Pages

21 May 2015

Order Sandwich Pedas Berapi

Trend uols trenddd....
Trend food pack yang di delivery trus sampai depan idung.
Begitu.

Kali ni ai try order sandwich.
Mula cam ala, sandwich kot. Takkan itu pun nak order.
Tapi, dah namanya pemalas lipas cam ahkak ni, sandwich pun ahkak order.
Ada ku kesah.
Ada orang tanya 'wah, inti apa sandwich tu sampai 70 hinggit"
Inti tuna. Ada salad, ada bawang, ada cili, ada tomato.
Order sbb nak bagi kengkawan se dept HR makan sandwich sempena 1 Syaaban.
Hihi.

Beli 36 ketul.
24 ketul RM35
12 ketul RM25.
RM60.
Plus delivery caj RM10.
Total RM70.
Tiada GST. Hihi.

Dia memang jual dalam kotak 24pieces (L) dan 12 pieces (M) sahaja.
Kira ai beli satu kotak L dan sekotak M lah.
Ni kotak 24pieces



Dari Garsa Kitchen.
Ini plak saiz kotak yang ada 12 dalam nya.
Ada bermacam pilihan.
Uols pilih lah apa spread kegemaran uols.
Lepas tu w.app - bagitahu lah nak hantar mana, pukul berapa - lepas tu dia confirm kan - lepas tu tunggu je lah rider dia hantar.
Cara bayaran COD. Macam pizza tu.
Tapi, kalau camni, jangan kau buat peleceh pulak dengan orang tau.
Duk elok2 orang tu dah siapkan berkeping2 sandwich kau, kau buleh buat tak tahu. Tak angkat phone bila rider dah sampai. No no no. Jangan buat begitu ya. Sekali buat begitu, tak berkat idup nanti.

Instagram klik : garsa.kitchen.
FB pun ada. Search Garsa Kitchen (ai dah takde FB. Malas nak kasik link, nanti ai tgk muka FB tu, ai jadi nak masuk balik plak. Bahaya).

Sedap.


Ai pilih Tuna On Fire sbb ai mmg suka yang pedas.
Tapi ini extra pedas nih. Ai yang tahan pedas pun rasa pedas, apatah lagi orang tak kuat pedas.
Berlari kengkawan ai pergi carik air. Hiwhiw.

Okeh. Next time ai dah tahu apa nak buat kalau ada potluck.
Order ni je. Takyah ai bangun sesubuh buta nak masak bagai kan.

Tu lah, ai dah kata ai mmg pemalas. 
Jadi, tokleh wat hapa la.

Tujuh puluh hinggit pun tujuh puluh la..
Janji ai dapat bagi kengkawan makan.
Kata orang tu sikit sama dirasa :)


3 juta komen

bukan malas reen, ini adalah pilihan yang lebih bijak...x yah kecah dapur, but resultnya sama :-) hehehehe...

mudah dan senang.... kalau lah kat area lia ni ada...akan ku ikut jejak kekda....hehehee....

sandwich garsa kichen sedapppp!

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign