Pages

30 April 2014

Don't Judge A Book By Its Cover

kredit : here
Tak silap aku, itu memang pesanan Prof Muhaya.
Aku cam pernah ternampak kat status FB dia.
Dunia dalaman menentukan dunia luaran.
How come orang kata don't judge a book by its cover.
Kononnya cam walau kulit buku tak lawa pun, isi bagus.
Ke terbalik, isi lawa, tapi isi tak bes?

Tu buku. Takyah guna perumpaan buku la untuk manusia.
Ce ko guna perumpaan tu utk buah.
Kata lah buah mangga, nampak busuk di luar. Ko nak beli ke tak?
Mampuih la tak beli kan.
Buah mangga ni, kalau luar berulat, sah2 dalam pun berulat teruk.

Itu lah sebenarnya aku nak cerita.
Orang selalu kata - mulut jahat, hati tak semestinya jahat. Mulut je jahat, hati baik. Konon camtu lah. 
Hurm.
Dulu, aku pun rasa camtu.

But, seiring dengan peningkatan umur aku, aku tak rasa menda tu betul.
Cam Prof Muhaya kata tu lah - dunia dalaman menentukan dunia luaran.
Kalau itu yg keluar dari mulut kau, itu gak la ter keluar dari hati kau.
Kalau duk mulut lancang sgt, buat kelakar tentang sakit dan musibah orang, buat kelakar tentang hidup atau mati orang, itu sangat tidak beradap ya. Sangat.
Lepas tu kata-kata penuh sinis. Yang berbaur bongkak dan angkuh. Memandang orang seolah orang lain tiada harga diri.  Membodohkan orang, mensialkan orang, semuanya sesedap rasa tanpa sedikit rasa bersalah. Maklum lah, merasakan diri dah serba sempurna.

Aku akui, once, aku pun seorang yg bermulut lepas gak. Sbb aku ni bukan jenis nak hipokrit. Aku cukup menyampah nak bermuka muka ni. If aku tak suka, tak suka lah.
But, aku tak sampai nak menghina orang, nak menyindir orang atau buat memain dengan hal kematian atau sakit orang. Apatah lagi kalau melibatkan keluarga orang. Ibu bapa, anak, adik beradik orang. Aku masih ada rasa hormat.
Dan sekarang, lepas kawen, myDH banyak nasihatkan, lelama aku pun dah kurang. Walau aku masih tak hipokrit, cuma, aku cam kurangkan cakap2 lepas tu. Tapi, kadang ada juga ter  miss communicate. Itu lantak lah. Itu orang yg buat andaian. Kita takde pun nak maksudkan camtu. Dia yg pepandai tafsirkan camtu. Yang tu nasib.

Tapi ini. Alahai. 
Tak pernah dengar ceramah agama ke? Tak pernah fikir mati ke? Tu hari aku ada baca dalam paper, dah berapa jam nak bersanding pun, boleh mati. Apatah lagi kita ni yg dah dimamah usia.
Takde agama ke? Atau fahaman syiah? Erk. 

Memang ada orang yang lupa hidup tak menongkat dunia. Macam lupa kita sebenarnya berada di bawah. Tapi perasan haibat macam diri paling maksum. Aku tak tahu la. Mungkin ada orang rasa dia seolah macam para nabi yang takde dosa agaknya. Merasakan apa perlunya memikirkan perasaan orang. Merasakan apa perlunya menghormati orang. Memikir diri boleh hidup tanpa bantuan. Yang dia boleh menyindir orang, menyinis orang secara sengaja. Tak pikir perasaan orang. Ada jugak orang camni dalam dunia.
Sungguh aku tak paham.
Takpe lah kalau gitu. Esok mati, golek lah diri sendiri sampai lubang kubo sanun. 

Tak takut ke nanti satu hari kita pulak ditimpa musibah.
Dan ketika itu, ada orang lain pulak yang cakap 'hey, kenapa ko sakit? dah nak mampus agaknya'
Apa rasa?
Sedap?
Lemak?
Berkrim?



Jadi, 
kita tak payah guna term don't judge a book by its cover tu ya.
Buruk di luar - buruk lah di dalam nya.
Bercakap takde adab tanpa mengira 'kesakitan' orang pasti ada balasannya.
Ingat semua tu.

Apa pun. 
Jangan bongkak.
Jangan takbur.
Jangan angkuh.
dan satu lagi.

Jangan poyo!

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign