Bila cakap healthy lifestyle, apa yg kita terbayang?
Mesti terbayang - senaman, dapatkan rehat yang cukup, jaga makan, byk makan buah, makan sayur.
Mesti terbayang - senaman, dapatkan rehat yang cukup, jaga makan, byk makan buah, makan sayur.
Mesti itu yang terlintas.
In fact bila kita google image pun, itu jugak yg keluar.
So, betullah kan.
Tapi, ada orang kata - sayur-sayuran, buah-buahan pun terdedah dengan racun. Baik makan supplemen. Aku sebenarnya, mmg tunggu je orang nak 'publish' citer cemni. Mmg aku tunggu (supaya aku idea buat entry ni. Haha).
Jawapan aku mudah ja - Terpulang pada memasing. Kalau kau rasa supplement tu takde bahan kimia, silakan lah. Tapi, pada aku, agak kelakar la bila mana kata supplemen tu takde bahan kimia. Kalau takde, cemna supplemen tu nak menjadi supplemen? Mesti la ada proses yang menjadikan dia supplemen.
Tapi takpe, itu pendapat ko. Terpulang. Sbb tu hari pun, bila aku tgk satu 'ubat' office mate aku - yg kena makan berbijik2 sehari - aku cakap byk nya bahan kimia masuk badan - dia sanggah - dia kata eh, manade, ni natural la, takde bahan kimia. Haha. Takpe. Aku gelak je lah.... mungkin tukang jual dia bagitau dia camtu.
Oke, sekarang kita tgk sekeliling kita - ada ke menda yg tak terdedah dengan bahan kimia, racun etc etc. Semuanya ada. Duk luar - terdedah dengan asap. Karbon monoxide. Dan entah apa toksik yg ada dalam udara kita ni. Duk dalam rumah, duk dalam ofis asyik ber air-cond. Even, nak on air-cond, lps start kereta yg diletak tgh panas pun tak boleh - can cause cancer. Kata orang lah. Aku tak pernah baca lagi sebenarnya. Tapi, takpe la. Takde masalah pun bukak tingkap dulu, dalam 5-10minit baru pasang air-cond. Pendek kata (pendek la kata, panjang tak kata) - everything can cause cancer.
So, cemana nih?
Keyword dia - wasadtiah - bersederhana. Berpada pada. Dan cuba utk minimize kan. Cam kalau buat raw juicing nih. Tak boleh la pagi petang siang malam kau juicing bagai nak giler. Aku pun kadang selang2 gak. Lepas tu pastikan buah, sayur di basuh dengan bersih. Ada produk utk cuci sayur n buah ni. Pun produk ni ada bahan kimia gak. Abis cemna?
Kisah nya sama je la gak ngan kau makan roti, makan nasik, makan ikan - igt tu semua takde side effect?? Haha. Kalau gitu - telan je supplemen pagi petang siang malam.
Eh. Nampak seperti aku sentap kan?
Bukan la aku sentap. Cuma kalau nak berniaga tu, jangan la kondemn kan cara orang. Kau.... pergi la ngan cara kau.. then jangan 'eleh'kan lifestyle orang. Nak berniaga - berniaga je. Aku tak pernah nak condemn, even tak gamak pun nak unfollow walau aku rasa sgt annoying sbb kat wall aku asyik keluar iklan pelbagai jenis supplemen. Tapi, kalau dah start nak condemn apa aku buat - there u go - aku mmg unfollow - pergi kau berjual sana. Boleh katakan - dalam friend list aku kat FB - 80% berniaga supplement. Dah la friend aku dalam 200++ je, kalau unfriend, mungkin tinggal 40 orang je kang (-_-")

Aku pun tidak la rigid sgt dengan lifestyle aku nih. Cuma aku try untuk berubah - ke arah healthy lifestyle - kalau kau taknak atau kau mmg tahap pemalas nak buat itu semua - lantak kau. Aku pun tak heran - tapi nak berjual tu jangan nak lebih2 sgt yer. Please. It's annoying. Really.
Menda ni cam isu cucuk vaksin, imunisasi ke apa tah tu la kan. Ada satu puak kata - takyah cucuk2 anak ni, ni semua agen yahudi la apa la. Yg satu puak lagi - kata takpe, begitu begini. Aku tak masuk campur, sbb aku belum ada anak. Tp dalam hal ni aku pun ada pendapat aku gak - dan tak semestinya sbb aku amalkan healthy lifestyle, semua pun aku nak 'nature' kan. Bagi aku biar ada check n balance nya.
Jadi, tu lah. Tak memasal panjang aku bebel.
Sebenarnya aku nak buat juicing challenge.
Tapi bila kuar menda camni, terpaksa hold dulu. Next week lah.
Kau nak meniaga, silakan, tp don't ever 'meng-eleh-kan' style orang. Aku taknak beli what-so-called-supplement-takde bahan kimia kau tu, ada beribu lagi orang nak beli. Kalau kau rasa supplement tu ur healthy food - then teruskan. Oke.
Done. Good.