Pages

30 January 2014

Pesta Buku Antarabangsa KL Tahun 2014

PBAKL 2014, pesta buku KL, pesta buku pwtc

Can't wait!
Tahun lepas aku ulang 3x. Huhu.
Tu pun mujur last day tu hari mengundi.
Kut tak mmg entah berapa kali dok ulang

Tapi, novel melambak lagi tak berbaca.
Harus kang hamukan myDH.
Nak habiskan baca pun cam takde mood lagi.
Jadi, kita pergi carik buku motivasi, buku agama atau buku kesihatan oke.
Hihihihi.

Pesta Buku Antarabangsa KL Tahun 2014
24 April - 4 Mei 2014
Oke, save d date!


p/s : Err.. tu gmbr kat banner tu Wak Doyok ke? hihihi


Isu Kembali Hangat : Halal Dari Jakim

Okeh. Sebenarnya aku dah termuak plak nak scroll scroll dan scroll kat FB tu yg majoriti citer pasal ini skrg. Yer, mencari yang halal itu fardhu. Kewajipan kita.
Skrg tgh tersebar meluas pasal satu produk itu menggunakan sijil halal tak diiktiraf. Aku share gak menda tu. Sbb dari sumber yang dipercayai iaitu Jakim (tp bila aku tgk balik skrg dah takde - mungkin Jakim dah remove post tu). Aku share bukan bermaksud aku nak tuju pada orang2 yg jual produk tu dengan mengatakan - hello, u punya produk jual ini tak halal oo..
Tak la.. Jakim pun TAK kata tak halal. Cuma, dia kata bukan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia.

Tapi, yg penjual pun, takyah la melatah cepat sgt dan melenting lenting kintang kintung tak tentu hala smpai masuk isu belacan nasi lemak mak esah semua tu.
Haih.
Korang pun paham kan masalah tu. Dan kami sebagai pengguna pun sebahagian besarnya tak la bongok sgt nak kata eh, tak halal la produk tu. Tak dapat pengesahan halal Malaysia, tak semestinya haram. Dan tak payah pulak nak speku ada orang nak jatuhkan ke apa.
Nak lagi bes, si penjual produk tu menceceh isu belacan seme, tapi sebelum tu dia pulak share produk lain (yang tentu bukan dia jual) mengatakan dalam pencarian halal, produk tu pun tak wujud. Dah pulak...

Aiseymannn... how ni how??

Oke. Mari pergi luar sket dari Msia. Kata lah Macau ke Hongkong - celah mana kau nak carik makanan halal yang ber cop JAKIM?
Pitam, pengsan la nak bawak periuk belanga kuali segala kan.
Aku setakat maggi sebungkus dua tu aku bawak la. Tp nak bawak kuali, rice cooker tu dah tak kuasa aku. Kat sana ada restoran halal - dan silakan lah pergi.
Memang la certain kedai cam bongok sket. Cam kat Phuket, kat luar kedai dia kemain promote kita 'halal ma'am, halal sir' bila tgk kita bertudung kan. Tapi, bila tgk menu - ha.. arak?? Halal bagi mereka - no pork. Tapi arak tu halal ke? Tak halal jugak kan? Jadi, terpulang kau lah nak makan atau tidak.

Lelain orang, pergi Hongkong boleh makan fries kat McD dia. Sbb katanya 'fries..kentang halal kan'
Tapi, bagi aku - mmg tak - syubhah - sbb aku tgk ada blog writer - chinese yang buat entry kemain sedap makan burger McPork (entah, aku tulis je McPork tu). Ko nak hadap tu? Begitu juga kat Krabi, dan lelain tempat. Mmg McD Malaysia je takde pork. Pernah ada disclaimer dari McD sendiri tak silap aku. Tp negara lain.. sendiri mau ingat. Jadi, dah tahu camtu lagi mau nak beli fries situ. Kentang mmg halal tapi barang yang digunakan meragui.
But, sekali lagi, pilihan di tangan kita kan. Ko tak was was - kau pergi.

Boleh gak follow Sahabat Halal kat FB. Situ byk la orang pung pang pung pang pasal halal ni. Smpai nak gaduh pun ada. Biasa la. Angkat komen dengan emosi - akhirnya macam gaduh la. Rilek2 sudah la. Takyah la nak cerca2 orang pulak.
Tu hari Sahabat Halal ni timbulkan isu aiskrim Baskin Robbin - menggunakan bahan diragui. Same goes to Subway - ni pun aku baca ramai tak makan. Aku pun tak pernah makan menda2 camni. Sbb Subway aku ada rasa was2.. so, tak payah. Banyak lagi alternative lain. Tetapi, bila kata Auntie Anne's ni.. aku dah..huwaa.. aku ada lah peminat choc stick dia. Sedap woh. Alaaa......



Jadi, berbalik kepada isu produk halal haram kintang kintung tu. Orang tu cakap camtu, orang ni cakap camni. Dah la wey.. pilihan pun di tangan pengguna. Terpulang lah pada kami sebagai pengguna. Pengguna ni bukan di kalangan friends dalam FB tu je. Berlambak lagi. Cam cream yg dah di ambush sbb tak dpt kelulusan KKM tu - ada je lagi orang selamba jual. Aku pun tak tahu apa citer terkini. Yg news (atau pihak berkaitan) pun satu, if dah ambush, lps tu gitau la status terkini. 

Dah la.. aku nak google jap. Apa ke benda sebenarnya stemcell ni? Sbb aku pun kabur pasal ni. Tapi kan aku pernah la baca satu 'perbincangan' pasal ni. Orang tu mintak si penjual ni ceritakan apakah sebenarnya stemcell (aku rasa si tukang tanya tu dah paham, dia just nak tgk penerangan orang tu je). Pastu si penjual dok kata PM, PM. Dia trick lagi orang jual tu - kata semua orang nak tahu. So, orang tu pun terangkan la. Which aku rasa, kalau aku baca, tak boleh pengaruh aku pun. Kalau apa dia terangkan tu, aku rasa dari abis berpuluh ringgit (eh, ke ratus?) lebih baik aku beli sebijik epal then makan. Haha. Sbb tu, kalau nak jual something new kena byk pengetahuan. Bila camtu, dari orang tak ragu2 pasal halal tu jadi ragu pasal lain. Sekarang ni musim stemcell ni lah. Segala bala produk ada stemcell. Dah.. merebak dah... dulu collagen ikan laut dalam. Ni stemcell plakkkk....

Oke lah uols. Maaf kalau ada terasa ke apa. Aku bukan la nak tuju kat sesapa. Cuma, runsing. Dan aku terpaksa hide dari newsfeed aku para penjual yg kintang kintung nih. Maaf yea.. nati da reda cerita ni ai unhide balik okeh. 

p/s : Satu lagi yang aku nyampah isu kangkung tu. Awal2 dulu oke la. Ni dah makan smpai sebulan pun tak abis2 lagi. Nak buat lawak pun, taruk gak isu kangkung. Heh! Mmg tahap kangkung la kecerdikan tu. Udah2 la. Naik meluat plak aku. Smpai ada yg call aku tanya apa nak ready utk interview, aku kata la isu semasa - jawabnya isu kangkung? Sumpah. Mmg malas aku nak layan. Dia ingat aku tak tahu plak isu tu. Hek ele.. aku tgk okeh berita tu masa PM cakap kangkung turun rega tu. Kau pun tak tentu tgk lagi kat tv kan.. main duk ikut2 orang cakap je. Serius aku rimas. Aku bahasa je balik, masuk interview pun utk jawatan tinggi kan, tahap tu kena tinggi gak la, jangan tahap kangkung je. Benci tul lah. Sapa buat lawak kangkung ngan aku siap, aku buat kangkung belacan kang. Happy chinese new year!

29 January 2014

Juicing Challenge Week 2

Hai uols.
Skrg tgh bz sebenarnya. Bz dgn temuduga. Bukan la ahkak yg di temuduga, dan bukan juga penemuduga. Ah. Nati lain entry lah cerita pasal temuduga nih ya. Memacam gelagat boleh ditgk masa sesi temuduga sedang dijalankan. Ahkak ada la sekali dalam bilik temuduga. Tukang bukak pintu.. haha.

Orait. Ni gambar2 juicing challenge week ke 2.
Dari 18 Januari till 24 January.
Kat FB ada gambar ni. Kat instagram ada. Harap janganlah muntah kedarah yer.
Bila hehari aku up gambar ni dan orang tgk, ramai juga tertanya2, kenapa aku asik juicing. Diet ke? Utk apa? Sapa yg mmg follow d track tahu la kan. Tp sbb aku bukan nya Nelydia Senrose (oh Mastura...) jadi, mmg tak ramai la track kenapa aku ber juicing kan. Tkpe. Itu pun nati aku buat entry ya.

Middle of the week 2 ni, aku dapat slow juicer yg di order dari Lazada tu. Yey! Dah ada slow juicer. Tak perlu guna food processor. Oh. Sila ambil maklum, aku tak pernah guna blender mahupun juicer extractor utk buat raw juicing nih. Aku tak rajin nak tapis2 seme tu. Kat rumah tu, blender hanya utk blender cili ja. Lelain semua guna food processor. Now dah ada 3 alat blender dah kat umah tu kiranya. Utk blend cili, utk juicing dan food processor utk proses apa2 lah. Seme pun buleh dengan food processor tu. Aku mmg suka mendalah tu sbb mempercepatkan kerja aku. Eh. Ada satu lagi. Yg tupperware punya. Chop apa ntah namanya tu. Tak pernah guna pun (T___T)

Raw juicing is juicing without any sugar. Tapi, kalau guna food processor kena tambah air. Kalau tak, mampuih dia tak gerak. Tapi kalau guna slow juicer - without water. Sbb dia mmg extract all the juice from fruits itself. Oke. Done :)

Oke kali ni, aku taruk tahap kesedapan. Tapi ini tahap aku lah. Utk korang kena cuba2 lah sendiri. Ada yg muntah meluek kalau buat jus sayur, ada yg oke ja. So, terpulang pada penerimaan tekak memasing. Aku pun bukan orang yg makan sayur. Tp juicing, yes - aku takde masalah utk menerima sayur2. So, memasing ya.

Day 8 - 18/1/2014

Water melon. Mmg hanya water melon ja. Takde tambah apa-apa. Air pun tak. Masa ni slow juicer belum smpai. Manis sgt tembikai nih.
Tahap kesedapan : lima per lima (5/5)

Day 9 - 19/1/2014

Orange + Carrot. Pun slow juicer tak smpai lagi.
Kesedapan : 4/5.
Carrot mmg geng baik dengan oren. Itu tak dinafikan.

Day 10 - 20/1/2014
Celery + Green Apple + Lemon.
Aku tak berapa berkenan rasa celery, tp sbb ini antara jus yg di suggest oleh Doc Hamid Arshat, so, aku telan gak lah. Celery tinggi anti-oksida. Rugi kalau tak consume. So, letak lemon supaya tak kuat sgt rasa celery tu. Celery ni oke ja sebenarnya. Ada rasa cam masin2.
Kesedapan : 3/5

Day 11 - 21/1/2014
Fresh orange. Masa ni dah mula down sbb juicer tak sesampai. Dah menyampah dah.
Jadi, buat je lah apa yg ada.
Kesedapan : 4/5

Day 12 - 22/1/2014
Juicer da sampai. Yey!
Terus rasmi. Cucumber + Carrot + Oren.
Kesedapan : 4/5. Guna slow juicer - mmg takde rasa cucumber pun. Sedap.

Day 13 - 23/1/2014
Oranges + Apple.
Tahap kesedapan : 5/5.
Manis oren dan manis epal itu sendiri. Memang sedap. Tapi, buah tak stock lagi masa tu. Share satu jar ngan myDH. Dia pun cam tak cukup.

Day 14 - 24/1/2014

Apple + celery + lemon.
Guna slow juicer. Kesedapan jadi 3.5 per 5.
Kurang dah rasa celery bila buat ngan slow juicer.



Jadi, settle minggu kedua tu.

Antara perubahan yg aku notice - kulit seakan dry. Aku google, rupanya itu mmg akan terjadi pada orang yg aktif ber-juicing. Cam dia nak salin kulit lah kiranya kot. Haha. Tp lelama hilang.. kembali biasa. 
Selain tu - mmg lawas lah. Aku pun takde masalah lawas ke sembelit ke apa sebelum ni. Normal.

Tp bila juicing ni lagi bes la. Rasa laju je.. ihiks. Gross.. aiya...


27 January 2014

I am Hungry!

Dah abis interview utk hari ni.
Ada makan tadi. Kira cam brunch. Tapi kul 11 la makan.
Pastu skrg sudah lapau la pulakkk....

Kena makan la ni. Balik kang singgah Jusco AU2 la kang g makan.
Adeh.

Urm. Esuk ada interview lagi.
Jadi, diucapkan selamat maju jaya. Hiihiii.
Esok calon E27 dan S.usaha Pejabat plak.

Star Cruises : Superstar Libra - Summarize

Tak abih lagi...???
Hahahaha.
Hadam kan je lah. Alah, cam tak biasa entry banyak2.
Ni pun kira sket lah. Kut buat smpai 10 entry??

Ha. Ni kira summarize lah.
Ada yang tanya2 kan. Jadi, meh jawab.

S : Kekda beli ngan Matta Fair ke Travel Agency?
J : Rasanya dah acapkali tulis ni. Ni mesti tak baca ni.. amboiii... hihi. Tp takpe, akak suka je nak jawab -akak beli kat Matta Fair. Tapi kat Matta Fair pun ada travel agency yg jual tiket cruises ni. E.g : Hwajing. Kalau amik ngan Hwajing ni dia ada sediakan bas dari Berjaya Times Square for free.



S : Kalau nak honeymoon?
J : Sesuai sekiranya poket anda mengizinkan. Sbb kalau cabin golongan marhaen cam weols amik tu tak sesuai dek non.. katil comey nau. Pastu single ja. Lain lah kalau amik cabin yang camni, di deck 6 tu (utk Superstar Libra - semakin tinggi deck nya, semakin tinggi lah harganya)
Contoh cam ini
Amik gambar dari web cruises.
Ni namanya Deluxe Oceanview Stateroom yang berharga RM2,622.00. Ini harga semasa Matta Fair, yang buy 1 free 1, kira utk 2 orang lah harga tu. Kalau tidak, itu lah harga utk seorang ye. Seorang 2k lebih. Gile kau - 4k lebih utk satu bilik ini. Atau pun cuba lah refer web Superstar Libra ni, kalau ada harga promo. Kalau aku, da smpai tahap gini, lebih baik aku saving lagi sket. Dan buat umrah. Aminnnn... Tp mungkin ada yang tak kesah - kata nak merasa kan, biar berbaloi. Giteww.

S : Tak semua free eh dalam cruise?
J : Takkk.. contoh cam air juice yang berharga RM14 segelas kecik tu. Weols beli masa Gala Dinner. Pastu menceceh la kata patblas hinggit tu stock buah seminggu tu. Haha. Tp stended la kan. Kata cruise. Ada tempat terima cash, tapi cam cafe ni, dia pakai access card tu. Kami beli tak byk pun. Juice n ada air bandung apa ntah masa welcoming party. Pastu beli gmbr yang orang cruise amik dan editkan - itu pakai cash (RM).

S : Sesuai tak bawak anak-anak?
J : Sesuai je. Utk kanak2 ada xtvt yang dipanggil Junior Cruiser (tak silap utk kekanak umur 6-12 thn). Kena register dan bayar sket la. Pastu ada child care centre gak. Kut nak buat apa2, nak drop anak situ jap pun boleh. Nak bawak stroller ke apa takde hal lah. Aisle mmg besar. Tp kalau anak kecik sgt mungkin masalah nak naik turun tender boat yang nak ke Phuket/Krabi tu. But, actually takde la masalah sgt pun sbb crew dia sangat2 la friendly dan membantu :)

S: Apa je xtvt dalam kapal tu?
J : Memacam. Gi amik je navigator yang ada kat reception counter. Seperti ini.

S : Bajet kak..bajet...
J : Wah. Ini soklan feveret ni kan. Aku jarang buat detail bajet2 ni kan. Sbb aku rasa, utk bercuti, semua orang takde hal lah pasal bajet2 ni. Kang beria bajet sgt, tak fun - so, mmg kami somi isteri akan gunakan terma - kata nak bercuti, apa salahnya keluar duit lebih sket. Ahah! bukan la bermakna banyak nau duit smpai terlebih2 kata ko.. tp mmg ada saving utk itu, so tak kesah la nak membeli something yg pada hari biasa rasa cam hoi.. mahal nih..giler ke? Contoh : aiskrim 180baht kt Phuket (T____T)

Tapi takpe, mesti ada yg nak tahu kan.
Oke, utk tiket cruise sahaja - yang di beli di Matta Fair adalah berharga RM1,992.00. Deposit dibayar pada hari Matta Fair - RM200 dan selebihnya di bayar melalui Maybank2U within a week. Perlu diingatkan ini adalah harga cabin golongan marhaen je. Kalau nak deck yang bes2 tu, ada bermacam lah harganya. Contoh begini.


Sebagaimana naik flight, dia ada juga handling chargers RM130/pax n Fuel Surcharge : RM66/pax. Itu lah yang menjadi total nya hampir 2k.
Sekali lagi diingatkan, ini adalah harga Matta Fair tahun 2013. Tahun 2014 mungkin sudah naik. Kan seme dah naik. Kangkung je yang turun. Eh..??? Kata meluat dgn lawak kangkung.. skali dia pulak cakap.. pa citaaa???

Kami tukar duit RM300 sahaja dari Msia sbb memula tu plan tak nak turun Krabi. Tp lps dah turun Phuket, rasa cam perlu turun Krabi. Jadi, kat Krabi tukar lagi RM100. Pada yg tak tahu, kat Krabi, duit RM boleh ditukar. Tapi aku pun confuse samada untung tukar di sini atau di sana. Haha. Tp lebih kurang je. So, don't worry. Total aku tukar is RM400 dan dapat la 4000baht. Tp tak belanja habis pun. 500baht aku tukar balik kat sini.

Dalam cruise aku hanya beli air juice dan jugak gambar di Phuket yg diedit (tak snap plak gmbr tu). Tu pun jenuh carik muka sendiri kat photo gallery tu. Ada satu gmbr cam bes, tp sbb tak jumpa muka sendiri, maka tak beli. Sedih. Tkpe lah. Kita edit sendiri je nanti.

Jadi, itu lah basic2 dia. Kat sini, takde la persoalan mampu tak mampu ke sebagainya. Nama pun nak gi bercuti. Jangan kata bercuti camni, bercuti ke Kelantan pun da makan hampir ribu kan. Jadi, ada rezeki, ada peluang, Insyaallah, ada la. Tak perlu kot asyik asyik nak kuar statement - ini je yang mampu, yang itu tak mampu. Nak gi sini je mampu, nak gi situ tak mampu. Padahal ada orang lain tu, duduk rumah je, nak gi KLCC pun tak pernah. Allah tu Maha Adil dan Maha Mengetahui, ada sebab dia buat kita pergi sana, tak boleh pergi sini. Jadi, bersyukur dengan setiap apa yang ada. Eh. Macam dah lari tajuk je nih. Haha.
Takpe..  masa ni kita baca2 citer orang, mana lah tahu satu hari, rezeki kita pula kan.. so, chill yah!!

Ada apa2 nak tanya, feel free to emel/contact me oke.
Utk cerita2 penuh :
Star Cruises - Superstar Libra - Penang/Phuket/Krabi
http://pnstoberi.blogspot.com/search/label/cruising

23 January 2014

Akhirnya Tiba Juga Slow Juicer Ku

Ngeh ngeh ngeh.

Ngeh ngeh ngeh.

Apa gelak2 ? Cantik sgt la gelak2 tu. Amboii.. biasa dia tu.

Tahu dak, apart from this entry, esoknya terus ada orang dari Lazada emel aku. Hihi.
Kalau nak tgk, kat komen dalam entry tu pun ada.
Marketing Exec dari Lazada yg bagi response dari entry aku.
Ngeh ngeh ngeh.
Sbb tu aku nyer entry macam berlapik kan.
Gitu.

Jadi, dia emel mintak aku nyer order number n phone number.
Aku bagi je lah.

Then, tghari itu (22hb Jan), sampai lah slow juicer itu.
Memula courier tu call pastikan aku ada ke tidak.
Pastu dia smpai ofis. Dan aku pun bagi lah duit barang tu. COD.

Aku rasa kan, mmg suppose parcel tu akan sampai on dat day. Bukan kerana entry aku atau pun emel dari Lazada.
Dan aku rasa gak masalah bukan dari pihak Lazada.
Masalah ni dari pihak sykt courier yg di appoint oleh Lazada utk hantar barang tu kat aku iaitu Taqbin nih.
Kan aku dah kata pada 20hb tu dia dah update status kat tracking tu kepada 'shipped' (tak buleh tulis shipped ni, naik kapal..mmg lambat.. hahahahaha)

Masa aku tgk sticker yg lekat kat parcel aku tu, mmg dia tulis situ 16hb mereka akan start hantar.
16hb hingga 22hb. Buang 2 hari weekend dan satu hari Thaipusam tu lah katakan. Ui.. lamanya nak sampai Jalan Conlay. 3 hari tu.
Oo.. lupa, shipped. Shipped mmg la lewat. Merentas sungai Kelang mungkin. Haha. Oke. Jangan mara aa Lazada, joking ja.

Jadi, aku rasa, mungkin Lazada tak bersalah dalam hal kelewatan nih.
Tapi, kita berurusan dengan Lazada, order pun dengan Lazada.
Pepehal orang tuju Lazada ja. Orang tak kesah la Taqbin ke, Taqbon bon bon ke apa kan.
Ce tgk Zalora - petang order - zass esuk sampai. Tak sempat nak pikir mana barang aku - tau2 "Ida, nah parcel.." ha, giteww.. 
Satu lagi pun mungkin Lazada pengantara - orang tengah saja. Barang tu pun takde kat derang. Tapi tak kesah lah kan.

Apa pun, aku satisfied gak la. Sbb derang respond apa kita tulis kat social network. Yg emel aku adalah Marketing Executive Lazada yang mmg biasa berurusan dengan blogger (dari kata dia lah) / social media ni lah. Bukan lah kata blog aku glamer smpai Lazada dapat tgk. Mungkin dia trace dari SEO. So, dia bantu untuk transfer kan masalah aku pada yg berkaitan.

Petang tu gak, orang yg uruskan order2 Lazada ni call.
Berkali2 jugak mereka minta maaf. Hihi.
Takpe lah. Bukan saya tak biasa order2 online nih.
Jangan cemas lah. Hihi.

So, nak beli barang lagi tak ngan Lazada?
Kalau ada voucher diskaun dari Lazada boleh la dipertimbangkan. Tapi hok memurah je la. Yg macam slow juicer tu takde dah la..tu pun dah rasa nak ter pitam beli blender yg rega dkt2 nak 1K. Ni tau ke mak aku harus kena bebel (-_-")

Hai Aaliyah, ada diskaun tak ni?.. Dah la tu ari terlupa nak redeem diskaun utk pembelian pertama lps sign up. Rugi seploh hinggit tau. Heeeheee..heeee....

Oke Lazada, utk itu, ai bagi kredit la kat u sket pasal u punya keprihatinan.
Ai link kan terus ke website u oke.
Nah kengkawan, memacam ada, klik saja - Lazada.

(Ekceli, before this mmg Aaliyah tu ada emel suh link kan Lazada tu, masa aku buat entry Misi Mencari Slow Juicer- so, Aaliyah, ai dah buat.. ada voucher diskaun tak nih.. hihihihihi....)

Orait. Dan ini lah juicing yg pertama dari slow juicer nih.
Sedappppp... Believe me. It's pure!

Borak Borak Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Ah. Tgh sebok nih. Tgh wat final semakan candidates untuk interview next week and next month. But, nak gak borak2 jap.
Pasal drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Being me yg tak suka cerita pompuan yang lemah asik menangis - gaduh lepas tu baik pastu gaduh balik - hero hensem nak mampus - kawen kerana terpaksa lepas tu jatuh cinta. Drama ni mmg kategori favourite aku lah. But... no.. itu tidak bermaksud aku suka plak perempuan yg gedik2 macam perigi cari timba.

Bila nonton drama ni aku jadi suka plak kat Sharnaz. Heeheeeheeeheee *gelak slow jeeeee*

Patut la Shila Amzah jadi tak tentu hala masa clash tu ari kan.
Aku rasa cam Sharnaz ni mmg bawak watak dia sendiri lah jadi Jebat tu. 
Dan Nelydia pun not bad (aku tak follow sgt drama Setia Hujung Nyawa).


Sweet lah semalam punya episod. Bestttt.. tak sabar nak tggu next week.
Oh. Bukan aku je hardcore fan drama ni. MyDH pun samo.. kihkihkih.

Yang episod sebelum tu pun bes. Yg kat spital tu, bila Mastura kata Jebat hensem. Pastu Jebat kata 'aku pun tak tahu la kejadah mana hensem tu' Hi.. ailoike tau.
Pastu semalam sweet masa dia bawakkan sup ubat utk Mastura. Sup oink, oink. Pastu napak derang cam nak gelak. Hahahaha.
Pastu yang masa dia nak ajak Mastura kawen tu.

Hoi! 
Aku suka lah pendek kata. Hahaha. Giler.


Tak mengapa. Mari kita tgk gegambar dari instagram Sharnaz. Mereka berlakon ni mmg agak intim. Patut la Qi jeles tu hari kan. Hihi.

sharnaz ahmad, jebat




Haih. Panjang lagi citer ni. Kalau ikut novel, belum half pun dari novel.
Memacam la onak ranjau duri yang mereka akan tempuhi walau dapat kawen.
Kalau tak sabar, sila la beli novel. Hihi.

Oraits. Tu je lah.

22 January 2014

Misi Mencari Pak Ali

Ha sudah. Pak Ali mana lak ni cikda oiii??

Pak Ali yang ini lah
jeruk madu pak ali, jeruk, pak ali

Jenuh ai mencari kedai ni tau. Kedai Jeruk Madu Pak Ali.
Tahu pun member yg dok Penang gitau.
Katanya carik je kedai ni. Takyah nak carik2 kat tpt lain.
Carik je la guna google maps.
Masa ni lps turun dari cruise lah.

Memula tu berpusing gak.
Lps tu jumpa.
Landmark dia kat Tesco Extra Seberang Jaya.
Tapi kalau dari arah Penang tu - kena uturn sket la.
Tpt dia nama Bangunan Wakaf Seetee Aisah.
Parking senang amat. Dia bangunan kedai baru.
Seronok tgk memacam jeruk ada.
Tapi.. jeruk jambu takde.
Frust.
wakaf seetee aisah

Ya. TTC'ian tokleh makan jeruk. Tp once in a blu moon kot. Lama giler tak makan dah. Pastu mmg aku tak beli jeruk sebarang2 dah. Ni pun kira melepas hajat ja dan sementelah dah ada kat Penang. Kut tak, tak kuasa la kan.

12 Jan 2014 : Penuh Aktiviti

22 Jan 2014/20 Rabiulawal 1435

Kejadian di hari Jumaat lepas.
Masa Pub Holiday tu.
Tetiba bangun dengan rasa semangat.
Haha.

So, sesudah solat Subuh, dimulakan dengan - ZUMBA'ing. Hihi

Selepas itu - morning crush - JUICING

Then - SWIMMING - it's been than half a year tak jejak. Lps buat laps tu ari, mmg tak pernah mandi kat pool nih. Masa tu rasa cam takut je luka kena air klorin. Huhu.


Selepas itu, rilek2 kejap. Diteruskan dengan COOKING (tiada gambar lak)

Dan, dengan izin dari myDH, pergi 'me' time jap ngan my gal fren
CREAMBATHING plak *oke, ni akan buat entry khas lah*

Jadi, itu lah hari Public Holiday saya.
Sebenarnya lepas creambathing tu ada lagi cerita nya.
Tapi, takpe lah. Nenati cerita. Huhu.

21 January 2014

Juicing Challenge Week One


Hahahahaha.
Kan dah kata, takde citer lain dah sini.
Juicing, juicing, juicing dan juicing.
Hadap je lah yea.


Oraits. Selain dari taruk kat FB, Instagram. Meh aku taruk sini gak. Mintak maaf la pada yg ada follow kat instagram mahupun FB sbb asik la nengok gegambar ni di sana, di sini, di situ. Hihiks.
Challenge ni bermula 11 Januari lepas.
Penganjur akan emel resepi for every week, but aku tak ikut, aku buat resepi aku sendiri ja. Pun bolehhhh... Yang penting raw tau.. raw... without any sugar. Kang lain plak jadinya kalau ber sugar bagai.

So, ini lah juicing untuk minggu pertama (11 - 17 Januari 2014)

Day 1 - 11/1/2014

Masa ni tak stock up buah lagi.
Jadi, mana yg ada dlm fridge.
Epal hijau + kiwi + celery
Kaler pun agak tak menyelerakan, kan?
D taste - oke ja. Boleh minum

Day 2 - 12/1/2014

Kan dah beli mason jar.
Pastu dah stock up buah jugak.
Maka, jadi lah carrot + oranges + a lil bit ginger.
D taste - very nice!

Day 3 - 13/1/2014

Go green.
Cucumber + Granny Smith Apple (green apple) + lemon
D taste - oke ja. Walau ada rasa 'ketimunan', tp bila taruk lemon dia akan hilangkan rasa itu.

Day 4 - 14/1/2014

Ahah! Dah beli straw yg belok belok.
Hihi.
Tapi kali ni warna tak begitu memuaskan.
Red apple + chinese pear (lai). 
Rasa : Oke je sbb takde menda yg rasa sayur. Tapi tak suka sbb cepat nau dia terhidrat dan tukar kaler. Tak cantik. Jadi, tak suka.

Day 5 - 15/1/2014


Back to basic. Haha. Green again.
Granny smith + celery + a lil bit ginger.
Celery ni takde rasa "menakutkan" bagi orang yg tak makan sayur. Dia rasa cam masin2 kalau dibuat juice. Dan letakkan sedikit halia bagi rasa tu tak 'berat' sangat. Sket je tau. Jangan kau taruk 5 inci halia plak.

Day 6 - 16/1/2014 (terkantoi sebenarnya, ni buat pada 17/1/2014)

Pepagi dah buat sbb terkantoi semalamnya.
Morning crush.
Oranges semata. Buat selepas ber zumba (ya.. acik dah mula ber zumba lak. Kat rumah je la tapi.. hihi)

Day 7 - 17/1/2014

Granny smith again.
Tapi nyampah tau. Asik terhidrasi dan kaler tak cun.
Ini mmg epal hijau semata.

Jadi, ini lah dia juicing challenge utk minggu pertama (INI UTK CHALLENGE.. semua dah tahu aku da start juicing sejak dr buat laparoskopi bulan Mei 2013 dulu kan...)
Hasil?
Tunggu lah. Baru 1 week without stop :)

Berangan dah nak juicing ngan slow juicer.. nan hadoooo... hagaknya smpai 21 hari pun tak sesampai lagi. Haih! Lazada.. Lazada.. takpe.. kita tengok je permainan dia kan.. Bes jugak! Haha.
******************
Edit. Ada yg tanya :
Juicing pakai blenderke?sy skang tengah try smoothies.tp memg ada plan nak beli slow juicer.juicing before breakfastke?try avocado ngan mango.pergh sedap..pernah try green apple dan celery.tapi xblh pi.muntah...

Jawapan :
Tak.. sy guna blender utk blend cili je. Utk lelain, guna food processor,  termasuk utk juicing (boleh tgk entry lepas2). Senang sbb ada filter, sy pemalas nk tapis2. Ekceli tapis tu utk buat air soya. But..sokay lah utk juicing. I juice anytime ja., tk kesah bebila, pagi petang siang malam. Haha. Smoothie I tk brpa suka esp yg ada pisang n sus.. sbb I mmg tak suka susu. Pun bole muntoh belahak.. Haha. But one thing je lah, nak sihat ni kita cuba gak lah biarpun rasa tak sedap - so, kalau nk buat juga I gantikan dgn yogurt drink.
**********

Lazada : Tempoh Penghantaran

21 Jan 2014/19 Rabiulawal 1435




Mana slow juicer aku Lazadaaaa???
*sila baca ngan nada 'mana butang baju aku Pahhhh??*

Ha.
Takpe. Kita tengok dan lihat je yer.
Ada yg kata 2,3 hari dah sampai barang.
Ada yg kata lambat giler sampai.

Aku order pada hari Jumaat - 10hb (9.05pagi) 
Sabtu, Ahad - cuti. (Day 1, Day 2)
Isnin - tempoh bertenang (Day 3)
Selasa - cuti Maulud Nabi (Day 4)
Rabu - check tracking - masih step ke-3 'order is being processed at warehouse' (Day 5)
Khamis - check tracking - sama. Masih di step ke-3 (Day 6)
Jumaat - cuti  Thaipusam (Day 7 - oke genap seminggu ni)
Sabtu, Ahad - cuti. (Day 8, Day 9)

Isnin (Day 10)
Masih di step ketiga - tapi dia tulis dah di 'shipped' oleh logistic partner - TAQBIN - dan mengambil masa 1 ke 2 hari bekerja utk penghantaran area Lembah Kelang.
Selasa (Day 11) - hari ni - masih status yang sama.

Takpe. Aku biarkan je.
Aku nak tengokkk je cemna service derang kan.
Ini lah kali pertama aku buat belian online secara cash on delivery. Kali pertama belian yang agak tinggi nilainya. Berani sungguh lah kan. Dan juga ini lah kali pertama aku dengan Lazada. Kata orang tu - kali pertama tu lah penentu segala kan. Ada yang jatuh cinta pandang pertama kan. Baek. Kita tgk, jatuh cinta ke apa dengan Lazada ni kan.

Dan, sebab aku tak bayar, mungkin kerana itu, barang dihantar lambat. Sebab - tak bayar lagi, jadi sukahati lah nak hantar bila kat customer.

Namun,
Bila aku google, ada yg siap bayar pun - lambat jugak dapat.
Tetapi,
Yana (Masya) kata pulak, asben dia selalu beli, COD gak, cepat gak dapat.
Member aku pun kata - kawan dia beli hphone, kejap gak sampai.

Oke. Dalam kes aku ni, aku faham, barang lambat sampai  sbb byk Public Holiday (PH). Dalam emel dia pun ada tulis sbb festive season jadi barang lambat. Rilek la kan. Baru hari ke 11. Tolak weekend 4 hari, tolak PH 2 hari, baru 5 hari. Rilek lah. 5 hari tak sampai. Ala, tak bayar lagi mau bising2 kan. Lain lah kalau dah bayar.

So,
just wait n see.
Lps ni dah masuk Chinese New Year, Hari Wilayah. Lagi banyak Public Holiday kan.
Dan elok lah juicing challenge aku tamat.

Tapi takpe. Aku memang tak kesah tunggu tunggu ni. Suka tunggu tunggu ni. Takpe, sebulan lagi tunggu pun takpe. Ambik lah masa utk shipment tu yer.Mungkin warehouse jauh dari Kuala Lumpur ni dan mengambil masa yang laaaaamaaaa sangat. 

*punya la aku nak beli sgt slow juicer tu, smpai aku tak baca review blog orang - pastu bila dah baca, aku yang seriau.. brr.. 

20 January 2014

Cruising 2014 : Krabi - Penang

20 Jan 2014/18 Rabiulawal 1435

Menyampah lah hai tak abis2 citer cruise dia nih kan.. haha. Hadam kan saja lah yea.. tak citer cruise, citer juice.. itu je lah modal skrg. Modal lain takde. Tp citer cruise ni last kot. Cuma mungkin ada cam summarize sket la nati. Ada yg tanya berapa harga etc etc kan. So, nati kita buat satu entry hoke.

8 Januari 2014
Last day.
Kembali ke Penang.
Rasa sedih ada.
Tapi, rasa tak sabar nak balik pun ada.
Haih. Tak lalu aih nak duk lelama kat dalam kapal tu.
4 hari 3 malam memang dah cukup la rasanya.
Kalau lebih lama lagi, mmg muak kot.
Fitrah manusia kan-bukan tptnya dalam kapal tu.
Semua pun cam tak sabar nampaknya nak keluar.

Aku dah siap kemas2 bag semua dah.
Jadi, lepas breakfast kiterang lepak jap atas deck.





Biru is hujung kapal
Putih is depan kapal
Menari di atas kapal?? (-_-")

Kul 8.30pg dah start boleh amik passport.
Tapi sebelum amik passport kena pastikan semua bil2 dah settle.
Collect passport kat lounge Deck 5
Settle seme tu, moh la kita balik.
Kul 11 tarik beg ke deck 4 - berkumpul nak balik.

Tepat kul 12 dah berlabuh di Penang.
Yey!
Dah nak sampai Penang
Sudah berlabuh
Smooth je semuanya.
Keluar - check passport - settled - pastu amik kereta - dan mari lah pulang.

Jadi, begitu lah.
Percutian 4 hari 3 malam bersama Superstar Libra.
Jadi la nak merasa kata orang tu kan.
Nanti boleh naik lagi. Bawak anak pulak ke. Hihi.
Apa pun, memang bes!
Terima kasih Ya Allah atas peluang ini :)

17 January 2014

Juicing Challenge : Gambar Terpilih

17 Januari 2014/15 Rabiulawal 1435

Hihi. Matikla blog aku ni dah takde citer lain. Asik2 citer juicing. Pastu skrg ni duk citer Cruise. Matik la kebosanan dah. Hihi. Takpe lah. Tahun 2014 kan aku ber azam nak ubah 'corak' blog ni sket. Jadi, begini lah. Harap2 permulaan ini akan kekal hingga akhir tahun nanti, kan? 

Saja suka suka la.
Hari pertama mmg selekeh la juicing aku.
Tup2 da beli mason jar. Terus la taruk juice dalam tu.
Dan,
Allaboutjuicing pick gmbr tu masuk dalam emel yg derang hantar ke semua peserta.
Hihihihi.

Tak ramai ya Msian yg join (atau mungkin join tapi tak post gmbr)
Hey. Abaikan gmbr jus ngan anjing tu. Omputih ni kan macam2.
Tunjuk kat MyDH dia pun 'heh!' Aku pun tak berkenan. Skali elok dia placing situ.

Which mine??
Hihi.

Best la korang - jom la join. Masih boleh lagi. Just klik - allaboutjuicing.
Bkn ada syarat apa pun. Just juicing - and post it - instagram n facebook.
Nanti dia akan emel la recipe, any info lelain.

Cukup  1 week nati, I'll share my juicing pic okeh.\
Mana slow juicer aku nih.. ala..tak sabar tau!
Aku rasa aku dah obses lak ngan juicing nih. Huhu.

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign