Takde apa.
Saja nak gitahu.
Hari ni kite bawak lunch box.
Haha.
Sebenar, ada kisah tetiba aku nak lunch box bagai ni.
Tahu tak, hari Jumaat lepas aku beli nasik bungkus utk lunch, kena sembilan hinggit kauuuu......
Tahu tak, hari Jumaat lepas aku beli nasik bungkus utk lunch, kena sembilan hinggit kauuuu......
Kejadahnya??!!
Nampak tak lauk apa aku amik. Ikan kari sepotong. Nipis pulak tu. Sotong goreng tepung 3 ketol. Dan sayur. Nasik separuh. Oke la. Aku suspect sotong tu mungkin berharga RM3 dan ikan RM4. Begitu lah lebih kurang. Giler ah. Dah taraf harga pavilion dah kafe aku ni. Mentang2 lah aku dah tak handle urusan mereka. Amboi. Tapi, tak elok ah bebising kan. Dah jadi darah daging pun. Pengajarannya - next time takyah beli kedai tu dah. Pangkah je - X -
Tapi bagus. Terus tersedar dari leka. Terus kembali ke pangkal jalan. Terus nak buat eat healthy semula.
Bila post kat FB, orang kata rajinnya.
Haha.
Biasa lah kan.
Bila kita tgk orang bawak bekal ke, masak ke, mesti kita rasa rajinnya orang tu.
Hihi.
Sebenarnya kan, itu semua kan, terpulang pada diri kita kan.
Sebenarnya tak perlu rajin ke tak. Nak dengan taknak je.
Menda bukan susah pun.
Hari ni buat chicken filet grill.
Guna peralatan yang memudahkan.
Utk grill, guna magic pan (menda ni mmg mempercepatkan proses memasak - sila lah beli siapa yg takde lagi tu - sangat berguna).
Ayam tu dah diperap semalaman. Perap pun simple je. Sos lada hitam, sos tiram, mixed herb. Sumbat dalam peti ais. Pagi tu campak la dalam magic pan. Kurang 10 minit siap (ni utk hirisan nipis, kalau tebal lama sket la).
Lps tu - buat nasik goreng brown rice.
Orang tanya lagi - sedap tak brown rice?
Ni mmg soalan dijangka.
Jawapannya - tak sedap. Mmg brown rice tak sedap.
Sbb tekak kita dah biasa terima white rice.
Tapi, tidak lah rasanya 'suck' sgt. Tidak pahit, tidak masin, tidak manis.
Rasa kosong. Cemna nak cakap eh. Kalau rasa cam tak mahu, baik takyah try. Sbb mahal woh brown rice ni. Rugi kalau tak habis. Cam aku lah. Setahun aku simpan, tak habis. Padahal beli sket je. Aku tgk kat Tesco tu, cina mmg beli beras ni je.
Tapi kan,se pengalaman aku try makanan yg healthy food ni, mostly mmg tak sedap di tekak ni. Sbb nya, dah hampir 40 tahun ko telan makanan yg 'sedap'. Say it - juicing bayam lah, celery lah, ubi bit, grapefruit yg mmg pahit lidah aku. Semua tu bukan ada rasa cam aiskrim jagung ke apa. But, nak sihat - utk long term - maka ku telan - sbb nya - aku lebih tak suka makan ubat! Itu je.
Nasik goreng tu perencahnya sambal letop. Ha. Pernah dgr tak? Sbb tu jadi mudah. Letak sket minyak - then tumis je balik sambal letop tu. Igt aku rajin ke nak menumbuk ke, mem blend ke, subuh2 sapiei tu?? Hahahah.
Orang yg buat eat clean, mmg ramai yg order sambal letop ni. Cicah ngan ayam grill, cicah ngan salad.
Aku order dari agen dia yg area Keramat. Smlm amik kat Jusco AU2. Sebotol RM13, aku amik 2 botol. Alah, sebenarnya buleh je buat sendiri, tp tu lah - nak dengan taknak je. Haha.
Sebenarnya, dah ramai yg buat eat healthy, eat clean nih. Malah lebih advance dari ni pun ada. Boleh follow i.g orang2 yg buat eat healthy ni. Baik yg dalam negara, mahu pun dari luar negara. Dari follow i.g artis tu kan, baik la kita follow i.g yg memberi faedah dan inspired ni kan. Haha.
So, ayuh!
Eat clean, eat healthy.
Makan secara sihat, bukan secara menyekat.
Cewah!
7 juta komen
Kak, saya tgk IG sambal letop tu.....teringin nak order....sekali depa tak post ...cuma COD area lembha klang jer....huhhuhuhuhu
Sambal letop tu rase apa? mcm sambal belacan ke kekda?
sue kat area ofis ni mmg mahal2..tak penah makan kurang rm5.. Dulu rajin bawak bekal.. skang dh malas..huhuh..
bila nak rajin balik ni :P
sambal letop ni ala² sambal sreng wak nang ker?? sambal sreng tu pedas kemahin hahaha
ida pun tgh gila meng-grill hehehehhe
makanan siap mmg agak mahal skrg. Solusinya... bawa bekal lah.. memang bagus! heheh
sambal letop? nama pun dh emletop...mest sedap kan kak....
fb? kenapa sy dh tak nmpk fb akak... uhuhhuhu
teringin nk try sambal letop....
Terima kasih atas komen anda :)