Yang Viral.
Last week deactivated Facebook jap.
Reason?
Atas sebab peribadi. Haha. Poyo angat alasan khen....
Ni da active kan balik, sbb nk join juicing challenge tu. Kalo tak oke je nk terus deactivate. Aman jap dunia. Tapi kan..tu lah..bila tak on fb ni..mmg tk update la kita ngan viral yg ada kt fb tuh. Memacam gambar viral pulak sepanjang aku bercuti dan deactivate FB nih. Contoh viral yg aku ketinggalan, gambar penjawat awam ngulo main fb tu yer. Hihihi. Awas lo yg berada d frontliner, yg suka sembang2, mengilai ngilai, yg suka bergosip, yg tk buat kerja sepatutnya...org amik gambar lo nanti dan masuk dalam fb dan jd viral. Hahaha.
Walau aku tk on fb, aku tahu juga la pasal ni. Memula tu aku cam nk marah gak la bilamana org hampeh2 kan kerajaan. Padahal ada je govt yg da bg servis elok. E.g : JPN, imigresen. Lps tu bila aku bc explanation si pengupload gmbr, aku rs mmg elok di viralkan gambar tu. Aku tk pasti samada jabatan berkenaan counter-claim atau tidak pasal gambar tu, tp kalau camni biasanya mmg kena bagi penjelasan.
Mmg ada org kaunter yg buat kita cam kita bangang sesangat. Cam aku pernah citer customer kena tempik kt jpj tu. Walau bukan aku di tempik, tp masa tu mmg aku rasa nak sangat report (anta emel) je trus ke jpj dan c.c menteri. Tapi, tu lah pikir2 gak sbb kita pun berada d line yg sama. Tapi bila tk buat camtu smpai bika derang nk berubah.
Cuma satu lah..jgn salahkan jabatan..it's about attitude. Swasta pun memcm gak kerenah birokrasi. Cam aku pernah gak buat entry pasal bank yg aku nk amik e-batal kereta aku tu. Cuma tu lah... zaman media sosial skrg kan..sekejapan je jd viral. So..hati2 ya.. jgn nk suka2 sgt esp org yg berurusan dgn pihak luar. Jaga adab dan etika sbg penjawat awam.
******
Yang tak mampu.
Apa yg tk mampu ni?
Begini, uols mesti ada kawan yg jenis camni
"Eh, I tk mampu beli beg Gucci ni.. I mampu beli handbag Christian Louboutin je"
Atau
"Tak mampu nak beli rumah banglo, umah semi-d ni je lah yg I mampu"
Atau
"I tak mampu nk pakai keta Ferrari nih, keta ni je la yg ada" (tunjuk bmw 5 series)
Atau
"Ala I tak mampu nk bercuti kt London, tahun ni mampu g Maldives je"
Motip?
Padahal bagi sesetgh orang,.apa yg kau ada..apa kau pakai tu menjejes peluh org nk dapatkan. Tak selesa betul aku ngan org bagi statement gini. Nak bgtahu tak mampu kononnya tapi menda d compared tu adalah menda yg high end, high quality. Takde maknanya tak mampu.
Lain la kalau ko bebetul nk bagitahu ketidakmampuan kau camni :
"Saya memang tak mampu nak beli rumah semi-D tu, skrg pun duduk flat PPR je"
So, ada la sifat ooo,,.kesian dia...
Ini ko compared menda yg sifatnya pun mmg bukan semua orang boleh dpt. Yang mmg jenis mahal gak.
Oke, aku no hal kalau nk bergurau..sesekali ckp aku faham. Kadang aku pun berlawak gitu, tp kalo da acapkali..apa ke menda nyer
*pening*
Itu satu hal la..lg satu hal, bila org yg duk ckp tk mampu ni., tetiba ubah statement gini plak.
"Oh BR1M da open smpai org gaji 4k yer..tk dpt juga nk minta {buat muka seakan frust/ gambar icon frust}
Atau
"Oh, slip gaji saya hanya ada potongan zakat sahaja"
*rasa nak sekeh*
Motip? Lagi2 kalau orang yg buat statement tu orang yang sama dok kata tak mampu, tak mampu tu. Ni nk tunjuk apa sebenarnya ni. Org lain zakat juta2 kot..sekali segedebuk setahun skali bayar hujung tahun, tak main potong2 gaji ni, tkde plak nk gebang lebih. Tadi beria tk mampu bagai, tup2 secara tak langsung ter bagitau gaji lebih 4k, da tk bole mintak bantuan brim.
*geleng kepala*
Seboleh2 dalam blog aku ni, mmg aku tknk buat entry cemni. Entry yg duk citer perangai orang sbb aku pun tk perfect. Kang buat citer pasal orang, 4 jari tuding balik kt kita,
Tp ni memang tak tahan woh, sekali dua tk ngapa. Ni berkali kali duk tak mampu, tk mampu.. eh., ni sudah lebih nih.
*tak boleh nk hadam*
Tak tahu apa masalah orang camni. Tak boleh orang lebih dari dia ke apa. Penyakit la kalau ada camtu. Kesian pun ada. Tapi, kita plak yg menyampah nengoknya asik keluar statement tak mampu, tak mampu. Konon cam merendah diri. Konon je lah. Padahal orang tak mintak pun dia merendah diri. Tak bertempat. Dah tak mampu, lps tu kuar plak statement gaji dia la paling terbanyak. Hai la hai. Please la. Takyah la tunjuk paling ter haibat, rumah paling ter cantik, kereta paling ter mahal. Orang lain yg sunyi je tu entah2 dah simpan ratus ribu dalam bank. Kita ni takat nak tunjuk dalam laman sosial. Buat malu je.
Jalan penyelesaiannya - kalo kawan fb - kita unfollow je lah citer2 dia kt newsfeed tu. Tick butang unfolo. Jgn tick unfriend plak. Kang timbul masalah lain. Unfriend kt fb ni bole jd unfriend kt luar jugak woh, bahaya..bahaya..
Kalau bukan kawan fb, bila cakap tk mampu, tk mampu tu cakap kt dia
"Jangan kufur nikmat"
Sekian, tazkirah petang Jumaat.
p/s : Apasal entry bawah tu ada star (*). Haha. Dah macam entry 'seseorang' plak. Terkena jangkitan ke apa aku nih. Haha.
Terima kasih atas komen anda :)