Pages

18 May 2015

Gel Heel Liner

Lama  bertahun dulu, ada dak Rose gitau.

"Kekda, kalau kasut tu macam longgar, beli gel, pastu lekat kat kasut. Nanti okay lah"
Aku pun cam okay, okay.

Tapi, tak pernah rasa nak carik pun.
Bukan taknak carik, tp selalu macam lupa.

Dari dak Rose tu kerja kat kraf, sampai dah berapa tahun tah dia berenti, tak berbeli lagi gel nih.
Tapi, tu ari masa kat Tesco, ternampak. Lalu ambil terus.
Macam mahal. Kalau beli dulu mesti takde GST lagi mendalah ni. Haha.


Tepek kan kat kasut.

Bukan sbb kasut aku longgar.
Tapi, sbb kasut aku macam menggigit kaki. Sakit lah.
Dah pakai socks pun rasa sakit.
Petua orang 'gigit kasut tu sebelum dia gigit kita'
Tak tau lah sapa punya idea petua gini.
Dia nak troll ke apa entah lah.

Aku pernah la buat skali.
Sekali tu je lah. Kuwasa aku aih.
Macam hapa je nak gigit kasut. Pastu tak mahu jugak pun.
Melecet jugak.

Jadi, okay lah kot mendalah ni. Tu ari pakai gi meeting, okay dah..
Tak sakit melecet dah.
Maklum lah, ai baru berjinak-jinak ke arah pemakaian kasut bertutup nih.
Dulu manade. Sampai tak perasan pernah beli kasut bertutup.
Simpan kat opis dalam kotak.
Bertahun agaknya dalam tu. Bila buka balik tgk dah eh, ada kasut rupanya. Dah siap bersopak sopak dah. Haha.

Nak mencari kasut bertutup dgn saiz cinderella ni pun hazab jugak. Eh, menyampah pulak kan tetiba nak mengaku kaki saiz cinderella. Hak hak hak.
Satu festival city ku jelajah setiap kedai kasutnya.
Semua takde saiz. Mencik betul.

Saiz 4/5 tu susah nak carik ke? Bukan ke orang ramai saiz 6/7 ?
Sudahnya jumpa di Sogo.
Ha. Sekali dua pasang ku beli.

Puas hati.
Dedua adalah selesa.
nasib baik.

Enjoy your life.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign