Pages

28 May 2015

Membina Keluarga Bahagia

Sharing knowledge.
Last Saturday (23 May 2015), berkesempatan menghadiri sesi menambah ilmu. Dan ada sedikit santapan jiwa juga. Heee.
Tapi, kali ni santapan jiwa berbayar sbb anjuran swasta.

Masa sebuk2 dalam bilik intebiu tu ari, dik Yani [link : Batik Pink], bagi w.app, dia kata ada seminar kat Hotel Royal Chulan.
Aku cakap eh, tu sebelah ofis akak ja.
Tu yg dia share ngan aku tu, katanya.
So, begitu begini, deal lah. Since aku duk memerap dalam bilik intebiu 2,3 hari, minta tolong dia registerkan n bayarkan dulu. 
Utk dia n asben, and aku n myDH.
Bayaran RM100/person, but weols register awal dapat la RM50/person.
Sebenarnya sbb tgk tajuk dia banyak ke arah fertility, so, tu yg kitaorang pun join.


Program start petang.
Suruh dak Yani ni parking kat ofis aku.
Siap bagi map cemana nak dtg ke ofis. Sampai pun dia dgn jayanya.
So, kami gi lunch dulu. Dekat2 ofis je lah lunch nya pun.
Then dalam kul 1 tu kami register dulu, 
Dapat la satu folder yang ada memacam dalam tu.
Letak barang dulu, pegi solat Zohor kat ofis.
Kebetulan masa tu kat ofis aku ada KPJ buat event apa tah. Depa sewa.
So, buleh la tengok2 dulu event tu.
Dah solat baru gi balik ke hotel.
Participant tak la ramai sgt.

Tapi, penceramah best2 jugak.
Sesi 1 - Topik Persediaan Kesihatan Untuk Hamil - Dr Wan Elly. Gynea dari Hosp UMRA.

Sesi 2  - Doktor Natasha. Dia ni doktor kat KL Fertility Centre. Bila dgr talk dia lah, buat aku rasa wait no more untuk treatment ni.
IVF kat KL Fertility ni lebih kurang 17k. 



Lepas tu tea break.
Sedap la pulak laksa Johor hotel nih..
Hurm... nak makan lagi takde masalah kan. Sebelah je dgn ofis. Tapi nya.. takkan nak order laksa Johor semata.. Heeee.

Pastu continue.
Sesi 3 - Puan Fiona Tahir. Ngeee.. ni adik kepada kakak ipar aku sebenarnya. Dulu pernah pergi housewarming dia. Tapi, masa ni cam segan plak nak say hi hi ke dia. Dgn rupa aku comot momot time tu. Dah la dia bagi talk pasal imej2 bagai ni kan. Heeee :D


Best sesi dia, tp sbb masa tak cukup dia cam laju2 je lah.
Sesi 4 - Ada penerangan produk HPA.
Sesi 5 - Talk dari Dato' Dr Fatma El-Zahra tentang tips mendapat zuriat soleh dan solehah. Yang pasti katanya, nak dapat zuriat soleh dan solehah, mesti lah dari ibu bapa yang soleh dan solehah juga.


Dan layan gambar kami.



Secara keseluruhan, okay lah.
Ya, I can't wait anymoreeeee..
Harus buat sesuatu. Haruss...


1 juta komen:

ayat last kekda tu buat zana pun rasa terfikir2 kena buat sesuatu..

semoga ilmu yang kekda dpt tu digunakan sebaik mungkin yer.. insyaAllah masanya akan akan tiba.. :)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign