Pages

29 January 2014

Juicing Challenge Week 2

Hai uols.
Skrg tgh bz sebenarnya. Bz dgn temuduga. Bukan la ahkak yg di temuduga, dan bukan juga penemuduga. Ah. Nati lain entry lah cerita pasal temuduga nih ya. Memacam gelagat boleh ditgk masa sesi temuduga sedang dijalankan. Ahkak ada la sekali dalam bilik temuduga. Tukang bukak pintu.. haha.

Orait. Ni gambar2 juicing challenge week ke 2.
Dari 18 Januari till 24 January.
Kat FB ada gambar ni. Kat instagram ada. Harap janganlah muntah kedarah yer.
Bila hehari aku up gambar ni dan orang tgk, ramai juga tertanya2, kenapa aku asik juicing. Diet ke? Utk apa? Sapa yg mmg follow d track tahu la kan. Tp sbb aku bukan nya Nelydia Senrose (oh Mastura...) jadi, mmg tak ramai la track kenapa aku ber juicing kan. Tkpe. Itu pun nati aku buat entry ya.

Middle of the week 2 ni, aku dapat slow juicer yg di order dari Lazada tu. Yey! Dah ada slow juicer. Tak perlu guna food processor. Oh. Sila ambil maklum, aku tak pernah guna blender mahupun juicer extractor utk buat raw juicing nih. Aku tak rajin nak tapis2 seme tu. Kat rumah tu, blender hanya utk blender cili ja. Lelain semua guna food processor. Now dah ada 3 alat blender dah kat umah tu kiranya. Utk blend cili, utk juicing dan food processor utk proses apa2 lah. Seme pun buleh dengan food processor tu. Aku mmg suka mendalah tu sbb mempercepatkan kerja aku. Eh. Ada satu lagi. Yg tupperware punya. Chop apa ntah namanya tu. Tak pernah guna pun (T___T)

Raw juicing is juicing without any sugar. Tapi, kalau guna food processor kena tambah air. Kalau tak, mampuih dia tak gerak. Tapi kalau guna slow juicer - without water. Sbb dia mmg extract all the juice from fruits itself. Oke. Done :)

Oke kali ni, aku taruk tahap kesedapan. Tapi ini tahap aku lah. Utk korang kena cuba2 lah sendiri. Ada yg muntah meluek kalau buat jus sayur, ada yg oke ja. So, terpulang pada penerimaan tekak memasing. Aku pun bukan orang yg makan sayur. Tp juicing, yes - aku takde masalah utk menerima sayur2. So, memasing ya.

Day 8 - 18/1/2014

Water melon. Mmg hanya water melon ja. Takde tambah apa-apa. Air pun tak. Masa ni slow juicer belum smpai. Manis sgt tembikai nih.
Tahap kesedapan : lima per lima (5/5)

Day 9 - 19/1/2014

Orange + Carrot. Pun slow juicer tak smpai lagi.
Kesedapan : 4/5.
Carrot mmg geng baik dengan oren. Itu tak dinafikan.

Day 10 - 20/1/2014
Celery + Green Apple + Lemon.
Aku tak berapa berkenan rasa celery, tp sbb ini antara jus yg di suggest oleh Doc Hamid Arshat, so, aku telan gak lah. Celery tinggi anti-oksida. Rugi kalau tak consume. So, letak lemon supaya tak kuat sgt rasa celery tu. Celery ni oke ja sebenarnya. Ada rasa cam masin2.
Kesedapan : 3/5

Day 11 - 21/1/2014
Fresh orange. Masa ni dah mula down sbb juicer tak sesampai. Dah menyampah dah.
Jadi, buat je lah apa yg ada.
Kesedapan : 4/5

Day 12 - 22/1/2014
Juicer da sampai. Yey!
Terus rasmi. Cucumber + Carrot + Oren.
Kesedapan : 4/5. Guna slow juicer - mmg takde rasa cucumber pun. Sedap.

Day 13 - 23/1/2014
Oranges + Apple.
Tahap kesedapan : 5/5.
Manis oren dan manis epal itu sendiri. Memang sedap. Tapi, buah tak stock lagi masa tu. Share satu jar ngan myDH. Dia pun cam tak cukup.

Day 14 - 24/1/2014

Apple + celery + lemon.
Guna slow juicer. Kesedapan jadi 3.5 per 5.
Kurang dah rasa celery bila buat ngan slow juicer.



Jadi, settle minggu kedua tu.

Antara perubahan yg aku notice - kulit seakan dry. Aku google, rupanya itu mmg akan terjadi pada orang yg aktif ber-juicing. Cam dia nak salin kulit lah kiranya kot. Haha. Tp lelama hilang.. kembali biasa. 
Selain tu - mmg lawas lah. Aku pun takde masalah lawas ke sembelit ke apa sebelum ni. Normal.

Tp bila juicing ni lagi bes la. Rasa laju je.. ihiks. Gross.. aiya...


Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign