Pages

28 July 2015

Inner / Anak Tudung Arzu

Ini cerita before hari raya. 
Nak mencari inner yang selesa.
Sebab sebelum ini, saya bukanlah pemakai anak tudung/inner.
Ha... cemna tu?
Kalau tudung/shawl yang jarang, saya terus pakai tudung Ariani yang saiz kecik tu (mini).
Nama nak pakai anak tudung memang tidak.
Ini berterusan dari saya lepas sekolah - masuk U - dan kerja.
Dah biasa dah. Dan anak rambut mmg beri kerjasama tak berselerak keluar.
Cumanya now ni, kena pakai anak tudung gak. Kena. Kena.
Masa gi jualan vendor kat PWTC tu macam tak ternampak je anak tudung yang best.

Pernah baca orang kata inner kat Arzu best.
Jadi, moh la kita pergi kejap. Kang dah raya mana nak cekau anak tudung pulak.
Sehari sebelum cuti, pergi jap KLCC waktu rehat.
Arzu scarf ni ada kat KLCC ngan MidValley je.
kredit : streetdirectory
Dulu penah lah masuk Arzu ni. Masa tu dia kat sebelah kiri Watson. Now dah pindah sebelah kanan Watson plak. Lama dah kot pindah ni. Aku ja taktau. Dedulu Arzu ni harga okay jugak lah. Now, dah boleh tahan dah harga shawl dia. Tak mampu dek non. Yang mampu hanyalah inner nya sahaja.
Tu pun memula dia kata 3 inner RM59.
Bila bayar dia jadi RM62. Aku siap eh, bukan 59? Cashier jawab "tu tak termasuk GST. Dah masuk GST RM62" Dan lepas tu cashier pandang sipi sipi je ke aku like hoi, ko takde duit takyah la beli sini. Haha. Aku je la kot terasa. Tahu la masa tu aku bawak beg pouch bodo ja. Takde bawak handbag bagai kan. Masa tu gak ada mak datin gaknya tgh bayar. Shawl yang beratus2 hinggit. Terus rasa kerdil diri ini yang hanya beli 3 keping inner tu pun tanya lagi kenapa jadi mahal. Hahahaha.
Lantak lah. Ada aku kesah. Asal kita bayar kan. Bukan curik. 
Tapi kureng sket la layanan salesgirl kat sini. Nampak cam selekeh ja mula la tak layan ja. Tak macam Charles n Keith (KLCC gak) tu, elok je layanan dia. Kalau camtu, dari taknak beli pun jadi nak beli.



Sama je kot ngan inner magic. Entah. I is donno sbb ai tak pernah ada inner magic.
Member yang ada inner magic dia kata lagi bes kain Arzu ni.
Beli 2 inner yang macam inner magic tu - biru gelap n kelabu. 
Satu lagi jenis ikat belakang. Belum pernah try lagi yang tu.

Tapi, mmg selesa bila pakai.
Takde la panas ke, rasa tersepit telinga ke.
Tu ari pakai masa raya. Boleh tgk kat gmbr raya pakai tudung biru tu. Memang elok senang nak bentuk shawl yang dipakai bersama inner tu.
Okay lah. Buleh beli lagi lah nanti.

Oh ya. Aku ada beli satu inner neck.
Ni bukan jenis ninja tu. Aku ada 3 dah yang jenis ninja tu. Beli online dari Al Humaira.
Tapi, aku tak berapa minat sbb macam susah nak pakai. Nak kena serelum abis rambut bersepah. Tak suka tau walau dalam inner ke apa ke, aku nak rambut kemas rapi.
Jadi cari inner neck macam jenis tudung Ariani tu, tapi awning dia lembut. Dapat la. Kat pasar malam ja. Selesa juga. RM10 saja. Nak carik lagi minggu depannya tu. Sekali dah takde kedai tu kat pasar malam. Sabo je lah.

1 juta komen:

baru tadi nampak blogger filla update tentang inner ni.. hehehe.. alih2 google baca jumpa blog kekda..

zana jarang jumpa inner yg ok di muka zana.. hehehe.. x pasti la sebab memang inner tu kurang best atau bentuk muka ni masalahnya..

tq share pasal inner ni.. ;)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign