Pages

7 May 2015

Pesta Buku 2015

Berpeluang juga pergi Pesta Buku tahun ni (PBAKL 2015).
Mana bleh tak pergi kan.
My yearly event tu. Wajib pergi. Wajibbb. Ribut topan melanda pun wajib pergi. Gitu.

Tapi, tahun ni macam tak puas pergi.
Satu sebab pergi waktu pagi. Orang ramai giler.
Kedua sebab pergi 2 jam je. Sedih.

Sebenarnya plan kami nak pergi waktu petang. Lepas solat Asar camtu ke.
Naik tren terus je ke PWTC. Lagipun waktu cuti dia tutup kul 9mlm.
Just nice la kan.
Sbb petang orang tak seramai waktu pagi.

Last year aku pernah pergi waktu petang. Mmg aman damai kekdahnya.
Ini kalau pagi, dengan rombongan budak sekolah. Dengan orang biasa.
Eh, tapi kan, apsal ah aku tgk rata2 pengunjung adalah awek2 yang bertudung labuh, berbaju muslimah je. Hihi.
MyDH kata - seronok ni cuci mata. Haha.

Pergi Jumaat pagi masa cuti 1 Mei tu.

Sbb petang tu abang aku nak hantar mak ke rumah. Mak ada jumpa doktor kat Hosp Serdang. Mulanya nak hantar hari Ahad. Okay lah kan. Buleh la gi petang. Tup2 dia tukar plan. Hantar hari Jumaat plak. Emm.. takpe lah. Asal dapat pergi sudah.
Tapi, tu lah Jumaat kan. Sampai situ pun dah dkt kul 10.30am.

MyDH kata duk situ sampai kul 12 t.hari je.
Okay lah. Tepat kul 12 balik lah.
Tapi, sempat la masuk seme tempat.
Pergi carik menda yg nak je. 
Kali ni takde novel2 dah. Udah udah la tu.

Yang beli dulu dulu dulu dan dulu pun ada tak buka plastik lagi.
Siap jual plak kan. Kau dah kenapa kan.
So, no more novel this year. 
Bagus. Novel kak Su pun takde yang baru rasanya. Ke ada. Entah. Lost track aku lepas aku deactivate FB tu ari (till no I'm still deactivate FB. Rasa aman pula hidup. Haha).

Makanya ini sahaja lah yang berjaya dibeli.


Tafsir Quran tu mmg target nak beli di Pesta Buku.
Kalau tak, sblm umrah dah nak beli sbb nak bawa ke sana.
Tapi, fikir, baik baca Quran dalam masjid saja. Balik baru beli tafsir.
Selain tu, nak revise balik kisah2 Nabi Muhammad kesayangan (perasaan nak baca balik sejarah Nabi Muhammad lebih membuak buak selepas ke Tanah Suci. Sbb masa ustaz cerita2 tu macam tau sket2 ja. Ingat2 lupa yg blaja masa sekolah dulu je lah. Jahil pula rasa. So, dah tiba masa kena revise semula pengetahuan tentang Nabi kita nih).
Selain tu, bacaan biasa lah. Buku Ustaz Kazim yg terbaru (i tot orang dah takut kot nak beli buku Ustaz Kazim after viral roti jala cicah kuah kari tu. Hihi. I pun ada buku tu, in fact buku kedua pun ada, ni buku ketiga. Takde apa lah. Baca je).

Dah buleh buat mini library ni. Buku kat BBW pun byk juga (tak terbaca lagi).
Tak boleh buat apa dah. Sbb saya memang minat buku. Giler buku. Dan suka buku.

4 juta komen

ermm..tahun ni alin tak dpt pergi..huwaaa..tak dpt nak curi masa tak tau ler penuh jew masa..huhu..

kita pun giler buku, minat buku dan suka buku. tp nk baca sampai hbs tu berzaman.. adoi. kene minat membaca plak la..:)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign