Pages

3 June 2015

Sehari Di Kuala Lipis

Kisah balik kampung di Kuala Lipis untuk menghadiri majlis perkahwinan.

30 Mei 2015 - Sabtu
9 pagi.
Gerak dari rumah ke Kuala Lipis.
Plan asal nak breakfast kat Bentong. Tapi, tak jadi sebab dah breakfast siap kat rumah.
So, perjalanan diteruskan tanpa henti ke Kuala Lipis.
Smooth travelling. Tapi, kat pekan Ulu Dong, Raub ada roadblock. Tak tau polis check apa.
Menyebabkan tetiba jadi jem kat jalan raya area pekan tu.

12.30 tghari.
Sampai di Bukit Betong, Kuala Lipis.
Agak lewat sampai. Dah macam tetamu biasa plak. Oh, kat pekan Raub, terjumpa adik myDH. Jadi, kami lebih kurang cam konvoi bersama lah. 
Parking pun jauh. Dah la jalan kecik. Lepas tu parking kat tepi2 hutan je.
Sampai saja, pengantin dah pun makan beradap.
Cuaca nampak seolah redup.
Tapi, tahu lah, kalau kenduri je harus berpeluh tiak, ketibas segala lah kan.
Panas.
Ini sebenarnya kenduri kahwin makcik myDH.
Alhamdulillah, tiba juga rezekinya untuk mendirikan rumahtangga.
Pelamin simple. Mak sedara taknak sanding2 ni.
Tapi, adik beradik dia buat jugak. Hihi.
3.30 petang.
Gerak ke bandar Kuala Lipis.
Kami dah booking hotel di sana. Bukan taknak tidur kat kampung, kalau balik kampung hari biasa tu kami tidur je. Tapi kali ni saja nak merasa tido hotel kat pekan. Kalau tak, tak merasa la kan sbb kalau hari biasa takkan nak tidur hotel kan. Itu mengada namanya. 
Lipis Plaza Hotel. Wah. Nama taknak kalah khen. Hihi.
Booked by phone - tak perlu bayar apa2 - masa check in baru bayar.
Google je nak carik hotel ni. Dan mmg tak booked guna Agoda pun.
Adik myDH pun booking, tapi dia tak jadi check in. Sbb tak bayar, buleh la buat camtu kan.
Okay jugak hotel ni. Nice lah.
RM110 satu malam. Ada breakfast.
Kami duduk di tingkat 2 - ada balkoni.
Bilik pun selesa.

Tandas bersih. Takde berkerak berdaki bawah sinki (takde la aku cerewet nau sampai check bawah sinki, tapi biasanya buleh je nampak if berkerak tu kan).


Dapat masuk bilik, on aircond. Syorgaaaa...


6.30 petang
Jalan2 sekitar bandar Kuala Lipis.
Apa je yang ada kan. Takkan asyik nak tgk stesen keretapi dan batu tanda 0 tu.
Hari tu dah pernah pergi pun dengan mak ayah mertua [rujuk entry ini - Batu 0 ]

9.00 malam
Dinner.
Berdekatan dengan hotel ada satu kedai makan. Kedai makan goreng2, tomyam ni lah.
Kedai Kelantan. Nama kedai dia - Kedai Abe Jo.
Not bad lah. Tomyam sedap. 
Jalan kaki je pun dari hotel. Jadi, hotel ini mmg pilihan yang terbaik kalau datang ke Kuala Lipis dan lepas tu taktau nak stay kat mana.
Kawasan pun calm je. Takde la bunyi2 kereta ke apa. Parking pun senang. Banyak.

31 Mei 2015, Ahad
8.00 pagi 
Breakfast.
Eh. Janganlah kita expect makan macam kat Pullman ada pelbagai jenis kan. Bayar pun seratus sepuluh nak bagai bagai. Baca review kat Tripadvisor, ada yg kata takde choice la breakfast dia apa seme. Ek eh, hotel camni nak makan bagai2. Kira okay lah ni kan. Ada setgh hotel, dgn rate camni langsung takde breakfast (mcm aku gi kat Swak n Melaka).
So, apa yang ada kita makan. Kira syukur Alhamdulillah dah ni.


Ada nasik goreng. Pastu ada lah sosej, papadom. Roti pun ada.
Dan ada mash potato instant yang guna mesin brand maggi tu. Bagus lah. Ailoike.
2x ai repeat tekan mesin tu. Hihi.
Lepas breakfast jalan2 lagi kat pekan Kuala Lipis. Ingat nak carik kuih ke apa.
Hurm, takde punnnn.... takpe lah. Ayuh la balik hotel. Nak kemas2 utk check out.

Pekan Kuala Lipis
11.45 pagi
Check out.
Termasuk GST RM110.00
Kalau tak, RM103.77 saja.
Eh. Bagi ai okay je hotel ni. Sebelum nak booked tu ai siap gugel. Yelah, mana tahu kut2 la ada 'misteri nusantara' ke apa ke kan. Hihi. Takde. Seme bagi good review. Kami pun tidur lena je.
Jadi, Lipis Plaza Hotel ni can be considered lah if uols ke Lipis.
Dan gerak semula ke Bukit Betong since ada majlis pihak lelaki pulak.


12.30 tengahari
Sampai di rumah pengantin lelaki. Rombongan belah perempuan pun baru je sampai. So, ayah mertua suruh makan kat meja pengantin je.

Selamat Pengantin Baru Mak Njang. 

1.30 petang
Gerak balik Kuala Lumpur. Mula tu ingat nak pergi Cameron Highland terus. Yaaaa... dari Bukit Betong ke Cameron dah dekat. Dalam 45minit sahaja. 
Tapi, bila fikir nanti nak hadap jem kat Cameron tu, pastu pulak turun - masuk hway Plus harus jem kan. Lagi satu, dah masuk jajahan negeri Perak, rasa berdaulat pulak kalau tak singgah rumah. Huhu. Jadi, cancel pergi Cameron, balik terus.
Berhenti kejap di Petronas Raub.

3.30 petang
Singgah solat Zohor kat Bentong. Bukan masjid yang atas bukit tu. Masjid kecik sket arah nak masuk hway. Ada nampak gerai lemang Tok Ki yang baru kat area tu. Gerai lemang tok ki yang sebelum pekan Bentong tu asyik la ramai orang. Tapi, agak over rated sebenarnya. Idak la sedap nau nau, tapi tidak lah kata tak sedap. Okay ja lemang dia dan rendang dia. Pernah beli masa balik Kuala Lipis sebelum ni.
Nanti buleh la singgah gerai baru tu pulak. Parking pun nampak cam mudah. Kalau gerai lama tu merata tepi jalan je parking.
Oh. Ada singgah beli nangka jugak kat tepi jalan antara Raub ke Bentong tu.
Banyak gerai jual. So, berhenti je la mana nak berenti.
Satu pek RM5. Dulu pernah beli. Rasa macam mahal je. Ni okay lah. Sedap. Nangka madu dan lemak.

5.00 petang
Sampai rumah. Alhamdulillah.
Takde la jem ke hapa kat hway. Okay ja. Tapi kereta banyak.
Nak masuk KL tu la jem sket.
Tapi okay ja. Umah weols kan tak jauh pun dari exit tol Gombak tu. Hiwhiw.

Begitu lah kisah sehari di Kuala Lipis.  Eh. Kira 2 hari lah. Bukan sehari :)
Untuk Mak Njang ;
 

2 juta komen

huisyyy..!!! mesjid atas bukit tu mmg bikin fobia, trauma, sume ada..! takmo dah singgah huhu.. pasni g mesjid yg kekda ckp tu je..

Hubs selalu outstation kuala lipis...
Rin klu g kuala lipis sabit lalu p kelantan ajela..
Hehehehe

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign