Pages

8 June 2015

Gempa Bumi Sabah : Al Fatihah & Takziah

Agak follow "rapat" perkembangan gempa bumi ni. Kebetulan kami se famili merancang percutian keluarga akhir tahun ni ke Sabah (Kundasang dan KK). Persediaan macam nak carik tempat penginapan, contact pakej2, orang sewa van apa seme, pun aku dah mula (yerp, me lah yang buat, al maklum lah, depa kata me yang biasa travel2 ni kan).
Now, dah tak tahu nak pergi ke tak. Or else terpaksa tukar lah kot tempat percutian. Mana pula ya..??

Okeh, back to da story.
Mula masa dapat berita tu pagi Jumaat memang lah terkejut. Tapi, tidak lah membayangkan yang teruk sangat.

Tapi, bila dah baca ada mangsa meninggal apa seme terus cam rasa nak tahu je apa perkembangan terkini. Berita kat tv tak banyak sangat. So, kita baca la kat memana sumber yang boleh dipercayai (tak termasuk FB sbb ai masih deactivate FB).

Sedih tgk anak2 dari Singapore tu kan.
Paling banyak mangsa dari sana.
Kalau tak silap masa tu depa buat aktiviti via ferrata tu. Kalau ditengok dari tali merah yang terikat tu mmg depa tgh buat aktiviti tu lah.
Sebelum ni aku tau gitu2 je via ferrata ni. Takde la rasa nak ambik tahu pun.
Masa gi Kinabalu Park (bercuti di Kundasang year 2010 dulu) ada lah tgk pamphlet dia. Tengok macam best. Tapi gayat wehhh.. 

WHAT IS VIA FERRATA?
A via ferrata (or ‘iron road’ in Italian, plural via ferrate) is a protected mountain pathway consisting of a series of rungs, rails, cables and bridges embracing the rock face. It allows access to scenic sections of the mountains that are typically available only to rock climbers and mountaineers.

The excitement, scenic beauty and personal conquest you will experience on a via ferrata is guaranteed to give you an invigorating nostalgic experience for years to come.There are more than 300 via ferrata routes around the world predominantly in Italy, Germany, France, Austria, Slovenia, Switzerland and Spain, and a few places in the United States and Canada.
The world’s highest via ferrata, Mountain Torq - which also happens to be Asia’s first - can now be found on Mt Kinabalu in Malaysian Borneo.
kredit [amazing borneo]

Tertinggi di dunia katanya. Ya ampun.. Iyer, hanya orang berani dan tak gayat je yang buleh buat mendalah ni. Kredit gambar Amazing Borneo


Dekat web ni [kredit web : mount kinabalu borneo], ada gambar laluan dia. Dan pilih pakej laluan mana kita nak. Ha.. gitu.. Laluan paling panjang C ke A. 


Itu lah orang kata malang tak berbau kan. Tak terbayang rasanya saat kita tersangkut, tetiba batu bergolek jatuh. Tak terbayang lah perasaan mereka masa tu. Pulak tu kanak-kanak sekolah yang banyak tu. Sedihnya. Tak dapat berbuat apa apa. Tahu je lah nak bukak menda tu bukan senang. Panik. Allahu.

Masih terikat dengan tali tu kan. Ya Allah.. 

Lepas follow cerita ni gak, baru aku google blog2 orang yang pernah daki Kinabalu ni. Baru lah tahu serba sedikit flow dia. Sebelum ni tak pernah nak minat pun baca sbb takde pun keazaman ke wish list ke nak panjat gunung Kinabalu ni. Tidak la kata aku ni jenis indoor punya orang. Suka lah gak menda challenging nih. Tapi, membayangkan aku nak panjat bukit nak naik ke canopy walk (di Poring dan di FRIM) tu pun dah semput nak pitam, lagi mau nak daki gunung tinggi camni. 

Tapi, bila baca kisah orang pi daki Kinabalu ni best lah pulak. Rasa cam apsal lah dulu aku takde terfikir nak daki kan. Nampak cam takde la sukar sangat. Cuma kena fit dan ada persediaan rapi lah. Sekarang ni kalau nak pergi mesti lah semua orang membangkang dah.

Dalam pada aku meng-google kisah orang daki gunung Kinabalu ni, ada aku terbaca berkenaan bentuk muka kat St John Peak tu. Katanya if muka tu senyum, okay lah. If muka tu macam masam, ada kejadian buruk berlaku. Apakah masa kejadian gempa tu bentuknya berubah? Wallahualam.

Dan aku suka satu qoute di laman sosial. Yang lebih kurang ayatnya begini :

Kalau percaya adat - itu lah puncanya (geng omputih berbogel lalu roh2 di gunung Kinabalu sudah marah)
Kalau percaya sains - pergerakan kerak bumi
Kalau percaya agama - dia bagi signal untuk bertaubat



Apa pun, Al-Fatihah dan takziah untuk semua mangsa.

2 juta komen

Al fatihah utk mangsa2 yg beragama islam

huhu.. peringatan buat kita jugak ni..
sedih mengenangkan mangsa2..

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign