Pages

27 June 2015

Nak Kemana Sebenarnya Ni

Siapa grab free seat Air Asia tu ari?


Aiols tak grab pun. Lagipun date untuk next year yang makan tahun punya. Huhu.
Aiols mmg lah tak berapa nak gemar konsep beli 'siang siang' sangat nih.
Sbb aiols ada perangai tak sesabau nak pergi berjalan. Gitu.
Paling2 buleh tunggu 6 bulan.  Atau paling lama pernah buat - booking bulan 3, pergi bulan 10. Tu pun buat buat tak perasan je bila nak pergi. Dia punya perasaan libang libu tu susah nak diperkatakan. 
Jadi, mmg tak pernah beli utk date yang sekian tempoh menunggu nya punya la panjang.

Ada yang dapat free seats?

Dulu.. dulu lah.. ai pernah dapat free seat nih.
Mmg 0 fare. Tp idak lah bermaksud free sesaja kan.
Kena la bayar segala surcaj dia tu.
Tapi, mmg murah lah.
But, unfortunately tiket tu terpaksa di burnt.
Masa tu bongok jugak lah. Ku beli segala meals bagai kan.
Itu lah dia 1st tiket flight ku burnt. Ke Vietnam masa tu. 
Tapi, idak la sedih nau nau. Vietnam je pun. Lain la Cappadocia ke, Kuekenhof ke. 
Tu mmg menangis bukan di bucu katil lagi dah, mmg bucu swimming pool 3 hari 3 malam lah.

Now, ku tgh organize family trip utk hujung tahun.
As i told before [dalam entry Gempa Bumi Sabah], weols decide nak pergi Sabah pada mulanya. Kota Kinabalu n Kundasang. Ku dah contact 2,3 orang agen kat sana. Minta quotation apa seme. Since ini adalah family trip dan pergi lebih dari 10 orang, mmg ku harap agen je. Kalau tidak mmg susah lah nanti. Jadi melambatkan perjalanan.
Tak lama pun. Selang 2,3 hari lepas ber contact contact dgn agen2 kat sana, tup tup Jumaat tu kejadian gempa bumi. Kat Ranau pulak. Memang semua taknak lah walau nanti dah bulan 12 mmg takde apa dah la kot.

Jadi, mula lah tercari carik tempat lain.
Sarawak? Tak mahu. Aku pun baru pergi awal tahun tu ari kan [entry : Cuti Cuti Sarawak 2015]
Pastu abg aku cakap Brunei. Aku google blog orang pergi Brunei. Macam....macam... errr... macam takpe lah, cari tempat lain dulu.
Pastu ku suggest naik cruise ja. Sbb abang ku sorang lagi ajak p Phuket. Aku cakap better naik cruise, then nanti buleh ke Krabi n ke Phuket sekali.
Tiket buleh beli masa Matta Fair bulan 9 sok. Dapat murah sket.
Macam depa bersetuju. Tapi need further discussion. Cewah.

Bila ada promo AA nih, kengkawan w.app grup mesra kata depa nak pi Vietnam. Next year.
Jadi, terus ku suggest Vietnam kat family.
Depa macam setuju.
Tapi, aku macam rasa best lagi Bandung.
Entah.
Tengok cemana nanti.
Balik raya nanti diskas. Then terus collect tambang flight.
Lagi lama, lagi mahal nanti. Pastu tercari cari lagi nak pergi mana.
Dah la bulan 12 kan. Cuti sekolah tu. 
Kalau travel berdua, seboleh aku mmg elak bulan 12 biarpun tu date anniversary kami. That's why kami selalu celebrate anniv bulan 1. Takmo bertembung dgn cuti sekolah.

Tapi, family trip ni 2 tahun sekali. So, kenalah gak harung kan.
Last 2 year kami buat trip pantai timur [entry : Kelantan Terengganu 2013]
Buat 2 tahun sekali, sbb depa pun ada trip dgn family mertua gak.
Family mertua aku ni takpe. Depa tak kesah pun bulan berapa. Tu ari depa gi Langkawi masa kami pergi umrah. So, tak dapat join.

Since then, no travel planning for next year.
Kot la. Haha.
Bukan buleh percaya sangat dgn diri aku ni. Haha.
Sbb ada menda lagi penting untuk di settlekan.
Kena. Have to. Takde tangguh tangguh lagi dah.
Asyik nak berjalan je. Sampai sudah tak terbuat nanti.



1 juta komen:

wah...bestnya jejalan reramai reen... famil in law i suka family day punya type. last month kitorang pi melaka, dok kat satu vila ni and just chill out reramai, mandi swimming pool, and karaoke pg petang siang malam... heheheh.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign