Pages

29 April 2014

Kad Kredit Oh Kad Kredit : Buang

Wah. Tak habis lagi cerita kad kredit?
A ah.
Kira ni sambungan dia lah. Part 2. 
Supaya pada yg sedang bercadang nak amik kad kredit yg kedua, ketiga atau lebih dari satu, berpikir bebetul walau dia dah pre-approved. Semua ni taktik je nih.

Harap kita tak la smpai ke kancah hutang yang kritikal dan muflis tu. Minta dijauhkan. Nauzubillah.

Oke. Kisah aku seterusnya. Aku buat bayaran pada hari Sabtu.
Fuh. Mmg sakit kalau kena late charges (LC) nih. Lebih 10 tahun aku guna kad kredit, ini pertama kali aku berdepan dgn LC ni. Memang mendidih je rasa hati. Tp apa nak buat. Salah sendiri jugak sbb bayar tak tgk bil statement. Udah tak cukup. Bila tak cukup dia ambik kesempatan utk kenakan late charges.

Oke lah. Takpe lah tu kan.
Tapi, yg bikin aku mendidih lagi adalah - dah bayar pun dapat call lagi suruh bayar. Apa kah?
Nama je bank tersohor kat Malaysia ni, tapi takde sistem ke?
Bank ni takde SOP ke? Main sukahati je call walau pun orang dah bayar. Takkan guna sistem EXCEL kot nak update data customer.

Oke fine, katalah aku baru bayar, tapi, takkan la takde tulis kat sistem dia status bayaran - cam pending ke apa ke. Sbb aku bukan guna inter bank. Aku terus guna CDM. Oke lah, kata lah dia 24 jam baru active (which is nonsense la di zaman IT ni 24jam baru nak verify bayaran kita kan), tapi sure la ada status situ. Ala, cam kita guna maybank2u interbank tu. Orang bayar kat kita guna CIMB - ada je bayaran tu - tp floating dulu lah. Same goes to kita nyer cheque. Kan dia tulis status floating. So, bank takkan takde sistem camtu. Ko main sukahati nak call, call, call orang gitu je.

Tu yg terus aku tulis review kat FB dia. Lantak. Mostly review situ mmg yg tak puas hati pun.
Bila aku tulis camtu, ada member suggest guna kad kredit Maybank. Highly recommended katanya.
A ah yer.
Cuba ko try tak bayar or bayar kurang.
Ko tgk la masa tu highly recommended ke tidak.
Cam tak cukup tanah jugak dia carik ko. Haha.

Name it la kalau ada bank tak carik kita kalau kita tak bayar or kurang bayar.
Memana bank pun sama. Takyah nak recommended sangat lah.
Aku pakai CIMB ni pun tak pernah ada problem. Prob ni timbul bila aku kurang bayar. So, dia kejar kita cam nak runtuh menara dia tu buat dek kurang bayar kita ni. Tapi takpe lah. Dah kerja dia kan. Tak boleh nak kata apa lah.

Tapi, harap, takyah nak recommended sgt la bank memana. Sama je bank ni. Yang utama bagi dia - kutip duit, kutip duit, kutip duit.
By d way - aku pun pengguna kad kredit Maybank. Sama gak. Dalam 10 tahun dah aku pakai. Mmg takde problem, tp try la kurang bayar. Sama je jalan cerita ngan CIMB nih.

Kad kredit ni keperluan ke?
Cuba perhalusi bebetul. Bagi siapa belum ambik la. Sapa dah ambik tu, tak leh nak wat apa2 lah.
Aku mmg tak guna kad kredit utk keperluan. Orang lain aku tak tahu.
Keperluan dalam konteks ni adalah basic need. Bukan sampai keperluan yg jadi kehendak. Keperluan jadi kehendak tu yang jadikan kad kredit tu 'keperluan'.

Beli makanan - takkan kafe ofis nak terima kad kredit.
Bayar rumah setiap bulan - mustahil guna kad kredit.
Beli pakaian - suppose guna cash - kalau guna kad tu maknanya tu dah melayan kehendak.

Jadi, kesimpulannya, mostly kegunaan kad kredit ni meladeni kehendak kita je. Bukan keperluan.
Dulu, aku rasa aku perlu kad kredit sbb takut kereta breakdown ke apa ke.
Kredit : Berita Harian

Takde jugak. Guna cash jugak.
Isi minyak kereta. Jarannnngggg amat guna kad. Tambah lagi sekarang - I dunno - semua myDH yg settle - unless kalau balik kampung sebelum gaji - kita guna kad.

Buat apa kita nak bagi keuntungan pada orang tak pernah hargai kita?
Kata lah kita bayar lebih dari had minima - ada ucap terima kasih?. Never oi never. At least, buat cam Astro, bayar je trus sistem dia ucap terima kasih.
Kalau dia kata rugi la antar SMS pada semua customer, yg SMS suh belanja sana sini, yg SMS suh masuk peraduan la apa la tu buleh je pulak hantar.

Dedua bank yg aku guna ni mmg takde la nak SMS terima kasih ke apa lepas kita bayar. Bank lain aku taktau.
Tapi, cuba la tak bayar or kurang bayar, pandai pulak call.

Terima kasih CIMB kerana menyedarkan aku.
Aku nekad takkan guna dah kad tu. Mula aku ingat nak gunting je. Tapi, sbb aku ada buat bayaran tiket flight guna kad tu which, kalau ada apa2 kang susah pulak nak refer, jadi, aku decide tinggal kan je di rumah. Tu je. Lps tu jangan mengada-ngada nak carik balik dengan "alasan kot kot ada kecemasan". Tak mana ada nyer.
Sekarang ni aku nak settle kan semua, then terminate.
Kalau kira2 balik memang rugi bayar camtu je ke bank. Interest dah la tinggi.

Kalau siapa yg tgh fikir nak ambik kad kredit ke tak, jawapan aku - boleh ambik. Tapi, hanya SATU. Tolong guna satu kad sahaja. Dari satu bank. Jangan ambik banyak2.
Cam aku, aku mmg takde niat nak terminate yg Maybank punya sbb dia ada kemudahan - yg kad Zing tu. Tak perlu aku nak carik2 kedai nak top up Touch n Go bagai kan. Sum more, dia nyer point tak expired and aku boleh redeem barang2 aku suka masa dia nyer karnival tu. Tu hari aku redeem tupperware. Jadik lah kan. Plus, dia nyer point campur ngan kad debit (ATM Card) yg mmg aku guna pun.

Carik lah satu yg betul2 ada memacam kemudahan. Bukan mencekik duit kau je. Perlu tu mmg perlu lah, mana lah tahu, kut tertinggal kapal terbang ke apa, masa tu lah berguna kad tu. Nak nak pulak gaji belum masuk.
But, mesti displin. Jangan suka2 pulak. Eh, nak beli perfume lah, eh nak beli baju lah apa lah guna kad kredit tu. Jangan terjebak. Skali terjebak, mmg dia akan jadi hantu kak limah - mengekori ko kemana ko pergi. 


Fikir2 kan, dan selamat beramal.
(^_^) 

12 juta komen

aku pakai kedit kad CIMB gak.. and aku selalu jer lewat bayo sb terlepas pandang..mebi sb hp mesia aku selalu mati bateri n aku tak sedau, givap kot depa nak kejo aku! hahahaha...

CC mmg bahaya kalau x disiplin..saye agak2 kering tu tinggalkan je CC kt rumah..heee yg paling x menahan zero interest tu mmg perangkap...kalau kumpul2 dah byk mmg sakit...

salam perkenalan ieda..;)

tq ye kak, sharing info...kad kredit ni memang bahaya, kna pandai gunakan...

Assalamualaikum kekda.. nasib baik takda amik KK ni.. singgah menabung digi sini~~~

exactly.
mmg menyusahkan. saya pun takde CC ni. yg ada pun supplement. tumpang hubby je. tu pun setakat standby. kdg2 lupa ada CC. standby kot2 kete rosak tgh2 bulan... nak baiki riban2. boleh le. now shopping mmg cash. bukan sb byk duit, tapi senang. ada duit shopping. xde duduk diam.

awok dah potong...pueh hati... yang suggest haritu pun sedara mara jugak... sebab ambik hati je..awok ambik..tapi penyudahnya.... kita tanggung..... jalan akhir awok potong.... masa guna dulu pun.... awok perhatikan... bukan le beli barnag yang penting pun..... tapi ye le.. sebab ada.... swipe jeee....

Hi kak,

Saya takder kad kredit. BEBila pihak bank call offer kad kredit, memang saya letak je terus kalau depa cakap banyak sikit. So far, husband je rlah ada satu, untuk bayar2 bil (sebab ada rebate something like that la). ...huhuhuhu

Hmm,

Ramai yang cakap tak payah ni. HEHE. Tapi sekurang-kurangnya satu? Tapi agaknya, kalau yang satu tu boleh jadi melarat ke tak eh?

Tu maybe terpulang pada tuan yang pakai kan..

Masih dalam pemikiran lagi.. hehe. Tak kesudahan fikir..

kalo alasan sbb tanak bawak cash banyak masa pi shopping, kad debit dah ada...so, boleh sgt la sebenarnya nk kurangkan kad kredit jadi satu je - keperluan masa sgt terdesak. tapi kena tgk gak, kot guna sikit sgt, tapi finance charges bulan2 lagi banyak, baik la pakai kad debit je kan... hehehe... i ni tgh restructuring my finances... kena sgt la ngan posting reen psl kad kredit nih... :-)

hihihi.. sy xde, p sekurang²nya ada satu mmg x salah hihihi.. sy suami ada sdhlah.. klu dgn sy pun ade haru nnt.

Dulu pernah terjebak juga dgn hutang kad kredit ni, mujur cepat insaf. Cepat2 settle hutang.

Skrg kalo guna kad kredit, balik rumah terus byr. Jgn smpi dia caj interest. Biar dia rugi..hihi

Salam

Reen.. kebetulan semalam juga saya cari blog Reen. Terpinga-pinga saya bila masuk blog yg sana. Jumpa juga blog yg ni sempat baca sikit pasal kad ni.

Tapi masih blur.. blur sebab tak tahu yg dah tukar blog. Ingatkan tukar template.
Hari ni barulah tahu apa yg berlaku.
Serius saya suka yg ini. nampak kemas dan cantik. :)

Tentang CC, antara perkara besar yg saya buat lepas saya kahwin, saya telah menasihatkan suami terminate CC dia. Bahagia sungguh bila tengok pegawai tu gunting CC depan kami. :)

Sekarang tak guna CC pun. Sebab tahu tak kuat iman. Hehehe

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign