Pages

27 January 2014

Star Cruises : Superstar Libra - Summarize

Tak abih lagi...???
Hahahaha.
Hadam kan je lah. Alah, cam tak biasa entry banyak2.
Ni pun kira sket lah. Kut buat smpai 10 entry??

Ha. Ni kira summarize lah.
Ada yang tanya2 kan. Jadi, meh jawab.

S : Kekda beli ngan Matta Fair ke Travel Agency?
J : Rasanya dah acapkali tulis ni. Ni mesti tak baca ni.. amboiii... hihi. Tp takpe, akak suka je nak jawab -akak beli kat Matta Fair. Tapi kat Matta Fair pun ada travel agency yg jual tiket cruises ni. E.g : Hwajing. Kalau amik ngan Hwajing ni dia ada sediakan bas dari Berjaya Times Square for free.



S : Kalau nak honeymoon?
J : Sesuai sekiranya poket anda mengizinkan. Sbb kalau cabin golongan marhaen cam weols amik tu tak sesuai dek non.. katil comey nau. Pastu single ja. Lain lah kalau amik cabin yang camni, di deck 6 tu (utk Superstar Libra - semakin tinggi deck nya, semakin tinggi lah harganya)
Contoh cam ini
Amik gambar dari web cruises.
Ni namanya Deluxe Oceanview Stateroom yang berharga RM2,622.00. Ini harga semasa Matta Fair, yang buy 1 free 1, kira utk 2 orang lah harga tu. Kalau tidak, itu lah harga utk seorang ye. Seorang 2k lebih. Gile kau - 4k lebih utk satu bilik ini. Atau pun cuba lah refer web Superstar Libra ni, kalau ada harga promo. Kalau aku, da smpai tahap gini, lebih baik aku saving lagi sket. Dan buat umrah. Aminnnn... Tp mungkin ada yang tak kesah - kata nak merasa kan, biar berbaloi. Giteww.

S : Tak semua free eh dalam cruise?
J : Takkk.. contoh cam air juice yang berharga RM14 segelas kecik tu. Weols beli masa Gala Dinner. Pastu menceceh la kata patblas hinggit tu stock buah seminggu tu. Haha. Tp stended la kan. Kata cruise. Ada tempat terima cash, tapi cam cafe ni, dia pakai access card tu. Kami beli tak byk pun. Juice n ada air bandung apa ntah masa welcoming party. Pastu beli gmbr yang orang cruise amik dan editkan - itu pakai cash (RM).

S : Sesuai tak bawak anak-anak?
J : Sesuai je. Utk kanak2 ada xtvt yang dipanggil Junior Cruiser (tak silap utk kekanak umur 6-12 thn). Kena register dan bayar sket la. Pastu ada child care centre gak. Kut nak buat apa2, nak drop anak situ jap pun boleh. Nak bawak stroller ke apa takde hal lah. Aisle mmg besar. Tp kalau anak kecik sgt mungkin masalah nak naik turun tender boat yang nak ke Phuket/Krabi tu. But, actually takde la masalah sgt pun sbb crew dia sangat2 la friendly dan membantu :)

S: Apa je xtvt dalam kapal tu?
J : Memacam. Gi amik je navigator yang ada kat reception counter. Seperti ini.

S : Bajet kak..bajet...
J : Wah. Ini soklan feveret ni kan. Aku jarang buat detail bajet2 ni kan. Sbb aku rasa, utk bercuti, semua orang takde hal lah pasal bajet2 ni. Kang beria bajet sgt, tak fun - so, mmg kami somi isteri akan gunakan terma - kata nak bercuti, apa salahnya keluar duit lebih sket. Ahah! bukan la bermakna banyak nau duit smpai terlebih2 kata ko.. tp mmg ada saving utk itu, so tak kesah la nak membeli something yg pada hari biasa rasa cam hoi.. mahal nih..giler ke? Contoh : aiskrim 180baht kt Phuket (T____T)

Tapi takpe, mesti ada yg nak tahu kan.
Oke, utk tiket cruise sahaja - yang di beli di Matta Fair adalah berharga RM1,992.00. Deposit dibayar pada hari Matta Fair - RM200 dan selebihnya di bayar melalui Maybank2U within a week. Perlu diingatkan ini adalah harga cabin golongan marhaen je. Kalau nak deck yang bes2 tu, ada bermacam lah harganya. Contoh begini.


Sebagaimana naik flight, dia ada juga handling chargers RM130/pax n Fuel Surcharge : RM66/pax. Itu lah yang menjadi total nya hampir 2k.
Sekali lagi diingatkan, ini adalah harga Matta Fair tahun 2013. Tahun 2014 mungkin sudah naik. Kan seme dah naik. Kangkung je yang turun. Eh..??? Kata meluat dgn lawak kangkung.. skali dia pulak cakap.. pa citaaa???

Kami tukar duit RM300 sahaja dari Msia sbb memula tu plan tak nak turun Krabi. Tp lps dah turun Phuket, rasa cam perlu turun Krabi. Jadi, kat Krabi tukar lagi RM100. Pada yg tak tahu, kat Krabi, duit RM boleh ditukar. Tapi aku pun confuse samada untung tukar di sini atau di sana. Haha. Tp lebih kurang je. So, don't worry. Total aku tukar is RM400 dan dapat la 4000baht. Tp tak belanja habis pun. 500baht aku tukar balik kat sini.

Dalam cruise aku hanya beli air juice dan jugak gambar di Phuket yg diedit (tak snap plak gmbr tu). Tu pun jenuh carik muka sendiri kat photo gallery tu. Ada satu gmbr cam bes, tp sbb tak jumpa muka sendiri, maka tak beli. Sedih. Tkpe lah. Kita edit sendiri je nanti.

Jadi, itu lah basic2 dia. Kat sini, takde la persoalan mampu tak mampu ke sebagainya. Nama pun nak gi bercuti. Jangan kata bercuti camni, bercuti ke Kelantan pun da makan hampir ribu kan. Jadi, ada rezeki, ada peluang, Insyaallah, ada la. Tak perlu kot asyik asyik nak kuar statement - ini je yang mampu, yang itu tak mampu. Nak gi sini je mampu, nak gi situ tak mampu. Padahal ada orang lain tu, duduk rumah je, nak gi KLCC pun tak pernah. Allah tu Maha Adil dan Maha Mengetahui, ada sebab dia buat kita pergi sana, tak boleh pergi sini. Jadi, bersyukur dengan setiap apa yang ada. Eh. Macam dah lari tajuk je nih. Haha.
Takpe..  masa ni kita baca2 citer orang, mana lah tahu satu hari, rezeki kita pula kan.. so, chill yah!!

Ada apa2 nak tanya, feel free to emel/contact me oke.
Utk cerita2 penuh :
Star Cruises - Superstar Libra - Penang/Phuket/Krabi
http://pnstoberi.blogspot.com/search/label/cruising

1 juta komen:

salam..tq info u... i nk pergi ahad ni =)
cume nk tnye..halal restaurant yg spices tu kene byr ke? which one halal restaurant yg free? tq

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign