Pages

6 January 2014

Resepi : Nasi Tomato Mudah

Ha. Tu hari aku buat nasi tomato kan. Pastu nak sharing is caring gak la resepi yg aku guna.
Seriyes, aku tak pernah nak cuba buat sbb aku rasa buat nasi tomato ni leceh.
Rupanya bila dah buat.. oke je lah. Takde la susah nau.

Aku amik resepi dari blog CikMat la.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.
Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.
Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak.

*********
Akan, tetapi, resepi ni aku gabungkan dgn resepi dari buku 1Hari 1Resepi Chef Hanieliza
Maka, terjadi lah nasi tomato buat pertama kalinya dalam sejarah masakan haku. Huhu.
Sedikit tawar nasik tu sbb aku takut nak buh garam.

Cuma, aku tak guna minyak sapi. Selain aku tak berapa gemar, nak guna sket je pun. Beli kang, lebih tu nak buat apa lak kan. Ada butter dlm esbox. Maka ku guna guna butter je lah. Selain tu, aku alter sket ikut 1H1R tu. Guna tomato segar yg diracik2 kasar. Gitewww.
MyDH kata bau cam orang kenduri kawen. Hihi.

Utk lauk. Ikut suka hati. Nak buat dalca ka, kurma ka. Daku buat ayam madu saja. Wah. Tetiba ayam madu. Tak madu sgt la, cam ayam masak merah je sebenarnya. Itu resepi pun ikut dalam buku 1 Hari 1 Resepi.
Lps tu, kan aku masih 'pantang' nanas dan tak mahu gunakan cuka, maka ku buat la kerabu epal saja. Resepi kerabu epal cam kat sini.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign