket lah - golongan petite.
Payah weh nak carik dress/jubah yang sesuai.
Kalau kat Msia mmg aku tak pernah jumpa lah.
Semua kena alter bahagian kaki.
Harus. Kena. Mmg byk inci lah kena buang.
Rata-rata dress esp dress ala ala muslimah dress mmg start 56inch ke atas.

Tu berkaitan dgn labuh.
Tak kira lagi lebar dia.
Kadang saiz S pun aku tak buleh pakai. Kena XS.
Tapi, kat Madinah / Mekah, beli jubah saiz S, mmg just nice je dgn ketinggian aku.
Ha.. tu nak kata aku beli saiz kekanak lah tu.
No yer. Ini saiz dewasa.
Mmg saiz S tak perlu lagi nak alter labuhnya.
Just nice.

Orait. Selingan. Meh kita tempek shopping tips golongan petite. Mana yg mematuhi syariat sebagai muslimah, kita ikut. Yang tak patuh, jangan ikut. Gitew.

Itu berkaitan saiz.
Satu lagi berkaitan dress/jubah ni adalah harga.
Rata rata mmg atas 100.
Aku mmg minat dress. Jadi, mmg byk dah la aku beli. Dari yang online seller biasa, Lazada, Poplook sampai lah beli masa Vendeur Festival VF kat Matrade tu ari.

Dan cam biasa, semua tu kena alter. Hantar kedai RM8 sepasang nak alter.
Biasanya ai bwk blk kg dan suh kak ipar alter. Tp kena bersabar lah sket since kena tggu balik kg - alter - baru buleh melaram kan.
Kalau atas 100 tu kain sedap, aku mmg no hal.

Aku pernah beli kat VF. Online seller juga dia ni. Lupa dah apa ntah nama nya. Tapi, jenis fabrik, lace dia gunakan mmg aku rasa berbaloi. And yes, mmg itu dress favourite aku. Ada skali tu aku dah pakai, pastu basuh, pastu nxt weeknya ada kenduri aku pakai lagi. Then myDH tegur - eh, bkn baru ke pakai baju ni. Sedap. Kain jenis satin berat. Jatuh je. Pastu tebal. Tapi tak panas. Banyak kali dah aku bawak utk kenduri. Takde la rasa rengsa apa. Memang sedap.
Satu lagi sbb kain dia agak tebal, takde la nampak underware line sgt (tapi, harus kena pakai kain di dalam ya.. any dress pun jangan tak pakai kain dalam). 

Dress dia simple je. Plain, tapi dia tambah lace kat tepi, dari atas sampai bawah . Then kat tangan dari bahu smpai ke hujung (lace tu aku tanya kak ipar aku, sbb dia menjahit gak, dia kata mahal jugak lace tu, itu yang aku rasa mmg berbaloi dress tu).
Masa tu tak silap dia letak 140, tp dapat 120 camtu lah. Aku suka.
Nak tunjuk gambar tak tahu mana aku letak gmbr masa pakai dress tu. 

Pernah beli gak dress yg amik saiz. Custom made katanya. Mmg harga 170 camtu lah. Ke 150. Sekali sampai sedih tgk kainnya. Rasa cam nak nangis ja. Pastu pulak still labuh.
Tak lama pastu pergi Kenanga. Ku tgk melambak baju paten ala ala gitu yg jual murah2 ja. Tak sampai seratus pun. 50 je kot. Aku dah cam.. eh, dia ni beli baju kat sini pastu alter ke cemna nih. Huwaaa.. sedih banget. Mmg takde dah la aku nak beli kalau camtu.

Moralnya, kalau nak beli dress better pergi tgk secara fizikal.
Mana yang ada butik, pergi je terus butik dia.
Bila tgk tahu lah kain tu jenis cemana. Jatuh ke. Fabrik takat2 jual murah2 kat Nagoya Jakel tu ke. Aku dah serik. No more lah beli terus online walau aku selalu rasa macam cantiknya la hai. Only if below than 100 mungkin consider. Tu pun tak berapa nak percaya jugak.

Nak tempah dress pun satu hal juga.
Tempat yg biasa aku tempah baju kat Medan Mara tu tak buat plak dress.
Tapi, nampak sebelah kedai dia ada buat.
Nanti nak tnya.
Aku ada sepasang lagi kain tak buat baju.
Ingat nak buat dress. 
Kalau tak tanya kat Medan Mara tu, nak tanya kat tailor yg biasa aku hantar kat Kuala Kangsar tu je. Auntie tu pun jahit cantik. Aku mmg dah berpuluh tahun hantar baju kat dia. Even baju raya tahun ni kat dia. Aku mmg serasi dgn dia. Tapi, mak selalu cam bebising, sbb dia amik harga macam harga tailor kat Medan Mara KL nih. Muhehehe.

Jadi, mmg itu lah masalahnya org petite ni kan.
Masalah negara. Rasa nak bukak butik jual baju orang petite je. Hihi.
Tapi, yg best satu je lah. If baju ala ala korea kpop tu mmg sesuai kat orang petite.

Teringat ada skali tu mmbr aku duk kirim jugak baju ala ala kpop ni bila dia tgk aku beli.
Skali tak muat kt dia. Tu lah... aku dah cakap dah.. baju ni seme kekecik. Even ko biasa pakai S pun kena ambik one size bigger supaya sesuai dgn kita yg bertudung nih. Ni tak.. ambik juga saiz S. Kannn.

Tapi, dah kertu ni sesuai lagi ke nak berpakaian kpop bagai.
 *berjalan perlahan sambil angkat dress yang labuh dan nyanyi lagu gwiyomi..gwiyomi..

1 juta komen:

huhuhu... part potong kaki memang betui, x pernah x kena potong...

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign