Pages

26 April 2014

Status FB : Tersentuh Rasa Hati

Salam Pagi Sabtu.

Pagi ni, betapa tersentuh nya hati bila ada kawan share berita yang sangat menyedihkan.

Mengalir air mata bila membayangkan keadaan baby tu. 
Lebih2 lagi bila terbaca yang anak pertama mereka juga meninggal dalam kandungan semasa 8 bln dalam kandungan.
Yang ni 7 bulan.

Ya Allah.

Allah menduga bila Dia tahu kita boleh menanggung dugaan tu.
Kita rasa kita lah paling teruk di uji.
Di duga tidak mempunyai anak setelah hampir 6 tahun berkahwin. 
Merasakan mengapa Allah bagi ujian begini pada kita.

Tapi,
Bila membaca kisah ini, terus rasa, dugaan kita hanya kecil berbanding dugaan yang diterima suami isteri ni.
Sungguh. Aku sangat tersentuh hati dan tersedar.

Anak yang pertama - meninggal bila lagi sebulan nak lahir ke dunia.
Anak kedua - meninggal semasa 7 bulan dalam kandungan. Dan mereka ditimpa musibah yg lebih hebat kerana terlibat dalam kemalangan.

Kita pikir kita takde anak, dah rasa terduga. Dah rasa beratnya Ya Allah ujian ni. Tapi mereka. Yang sedang bergembira menanti kelahiran zuriat... berkesudahan begini. 

Allahu..Allahu... tabahkan lah hati mereka Ya Allah.

Dan pada kita yang masih tidak dikurniakan zuriat, sama-samalah kita berdoa agar kita terus redha dengan ujian yang diberi ni. Sentiasa lah kita berbaik sangka dengan ujian yang Allah turunkan ini. Kerana, ada orang yg lebih hebat ujiannya.

Untuk baby tu - Al Fatihah - ibu bapanya insan bertuah, kerana ada yg menanti di pintu syurga.
p/s : sama-sama kita bantu jika berkemampuan.

3 juta komen

Hm..

Ada baca pagi tadi masa akak share dekat FB.

Sedihnya... Setiap orang punya cabaran dalam hidup masing-masing.

Merasakan diri ini, apakah mungkin aku juga akan diduga lebih daripada ini.

Tidak mustahil.


(ishk sedih pulak)

Percaya pada percaturan Allah itu yang sangat cantik.

=)

Setiap org dugaannya berbeza2 moga mereka tabah

Allahuakbar... sedih awok membaca nya.... wajah tulus dan mulus dari syurga..... udah janjinya camtu.. awok harap Ustaz dengan Ustazah tu sabo le... dikabokan jugak deme berdua tu kerja kat UIA kalo tak salah...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign