Pages

25 April 2014

Kad Kredit Oh Kad Kredit

Tak pernah cerita pasal kad kredit kan. Ramai tak pakai kad kredit ni. Aku tahu. Dan aku salute amat orang takde kad kredit. Bagus amat. Sbb sekali terjebak mmg cam tiada kesudahan. Berhantu. (cerita hantu kad kredit : Klik sini)

Aku start guna ni sejak masuk kerja. Biasalah kan. Memula kerja, mmg dia pancing la kita. Dah la pre-approved. Semua pun aku tak pernah mintak. CIMB n Maybank. Tu semua sbb gaji masuk bank tu. Dulu masa mula masuk kerja - bank CIMB. Jadi derang offer. Masa tu baru masuk kerja, jadi excited la kata nye kan. Pastu gaji ke Maybank - pun derang offer - ni aku suka sbb dia terus top up TnG. Bila dah 50ringgit je, terus dia naik balik jadi 150. Ni mmg mudah la esp yg selalu balik kg cam aku. Aku suka.

Aku takde la masalah kritikal dalam menggunakan kad kredit ni. Dan aku pun tak tahu bila entah derang naikkan kredit limit. Tetiba tgk cam eh. Kenapa dah tinggi ni, dulu berapa je. Tu lah. Bank ni mmg pandai kan nak bagi orang belanja. Aku tak pernah la amik cash dari kad kredit ni. Tu lagi giler. Interest lagi tinggi. Aku byk guna utk booking hotel - and tiket katebang (itu pun dah jarang sbb kalau AA dia caj RM30 utk setiap booking guna kad kredit).


Tapi, tetiba tersedar dari mimpi yang panjang. Haha. Macam tak masuk term 'mimpi' tu. Tapi, lantakkan lah. Boleh lah. Ni semua sbb CC Centre tu lah dok nalipon aku - sbb aku nyer payment tak cukup bln lepas. Jadi, cam ahlong la dia ngejar kita. Padahal kita bukan tak bayar langsung pun. Tak cukup 40ringgit. Masa tu aku tak dpt statement, pastu aku pun tatau entah berapa bil aku - aku pun bayar la cam biasa, rupanya tak cukup 40 ringgit. Makanya, setiap hari lah aku dapat call dari centre yg menyuruh aku bayar. Nak suruh bayar tu satu hal lah kan. Ni setiap kali nak suruh bayar tu setiap kali tu lah dia nak verified nombor IC. Menyampah pulak haku. Last last aku reject call dan letakkan nombor tu dalam blacklist number. Ha. Padan muka ko. 40ringgit je pun. Bukan 400ribu. Tu pun bukan aku tak bayar langsung. Pulak tu setiap bulan bukan bayar minima - harus bayar lebih. Tu kau tak kira pulak kan. Nak ucap terima kasih pun jauh skali la. At least msg cam Astro tu pun takpe la. Ni short sket bayaran, hehari call. Dasar Ahlong berlesen btul! Tp ye lah. Bak kata myDH - kerja dia...

Baek lah. Tapi sakit jugak bila kita terkurang bayar ni. Giler ko dia punya late charge tak masuk dek akal. Bengong giler lah. Sakit pulak hati aku nengoknya. Terus aku rasa aku nak settle kan semua bil kad kredit tu dan terminate terus. Geram pulak rasa. 

Jadi, setelah 10 tahun ber kad kredit, baru hari ni la aku nak try google 'cara pembayaran kad kredit'. Maka, banyak la tips yg disediakan. Hurm. 

Kat blog ni best baca - masalah hutang kad kredit 
Ni aku letak sket artikel dia. Panjang sket, tapi bagus. 
Macamana cara nak settlekan bil kad kredit kita.

i. Membuat Hutang Peribadi atau Personal Loan

Membuat Hutang Peribadi atau Personal Loan adalah langkah paling mudah dan cepat bagi menyelesaikan masalah kad kredit. Mungkin kadar faedah pinjaman peribadi adalah sebanyak 4.99 peratus setahun berbanding hutang kad kredit iaitu sebanyak 18 peratus setahun ke atas baki kini. Cara ini paling mudah dan cepat. Buat sahaja pinjaman peribadi kemudian selesaikan semua hutang-hutang lama. Tetapi keburukan kaedah ini ialah adakah kita betul-betul menggunakan wang pinjaman peribadi setelah memperolehi wang tunai tersebut contohnya mendapat RM40,000 dalam sesuatu masa? Saya bimbang sekiranya kita menggunakan wang tersebut untuk membeli perkara-perkara yang sepatutnya. Akibatnya, lubang hutang kita semakin bertambah dan membuatkan kita semakin tertekan. Kaedah juga tidak melatih diri kita untuk mengawal hutang kita seolah minda kita menjadi ‘Hutang Sahaja yang Dapat Selesaikan Hutang.’ Sebenarnya, ilmu sahaja yang dapat selesaikan masalah hutang dan bukannya hutang yang boleh menyelesaikan hutang. Sekiranya kita masih menggali lubang, berhentilah menggali lubang sekarang.
(ni betul. Mmg oke lah buat loan utk bayar hutang ni. Tp tu lah. Kang ada yg gali lubang korek lubang kang. Cam aku pernah dgr ada orang buat personal loan utk settle PTPTN. Tp tu lah. Risau kang dah dapat duit, ke lain halanya. Tapi, kalau nak selamat dan takde interest, buat je loan ngan mak pak kita. Hihi)

 ii. Membuat Pemindahan Baki Kad Kredit

Membuat pemindahan baki kad kredit ialah salah satu cara untuk menyelesaikan masalah hutang kad kredit. Pemindahan baki kad kredit atau dikenali sebagai balance transfer bermaksud kita satukan hutang-hutang kad kredit kita contohnya kita mempunyai 3 hutang kad kredit dan kita satukan hutang ini menjadi satu sahaja. Banyak bank yang menawarkan kemudahan ini di mana kadar faedah kad kredit adalah sehingga 0 peratus selama 12 bulan dengan ansuran bulanan yang tetap.

Tawaran ini sebenarnya bersyarat di mana kita perlu membayar ansuran tetap selama 12 bulan berturut-turut tanpa gagal. Sekiranya gagal dalam tempoh tersebut maka kadar faedah sebanyak 18 peratus setahun seperti biasa akan dikenakan dan tawaran yang diberikan ditarik balik sekiranya gagal. Tawaran ini adalah menarik dan memerlukan disiplin yang tinggi. Apa yang boleh buat ialah kita ambil sahaja gunting dan potong semua kad kredit kita miliki supaya kita tidak menggunakannya lagi. Ini dibimbangi kita menggunakan kad kredit lama di mana baki lamanya sudah dipindahkan ke akaun kad kredit bank lain.

Akan tetapi, pihak bank sudah tentu sentiasa mencari peluang untuk membuat keuntungan daripada pelanggan-pelanggan mereka. Terdapat tipu muslihat daripada pihak bank sebenarnya apabila membuat pindahan baki kad kredit. Ini adalah dengan kad kredit baru, kita akan dibekalkan dengan had kredit yang lebih tinggi. Dibimbangi kita akan menggunakan semula had kredit baru yang diberikan untuk membeli-belah. Pendek kata, bakar sahaja atau buang sahaja dengan kad kredit yang ada dalam dompet kita. Kita perlu bersifat ‘kasar’ atau ‘keras’ ke atas kewangan kita supaya ia memberi pulangan yang baik kepada kita.
(bahaya ni bahaya. Elok2 konon nak transfer, lps tu terbabas pulak ter guna kad tu. Ter oke.. ter... Oh. Ada dia suggest suh buang kad kredit. Buang eh. Hurm. Aku ada jugak plan nak tebuk je chip kad kredit aku tu. Tapi takat tebuk... Nak shopping online, nak booking hotel, nak beli tiket flight boleh lagi. Hiii.. mungkin bakar tu penyelesaian terbaik utk tak guna langsung kad kredit. Lepas tu bayar je. Lps tu terminate. Oke. Yang ni boleh dipertimbangkan. Kita bako.. kita bako. Nanti orang tanya mana kad kredit, jawab je 'dah bako!' )

 iii. Bayar Sahaja Ikut Jadual

 Ya, bayar sahaja hutang-hutang kad kredit mengikut jadual walapun dengan bayaran minimum. Sebenarnya cara ini merupakan cara paling lambat dan melatih disiplin diri kita dalam mengawal hutang. Apa yang lebih penting, kita jangan gunakan kad kredit lagi mulai sekarang. Kenal pasti jumlah baki hutang yang tinggal bagi ketiga-tiga kredit tersebut dan bayar secara konsisten setiap bulan walapun dengan bayaran minimum sekiranya kita tidak mampu. Gunakan kenaikan gaji tahunan atapun durian runtuh bagi menyelesaikan hutang-hutang kad kredit. Di dunia ini, setiap sesuatu ada awal dan akhirnya. Begitulah dengan hutang kad kredit, ia boleh dihabiskan sekiranya kita tekun dan berdisiplin dengan membayarnya setiap bulan.
(Aku tak pernah tak bayar, dan tak pernah bayar minima. Mesti lebih. Giler ko tak bayar? Sanggup nak di kejar dek org ngutip tu. Hii... aku lagi la pantang customer service call ni. Tak memasal hamukan je dapat kang. Jadi, mmg bayar. Dan bayar lebih lagi. Tp tu lah. Kadang dah elok nak abis bayar dah, tup tup ada je menda yg kononnya cam 'kecemasan' lalu pakai kad kredit - err... booking sofa kat Perfect Livin tu kira kecemasan la kan. Hahahahahah)

 iv. Kejar Pekerjaan Kedua

Kita juga boleh mencari pekerjaan kedua untuk membayar hutang-hutang kad kredit kita sekiranya kita inginkan sedemikian. Akan tetapi, adakah kita sanggup membuat pekerjaan kedua? Dibimbangi kita tidak akan dapat untuk memberi perhatian ke atas pekerjaan utama kita sekiranya kita mengejar pekerjaan kedua. Apa yang lebih baik ialah kita memotong atau cut cost perbelanjaan yang tidak perlu dalam perbelanjaan bulanan kita. Gunakan lebihan tersebut untuk membayar hutang-hutang kad kredit.
(Malas! Next...next)

 v. Membuat Semakan Secara Berkala

Membuat semakan secara berkala adalah penting bagi kita untuk mengetahui status hutang-hutang kad kredit kita. Pastikan ia tidak digunakan lagi supaya hutangnya tidak bertambah lagi. Apa yang perlu kita buat ialah kita memeriksa baki hutang kita secara berkala contohnya setiap 6 bulan. Ini adalah penting supaya kita mengawasi hutang-hutang kita untuk melihat sama ada ada pemulihan atau sebaliknya. Jika ada kekurangan, kita boleh memperbetulkan perbelanjaan kita semula. Contohnya, jika bayaran 1 kad kredit RM200 sebulan, maka 3 kad kredit akan dibayar sebanyak RM600 sebulan dan dalam masa 6 bulan, kita sudah membayar sebanyak RM3,600 hutang-hutang kad kredit. Periksa semula berapa lagi jumlah baki hutang kad kredit yang tinggal dan pastikan kita mengurangkan hutang-hutang tersebut dari semasa ke semasa. Cara merawat penyakit ialah mengenal pasti punca-punca berlakunya punca penyakit tersebut. Punca penyakit kad kredit ialah kita gagal mengawal diri kita dalam membeli-belah. Oleh itu, buang atau potong sahaja kad kredit tersebut supaya kita tidak menggunakannya lagi supaya hutang tersebut tidak lagi berjangkit.
(Sekali lagi dia kata - buang. Baek. Lepas ni aku nak gi rendam kad kredit aku dalam air panas. Muahahahaha)

 vi. Keseimbangan Rohani

Ini adalah pendekatan secara rohani ataupun keagamaan. Apa yang boleh buat ialah kita sentiasa menunaikan solat hajat supaya Dia dapat memberi petunjuk bagi menyelesaikan hutang-hutang kita. Sekiranya kita berniat baik untuk membuat sesuatu, Insya-Allah Dia akan mempermudahkan urusan kita.

Saya juga mempunyai rakan yang dikelilingi hutang sekeliling pinggang. Beliau menceritakan bahawa beliau menunaikan solat hajat secara bersungguh-sungguh ketika itu. Akhirnya, isterinya memperolehi pekerjaan yang mempunyai pendapatan yang lebih baik dan beliau berasa lega kerana sedikit-sebanyak dapat menyelesaikan hutang-hutangnya.

Kita juga jangan meninggalkan Solat Dhuha kerana solat ini adalah solat kunci rezeki. Saya mempunyai seorang rakan yang beliau menceritakan emak saudaranya tidak pernah putus rezeki walaupun sudah lama bersara. Ini adalah kerana berkat mengamalkan Solat Dhuha setiap hari. Mudah-mudahan kita dikurniakan dengan kemurahan rezeki dengan mengamalkan solat ini setiap hari untuk menyelesaikan masalah hutang-hutang kita.

*Bila nak pegi Pesta Buku ni?? Ha, sini takpe. Tak boleh kad kredit. Bawak cash, buleh jimat. Takda duit, takyah beli. Haha!

3 juta komen

Hai Kak Reen..

Tersenyum panjang Nita baca entry ni. hehe. Sebabnya! Ada berangan-angan nak ada kad kredittt.

Kunun senang nak beli tiket kapal terbang. Macam dengar lagi murah, tapi tu akak cakap, eh lagi mahal eh caj rm30? Alamak... kurang info saya ni.. huhu

Tapi bila dia asyik kata suh buanggg je kad kredit ni, rasa macam hmmm. Orang lain nak buang, kenapa plak aku nak mohonnn.

Hadoi.

memang kena beringat belanja pakai kad kredit ni...sebab sedap je swipe, tgk2 ujung bula dapat bil, bleh nangis... alhamdulillah, dah potong kad kredit jadi 1 kad je...

Kad kredit? Ain ada satu. Bank Islam. So far masih ok sebab senag nak book hotel, AA ke.. Tapi, kena berwaspada. Kalau guna bulan ni, mesti bayar bulan depan.

Bank lain sokmo2 offer kitorang lakibini .. Tapi, dah jadi polisi rumahtangga satu kad kredit sahaja. untuk hal hal penting...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign