Pages

9 June 2015

Makan Makan : Mr Kabab & Biryani Cyberjaya

Tetiba makan nasi arab uolsss.
Hehehe.
Sebenarnya aiols tak berapa minat nasik arab.
Sebelum ni selalu la gak orang bagi nasi arab Saba tu (mmg makan bila orang bagi/ belanja je lah. Sbb nak gi makan sendiri mmg tak akan). Tapi, sbb tak suka agaknya, ai rasa biasa2 je nasi arab ni.

Tup tup, masa umrah tu ari, dijamu pula nasi arab dalam dulang makan 5 orang.
Masa tu tak tahu lah sebab lapar ke atau mmg sebab nasik tu sedap. Rasa macam kenikmatan lah pulak makan nasi arab berlauk ayam bakar dan ikan digoreng panas panas ni.

Gambar ulang tayang. 


2x pihak Andalusia bagi makan ni sebenarnya. Kedua-duanya di Wadi Qudaid. Sekali on d way ke Madinah. Dan sekali lagi masa nak balik, on d way ke Jeddah. Dan yang ke Madinah tu mmg sedap.

Bila balik sini, rasa nak carik yang sama macam ni. Yang ada cili. Yang letak ikan seketul. Yang letak ayam.
Tapi tak tahu nak carik kat mana. Dah kata bukan kaki pemakan nasi arab kan.
Tapi, entah cemna satu hari terjumpa orang tunjuk gambar ikan dan nasik arab. Dan presentation sama macam makan kat Wadi Qudaid.
Dan terus google di manakah gerangan tempatnya.
Yayyy...! Terus gumbira dan rasa harus pergi.
Tapi, tapi, tapi, takkan pergi berdua. Mustahil makan sedulang berdua. Kalau makan sepinggan sorang, dgn portion nasik arab ni mmg tak terhabis. Itu kompom.
So, myDH kata nanti nanti kita pergi.

Dan kebetulan abg aku n famili datang.
Jadi, tanpa berlengah terus ajak ke sana. Pergi Ahad malam tu ari. Lepas maghrib zas terus gerak ke Cyberjaya. Wah. Kemain jauh nau nak makan nasik arab macam kan kat area KL takde. 
Hihi.
5 orang pun buleh lah. 
Tapi, just nice kalau 6 orang makan nih.
Kami amik family set yang mix. Ada semua. Ikan, kambing, ayam.
Cili tu best! Pedas. Rangup je bila kunyah. Huhu.


Pastu abgcik top up roll kebab ke apa ntah nama nya. Lupa dah. Lamb and chicken. 
Pastu tak abis. Ai dah warning awal2. Tapi akak ipar and abang ai kata takpe. Kesudahannya tapau bawak balik.
Tapi, sedap lah weh mendalah ni. Sos dia sedap. Bawak balik, masuk peti ais and esuknya bawak ke ofis. Pun dia nyer kulit tu masih lembut.

Pastu order jus mangga.
Pekat likat sungguh la. Waiter tu bagitahu buleh order satu jag. Jadi, datang satu jag untuk 5 orang. Tanpa ais. Biasa kedai tomyam apa ni kalau kita mintak jug dtg dgn ais dalam jug tu. Ni tak. Dia bagi cawan ngan ais. So, mmg la banyak jus mangga dalam jug tu. Dah la likat. Fuh. Jenuh gak nak abiskan. Takde pulak gambar air tu close up.

Utk 5 orang makan setalam tu, dgn 2 jenis roll and air jus mangga tu dalam $28 sorang (termasuk GST). Kira okay lah kan. Sbb kenyang nya sampai esuk paginya pun tak breakfast lah. Hehe. 
Environment  pun okay. Parking pun senang. Makanan pun cepat je sampai. Takde la nunggu lama nau.



Okeh. Bagi ai, buleh repeat.
Kedai ni ada di Putrajaya jugak.
But we prefer kat Cyberjaya nih. Mmg berpusing gak ah nak mencari kedai ni. Maklum lah. Weols kan orang keyell. Ceh! Haha. Tapi, mmg bertahun dah kot aku tak jejak cyber nih. Dedulu zaman memuda ada lah dating2 sampai ke sini. Muehehe.
Landmark dia - berhampiran bangunan Mustapha Kamal. Pastu sederet ngan kedai Sedap Songoti. 
Lokasinya : 

Meh ai tulis balik address di Cyberjaya ni.
Mr Kabab & Biryani
93-G, Blok L, Biz Avenue 2 Neocyber, 
Lingkaran Cyber Point Barat,
63000 Cyberjaya.

Ai tak tahu, if ada kedai nasi arab yang lagi better than this.
Do tell me if ada kedai yang presentationnya macam kat Wadi Qudaid tu.
Dan rasa dia pun macam kat situ (for those yang dah pernah makan lah).
Ai nak try.
Takmo jenis nasi arab yang ala ala ke-Malaysia-nan. Hihi.

3 juta komen

rin memang suka snagat nasi arab..tp jrg dpt makan..huhu
klau dtg cyberjaya buleh la terjah sini...

alahai....sedapnyaaaaaaa...



Singgah Blogwalking....:)

nak mudahkan kerja rumah?Jom baca ni:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/06/basic-h-membantu-memudahkan-kerja-ibu.html?showComment=1433744253588#c6972630485172196856

kedai feveret abah saya ni hehe.. tp slalu pi yg kt putrajaya presint15
pasni kekda cuba try aroma hijrah plak la.. yg chefnya chef ammar tu.. masak dgn iman heheh

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign