Aku tak tahu la apsal aku sgt bermasalah dengan UMobile ni.
Mmg merungsingkan.
Baru nak berazam buat entry ber ilmiah. Tup2 nak kena buat entry kecaman plak.
Haih.
Tapi entry ini walau tak berapa nak berilmiah, tp boleh la dijadikan info untuk orang yg mencari maklumat berkaitan U Mobile. Kot terpikir nak subscribe ke, kot berniat nak switch line ke. Ha. Sila la baca semua entry aku yang berkaitan UMobile ni dan sila lah buat keputusan selepas itu.
Hari ni skali lagi aku hangin.
Tu ari. Last month (last year la) dapat ini.
Ada aku bebelkan dalam facebook jugak.
Takde angin takde ribut tetiba dia kata tak dpt nak reach aku.
Padahal sedetik pun tak berdering keluar kat skrin aku nombor tu.
Oke lah. Aku buat dek je.
Takde masa la aku nak call balik.
Sorry.
Aku tahu CITC tu sykt pemungut hutang.
Sbb antara kerja aku dulu pun berurusan dengan sykt2 pemungut hutang ni.
Jadi, aku tahu antara sykt2 yang berkaitan.
Masa ni mmg mendidih je rasa. Tak berapa ringgit ni pun nak bersyarikat pungut hutang bagai ke UMobile nih? Setahu aku bila dah smpai ke sykt pemungut hutang ni samada kita due 2,3 bulan atau kita tak respond LOD (Letter on Demand).
So, aku ke UMobile aku settle la RM33.85 sebagaimana di tuntut sgt tu.
Lagipun bukan due 18 bulan pun kan. Masih tak due. Tapi yg kecoh sgt taktau apasal
Masa bayar tu pun aku tgk ada sorang kakak ni dah memarah budak kaunter tu.
Nyata. Bukan aku sorang menyampah ngan perkhidmatan UMobile nih.
Dah settle tu oke la.
Tup tup 25 Disember dapat lagi dari nombor 4141 nih. Tak sempat nak pick up. Aku ingat lagi, aku dalam keta time tu nak gi pasar.
Aku tgk cam kenalllll je nombor ni. Semak2 balik.. la... dari CITC ni ke. Kerja ke pun di hari krismas. Aku try call balik tak dapat. Byk kali aku call, takde orang jawab.
Jadi, aku ingat takde la aku dihantui dengan nombor2 ni lagi.
Sekali pada tahun baru ni, 2 Januari 2014, sekali lagi didatangi nombor 4141 nih. Adeh. Apa ni. Apa ni.
Aku terus cakap aku dah bayar.
Dia kata bukan yg tu, akaun satu lagi.
Lorh. Akaun satu lagi tu setahu aku belum due.
Dia kata mmg belum due lagi. Just nak peringatkan je. Due 7.1.2014
Sekali lagi diulangi, dia call untuk peringatkan aku untuk bayar. Oooo…. ooo…..
Hai UMobile.. teruk sgt ke rekod aku dgn kau sampai nak diperingatkan.
Hai UMobile... dah lebih 2 tahun aku guna perkhidmatan kau, ada aku tak pernah tak bayar?
Hai UMobile.. berjuta sgt ke aku punya bil smpai nak diperingatkan?
Dulu aku pakai RM150 sebulan tak pernah pun camni.
Bank, kad kredit pun tak pernah nak peringatkan unless… unless yer.. unless mmg kau tak bayar bila dah due. Dah byk sgt ke duit UMobile smpai nak guna sykt pemungut hutang untuk call setiap customer memperingatkan nak suruh bayar. Setiap bulan? Ate nyer ramai tu. Ke ada 2,3 orang customer je UMobile nih? Tak masuk akal betul aku rasa.
Runsing. Menyampah. Rengsa. Menjengkelkan.
Semua ada.
Nak lagi bes dia boleh kata :
'cik, kalau cik dah bayar boleh tak cik call kita balik'
Kau rasa aku nak jawab apa?
Nak jawab 'baik lah..sy akan call semula lps saya bayar, saya mmg suka camni'
Amboi. Dah bayar, lps tu nak kita pulak call dia. Amboi boi boi. Kau tahu semua orang duk kecam barang harga naik dan kita semua disuruh berjimat cermat. Datang kau, suruh call balik. Aku tak tahu la kalau ada keldai yang setuju nak call balik. Igt call dia tu free ke. Harus la paling2 busuk seringgit labur ke UMobile. Eiii.. sakit plak hatiw kitew nieee.......
Giler!
Dah kenapa aku plak kena call balik. Eh. Tak kuasa la aku haih.
Aku jawab 'eh, tak kuasa lah saya nak call, UMobile ada sistem, takkan dia tak boleh update then bagitahu sykt awak ni. Byk cantik muka nak habiskan duit talipon saya. Lain lah kalau ada nombor toll-free tu. Bodoh la UMobile ni"
Iyer. Mmg aku bodohkan U Mobile.
Jadi,
Utk broadband, mmg aku dah nak terminate. Kalau tidak bulan Disember lagi nak terminate dah. Tapi, tu ari byk hal tak sempat nak pergi. Sbb skrg pun aku guna huddle YES. Senang. Ngan asben aku skali boleh on wifi. Tp ni pun tak boleh nak puji melambong sgt. Ini pun sbb free setahun. Jadi, guna kan lah. Bodoh plak kalau org bg free tapi tak guna. Takat ni berdesup laju gak la internetnya.
Aku suspect da menimbun utang UMobile nih, jadi tu yg dia jadi paranoid sgt. Hey. Aku tahu la kewajipan aku untuk membayar setiap bil aku, pada setiap bulan. Jadi, tak payah nak remind remind. Dah la remind, lps tu nak suruh kita call dia pulak lepas bayar. Hey. Mmg tak la. Tak sabar aku nak terminate line yg ada service bodoh macam ni.
Oh. Utk info, aku bukan sekadar bebel di sini. Aku mmg emel customer service dia jugak. Tapi, apa yg derang boleh cakap pun. Habis habis gini je :
Kami juga berharap semoga ianya dapat membantu kami dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kakitangan U Mobile di masa - masa akan datang. Pihak kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggannya bagi memastikan kepuasan pengguna terjamin dan sokongan serta maklumbalas yang berterusan dari saudari amat dihargai sebagai penggalak untuk kami terus berusaha.
Terima kasih atas komen anda :)