Pages

17 April 2014

Organize Your Closet

Masalah yang tiada kesudahan!
Haha.
Aku ni ada penyakit sket ni. Iaitu sentiasa tak puas hati dengan susun atur closet aku.
Kadang cam gerammm je.. 
kenapa rasa tak kemas.
kenapa nampak cam selerak.
kenapa banyak sangat barang.

Argh. 
Kadang sampai tension.
Tapi tidak la smpai OCD - itu mmg betul betul penyakit. Haha.

Tapi, aku mmg obses nak mengemas closet. Ada je tak kena dkt pandangan mata aku.
kredit : Here
Kalau dapat buat camni, alangkah best nya.

Nikmat.
Tapi manakan dapat. Barang aku je banyak giler.

Nak let go pun, still, banyak lagi.
kredit : Here

So, aku rasa - aku bebetul nak buat spring cleaning hari Sabtu nih.

Nak godek semua barang2 dalam wardrobe tu. Bahagian atas wardrobe tu aku rasa entah apa menda aku letak. Nak buat seminima mungkin, dan barang yg bebetul tak pakai dah - buang je. Takyah nak ada rasa eh, kang ada guna pulak. Buang ya. Buang.

Gitu gak bilik tetamu. Dulu, anak buah aku mengamok2 taknak tido situ sbb dia kata tu bilik stor. Dah ku kemas. Mmg selesa dah. Tp tetap mata aku sakit. Setiap sudut ada kotak2.  

Aku dah beli almari besau. Ala ala built in wardrobe bilik aku jugak, tp ni custom made je. 6x8 kaki. Booking masa kat Perfect Living tu hari. Harap2 muat lah segala ntah apa benda dalam tu. Dia almari baju sebenarnya, tp aku nak jadikan utility closet.

kredit : Here
Dalam bilik tetamu tu gak ada tv lama masa bujang dulu - yg ni mmg nak g tanya kedai jual barang terpakai je ni. Nak jual je. Takyah la simpan aih. Almari kecik pun ada. Nak jual gak. Menyemak. Nak biar kan almari tu je satu2 barang dalam bilik tu. Berjaya ke tak. Kita tgk nanti.

Satu lagi menda yg selalu buat aku terpikir is buku. Esp magazines
Rumah aku mmg lambakan buku dan magazines nih.
Jangan kata la novel kan. Tu mmg ada la. Dengan buku agama, buku motivasi, majalah2 lagi.
Haiya. Kalau rumah besar no hal lah nak buat mini library kan. 
Ni rumah pun sekangkang kera lagi nak  ber library bagai.
MyDH suh jual magazines aku tu. Tp tu la.. alasan aku 'sayang'
Aku rasa dengan alasan sayang ni lah rumah aku dah jadi lubuk barang tak berguna.

Pening betul tak kalau pikir hal mengemas ni. Geram pun ada. Sbb asyik rasa tak puas hati. 
Tengok lah cemna nati. Yang penting aku nak me-minima-kan sebaik mungkin barang yg ada dalam rumah tu.
Berjaya atau tidak.
Kita tunggu hasilnya.

2 juta komen

Assalamualaikum kekda, fulamakkk. sheila pun suka kalau dapat almari awesome camni. hehee

rasa mcm xde space dah nak simpan brg2... buang byk dah... still byk gak.. uhuhuhuhuhuuhuhhu.... ingt kan dh beli almari setel masalah.. x setel gak... huhuhuhuhuh

klu mcm sy ni... bg banglo 15 tgkt pon x setel masalah.. hahahah sbb malas... tu silap sendiri...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign