Pages

Showing posts with label baju kurung. Show all posts
Showing posts with label baju kurung. Show all posts

6 February 2014

Baju Raya 2014

Well.....
Biasa lah.... Haha.
Baru Rabiulakhir dah cerita pasal baju raya. Haha.

Tahun ni tak ragu ragu nak cakap pasal raya.
Sbb dah settle ganti puasa. 
Hiwhiwhiw.

Tapi, ini kira lambat la ni.
Sbb bila aku kata baru nak g beli kain, ada orang dah siap tempah.
Wow! Advance.
Puasa dah abis ganti kewww??
Hahaha. Matik la buat statement camtu. Satgi orang tu balas 'puasa ganti sudah, puasa enam sudah, skrg buat puasa sunat setiap hari Senin n Khamis'
Mahu terduduk tepi ceruk dibuatnya. Kahkahkah.

So,
Cemna baju raya tahun 2014 ni?
Kalau last year sana sini ber peplum (not include me, sbb ai awal2 kat ofis dah ber peplum)
Tapi rasanya fesyen kurung moden - plain - jadi pilihan.

Aku plan nak buat dress.
Yang ala-ala begini.
Maklum la, orang tinggi tak cukup kan, nak beli yang dah siap, mmg asyik kena alter saja.


idea fesyen raya 2014

Lepas tu terfikir, baju kurung moden pun nice jugak

idea baju raya 2014


baju raya, baju raya 2014, fesyen raya



Ayo.. takdak idea dah ni. Kain dah beli tu hari kat Jakel.
Kena hantar tempah dah ni. 

Kurung moden? Ke dress? Ke kurung moden?
Aiyark.
Tahun ni turn raya belah mertua. Vogue ber dress bagai kang, duduk berpeluh tiak di rumah plak saja kang. Jalan2 sekitar kampung saja kalau ada pun. Nak lagi bes kena pulak musim ujan kan.. syok sangat la kalau ber dress kan... hahahahaa. Entah. 

So, uols... apa fesyen tahun ini?

Dan kaler apa?
Tahun ni kaler cam tema futuristik. Tengok saja lah AJL pun tema futuristik. Kiterang nyer HKK pun tema itu jugak. Jadi, beli lah kaler yg futuristik yaw. Hihi.

23 August 2013

#OOTD : Friday, Syawal 16, 1434

Kah.
Lama tak letak gmbr poyo poyo kan.
Nah. Di pagi yg penuh kesejukan dan kehujanan di Kuala Lumpur ni.
Amik la sekeping gambau #ootd yg poyo.
Org kat Instagram da tgk la.
Ni jaja kat sini plak.
Motip dia - saja nak gitau, dah 16 Syawal baru dapat pakai baju ni. Patut ni pakai masa raya kedua, tp tak jalan mana. Tu pun dah terlupa ada baju ni. Mujo myDH peringatkan. Agak gedobos sbb cotton. 
Jadi, pakai la utk majlis jamuan raya dept hari ni.
Tudung den bertingkek tingkek.


Rakan kat insta kata kaler stoberi. Hihi.
Ye tak ye juga kan.

9 February 2012

Perihal Baju Polka Dot Kain Jalur

Kredit : Feyza
Skang mmg trend kan baju polka dot n kain jalur nih.
Tapi mmg lama dah trend pesen ni kan. Dari tahun lepas lagi.
Dan mmg aku nak carik2 gak. Tp tak tercari.

Tu masa aku gi karoke ngan Dee n Hana tu ari, derang ada la beli kain ni kat jalan TAR. Tapi yg tak siap lagi la. Kain pasang. Cam berkenan jugak. Tp aku ni ha... kang aku beli skang, entah tahun bila lak nak menempahnya.
Cam baju yg beli kat Pasar Baru tu. Makan tahun nak menempahnya. Sbb baju yg 'sedap' aku tempah adalah di hometown aku. Dan mengkalo balik sari dua, kadang dah tak sempat. Jadi, duduk la dia terperuk tak bertempah. Nak antar kat Mara seme tu mmg tak la. Dah 2,3 kedai try takde yg 'sedap'. 

Jadi, setelah setahun stgh baru aku dpt pakai baju kain cotton yg beli kat Pasar Baru tu. Mujo ada lagi trend cotton. Tp mak aku sudah kata cam kain cadar. Pfftttt. Yg lagi bes, auntie tu sudah buat baju itu ketatttt.... *tp tetap aku rasa sedap, sbb ianya terletak kemas* Maleh aku nak suh alter. Jadikan lah baju itu pemangkin motivasi supaya jangan mengtong-gas kan lagi badan. Sbb aku gatai buat baju tu kurung moden siap ada shape bagai.


So, smlm masa uruskan pelbagai urusan seri paduka, jalan2 la kat kedai2 yg ada. Jadi, mata tertancap pada baju yg saiz saiz aku ni. Salu susah je nak jumpa. So, berkenan. Kaler apa lagi, kalo tak fefel kan. Tapinya, kat leher tu, sbb dia buat piping, cam ada ter beretas (koyak la sket). Jadi, tak bleh beli. Minat nih. Frust tau. Salu cam tu. Yang aku suka harus ada je halnya. Terpaksa buat pilihan lain. Tak sker. Tapi suppose kalo tak sker, kita tak beli la kan. Tapi idaknya. Harus gak carik satu. Ada kelabu, biru, merah and coklat2 maroon. My dear kata amik maroon. Mak pun kata amik maroon sbb biru cam tak lawa. Kelabu lagi la kan.


Macam ini lah lebih kurang. Tp kaler tu coklat lagi.
Kredit : Feyza
Jadi la sepasang kan. Buat pakai gi opis. Aku kata nak bwk kenduri, my dear kata cam tak sesuai. Ye lah, aku beli bukan yg cotton mahal tu. Yg murah je. Kain dia pun cam jarang je. Buat 'basahan' la kan. 

Tapi cantik2 la pulak baju dari web aku yg amik gambar ni. Jamu mata bes nih. Huhu.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign