Pemandu dan Penunggang to be exact.
Bagi kita2 yg keluar pagi untuk ke pejabat ni, memacam gelagat yang kita boleh tgk. Esp yg duk di area kepadatan penduduk cam KL ni.
Jammed tu biasa, tak jammed itu luar biasa. Ha. Gitu.
kredit : Here |
Bukan kita tak pernah kena dengan gelagat pemandu2 yg keluar lane ikut suka hati, keluar lorong tetiba, langgar lampu merah dan sebagainya.
Apa yg kita boleh buat ada lah - bersabar je lah kan.
Kalau tak bersabar, mmg maki hamun la jawabnya.
Tu yg kena kat kami pagi tadi.
Yg selalu nya rasa 'powerful' kat KL ni ada dua ja. Motor n teksi.
Mmg selalu hangin ngan derang ni kan.
"Lain kali bagi la signal!" katanya sambil buat isyarat tangan menunjukkan lampu signal.
Marah benar nampaknya brader tu. Kuat la sbb walau cermin tingkap semua tutup aku dengar jelas kata-kata dia tu (dan aku ter save pulak muka dia dalam otak aku nih. Adehhh)
Aku tanya husben, dia nampak tak motor kat belakang.
Katanya nampak.
Aku kata, kalau nampak kenapa keluar lane jugak. Tak bagi signal.
Mana tahu, jawabnya.
Hurm.
Aku tak tahu. Sbb aku terleka dengar CD Ya Hananana.
Motor (dan teksi juga), kalau orang buat salah, mmg la dia maki hamun, hon hon bagai nak gila.
Ce kalau dia yang salah. Takde la pulak nak rasa bersalah.
Yer. Mungkin husben aku salah sbb tak bagi signal.
Tapi kalau ikut undang-undang, apa2 yg di belakang, kalau terjadi kemalangan, yg di belakang akan di 'prima-facie' kan sebagai bersalah. Dan boleh di denda.
Let's say la keta ko di langgar dari belakang - kat traffic light - kalau tak teruk, nak settle situ tak payah report pun takpe. Tapi kalau yg di belakang tu report, maka dia yang akan di denda. Ni kena kat aku dulu. Aku kena langgar dengan teksi kat traffic light - aku ingat settle situ je lah - lepas tu aku gi report - sekali teksi tu dah report dulu. Eh eh. Ada juga orang camni. Biasa orang yg melanggar lah senyap. So, smpai la ni bumper si kotak kasut aku tu ada kesan retak. Lebih 10 tahun dah. Haha. Tahan wo keta import nih. Mihihihihi.
Husben aku ni kalau orang tahu cara pemanduan dia, mmg orang akan bagi A+ lah.
Kalau kata lah dia drive dan tetiba sampai surat saman ke AES ke apa tu - nampak beno nipunya. Nampak bebeno. Sbb dia takkan melebihi had laju. Takkan. Never. Ko buat la apa pun. Macam kat hway tu. Mmg takat 110 je lah. Dulu aku drive 2 jam KL-Ipoh (hway). Dengan dia tak pernah. Paling cepat 3 jam. Tu paling cepat tau. Lebih lambat lagi la ada. Tu yg aku kata, buat rugi je beli keta ada turbo bagai. Takkan di guna nya (T___T).
Lepas tu kalau traffic light tu - kuning tu dia dah siap berenti. Jangan harap dia nak laju terus. Kadang tgk macam dia nak laju, tup2 bila lampu tukar kuning - zupppp - dia berenti mengejut. Aku cukup risau kadang tu - sbb takut keta belakang ingat kita nak terus. Nati tak memasal. Phew.
Tapi, dalam berhemahnya dia - kadang mmg ada careless nya. Rasa semua orang camtu kan. Dia agak careless eps dengan motor. Tak tahu la sbb dia ada sikap pesimis toward motorcyclist ni ke apa ke aku tak tahu. Tp dengan motor, biasa dia amik mudah. Maka, pagi tadi, kena lah buku dengan ruas bila orang tu maki. Aku suspect dia pikir motor tu dapat baca pergerakan dia.
Pernah sekali dia nak masuk simpang ke apa tah - motor tengah lalu - dia masuk je. Aku nampak motor tu - tapi dia kata dia pun nampak . Dah nampak kenapa masuk jugak. Nyaris tak ter langgar. Masa tu mmg aku hamukan lah.
Mana buleh camtu bang oi.. ingat lagi arwah ayah aku advise aku dulu - bawak kereta ni bukan mata kita je kena aktif, otak kita pun kena aktif. Kena tahu 'baca' pergerakan kenderaan lain. Kena cekap berpikir. Kita tak boleh anggap dia dapat baca pergerakan kita dan dia pulak dengan berbudi bahasanya nak bagi kita laluan. Ha, lalu la encik, sila lah..lalu lah. Mmg takkan lah kan.
Apa pun, keyword dia - berhemah dan ber tolak ansur. Dan saling memaafkan je lah. Awak nak cepat, begitu juga orang lain. Jangan maki hamun orang lain, macam kita tak pernah buat silap. Bertolak ansur.
1 juta komen:
betul tu kak ida, teman ni ha, pembonceng motosikal dan juga co driver kereta (penumpang dok sebelah drebar)..... kalu hubby naik motor, dia salahkan kereta, kalau naik kereta dia salahkan motor.....
acaner tu, pokok pangkalnya kita ni ha, jaga perangai n kelakuan biar x menyusahkan orang lain dan diri kita sendiri jugak.....
kan
Terima kasih atas komen anda :)