Pages

14 January 2014

Cruising 2014 : Penang - Phuket

*entry panjang dan banyak gambau*

5 Jan 2014 - Penang.
Naik di Swettenham Pier International Cruise Terminal.

Oke, meh la aku ceritakan serba sedikit dari awal prosedur pembelian tiket aku ni kan. Detail sket lah walau orang cam tak heran pun nak baca. Tapi, mungkin ada juga orang carik info berkaitan kan. Cam aku lah. Kalau nak gi memana aku suka baca blog orang. Even aku nak booking hotel kat Melaka pun aku google. Pastu kalau orang tu tulis sebaris dua je, takde info, aku cam ala.. frust nya..

As per previous entry aku dah citer aku beli tix kat Matta Fair - bulan Sept. Masa tu bayar deposit RM100 - pastu within a week kena settle kan total amount. Aku just bayar thro Maybank2U. Senang kan. Dah bayar just fax kan kita nyer resit. Lps tu dia akan emel kan confirmation tiket dan jugak map cara nak ke port tu. Dia mintak jugak kita bagi detail pasport. Tp aku tak bagi awal2 pun. Sbb aku nyer pasport nak mampuih bulan 4 tahun 2014. Maka, aku kena renew lah. Taknak la renew awal2 kan. Tu yg aku renew on November tu. Lps renew baru lah aku emel balik segala detail ke Star Cruises (SC). Pastu derang balas balik emel kata dah terima apa seme (masa ni cuti skolah, nak call kemain payah dapat). Senang kan. Thro emel je semua. Dah nak pergi tu baru aku tanya pasal parking apa seme.

Sebelum ke Penang, aku balik Perak dulu Sabtu tu. Lps tu, pagi Ahad baru gerak ke Penang. Dah tak jauh la. Sejam setgh sampai. Naik feri je lah dari Butterworth (eh, jap.. dah ada jalan baru ber tol skrg yer  nak ke jeti feri tu). Port nak naik cruise tu mmg sepelaung je dari jetty ferry. Parking kat tpt yang mmg port tu punya. Masa aku call, org SC tu kata kena pergi cpt sbb parking limited. Parking situ RM5/per day. Suppose RM20 la kan. Ahad till Rabu. Tp orang jaga parking tu bagi RM15 je. Kami gitau gak balik hari Rabu. Entah. Diskaun mungkin. Hihi.

Landmark utk parking

Kalau tak muat, boleh je parking kat public parking Padang Kota. Dkt jugak. Alah, dekat bulatan yg ada jam n bulatan ada buah pala terbelah tu. Tahu?? Ala, kalau keluar feri masuk kanan, dkt2 situ je lah.

Kami smpai dalam kul 12.00 kat Port. Check in jam 1pm. Ada ruangan menunggu. So, tggu lah sehingga kaunter di buka. Ada kerusi urut2 tu jugak. MyDH nak jugak g duk kat kerusi tu. Ha.. bayar dan pergi lah urut.
Ruang menunggu n kerusi urut

Dalam 12.45pm kaunter check in buka. Oh. No need to worry. Jangan rebut2 seakan bilik tak mencukupi. Kaunter banyak. Beratur je lah. Bagi pasport n confirmation tiket kita. Lps tu dia akan bagi access kad dan juga navigator utk hari Ahad n Isnin.

Motip baju aku sama ngan baju org dpn tu?
Kena baca nagivator ni sbb kat situ la kita tau apa xtvt yang ada, apa info2 penting. Ko tak baca tu mmg kau akan ketinggalan dan tercangak bangak. So, navigator is important.

Kegunaan access kad :
Kunci bilik dan jugak pengganti passport. Sepanjang cruising mmg passport takde ngan kita. So, turun Phuket ka Krabi ka, bawa la bersama 'nyawa' kita tu. In case jadi pepehal tunjuk je access kad tu. Access kad tu jugak pengganti cash. Some transaction tak perlu bagi cash dulu - cam nak beli air juice ke, so, bagi je lah access kad tu - nati dia masuk la dalam bil kita. Nanti hari last tu baru lah kita bayar.

Merasa la jadi world cruiser. Hihi
Lepas check in terus la masuk utk pemeriksaan imigresen. Takde la cop apa pun. Prosedur imigresen lah.

Check bag segala. Then sebelum masuk cruise, passport akan dikutip dan disimpan oleh pihak SC. Maka tiada lah passport sepanjang cruising tu.  Lps tu dah boleh masuk kapal. Huye huye.

Ada joget joget kat pintu masuk 
Sebelum tu kena amik gmbr. Alah. Biasa lah tu. Memula dengan maskot dia. Pastu ngan org apa ntah.

Masuk je cruise dah boleh terus ke bilik. Carik la bilik kau sendiri. Hihi. Ala. Tak tahu tanya je kat staff atau cabin crew yang ada. Mereka sgt membantu. Pintu masuk adalah di tingkat 4. So, kami ni duk di cabin golongan marhaen je. Maka, marilah kita turun ke bilik kita di tingkat 2. Hihi.

Bilik comel ja.
Bilik air pun comel jugak.
Siaran tv mmg takde masalah. Astro
Dah lepak2 jap kiterang jalan2 la tgk apa yg ada. Orang duk ramai lagi berkumpul kat tgkt 4 tu. Memula cam tercangak bangak juga lah tak tahu nak buat apa. Lps tu tgk navigator. Ooo... ada makan rupanya. Afternoon snack. Tp ada je nasik bagai. Kami makan kat Four Season.


Dia ada 3 restoran yg inclusive dalam bayaran kita tu. Kira cam masuk je lah makan - takyah bayar dah. Lps makan terus naik ke deck 5 sbb nak reserved kat Gala Dinner. Tgk orang da q. Maka, kita pun q. Hihi. Buka je pintu utk buat reservation terus masuk. Takde lama sgt q.

Sedang menunggu utk reserved Gala Dinner
So, utk Muslim, derang ada sediakan jugak restoran Halal utk Gala Dinner - Spices. Kiterang amik yang tu lah. Keluar je dari buat reservation, nah... giler panjang orang beratur. Tu lah kena awal. Dia tulis pukul 3pm, sebelum 3pm kita kena smpai dah. Kalau tidak.. pitam. Tp no need to worry gak. Dalam tu ada kerusi dan kaunter pun banyak je. Dia bagi nombor and kita g kaunter ikut nombor di panggil.

Belum gerak dari Penang lagi ni.
Lps tu solat dulu. Ada kompas kan. Jadi, gunakan lah. Jangan risau kalau tak tahu kedudukan kita sbb kita boleh tgk kat tv yg disediakan. Ada navigator cenggini.

Pukul 4.45pm ada safety drill. Mandatory katanya. Jadi pergi lah. Ala, apa salahnya dengar kan. Malang tak berbau kata orang, kalau jadi apa2, at least kita dah tahu. Kat situ dia bagi lah mana kita punya tpt assembly kalau jadi apa2. Pastu camna cara nak pakai life jacket.

Dah settle safety drill - ha.. bertempiaran lah kita ke deck 9 (pool deck) dan deck 10. Welcoming party katanya. Hua hua hua. Masa tu kapal dah bergerak tinggalkan Penang. Bye Penang.


Dalam kul 6.30 dinner start. BBQ dinner. Makan kat area pool deck tu lah. Memacam ada. Makan lah sebanyak yang mampu. Jangan membaziaq sudahhh... tapi kan, orang kita ni kan, takyah la nak berlagak sangat kalau dgn orang kita sendiri. Aku tak la kata semua. Ada yg senyum.. senyum. Ada sorang minah ni kerek nya. Dia tgh beratur. Amik pinggan. Tp dia tak pegang pinggan tu. Masa tu dia masih kat meja yg ada byk pinggan2 lain. Aku teramik pinggan dia. Dia jeling aku. Pastu aku cam kenapa? kenapa?. Ooo.. aku teramik pinggan dia - aku say sorry - huh! marah dia - sket tak pandang muka aku. Alahai... ko Melayu, aku Melayu.. tak ramai pun Melayu dalam kapal tu - tak salah pun ko tgk aku - senyum ke apa. Ni tak, muka kerek ya Tuhan. Melambak lagi pinggan lain. Atau pun ko cakap lah, eh, tu pinggan saya.. tak boleh ke nak friendly sket. Alahai.... Dengan turban2 dia - kira cam stailo sgt lah. Makan nasik je punnnnn...... Yg smpai 2 pinggan skali nak amik kenapa. Hiii.. mujo lepas2 tu aku tak jumpa dah. Baru naik kapal Superstar Libra ni dah rasa tinggi sgt ke kedudukan? Kalau naik Virgo ke apa lagi besar, entah lah.. sama tinggi la hidung dengan turbannya agaknya...

Udang besar. Tp itu je pun yg aku mampu makan.
MyDH punya 1st round. Huhu
Byk food station.
Dah kenyang2 tu, mari lah kita mandi manda dan berehat seketika di bilik yang comel tu.

Sebelum tu kami tgk pakej2 tour kat Phuket. Ingat nak amik la satu pakej tp sbb dia nak minimum dalam 15 orang - maka tak dapat la nak join. So, kita decide free n easy je lah. Amik sticker kat reception counter je. Utk free n easy dia bagi 3 time untuk turun - 1.15pm, 1.45pm dan 2.15pm. Kami amik yang turun pukul 2.15.

Malam ada magic show kat Deck 5 - (Stardust Lounge) Sbb lambat, dpt la duk blkg2. Menarik la jugak. Keluar dari tgk magic show, boleh tgk gmbr2 yg ditangkap masa siang tu. Kalau nak beli, boleh beli. Dia letak kat photo gallery luar Lounge tu. Lps tu, ada xtvt - treasure hunt ke apa ntah kt pool deck. Pastu joget2. Kiterang lepak jap atas deck 10. Menghirup udara laut.


Kul 11 ada supper. Suppose ada 2 restoran yg available utk supper ni, tp dia buka 1 je. Dah la itu restoran cina. Kiterang tak makan pun.

Oh, walau kami duk kat cabin golongan marhaen ja, tp oke lah. Lena ja tido. Takde la bunyi enjin ke apa. Bawah tu ada lagi cabin utk crew.

Settle hari pertama :)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign